Pages

Tuesday, 31 July 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 11

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Tamat sehari lagi. Bagi yg sudah sempurna 11 hari tu, tahniah diucapkan. Bagi yg tak cukup 11 hari tu...err, esok pandai-pandai la korang ganti balik ek >_< Wajib ganti okay!

Tadi kat ofis tak berapa rajin nak buat kerja. Awal pagi tu okay lagi la kan. Walaupun agak lemau sebab diiringi oleh cuaca yg sejuk lagi dingin, tapi masih boleh lagi la nak fokus pada kerja. Bila tetiba datang berita yg kurang enak, aku terus down.

Restructuring! 

Korang mesti pernah dengar kan tentang hal tu, kan? Awalnya, department aku tak terlibat langsung dengan restructuring ni. Tapi, beberapa minggu lepas bos ada beritahu pada aku yg aku mungkin akan masuk ke department Finance! What de....???

Apa la kaitannya kerja aku dengan Finance tu sampai aku nak dimasukkan ke department tu...? Takde kaitan langsung okay! Sakit hati aku betul dengan berita tu. Aku dah selesa dengan kerja aku. Aku dah selesa dengan department sekarang ni. Aku dah selesa dengan bos yg sengal tu. Aku dah selesa dengan environment macam ni. Tetiba kena tukar department...apa kes..??

Tadi, ada seorang kakak Finance tu tanya kat aku, "Dila, hang bila nak masuk sini,,.? Kami dah standby tempat untuk hang dah ni..." Tudiaaa...semangat okay! Aku yg terus tak bersemangat. Aku suka staff kat Finance department tu. Tapi, bukan la sampai nak jadi department-mate ye. Hmmm...susah hati betul la. Memang la baru ura-ura je...sebab bos aku pun tak dapat kata putus lagi. Tapi, aku memang dah rasa tak senang duduk. Kenapa la benda ni jadi kat aku pula...?? Dugaan...?? Hai, boleh ke dugaan macam ni...??

Malam ni nak tidur awal la. Takde mood nak buat apa-apa. Update entri ni pun dengan perasaan yg sangat tak best. Esok pagi-pagi la aku BW blog korang ek. Nite!


p/s : harap-harap restructuring ni khabar angin je =(



Photobucket

Bintang Impian

Assalammualaikum W.B.T

Aku terpandang bekas berisi bintang-bintang kertas kat atas meja. Lama betul aku perlukan masa untuk recall balik kenangan dengan bintang-bintang kertas tu. Rupa-rupanya dah hampir 10 tahun aku buat semua bintang ni. Aku rasa dulu bekasnya penuh berisi. Tak tahu kenapa dah semakin kurang. Tersejat kah..???




Okay...tak kelakar ye Dylla! Yg pasti bintang-bintang tu hilang sebab adik bongsu aku memang suka sangat main dengan bintang. Tak tahu la apa yg dia mainkan. Tapi, memang selalu je nampak kat bilik tidur dia tetiba ada banyak bintang bertaburan kat atas katil. Huh!

Pernah tak dengar pasal bintang kertas ni berupa impian...? Masa kecil-kecil dulu, aku pernah dengar la tentang hal ni. Tapi, masa tu tak pandai nak buat bintang kertas. Jadi, impian yg ada simpan dalam hati jelah. Bila dah pandai buat bintang kertas, makin bertambah la impian aku. Satu bintang satu impian. Bila dah siap, simpan dalam satu bekas then tanam. Macam apa je. Kepercayaan karut sungguh!




Tapi, itulah kenangan manis aku bila tengok bintang-bintang kertas ni. Cepat betul akal kanak-kanak terpengaruh dengan benda-benda karut macam ni kan. Tapi, bila dah besar...aku buat juga bintang kertas ni. Cuma konsepnya berbeza la. Kalau dulu disebabkan nak "menanam" impian, tapi sekarang sebab nak deco kad-kad ucapan buatan sendiri atau simpan je dalam botol jadi perhiasan. Selalu juga aku jadikan hadiah untuk kawan-kawan bila dah takde idea sangat nak bagi hadiah harijadi apa untuk diorang >_<


p/s : siapa ada kenangan dengan bintang kertas...share la (",)



Photobucket

Kad Raya Untuk Korang

Assalammualaikum W.B.T

Permulaan hari yg agak slow hari ni. Al-kisahnya, pagi tadi hujan. Alhamdulillah. Sejuk sikit cuaca kan. Tapi tulah...bila hujan mula la badan ni pun rasa tak bermaya je. Dan mula la nak membayangkan tilam empuk dan bantal busuk kat rumah >_<


Google

Okay...pagi ni tak nak cerita panjang-panjang lagi. Just nak bagitahu kat semua pembaca blog buruk aku ni, dengan sukacitanya aku nak bagi kat raya kat korang! Best tak..?? Hee...dan syaratnya mudah je :

1. Keutamaan kepada follower - yg tak follow nak request kad raya pun boleh juga

2. Hanya komen kat kotak komen di bawah dan pastikan korang tulis "Kirim kad raya untuk saya!!"
** tinggalkan link url korang untuk my refference ** 

3. 4 nama terawal akan mendapat Kad Raya Istimewa Unirazak. 5 nama berikutnya akan mendapat Kad Raya istimewa "handmade" oleh aku sendiri dan yg lain-lain tu akan mendapat Kad Raya ready made (",)

4. Email alamat rumah korang ke : nordalila@unirazak.edu.my

Dah. Tu je. Mudah kan...?? Oh, lupa pula satu perkara lagi. Tarikh tutup untuk request kad raya ni ialah pada esok hari bersamaan Hari Rabu 1 Ogos 2012 - tepat pukul 11.59 minit malam. Err...untuk pengetahuan semua, ini bukan giveaway tau. Tak mampu lagi nak handle giveaway. Maybe lainkali la kot. InsyaAllah kalau ada kelapangan. Selamat join!


p/s : tak sabar pula nak menulis kad raya...hoho ^_^



Photobucket

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 10

Assalammualaikum W.B.T

Baru je habis tengok cerita cina kat tv3 tu. Apa ntah tajuknya. Lekat pula aku ngadap tv tadi. Seronok juga cerita tu tadi. Aku kagum dengan semangat berlawan habis-habisan yg ditunjukkan oleh polis tu. Haa la...cerita...tapi,kita ambil yg baik sudah. Yg tak baik tu tolak tepi je.

Okay...ada perkara yg aku rasa tak best berlaku pagi tadi. Hari ni naik je tren, aku dah dapat seat. Selalunya, memang takde peluang la nak dapat seat. Yelah, Bandar Tun Razak tu dah stesen LRT yg ke berapa ntah. Dah sah-sah la tren tu penuh sebelum sampai stesen ni. Tapi hari ni nasib aku agak baik. Dapat seat, duduk sambil tersenyum puas hati. Huh, tak senonoh perangai!

Tapi....................

Sampai je stesen Cheras, ada la seorang kakak ni naik. Aku memang confident ya amat dia tu pregnant. Jadi, disebabkan aku je yg terpandang dia, aku pun bangun la nak bagi dia duduk. Rakyat prihatin katakan! Tapi lagi.........kakak tu eksyen betul la. Tak nak duduk! Aku dah sacrified seat aku untuk dia kot! Sekali orang lain yg duduk. Dan aku...? Berdiri la sampai ke sudah. Haish!

Aku tak marah dia tak nak duduk. Tapi, ini la perangai ibu-ibu mengandung yg selalu aku jumpa dalam tren. Dah bagi duduk, tak nak duduk. Bila tak bagi duduk, katanya kita tak prihatin. Aduhai, penat melayan kerenah orang macam ni, kan...? Dan peristiwa ni berlaku bukan sekali. Dah 3 kali berlaku dalam tempoh 2 bulan. Kenapa la aku je yg sibuk-sibuk nak prihatinkan diri...? Hai, jadi rakyat prihatin pun kau mengeluh, Dylla..?

Hmm, apa-apa jelah. Yg penting niat aku baik. Tak nak dia rasa mudarat bila berdiri lama dalam keadaan mengandung. Tapi, dia tak kisah. Aku pun malas nak kisah juga la. Hmm, niat baik tapi merungut. Sengal la kau ni, Dylla! Haa la..merungut la juga. Aku manusia biasa. Merungut tu kadang-kala berlaku di luar sedar. Eh, ye ke..? Hahahaha >_<

Oh, ye! Tadi aku dapat berita yg kurang senang. Tapi, tak nak cerita sekarang. Tunggu entri seterusnya. Till then...gudnite bloggers!!


p/s : kenapa mata aku segar gile malam ni....??



Photobucket

Monday, 30 July 2012

Kad Raya Dan Sampul Duit Raya Istimewa UniRazak

Assalammualaikum W.B.T

Tengah sibuk-sibuk buat kerja tadi, tiba-tiba datang beberapa keping kad raya dan beberapa paket sampul duit raya. Senyum sekejap. Walaupun semuanya bukan untuk diri aku, tapi semua tu memang khas untuk aku gunakan. Kad raya?? Sampul duit raya?? Hmmm....??

