Assalammualaikum W.B.T
Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ke-6 untuk Tahun Baru Masihi. Bagaimanapun, bagi kita umat Islam, dah masuk hari yg ke-41 untuk Tahun Baru Hijrah (",)
Tak boleh nak elakkan diri dari bercerita tentang azam tahun baru. Seperti orang lain, aku pun ada azam tahun baru juga. Dan salah satu daripadanya aku dah laksanakan sebelum masuk Tahun Baru Hijrah lagi. Advance sikit..hehe. Alhamdulillah sebab aku diberi peluang untuk menunaikannya. Dan untuk azam-azam yg lain, aku akan usahakan yg terbaik untuk melaksanakannya.
Semalam aku beli satu buku tentang soal-jawab permasalahan semasa oleh Ustaz Azhar Idrus. Dah banyak kali aku dengar nama dia. Jadi, teringin juga rasanya nak baca buku tentang soal-jawab tu. Alhamdulillah. Aku dah baca separuh. Soalan yg berat tapi jawapan yg amat ringkas serta mudah difahami. Itulah kelebihan Ustaz Azhar Idrus ni aku rasa. Dia dapat merumuskan jawapan dengan ayat yg paling mudah. Dan jawapan itu memang memberi pemahaman yg sangat jelas.
Ada satu persoalan tentang hukum ber'couple'. Memang sudah jelas, 'couple' ni hukumnya haram. Apatah lagi bila pasangan tu duduk berdua-duaan. Hmm...macam-macam fitnah akan timbul dan macam-macam hal boleh jadi. Aku beristighfar panjang lepas baca jawapan Ustaz Azhar Idrus tu. Ya Allah, aku pernah menjadi sebahagian dari manusia-manusia yg ber'couple' ni. Jahilnya pengetahuan aku tentang hukumnya sehingga aku ambil mudah je.
Dan sekarang aku semakin takut dengan setiap keasyikan dunia ni. Banyak benda yg aku suka nak buat. Yg aku tak boleh nak mengawal nafsu untuk melakukannya. Contoh terbaik, bab ber'couple' ni la kan. Tapi benda yg aku suka tu, benda yg sangat tak digalakkan di dalam Islam. Ya Allah, bantulah aku agar aku boleh mengawal diriku ini. Amin.
6 comments:
begitulah biasanya..yang disuka itulah godaan dari syaitan
bercouple selepas bernikah pasti lebih indah.. sebab tu kita disarankan utk berkahwin awal utk megelakkan segala fitnah, maksiat dan keburukan...
alhamdulillah, dari awal pertemuan dengan adik Dylla dalam dunia blog ni, saya dah boelh nampak satu demi satu perubahan Dylla ni...
ya, saya selalu ikut kisah hidup dan luahan dylla dalam blog.. syukur lah kan... segalanya nampak pelbagai perubahan ke arah yang diredhai Nya..
semoga usaha ini akan diberkati.. all the best buat adik ku Dylla....
perubahan yang menarik....insyaAllah....
Transformasi yg sgt baik..mudahan dyla berjaya mengharunginya..insya allah..
semoga kita berubah ke arah kebaikan dan sentiasa istiqamah..jom berjuang melawan nafsu!
suka komen gen2 merah ;)
Post a Comment