Bila pandang kad raya ni lama-lama, tiba-tiba rasa nak pos untuk mak dan ayah. Hahahaha...padahal selalu je jumpa diorang. Bukan apa, sebab kad raya ni ada Unirazak logo and website printed. Ada la rasa bangga sikit..hee >_< Ish, tak baik bangga diri Dylla...berdosa!




Haa...ini la dia rupa mereka. Simple je. Tapi okay la. Memandangkan aku memang tak pernah dapat kad raya dan sampul duit raya ber"chop" syarikat macam ni, so ada la juga rasa teruja..hoho (",)

p/s : tak tahu nak kirim kat siapa kad raya ni weh!!


Photobucket

Sudah-sudah la mengumpat tu...bulan puasa ni!!

Assalammualaikum W.B.T

Hari ni bermula la 2/3 Ramadhan. Alhamdulillah. Makin cepat masa berlalu, makin bertambah la juga usia kita. Dan bila usia makin bertambah, makin pendek la nyawa kita. Betul ke..? Betul la...jangan pula kata nyawa tu makin panjang lak. Kalau kita telah di "limit" kan hidup selama 60 tahun je, dan tahun ni umur kita dah masuk 45 tahun...bukan makin pendek ke nyawa kita untuk mencapai tempoh umur 60 tahun tu..?

Adoi...cakap pasal umur lak. Takde kena-mengena dengan tajuk entri. Okay...tajuk entri ada tanda seru. Marah ke, Dylla..? Hmm, tak la marah sangat. Cuma kadang-kadang ada rasa letih dengan segelintir manusia yg bersikap macam ni.

Mengumpat. Orang kata sikap yg sinonim dengan perempuan. Betul ke..? Tak la. Buktikan pada aku yg lelaki tak mengumpat. Tak boleh bukti, kan..? Sama je. Kalau dah namanya manusia, sikap-sikap begini pasti ada. Cuma kita saja yg kena bijak untuk menentukan sikap begini patut diamalkan atau sebaliknya.

Kata orang, bulan puasa ni bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga. Tetapi juga menahan nafsu dari melakukan perkara-perkara yg dilarang. Dan salah satu daripadanya adalah mengumpat. Oh, bukan la bermakna kita boleh mengumpat jika bukan bulan puasa. Mengumpat tu satu perbuatan yg sangat ditegah di dalam Islam. Aku pernah terbaca, orang yg suka mengumpat ni ibarat memakan daging saudaranya sendiri. Ish, sanggup ke..? Dah tentu tidak, kan...?

Sempena bulan yg mulia ini, mari la kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri. Kalau sebelum ni kita memang jenis yg suka mengumpat atau kadang-kadang ada juga mengumpat, segeralah bertaubat. Minta keampunan dari-Nya dan janganlah diulangi perbuatan itu. Bercerita keburukan orang dengan tujuan mengaibkannya, di sana kelak kita pasti akan diaibkan semula. Mahukah..?? Wallahu'alam.


p/s : pagi-pagi datang kerja ada isu mengumpat pula..haish, makruh puasa aku bila terpaksa dengar benda-benda tu!


Photobucket

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 9

Assalammualaikum W.B.T

Ahad 29 Julai 2012 bersamaan 9 Ramadhan 1433H. Alhamdulillah. Sehari lagi puasa telah kita sempurnakan. Moga kita semua masih diberi peluang untuk berpuasa pada hari-hari yg seterusnya.

Hari Ahad di bulan Ramadhan. Hmm, memang takde apa yg aku buat, selain dari duduk di rumah dan membaca buku. Buku..?? Err..novel sebenarnya. Kira buku juga la tu, kan..? Apa pun, juadah berbuka puasa untuk hari ini tetap berasal dari bazaar Ramadhan...hehehe >_<

Haa laa..rumah aku tu bukannya takde dapur. Ada je. Tapi terpaksa dikuarantinkan atas sebab-sebab yg tak dapat nak dielakkan. Sebab tulah terpaksa pinjam dapur kat bazaar tu dulu. Nanti esok dah ada dapur sendiri, confirm aku masak sendiri je. Err..rasanya la..haha.

Sempat la layan cerita Bros kat tv3 tadi. Topik fobia. Nak cakap pasal fobia, aku pun ada fobia juga. Lipas dan cicak. Haish, cukup pantang kalau 2 jenis menatang ni muncul depan mata aku. Yg lain-lain, alhamdulillah, takde la rasa fobia lagi.

Kata si Akhwan (Bros) tadi, fobia ni ada 2 jenis. Fobia positif dan fobia negatif. Yg positif tu, bila kita dah tahu diri kita fobia tentang sesuatu perkara tu, tapi kita cuba juga untuk mengharunginya. Berjaya atau tidak, belakang cerita. Yg penting, cubaan untuk berlawan dengan fobia sendiri itulah yg dikategorikan sebagai fobia positif. Sebaliknya, jika kita langsung tidak mahu berdepan dengan fobia yg kita hadapi, itu boleh dikategorikan sebagai fobia negatif.

Ambil contoh diri aku sendiri la, walaupun aku fobia dengan lipas dan cicak, tapi kalau 2 menatang ni muncul depan aku, walaupun agak takut pada awalnya, tapi aku akan cuba juga cari jalan untuk "menghapuskan" mereka...hahaha..gile kejam aku! Alaaaa...aku nak bagi contoh fobia positif je. Bukan nak cerita pasal kekejaman aku pun. 

Jadi, bagi mereka yg ada fobia pada sesuatu perkara tu, fikirkan mengapa rasa fobia itu wujud. Dan cari jalan bagaimana untuk mengatasinya. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan.


p/s : gudnite bloggers...sweet dream!!!


Photobucket

Sunday, 29 July 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 8

Assalammualaikum W.B.T

Dah masuk 8 Ramadhan pun. Bermula la minggu kedua berpuasa. InsyaAllah, moga keberkatan dari-Nya akan lebih melimpah ruah di minggu yg kedua ni. 

Hari ni satu hari duduk rumah. Takde buat apa-apa pun. Kemas bilik sikit-sikit, lepas tu dok mengadap lappy ni. Dah bosan mengadap lappy, baring-baring jap sambil baca buku. Dah bosan baca buku, keluar bilik dan tawaf ruang tamu tu 2-3 round, lepas tu masuk bilik balik. What a life!!

Tapi, aku terasa cepat juga masa berlalu hari ni walaupun tak buat apa-apa. Selain dari perkara-perkara di atas, aku sempat juga la mengaji beberapa mukasurat. Kena usaha gigih ni. Risau betul aku tak sempat nak khatam dalam bulan Ramadhan ni. Minta-minta la sempat...amin.

Hmm, petang lepas Asar, aku dan housemate sempat la ke bazaar Ramadhan kesukaan kami...hahaha...dah jadi bazaar Ramadhan kesukaan pula! Haa la..dah tu je bazaar yg ada kat sini. Yg dekat dan senang nak pergi. Bazaar lain agak jauh. Malas la pula nak pergi jauh-jauh sangat. Dengan keadaan cuaca sekarang yg panas terik ni, sampai sepet mata aku dibuatnya, memang tak la nak gerak jauh dari rumah.

Oh, by the way...tadi ex-boss aku SMS. Dia suruh aku arrange majlis buka puasa dengan MJC ex-staff yg akan ditaja sepenuhnya oleh beliau. Aku pun terus, yes boss jelah! Rezeki...takkan nak tolak...hee >_< Tapi, nak contact balik kawan-kawan lama ni satu hal juga. Bukan apa, kalau jenis yg reti nak bagi respon tu okay la lagi. Kalau jenis yg buat tak tahu je...memang malas sangat rasanya nak berurusan dengan orang yg macam ni.

Jadi, itulah jelah yg berlaku dalam hidup aku hari ni. Takde apa yg menarik pun. Yg pasti, aku memang rasa sangat dahaga malam ni. Dah bergelas-gelas air selamat masuk dalam badan aku ni. Macam dehidrated je. Ni pun ada rasa nak minum lagi. Haish!


p/s : gudluck to my housemate...esok dia ada exam (",)



Photobucket

Saturday, 28 July 2012

Sabar dan Redha

Assalammualaikum W.B.T

Mesti masing-masing tengah sibuk berfikir nak makan juadah apa untuk berbuka puasa nanti, kan..? Dan aku percaya, ada di antara kita yg dah bersiap-siap nak ke bazaar Ramadhan di waktu-waktu begini..hee >_<

Cuaca hari ni sangat baik. Alhamdulillah. Agak panas sikit la. Tapi, bagus untuk peniaga-peniaga yg mencari rezeki di bulan yg mulia ni, kan? Plan nak balik berbuka puasa dengan mak dan ayah di Bukit Beruntung pun masih samar-samar lagi. Nak balik, tapi ada kerja pula nak kena siapkan kat rumah ni. Tengok la kejap lagi. Nasib baik Bukit Beruntung tu dekat je. Boleh la plan last-minute kan.

Okay..berbalik kepada tajuk asal, sabar dan redha. Semalam, tazkirah Jumaat dikendalikan oleh Registrar baru kami, Tn Syed Haron Ahmad. Topik yg sangat general. Tapi, bagus untuk dibincangkan sebagai peringatan bersama.

Manusia dan sabar memang saling berkait. Kesabaran manusia ni sering diuji tidak kira masa dan tempat. Di awal pagi atau di tengah malam, bila kesabaran itu diuji, bagaimana caranya untuk kita hadapi...? Sebagai contoh, di awal pagi, kita sedang memandu dengan perasaan yg amat tenang, tiba-tiba datang sebuah kereta dan melintas di hadapan kita dengan cara yg sangat berbahaya...apa perasaan kita ketika itu...?

Adakah kita terus mengurut dada, beristigfar dan bersabar...?

ATAU

Adakah kita terus memaki hamun pemandu kereta berkenaan...?

Secara jujurnya, most of the time, aku buat perkara kedua. Maki hamun dulu then baru nak bersabar. Tak boleh. Tak wujud istilah sabar selepas memaki hamun ye. Sabda Rasulullah S.A.W : "sabar itu adalah pada hentakan yg pertama." Jadi, kalau berlaku perkara yg menguji kesabaran kita dan kita bersabar di awalnya lalu redha akan perkara itu, maka kita adalah di antara orang-orang yg sabar. Hmm, cuba la kita perbaiki diri untuk menjadi lebih sabar. Aku pun sedang berusaha untuk menyabarkan diri dengan setiap dugaan yg Allah S.W.T beri.

Sabar dan kemudian redha dengan setiap dugaan, maka kita telah berada di kalangan hamba-hamba yg dijanjikan dengan ganjaran yg baik oleh-Nya.  Mahukah kita berada di kalangan itu..? Mestilah mahu kan. Ada ke yg tak nak ganjaran yg baik dari Allah S.W.T...? Ish, pelik sangat bagi mereka yg tak nak.

Tapi, redha itu bukan perkara yg mudah. Seperti kata Tn Syed tentang redha : "Allah S.W.T telah redha dengan memberi adik saya hidup di atas muka bumi ini, dengan kata lain, dilahirkan ke dunia, tapi saya dan keluarga mesti redha bila Allah S.W.T menariknya kembali beberapa tahun yg lalu."

Aku telah berdepan dengan 5 kematian yg melibatkan ahli keluarga yg akrab dengan diri aku. Aku pun tak pasti masa tu aku sabar dan redha atau sebaliknya. Apa yg pasti, aku memang bersedih dan menangis di atas pemergian mereka. Tapi, kesedihan itu tidak lama bila mendengar rata-rata yg memujuk, "sabar ye..semua ni ketentuan Allah, redha la dengan apa yg telah ditentukan-Nya."

InsyaAllah, aku mahu menjadi lebih tabah. Untuk itu, aku haruslah berusaha untuk menjadi orang yg lebih sabar dan redha. Moga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh setiap dugaan yg telah Allah S.W.T tetapkan buat diri kita semua. Wallahu'alam.


p/s : cuba tarik nafas dalam-dalam selama beberapa kali bila berdepan dengan perkara yg menaikkan darah, insyaAllah kita akan lebih tenang dan boleh terus bersabar (",)


Photobucket

zoShare - Discover, Share & Earn

Assalammualaikum W.B.T

Dah ramai blogger yg dok promote zoShare ni. Apa benda sebenarnya zoShare ni..? Aku pun kurang arif. Tadi masa BW, saja la try klik dan signup...belum ada apa-apa transaction, zoShare dah bagi RM5.00...eh, menariknya! Aku rasa konsep dia sama la juga macam Nuffnang ke Churp Churp ke. Just promote the listed news or an advertisements, and wait for your earning. Mudah kan..?

Jadi, sesiapa yg berminat nak signup, boleh la klik [SINI]. Boleh la korang tambah side income, kan..? Nak signup tu memang kerja mudah. Boleh signup dengan menggunakan akaun FB korang. Mudah kan..? Lepas tu, bila akaun zoShare korang dah wujud, RM5.00 tu automatik akan dikreditkan ke dalam akaun. Aku pun masih baru. Dan banyak benda nak kena belajar lagi. Jadi, rajin-rajin la kita explore ye. 


Contoh akaun zoShare...ni aku punya (",)


p/s : suka pula aku klik button share tu...hahaha >_<




Photobucket

Friday, 27 July 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 7

Assalammualaikum W.B.T

Bertemu kembali kita di dalam rancangan...haaa, sudah-sudah! Tok sah nak mengarut pula. Banyak la kau punya rancangan, Dylla! Hee...sorry, terover lak malam ni. Excited lebih. Bukan apa. Sebab dah 7 hari kita berpuasa. Sekejap je rasanya, kan...?

Hari ni memang terasa masa sangat cepat berlalu. Dari pagi sibuk buat kerja, sedar tak sedar dah tiba waktu balik. Perghhh...statement khusyuk buat kerja la konon! Tak juga khusyuk nye. Lunch hour tadi sempat juga la dok menyembang dengan kakak kat department aku tu. 

Oh, tadi aku ke klinik lagi. Mata aku ni la. Sakitnya masih terasa. Tak tahu la apa masalahnya. Sampai seminggu lebih masih belum sembuh lagi. Dugaan. Okay. Aku cuba tak nak merungut. Tapi, bila berjalan di bawah cuaca panas terik, dan bila mata ni tak mampu nak dibuka, masa tu ada la juga merungut sikit. Tulah manusia. Dugaan kecil macam ni pun nak merungut. Astaghfirullah. Ampuni aku ya Allah.

Kat klinik tadi, doktor minta pembantu klinik cuci mata aku. Ye kawan-kawan...cuci mata! Menarik kan bunyinya...? Aku mula-mula macam blur juga...cuci mata..?? How...?? Dah masuk bilik tu, baru aku tahu kaedahnya. Dia gunakan cecair yg lebih kurang macam eyemo tu untuk cuci mata aku ni. Caranya...? Aku "dipaksa" untuk membuka mata dan dia menuangkan cecair itu ke dalam mata...ye, menuangkan! Bukan menitiskan tau. Masa tu memang la mata aku asyik nak terpejam je. Macam mana nak buka kalau dah ada benda dituangkan masuk ke dalam mata..?

Pengalaman terbaik la buat diri aku. Adoiii...selalu sangat guna istilah "cuci mata" kan. Sekali memang betul-betul kena cuci mata aku hari ni. Tapi, alhamdulillah...rasa okay sikit la...better than before

Okay. Dah tu. Tutup cerita pasal sakit mata. 

Petang tadi, aku ditemani kawan sepejabat ke bazaar Ramadhan. Dia yg memang sengaja nak "cuci mata" **cuci mata lagi!** dah plan dari semalam lagi untuk ikut aku. Yelah dik Wan, ikut jelah kakak kau ni. Takde hal pun. Al-kisahnya, ramai pula warga UniRazak kat bazaar ni tadi. Dah jadi macam perkampungan UniRazak lak aku rasa. 

Hmm, alhamdulillah...juadah berbuka puasa aku hari ni habis macam biasa. Tak membazir pun. Harap-harap nafsu yg satu ni boleh dikawal hingga ke akhirnya...amin (",)


p/s : esok cuti...nak kemas bilik!!


Photobucket

Kenangan Berpuasa di Rumah Bujang Part 1

Assalammualaikum W.B.T

Tengah sibuk buat kerja, sekali bayangan ex-housemates melintas plak depan pc ni...adess! Dah la teringat kat diorang. Nak pula sekarang ni tengah puasa. Banyak sebenarnya kenangan berpuasa di rumah bujang dengan diorang semua.

Hmm, aku pernah menetap di 3 rumah bujang. 2 antaranya terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Dan yg terakhir di Kundang, Rawang...err, tak termasuk rumah sewa sekarang la ye ^_^

Antara ketiga-tiga buah rumah sewa ni, kenangan paling best adalah kenangan dekat rumah sewa ke-2 di Shah Alam dan di Kundang. Banyak sangat kenangan manis dan pahit di sana. Bila teringat balik, mesti aku dok senyum sorang-sorang. Best!

Masa kat Shah Alam tu, kami hanya bertiga je menyewa di situ. Dua-duanya kakak. Jadi adik bongsu la aku kat rumah tu kan. Tapi, aku lebih rapat dengan kak Amy, memandangkan aku dah kenal dia sejak dari zaman UiTM lagi. Yg sorang lagi tu, bukan tak nak rapat, tapi....dia pelik sikit la. So, takde la rasa nak rapat sangat dengan dia.

Dengan kak Amy ni, ke mana-mana memang berdua la. Melainkan kalau dia keluar dating, memang aku lone ranger la jawabnya. Tapi, sepanjang bulan puasa, dia jarang keluar dating. Jadi, kami memang berbuka puasa berdua jelah. Tiap-tiap hari mesti call nak tanya menu buka puasa. Selalunya, kami masak sendiri je. Aku memasak..??? Serius weh, memang aku masak tau! Tapi, gilir-gilir la. Kalau hari ni aku masak, esok giliran kak Amy tu pula.

Waktu berpuasa yg paling best ialah waktu hujung minggu. Sebab...? Sebab itu jelah masa yg kitaorang ada untuk meneroka bazaar Ramadhan di Seksyen 13 Shah Alam tu. Besar weh bazaar tu. Tak sempat nak pusing habis. Jadinya, sebab dah tau bazaar tu besar, kitaorang pun pergi awal la. So, sempat la pusing habis. Tapi, terlalu banyak menu sampai jadi rambang mata. Siapa yg pernah pergi bazaar tu tentu tahu apa yg aku maksudkan. Hmm, sudahnya..masing-masing beli 1-2 jenis kuih, balik rumah masak juga. Air tangan sendiri lagi best rasanya..hehehe

Uish, banyak lagi kenangan nak cerita ni. Tapi entri macam dah panjang sangat. Kang orang bosan lak baca panjang-panjang. Sambung nanti!




Photobucket

Thursday, 26 July 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 6

Assalammualaikum W.B.T

Suasana dalam diri aku agak suram bila BW pagi tadi. Rata-rata blogger update tentang bonus yg bakal diperolehi oleh penjawat awam. Bertuah betul. Murah rezeki korang kan. Aku...?? Takde bonus tahun ni. Masih dilabelkan sebagai new staff, jadi jangan berangan nak dapat bonus. Okay. Redha. Pasrah.

Apapun, walau takde bonus sekalipun, kerja kena siapkan juga. Tak boleh la nak pergi protes ke. Pasang sepanduk ke. Pastu dok pakat laung beramai-ramai :

We want BONUS!!

We want BONUS!!

We want BONUS!!

Memang nak kena lempang dengan bos la jawabnya....huhu >_< Takpe la. Walaupun ini 1st time aku tak merasa bonus, tapi semangat bekerja tu tak pernah luntur. Hah, positif okay!! Kena la positif. Bekerja bukan untuk bonus semata-mata, kan..? Bekerja tu kan ibadah. Jadi, anggap jelah bonus akhirat dah ada dalam tangan. Jadi, bekerja la dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.

Hmm, kerja kat ofis tadi banyak juga. Terkejar-kejar nak siapkan yg urgent, yg top urgent, yg super duper urgent. Pendek kata semuanya urgent la! Tapi, biasa la aku...1st come 1st serve. Lantak pi la hang punya dokumen tu urgent tahap mana pun...dah tau urgent, lenkali bagi awai-awai. Jangan dok last minute baru nak kerah bagai, memang tak dapat! Hahaha...mesti ramai yg bengang dengan aku nanti.

Haa la...kalau dah semuanya urgent, aku pun pening nak siapkan yg mana satu dulu. Jadi, mana yg sampai dulu kat tangan aku, yg itu la aku siapkan dulu. Betul tak...? Tapi, alhamdulillah. Kerja tu semua dapat disiapkan sebelum lunch hour. Jadi, lepas lunch hour tu aku agak free la. Dok cari resepi-resepi mudah kat internet **bukan nak masak pun...jamu mata je...hehehe** dok layan lagu-lagu kat youtube, dok buat tu, dok buat ni. Sampai la tetiba jam dah pukul 4.45 minit petang. It's time to go back!!

Hari ni juadah berbuka puasa disediakan oleh pakcik-makcik kat bazaar Ramadhan lagi. Bukan tak nak masak sebenarnya, tapi...aku terlalu hargai la usaha-usaha diorang yg dok jual makanan kat bazaar tu. Penat diaorang masak. Dan bukan kerja mudah nak pasang meja, standby suara, tarik customer! Tu yg aku gigih juga pergi beli tu. Tapi terkawal la ye. Belum sampai tahap dikawal nafsu lagi. Alhamdulillah.

Malam ni nak tidur awal. Mata agak penat asyik menatap komputer je dari siang tadi. Nak bagi dia rest jap. Korang semua pun jangan tidur lambat ye. Esok nak bangun sahur lagi. Kang tak sedar lak. Gudnite buddies!!


Photobucket

Mercun Dan Bunga Api

Assalammualaikum W.B.T

Selesai tarawih semua...? Alhamdulillah. Puasa ke-6 dan tarawih ke-7. Cepat je masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak genap seminggu kita semua berpuasa. Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan peluang untuk menikmati hidup dan merebut pahala di bulan Ramadhan.

Okay...bila bercakap tentang bulan puasa, pasti ramai yg dah terbayangkan bazaar Ramadhan, tempahan baju raya dan kuih raya, tak lupa juga mercun serta bunga api. Haa, malam ni aku nak cerita pasal dua benda ni. Mercun dan bunga api. Dua benda yg sangat sinonim dengan musim-musim perayaan.

Bila tiba musim perayaan macam ni, deria dengar kita dah mula rasa terganggu dengan bunyi-bunyi mercun. Bunga api takde bunyi ye. Kalau berbunyi pun tak la sampai tahap mengganggu. Kenapa aku cakap mengganggu..? Yelah, macam tadi...orang tengah sibuk-sibuk tarawih, diorang dok sibuk main mercun. Mengganggu la tu, kan...? Aku rasa tak salah nak main mercun tu. Tapi, biar la kena pada tempat dan masanya.

Kadang-kadang, tengah malam pun berbunyi. Takde kesedaran sivik ke...? Kat sekolah tak belajar subjek tu...? Fikirkan la tentang orang lain yg sedang nyenyak tidur. Tapi, terganggu dengan bunyi mercun tu. Tak selesa sungguh, kan...? Macam aku, memang setiap malam akan dikejutkan dengan bunyi-bunyi mercun ni. Nak buat macam mana. Dah memang budak-budak sini jenis tak faham bahasa agaknya. Hai, nasib la duduk di kawasan kejiranan yg macam ni.

There are still annoying sounds of fireworks or firecrackers or whatsoever things, as I write this entry. Dan bunyi-bunyi tu akan berlarutan hingga ke tengah malam. Hmm, mungkin sebab masa aku kecil-kecil dulu aku tak main mercun, jadi bunyi mercun ni sangat mengganggu deria dengar aku agaknya. Mungkin pada pendengaran orang lain, bunyi macam ni perkara biasa.

Apapun, walau rasa amat terganggu, tapi kadang-kadang aku layankan juga. Dok tepi tingkap bilik tu, pandang ke bawah, cari la port budak-budak ni main mercun. Pastu dok sengih sorang-sorang. Sebab ayah aku garang la aku tak main mercun tau! Kalau tak, mungkin aku pun jadi macam budak-budak ni dulu ^_^

Terasa la juga suasana nak raya bila dengar bunyi mercun kan. Ada la juga kebaikannya bagi aku. Tapi, pada adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak yg sibuk dok main mercun tu, hati-hati la ye. Malang tu tak berbau. Kalau dah terputus jari ke, terbuta sebelah mata ke, tak payah susah-susah nak menangis bagai la. Redha je. Sebab kita yg cari penyakit, kan...? Huhu (",)


p/s : mercun yg pernah sekali seumur hidup aku main pun mercun gasing...hahahaha



Photobucket

Baju Raya Pertama Saya

Assalammualaikum W.B.T

Tengah FB tadi, ternampak pula gambar ni. Saja nak share dengan korang semua. Ini la dia baju raya pertama aku. Masa ni tahun 1984. Oldskull sangat!! Hehehe...




Kalau la masa ni aku pandai berkata-kata, mesti aku dah tuduh mak dan ayah aku sebagai pengamal diskriminasi >_< Haa la...cer tengok baju raya abang aku tu. Elok je dia berbaju melayu, bersamping bagai...ada songkok lagi! Aku...?? Entah baju pesen apa la yg ayah aku belikan ni. Huh, tak bersyukur sungguh engkau ye Dylla..!

Takde la. Bukan tak bersyukur. Saja je nak mengusik mak dan ayah. Aku pernah tanya kat mak, kenapa aku tak dipakaikan baju kurung...? Mak cakap dulu aku tak boleh berpanas. Kulit aku sensitif. Kalau berpeluh je, mesti naik ruam. Sebab tu mak tak nak ayah belikan baju kurung. Itu la alasan yg diberi. Aku pun redha jelah.


p/s : geram tengok anak buah aku yg masih kecil tapi boleh pakai baju melayu ^_^


Photobucket

Wednesday, 25 July 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 5

Assalammualaikum W.B.T

Disebabkan mood yg sangat ceria hari ni, puasa pun jadi ceria je. Semangat betul aku. Ke sana ke sini...dok ulang-alik ke blok sebelah di tempat kerja, tak rasa apa pun. Alhamdulillah. Sedikit penat pun tak rasa. Wah, menakjubkan! Macam ni rupanya ganjaran bagi orang yg menghadapi harinya dengan penuh semangat dan mood yg ceria. Hehehe...okay, dah tu Dylla. Tak habis-habis nak mention yg kau tu ceria sangat hari ni >_<

Alhamdulillah. Selesai sudah puasa ke-5 bagi seluruh umat Islam di atas muka bumi ni. Petang tadi, aku dan housemate sempat singgah di bazaar Ramadhan yg berdekatan dengan Jalan TAR tu. Alang-alang dah lalu kan. So, singgah la kejap. Aku sempat beli nasi dan beberapa jenis lauk yg menjadi kegemaran aku. Housemate aku pula beli lauk je hari ni. Katanya nak elakkan makan nasi sepanjang Ramadhan ni. Hmm..betul juga tu. Kalau tengok menu buka puasa dia dari 1st puasa hingga la ke hari ni, memang dia tak sentuh nasi pun. 

Tapi....................

Memang la dia tak makan nasi. Tapi, makanan lain yg dia makan tu...masyaAllah, aku sampai terpaksa tegur la tadi. Banyak sungguh dia beli. Lepas tu, memang tak pernah habis. Aku memang tak boleh tolong habiskan. Menu aku sendiri pun gigih aku nak habiskan. Sebab tu aku tak kan beli banyak-banyak. Dah tahu banyak mana perut aku boleh terima makanan di bulan puasa ni. So, jangan la cari penyakit.

Kalau berbelanja mengikut nafsu, begitu la jadinya kan. Hmm...aku geleng kepala jelah bila tengok si housemate begitu sakan membeli beraneka jenis makanan. Dia tolak nasi, tapi lauk-pauk yg dibeli mengalahkan orang nak makan untuk bertiga. Macam mana tu...?? Hmmm...aku tak kisah. Duit dia. Tapi, kalau tak habis...kan membazir namanya tu. Syaitan dah kena rantai. Siapa pula yg menghasut...?

Tepuk dada tanya la hati. Kalau kita tak mampu nak kawal nafsu kita sendiri, jangan salahkan Syaitan pula. Syaitan memang tepuk tangan je tengok ada 'sahabat-sahabat' dia yg masih wujud walaupun selepas dia dirantai. Wallahu'alam.




Photobucket

Kenapa Suka Berlengah

Assalammualaikum W.B.T

Jam dah hampir pukul 12.00 tengahari. Baru ada kesempatan nak update entri. Pagi tadi, masuk ofis terus fokus pada kerja. Sambil tu sempat la BW juga. Banyak juga entri kawan-kawan yg aku dah missed. Takpe...lunch hour nanti BW lagi sekali.

Aku nak cerita tentang topik berlengah. Bagi yg kurang jelas maksud berlengah tu boleh la rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka >_< Okay...okay...aku jelaskan sikit la maksudnya. Berlengah tu boleh la juga disama-ertikan dengan melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan. Setuju..? Siapa yg tak setuju boleh komen kat ruangan komen di bawah. Sekian, terima kasih.

Kenapa aku pilih tajuk ni..? Sebab, perbuatan berlengah ni dah banyak kali sangat jadi depan mata aku. Aku tak tahu la kalau ada yg selesa, tapi bagi diri aku, orang yg suka berlengah ni sumpah aku tak berkenan! Sebab aku sendiri tak suka nak berlengah. Dalam segala hal pun, aku akan pastikan aku buat cepat. Kalau salah sekalipun, at least aku masih punya masa untuk perbetulkan keadaan. Kalau dah dari awal pun berlengah, ada kesilapan pula tu, makin banyak la lagi masa yg diperlukan untuk betulkan balik semuanya, kan?

Aku bagi contoh mudah la ye :

Si A bangun tidur seawal jam 6.30 minit pagi. Tapi, tak tahu apa yg dibuatnya di dalam bilik hingga jam 7.00 pagi baru la dia terhegeh-hegeh nak masuk bilik mandi. Lepas tu, pukul 7.30 minit pagi, tak siap-siap lagi. Akhirnya, sampai ofis lewat. Punch card hari-hari merah. Sebab apa?? Sebab sikapnya yg suka berlengah tulah.

Kalau la Si A tu tak berlengah, tentu takde masalah dengan punch card dia, kan? Nampak tak kawan-kawan..? Bagi aku, orang yg suka berlengah ni, memang kesudahan pekerjaan dia tak begitu bagus la. Tapi, kenapa orang-orang macam ni suka berlengah ye..?

Sebab dia ada masa yg lebih banyak berbanding orang lain...?

Sebab dia tak kisah masuk kerja/pergi kelas pukul berapa sekalipun dan tiada orang yg akan mempertikaikan..?

Sebab dia memang SLOW...??

Adoii...semua sebab-sebab tu hanya menyenangkan pihak yg suka berlengah je. Bagi pihak lain...? Korang tak fikir akibat dari perbuatan suka berlengah tu...? Kalau tak fikir kesan terhadap diri sendiri, tolong la fikirkan tentang orang lain.

Kalau di tempat kerja, disebabkan sikap kita yg suka berlengah tu, orang lain pula terpaksa ambil-alih seketika tugas kita sedangkan dia sendiri punya tugas yg harus diselesaikan. Tak ada ke rasa segan disebabkan perbuatan kita itu...? Walaupun tiada siapa yg pernah merungut dan tiada siapa yg pernah mempertikaikan, ingatlah...sikap suka berlengah itu tidak boleh diamalkan.

Sedangkan, di dalam Islam sendiri, orang yg suka berlengah ini dibenci oleh Allah S.W.T. Berlengah dari segi apa..? Berlengah untuk menunaikan solat. Bila dah masuk waktu, mula la macam-macam dialog yg keluar kan.

"Takpe la..ada banyak masa lagi ni."

"Kerja ni mesti nak kena siapkan dulu. Nanti la baru aku solat."

Boleh ke macam tu...? Tak boleh, kan..? Jadi, sama la halnya dengan kehidupan seharian kita. Cuba la tukar speed tu. Kalau selama ni kita rasa pakai gear 2 boleh kejar orang yg dah mula pakai gear 5, memang kita akan terus ketinggalan. Wallahu'alam.


p/s : orang macam ni wujud di sekeliling aku..rimas juga kot


Photobucket

Morning Peeps!!

Assalammualaikum W.B.T

Wahhh...ceria sungguh aku hari ni..!! Awal-awal pagi dah buat entri. Alhamdulillah, selesai sudah bersahur dan solat Subuh. Kejap lagi nak bersiap-siap ke tempat kerja pula. Semangat nak masuk kerja hari ni. Walaupun dah terbayang atas meja aku pasti menimbun-nimbun kerja yg perlu disiapkan. Takpe. Kerja tu kan satu ibadah. Ibadah yg dibuat ikhlas kerana Allah S.W.T pasti ada ganjarannya. InsyaAllah.

BW...? Oh, bukan la seawal ini. Kang aku khusyuk sangat BW sampai terlupa nak bersiap lak. Kejap lagi kat ofis bila ada waktu lapang aku pasti akan BW. Tu kan salah satu hobi kegemaran aku..huhu >_<

Aku sebenarnya membayangkan suasana yg tenang dan damai di waktu-waktu begini. Malangnya, kat sini suasana tu sama je. Aku rasa memang 24 jam aku akan dengar bunyi kenderaan yg lalu-lalang. Amboi...diorang ni tak reti nak berehat ke...? Hmm, tak la mengganggu sangat pun. Cuma rasa teruja nak merasai suasana tenang dan damai tu terbantut seketika.

Okay la. Nak bersiap dulu. See you in next entri...daa!!


p/s : best nye kalau dapat kekalkan mood macam ni hari-hari (",)


Photobucket

Tuesday, 24 July 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 4

Assalammualaikum W.B.T

Ehem...ehem...dah 4 hari la kita semua berpuasa...yeay!! Haipp...yeay pula...macam budak-budak!! Alhamdulillah...syukur ke hadrat-Mu Illahi kerana dengan izin-Mu kami semua berpeluang untuk menghabiskan puasa di hari ke-4 Ramadhan kali ini (",)

Hari ni kesihatan mata aku dah kembali stabil seperti sediakala. Dah tak merah lagi. But still ada rasa sakit la. InsyaAllah, esok pagi mesti sembuh. Banyak kerja yg tergendala kat ofis tu disebabkan m.c dua hari ni. Adoii...confirm aku sibuk gile esok!

Apapun, puasa hari ni berjalan lancar. Takde dugaan yg besar pun. Al-maklum la, dok umah je. Dugaan apa la sangat. Melainkan dugaan tidur jelah. Hmm, cubaan menahan diri dari tidur siang berjaya la tadi! Alhamdulillah. Boleh je buat kalau hati tu dah tekad kan...hehe

Petang tadi, pertama kali aku ke bazar Ramadhan yg terletak berhampiran dengan rumah aku ni. Meriah juga. Ramainya makhluk Allah yg sibuk membeli-belah untuk juadah berbuka puasa, termasuk la aku. Memang banyak menu yg dijual tadi. Tapi, tak tahu la disebabkan penat atau memang dah jenis tak kisah sangat buka puasa makan apa...jadi aku takde la rasa teruja nak beli macam-macam. Akhirnya aku ternampak pakcik kedai makan yg selalu aku pergi tu, turut berniaga di situ. Tak fikir panjang, terus beli kat pakcik tu je. Dah tau dah rasa masakan dia macam mana kan.

Hmm, malam ni rasa nak tidur awal la. Dah tak tahu nak buat apa lagi. Nak BW, tapi internet cam apa je...slow ya amat! Ni pun dah berapa kali aku dengar BB aku dok disconnect sendiri. Esok la aku terjah korang semua ye!


Photobucket

Hadith Pilihan di Bulan Ramadhan 1433H (2)


Bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesiapa yg berpuasa di dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuni segala dosanya yg telah lalu."

Hadith riwayat Abu Hurairah R.A.



Photobucket

Takut Tinggalkan Yg Sunat Tapi Yg Wajib Dilupakan

Assalammualaikum W.B.T

Sebagai umat Islam, pasti kita semua tahu apa perkara wajib dan perkara sunat di dalam kehidupan kita. Yg wajib itu pastilah sesuatu yg mesti kita lakukan tanpa ada sebarang alasan untuk meninggalkannya. Dan yg sunat itu pula sangat digalakkan untuk kita buat. Boleh la tambah sikit mana-mana pahala yg terkurang tu.

Bercakap tentang perkara wajib dan perkara sunat, sangat meluas kan...? Jadi, aku kecilkan sikit scope nya. Sempena bulan Ramadhan yg mulia ni, aku hanya nak kongsikan tentang ibadah Solat Sunat Tarawih. Haa...bercakap pasal Solat Sunat Tarawih ni, mesti ramai yg tersenyum. Mesti ramai yg ada kenangan manis dan pahit ketika menunaikan Solat Sunat Tarawih ni, kan?

Okay. Tutup dulu cerita tentang kenangan tu. Sekarang nak cerita tentang ibadah yg hanya berlaku di dalam bulan Ramadhan ini saja. Pasti ramai antara kita yg tak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan Solat Sunat Tarawih ni, kan? Yelah, peluang ni hanya datang sebulan je dalam setahun. Rugilah kalau kita sia-siakan. Aku pun tak terkecuali untuk berperasaan macam tu.

Tapi, pernah ke kita terfikir, kita sibuk-sibuk mengejar Solat Sunat Tarawih, tapi solat-solat yg wajib kita tunaikan...kita tak pernah peduli pun..? Kita bersungguh-sungguh dan berazam untuk menunaikan Solat Sunat Tarawih penuh sebulan, tapi solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya' kita jadi tunggang-langgang. 

Tak boleh la macam tu. Yg sunat tu memanglah digalakkan. Tapi, yg wajib tu kita tak boleh lupakan. Perkara pertama yg akan dihisab ketika 'di sana' nanti adalah SOLAT. Dan kita kena faham, solat yg dihisab itu adalah solat yg diwajibkan ke atas setiap umat Islam yg sudah akil baligh. Solat 5 waktu seperti yg tersenarai di dalam Rukun Islam. Jadi, solat-solat itulah yg akan ditanya kelak. Bukannya Solat Sunat Tarawih ke, Solat Sunat Taubat ke atau Solat Sunat Tahajjud ke. Tapi, solat-solat sunat ni memang digalakkan untuk ditunaikan sebagai ibadah tambahan yg boleh melengkapi kekurangan ibadah wajib kita. Aku ulang balik...melengkapi..bukan menutupi. Jadi, kalau solat yg wajib tu kita tinggalkan, qada' la ia semula. Yg dah 'berlubang' itu tak boleh ditutupi dengan apa jua ibadah melainkan dengan menggantinya semula.

InsyaAllah, semoga amalan kita semua akan diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T. Rebutlah peluang untuk menambah pahala di bulan yg mulia ini. Janganlah pula kita mensia-siakan peluang itu dan lebih teruk lagi menambah dosa pula. Wallahu'alam.


p/s : Jom kita Solat!!


Photobucket

Monday, 23 July 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 3

Assalammualaikum W.B.T

Hari ke-3 berpuasa dengan keadaan sakit mata. Haa...best kan?? Dugaan ni. Al-kisahnya, pagi tadi memang dah pergi kerja. Then, mata yg memang dah sedia sakit ni jadi bertambah sakit. Rasa macam nak terkeluar biji mata ni dibuatnya.

Nak tak nak kena la juga pergi klinik. Malas sebenarnya nak menghadap doktor tu. Tapi, terpaksa la juga memandangkan mata ni aset penting kot nak meneruskan hidup dengan lebih sempurna. Dapat la mc dua hari. Hmm, sebelum balik rumah tadi pun jenuh fikir juga, nak balik ke tak...? Bukan apa, dah la puasa...balik rumah nak buat apa je pun.

Tapi...tiba-tiba dengar suara bos dari dalam bilik dia...

"Makwe...awak nak balik pukul berapa ni...? Tu sakit mata awak tu berjangkit ke tak...? Kang habis semua 1 department sakit mata..."

Alah..sedih la bos ni. Aku punya la bersemangat waja nak teruskan kerja. Tapi dia boleh 'halau' pula. So, dengan hati yg berduka-lara, aku kemas-kemas meja aku then terus log out. Balik la. Dah bos suruh balik kan..huhu >_<

By the way, sepanjang perjalanan nak ke stesen LRT Bandaraya tu punya la seksa aku rasa. Silau gile! Berair-air mata aku. Adoiii...memang jalan menunduk jelah aku. Sopan sungguh tau. Anak sapa la ni..hahaha

Sampai rumah tadi, sempat la sumbat baju dalam washing machine. Sementara nak tunggu waktu Solat Zuhur, aku selak-selak juga la Al-Quran tu. Eh, bukan selak jelah. Baca la sekali. Dengan mata yg berair, meleleh-leleh rasanya air hidung...yarkkk!!!

Dah siap semua kerja termasuk la selesai bersolat, aku pakai ubat dan terus tidur. Oh, nyamannya dapat tidur di siang hari di bulan puasa. Amboiii...nikmat ye Dylla! Kang makruh puasa tu baru padan muka. Rugi je! Alhamdulillah, aku terjaga tepat masa azan Asar berkumandang. Jelas sekali bunyi azan tu sampai aku terkejut dan kelam-kabut bangun. Adoii...ingat dah azan Maghrib...hahahaha

Apapun, hari ni aku tak dapat nak join tarawih. Sebab aku rasa masa aku rukuk dan sujud dalam solat, mata ni macam nak terkeluar je. Harap-harap esok dah pulih macam biasa. Boleh la aku tarawih balik. InsyaAllah.


Photobucket

Sunday, 22 July 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 2

Assalammualaikum W.B.T

2 Ramadhan 1433H. Alhamdulillah. Selesai sudah. Hari ni tak dapat berbuka puasa dengan family. Hmm..sebab adik bongsu aku nak balik ke kampus dia dah. Bas malam pukul 9.30. Tapi, dia nak ke Pasar Seni dulu sebab nak survey harga souvenir untuk event kat tempat dia nanti. Jadi, alang-alang aku dah hantar dia, takkan la aku nak patah balik ke Bukit Beruntung, kan? Jadi, berbuka puasa dengan dia jelah.

Apapun, aku dah selamat sampai rumah. Lepas je adik aku selamat naik bas tadi, aku pun terus balik juga. Perjalanan aku dipermudahkan dan selamat semuanya. Moga perjalanan adik aku pun begitu juga. Amin.


Jantung Hati opah dan atuk
Si Debab Adam dan Si Bucuk Azeem (",)

Pagi-pagi tadi, adik aku yg menetap di Kemaman tu pun sibuk bersiap nak balik ke sana. Sedih pula bila terpaksa berpisah dengan Adam. Tapi, memandangkan raya nanti dia akan balik beraya dengan kami, jadi perasaan sedih tu kurang sikit la. Lepas adik aku balik, rumah dah jadi sunyi. Aku dan adik bongsu aku tu pun sibuk juga la mengemas barang-barang kami. Kami bertolak ke KL lepas Zuhur tadi. Dan selamat sampai hampir jam 3 petang. Pemanduan agak lancar juga hari ni. Traffic was so clear.

Disebabkan agak awal tiba di KL, jadi aku merancang nak berehat-rehat di Taman Tasik Permaisuri yg terletak berhampiran dengan rumah aku. Adik aku pun tak banyak songeh. Ikut je. Sampai sana tadi, aku tak boleh nak tahan dah, Terus keluarkan kamera...photoshoot la..apa lagi...hahahaha ^_^


Adik-beradik yg gile bergambar
Self-timer pun jadi la..asalkan dapat tangkap gambar macam ni ^_^

Hampir jam 4.00 petang, kami terus ambil tren menuju ke Pasar Seni. Lepas pusing-pusing tengok barang, tanya-tanya harga, gelak-gelak sikit...kami terus cari tempat untuk berbuka puasa memandangkan masa tu jam dah nak pukul 6.30 petang. Adik aku teringin nak makan McDonanlds pula. Kat tempat dia susah nak dapat. Okay la. Aku layankan aje. Padahal masa tu aku macam tak larat dah nak berjalan lagi. So, masuk je McDonalds yg berhampiran dengan Pudu Sentral tu, aku terus duduk. Penat!

Sepanjang masa menunggu waktu berbuka puasa tu, ada la sekumpulan kanak-kanak yg datang..hmm, aku tak pasti la diorang ni India Muslim atau apa, tapi masa tu dalam fikiran aku, "wujud lagi sindiket minta sedekah ni ye.." Walaupun rasa kesian kat diorang, tapi...dalam masa yg sama aku rasa geram juga. Mana tak geramnya, lepas je sorang budak tu dapat duit dari kitaorang, datang lagi yg lain dan lain dan lain dan lain lagi...amboi...ramai betul korang punya bala tentera ek. Entah la. Tak faham aku. Niat di hati memang la nak beramal ibadah sepanjang bulan puasa ni. Tapi, bila melalui situasi macam ni, aku dah jadi confuse. Bila la agaknya orang yg bertanggungjawab ni nak sedar diri ek...?

Okay la. Tak boleh nak tulis panjang-panjang sangat. Kang jadi macam karangan SPM lak..hee >_< Apapun, jumpa esok!! Eh, esok kerja la...alahai...dugaan kat tempat kerja ni lain macam sikit. Memerlukan kesabaran yg tinggi. Moga-moga kesabaran aku tak diuji esok hari dan hari-hari yg seterusnya...amin (",)


Photobucket

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 1

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Dah selesai pun puasa pertama di 1 Ramadhan hari ni. Hari ni berbuka puasa dengan family aku. Semua ada. Best betul. Happy je tadi. Sempat juga la aku merakam beberapa aksi kedua-dua orang anak buah aku, Azeem dan Adam. Nanti ada masa aku share la ye, insyaAllah.

Buat masa ni, setiap kali 1 Ramadhan, aku pasti akan berada di samping family aku. Rasanya belum pernah lagi aku menyambut puasa dengan kawan-kawan. Hmmm...eh, jap...rasanya masa belajar dulu pernah kot. Oh, itu cerita lain la ye. Sebab dulu belajar jauh nun di utara tu. So, nak balik kampung macam tak cukup masa.

Siang tadi pun aku tak sempat nak kemana-mana dan buat apa-apa. Hanya duduk di rumah. Berbual dengan mak dan ayah. Blogwalking. Facebooking. Sleeping. Hah, part tidur tu yg paling best. Tidur tak lama mana pun. Tak boleh nak tidur lama-lama. Tu, anak buah aku yg 2 orang tu...bising ya amat! Terganggu tidur aku dibuatnya..hee >_<

Plan nak ke bazar Ramadhan pun tak jadi. Tiba-tiba abang dan kakak ipar aku dengan baik hatinya nak ke sana untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa. Tak sikit sangat la. Banyak juga menu yg dibeli mereka. Tapi dapat la habiskan semua. Alhamdulillah. Tak membazir.

Hmm, ok la kot. Dah takde apa nak cerita lagi. Itulah yg berlakudalam hidup aku  di hari pertama puasa tahun ini. InsyaAllah, aku akan update untuk hari esok pula. Good night semua..!!



Photobucket

Saturday, 21 July 2012

Hadith Pilihan di Bulan Ramadhan 1433H (1)


Bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Pada malam pertama di bulan Ramadhan diikatlah semua Syaitan dan jin dan ditutupilah semua pintu-pintu neraka serta tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukalah pintu-pintu syurga serta tidak ditutup pun satu pintu darinya. Maka berserulah penyeru : wahai orang yg melakukan kebaikan, hampirilah kamu, wahai orang yg melakukan kejahatan, undurlah kamu, dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yg dibebaskan dan ini berlaku pada setiap malam (Ramadhan)."

Hadith riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majjah dari Abu Hurairah R.A.



Photobucket

Friday, 20 July 2012

Transformasi Diriku - Bukan Nak Tunjuk Pandai

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Esok kita semua akan mula berpuasa. Pasti semuanya dah bersedia untuk memulakan puasa, kan? Alhamdulillah...bagus...bagus. Bagi yg ada cita-cita nak kuruskan badan, mungkin inilah masa yg sesuai untuk korang. Tapi, kena la kawal pemakanan masa berbuka puasa tu. Kalau berbuka makan untuk cover balik breakfast and lunch, memang takde makna la korang boleh turunkan berat badan. Apapun, yg penting niat berpuasa tu mestilah kerana Allah. Jangan kerana nak kurus pula ye >_<

Okay, topik kali ni takde kaitan dengan puasa pun sebenarnya. Tapi, dah terpanjang pula intro aku tentang puasa. Takpe. Abaikan. Aku nak cerita tentang transformasi diri - menegur yg lain selepas diri sendiri berubah. Apa pendapat korang...?

Pada aku, bagus sangat la tu. Bila kita dah mula berubah ke arah kebaikan, tentu dalam diri kita ada ilmu-ilmu baru yg kita pelajari, kan? Jadi, bila dah ada ilmu tu, jangan la kedekut sangat. Apa salahnya berkongsi dengan yg lain. Tambahan pula ilmu tu melibatkan agama Islam.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "sampaikan pesanku walau cuma satu ayat."

Nampak tak...? Walau satu ayat je tentang ilmu yg kita tahu, kita harus sampaikan. Inikan pula kalau kita tahu berayat-ayat. Jadi, jangan la kita hentam orang-orang yg nak berubah jadi baik ni bila mereka cuba menegur kita.

"Eleh...baru pakai tudung dah nak tunjuk alim!"

Tu salah satu contoh hentaman yg sangat femes la aku rasa. Sebab aku pun pernah kena masa mula-mula aku pakai tudung dulu. Alah bisa tegal biasa. Tak ambil hati pun. Bagi aku, orang yg bercakap macam tu, dia tak pakai akal. Dia cakap ikut hati. So, biarkan je. Harapannya, lama-lama nanti dia sedar la (",)

Sebenarnya, secara peribadi la, aku tak pernah rasa nak tunjuk pandai pun lepas melalui tempoh transformasi ni. Bila aku dah mula berubah, sedikit demi sedikit, banyak benda buruk yg aku dah tinggalkan. Jadi, bila aku nampak ada orang yg melakukan keburukan tu, salah ke aku menegur..? Perlu ke sampai nak hentam macam tu..? Niat di hati tu cuma tak nak melihat orang lain melakukan perkara buruk seperti yg pernah aku lakukan dahulu. Salah ke...?

Ambil la yg positif. Jangan terlalu memikirkan tentang perkara yg dah berlalu. Past is past. Semua orang pernah buat silap. Kita bukan maksum seperti nabi-nabi kita. Jadi, jangan la cepat sangat menghukum orang-orang yg nak berubah ke arah kebaikan ni.

Sepatutnya kita dekatkan diri kita dengan dia. Beri sokongan agar dia terus kekal di landasan yg benar. Kerana orang-orang yg berubah ke arah kebaikan ni telah menemui hidayah Allah S.W.T yg mereka cari. Mencari hidayah itu bukan perkara mudah. Hanya dengan keyakinan yg tinggi terhadap Allah S.W.T saja yg boleh membantu kita menemuinya. Wallahu'alam.




SELAMAT BERPUASA SEMUA...!!!


Photobucket

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan's Coming

Assalammualaikum W.B.T

InsyaAllah, malam ni kita semua akan mendengar pengumuman puasa yg akan jatuh pada esok hari (Jumaat) atau Sabtu. Jadi, jangan lupa tengok tv atau dengar radio ye. Jangan sampai terlepas pula nak dengar pengumuman puasa tu. Baru ada feel sikit..huhu (",)

Bila masuk je bulan Ramadhan, aku dah mula terbayang ibadah-ibadah yg bakal dibuat. Berpuasa tu sudah tentu. Solat sunat Tarawih. Tilawah al-Quran. Qiamulai. Berzikir. Bersedekah. Dan macam-macam lagi la. Dalam bulan Ramadhan, ada satu malam yg dipanggil malam Lailatulqadar. Tentu semua orang tahu malam Lailatulqadar tu apa kan. Seumur hidup aku belum pernah lagi berpeluang menemui malam tersebut. Bertuah sungguh bagi mereka yg pernah melaluinya.

Baginda Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yg diberkati, di mana Allah S.W.T telah mengfardhukan puasa ke atasmu. Dibuka padanya pintu-pintu syurga, dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, dan ditambat padanya syaitan-syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan. Siapa yg dihalang kebaikannya, sebenarnya dia telah dihalang oleh kebaikan yg banyak."

Pintu syurga terbuka luas...tak nak..? Rugi la bagi sesiapa yg tak nak. Bagi sesiapa yg nak pula, rebutlah peluang yg ada ni. Persiapkanlah diri kita untuk menunaikan ibadah wajib yg ada di dalam Rukun Islam ini.

Bagi diri aku sendiri, persediaan fizikal tu memang dah ada. Cuma persediaan mental je kena mantapkan lagi. Maklumlah, dalam diri masih punya nafsu. Walaupun syaitan dirantai di bulan Ramadhan ni, nafsu yg ada tu dah cukup untuk menggoyah iman aku. Kuatkanlah imanku untuk melawan nafsuku ini Ya Allah. Amin.


p/s : bagi yg ingat-ingat lupa niat puasa tu, rujuk la video di atas...selamat berpuasa semua!!
Photobucket

Wednesday, 18 July 2012

Bila Hati Dah Semakin Tawar

Assalammualaikum W.B.T

Nak tanya ni...korang kalau dah mula rasa tawar hati, apa yg korang akan buat selalunya...? Tawar hati pada bf/gf ke, tawar hati pada kerja ke atau tawar hati pada apa-apa jelah. Let go and move on or....??

Aku sebenarnya memang dah mula rasa tawar hati ni. Tawar hati pada seseorang. Nak terus berkawan pun rasa tak best. Dalam hati ni ada la rasa macam nak memberontak sikit sebab terpaksa hipokrit dengan meneruskan persahabatan ni. Hipokrit tu tak bagus, kan...?

Rasa tawar hati disebabkan sikap dia. Bukanlah nak kata aku ni jenis yg terlalu mengambil berat sangat pun. Tapi, kalau dia langsung tidak menunjukkan sikap ambil berat pada aku, benda tu akan terus buat aku rasa malas nak ambil tahu hal dia lagi. Hah, kejam ke bunyinya tu..?


Google

Hmm, pada aku...di dalam setiap perhubungan, tidak kira la sesama keluarga atau teman-teman, mesti la kena ada give and take kan. Memberi dan menerima. Tak boleh la satu pihak je yg memberi, sedangkan pihak satu lagi asyik menerima. Tak adil la macam tu. Bila dah mula rasa tidak adil, mesti perasaan tawar hati ni datang tanpa diundang.

Have anyone told you life isn't unfair, Dylla..? Betul...aku tahu. Tapi, bukan semua benda takde keadilannya. Yg tak adil tu aku tak nak ambil peduli. Sebab, bagi aku...untuk hidup aman dan selesa di muka bumi ni, kita kena la bersikap adil. Baru la orang pun senang dan suka nak berkawan dengan kita. Tiada siapa pun yg sukakan perhubungan sehala **tapi kat Malaysia ni banyak lagi jalan SEHALA kan..huhu**

Jadi, sebelum kita rasa nak jadi orang yg pentingkan diri, tengok dulu keadaan sekeliling. Adakah keadaan sekeliling begitu mementingkan diri mereka terhadap kita. Tak perlu la nak tunggu keadaan sekeliling menjadi dingin dan tawar hati terhadap kita, baru la kita nak tersedar. Macam-macam benda boleh berlaku bila perasaan tawar hati tu muncul. Sebab perasaan tawar hati ni akan mengundang satu lagi perasaan...malas nak fikir dan semuanya akan berakhir begitu saja. Wallahu'alam.


p/s : dah mula rasa letih berkawan dengan orang macam ni


Photobucket

Tuesday, 17 July 2012

Kronologi Majlis Perpisahan Registrar UniRazak

Assalammualaikum W.B.T

Lama rasanya tak jenguk blog kawan-kawan, kan? Dan lama juga rasanya tak update entri. Adoiii..maafkan saya!! Bukan sengaja nak tinggalkan blog ni sepi tanpa cerita baru. Ada je cerita. Tapi, banyak betul hal yg jadi 2-3 hari yg lepas. Dengan macam-macam aktiviti, ditambah lagi hal-hal kerja yg perlu disegerakan... kelam-kabut juga la hidup aku dibuatnya. Tapi apapun alhamdulillah, semua tu dah selesai.

Hmm...Sabtu yg lepas, kami sempat mengadakan majlis perpisahan untuk Tuan Haji Mohd Suib, Registrar di UniRazak ni. Tak lama tempoh masa aku bekerja dengannya. Tapi, dalam tempoh masa yg ada tu, aku senang bekerja dengannya. Sangat berdedikasi. Soft-spoken. Berhemah tinggi. Yg paling penting, dia la Registrar yg akan dikenang selamanya.



Sehari sebelum majlis berlangsung, kami semua dah sibuk-sibuk mengemas kelas yg bakal digunakan. Walaupun tak semua yg datang, tapi yg ada pun memang dah sangat membantu. Thanks to all of you yg sudi bekerjasama untuk menjayakan majlis ni.



Hari majlis tu berlangsung, aku tiba agak awal juga. Ada banyak sebab kenapa aku datang awal. 1) Belum beli hadiah untuk Tuan Haji - terus pergi cari hadiah sebaik saja ternampak orang lain dah sibuk-sibuk susun hadiah atas meja. 2) Nak elakkan traffic jam. 3) Orang penting kena la datang awal..hahahaha



Dan aku pula hari majlis tu, ter'over' dress-up. Gatal pakai boot. Dah la sakit-sakit kaki. Mahu tak sakit, berjalan sana, berjalan sini, berlari sana, berlari sini...adoiii...cramp kaki aku dibuatnya!!



Orang yg diraikan tiba agak lewat dari waktu yg telah dijadualkan. Perut aku masa tu dah tak ingat dunia. Suka-suka 'dia' je buat kecoh. Bikin malu tuan la 'dia' ni tau! Memang agak lapar la sebab pagi tu aku tak sempat nak sarapan. Banyak benda nak kena uruskan. Sampai terabai kejap sang perut tercinta..isk..isk..



Akhirnya Tuan Haji tiba juga. Yeayyy...!! Lapar dowh tunggu dia. Dia hadir dengan dua orang housemate nya **anak-anak daranya la** Majlis makan berlangsung dengan jayanya. Banyak sangat menu yg terhidang pada hari tu. Ada Nasi Arab dan lauk-pauknya sekali. Ada Manggo Lassi. Ada Laksa. Ada Apam Polkadot. Ada kek Chocolate Indulgance...yummy!!



Beberapa hari sebelum majlis, kami sempat merakam sebuah video khas "Ucapan Buat Tuan Haji". Video tu dipertontonkan ketika majlis sedang berlangsung. Riuh la kejap suasana masa tu dengan gelak tawa kami yg tak boleh tahan melihat gelagat masing-masing dalam video tu. Aku sempat la pandang Tuan Haji masa tu. Dia tersenyum je. Tapi, aku rasa mesti dia rasa sebak. Kehadirannya di sini walaupun sekejap, benar-benar dihargai.



Sebelum majlis tamat, kami sempat meminta Tuan Haji meniup harmonika dengan beberapa buah lagu sebagai dendangan terakhir untuk kami di sini. Ye, Tuan Haji memang sangat berbakat meniup harmonika. Pertama kali aku dengar dulu, aku memang kagum gila. Tiupan harmonikanya memang mengasyikkan. Dan majlis diakhiri dengan ucapan perpisahan dari Tuan Haji. Apapun, didoakan moga hidup Tuan Haji akan lebih dirahmati Allah S.W.T.



Majlis selesai hampir pukul 6-30 petang. Kami sempat la lepak-lepak depan UniRazak tu. Dok berborak tentang majlis yg dah selesai. Bergelak ketawa tentang kerenah masing-masing. Dan kami sempat pula merancang aktiviti seterusnya untuk petang tu. Akhirnya kata putus dibuat...it's karaoke time..!! Layankan aje ^_^



The best karaoke event selama aku bekerja di UniRazak ni. Semua menyanyi. Yg malu-malu kucing pada awalnya pun dah pandai memilih lagu sendiri. Yg memang gila mic tak payah cakap la kan. Lepas dia..dia lagi..hahaha...apa pun, diorang semua memang sporting. Really enjoy the moment.

Well, this is the last karaoke event before Ramadhan. InsyaAllah, dalam beberapa hari saja lagi kita semua akan mula berpuasa. Aku nak ambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya terdapat entri yg aku tulis menyinggung pihak sesiapa. takde niat nak menyinggung perasaan korang semua. Salam Ramadhan.


p/s: Diari Ramadhan akan bermula kembali..!!

Photobucket