Pages

Wednesday 25 January 2012

"Apasal lari...?"

Assalammualaikum W.B.T

Terasa janggal pula menaip keyboard selepas 4 hari bercuti..hehe. Semoga teman-teman BLOGger semua sihat-sihatlah hendaknya ye. Aku dah BW tadi..tapi tak sempat nak habiskan. Banyak yg aku dah miss. Nanti aku terjah blog korang ye.

Nak cerita tentang kejadian pagi tadi. Aku keluar rumah seperti biasa, jam 6.30 pagi. Selalunya waktu-waktu macam tu memang tak banyak kenderaan di jalanraya. Jadi, pemanduan aku pun agak lancar seperti kebiasaannya. Tapi.....

Tiba-tiba ada satu MyVi berwarna putih cuba memotong aku dari sebelah kiri ketika aku nak keluar simpang ke kanan. Aku tak pedulikan MyVi tu memandangkan kereta kami tak bergesel, tak bersentuhan, tak berlanggar atau yg seangkatan dengannya.

Aku pun drive je macam biasa lepas keluar dari simpang tu. Tapi, aku perasan MyVi tu cucuk rapat belakang aku. Jadi, aku pun masuk la ke lane kiri dan perlahankan kelajuan kereta. Nak bagi laluan kat dia. Tapi, dia pun ikut masuk lane kiri juga. Lepas tu asyik bagi hi-beam kat aku. Pelik juga. Bila fikirkan yg aku tak buat salah apa-apa, jadi aku pun takde la rasa nak berhenti.

Sampailah dah masuk jalan besar ke bandar Rawang, tiba-tiba MyVi tu overtake aku, dan berhenti mengejut depan aku. Adesssssss...ni yg aku lemah ni! Tak suka betul pagi-pagi orang menguji kesabaran aku ni. Tak pasal-pasal aku terpaksa berhenti juga. Driver MyVi tu terus keluar kereta. Lelaki.

"Apasal lari...??"

Soalan tu terus keluar dari mulut dia sebaik saja aku turunkan tingkap kereta. Aku tak rasa pula nak keluar dari kereta waktu tu. Yelah, kang jadi apa-apa kang, siapa nak menjawab dengan mak dan ayah aku kat kampung tu..?

Aku terus tanya apa masalah dia sebenarnya. Kenapa nak follow aku rapat sangat...? Kenapa nak bagi hi-beam macam aku ada buat salah...? Dan yg paling penting kenapa dia tanya aku kenapa aku lari...??

Tiba-tiba lelaki tu terdiam.

"Alamak, kak...sorry saya dah salah orang. Malam tadi ada satu kereta macam kereta akak ni asyik lalu-lalang depan rumah saya. Saya ingatkan orang tu ada niat tak baik..."

Okay...penjelasan yg kurang masuk akal. Tapi, aku terima jelah. Tak nak berhujah dengan dia pagi-pagi buta macam tu. Since dia pun dah minta maaf, aku pun terus senyum dan terus pergi. Tapi, sepanjang perjalanan tu aku pula yg terfikir, "MyVi tu sebenarnya dah ada kat belakang aku sejak aku keluar dari simpang rumah. Maknanya, dia mungkin duduk dekat-dekat dengan rumah aku, ataupun mungkin dia sebenarnya kereta yg melilau-lilau di depan rumah-rumah orang..? Ish, minta simpang! Janganlah budak tu ada niat tak baik dengan aku ataupun jiran-jiran aku..."

p/s : tak baik buruk sangka kat orang lain, Dylla..!!

9 comments:

Kancil 8349 said...

kot dia nak mengurat dengan kamu tu...hehehe...apapun nasib ndak ada apa2 berlaku

kancil datang untuk memaklumkan bahawa blog anda kena tag...jika sudi...jomlah menyertainya

http://kancil8349.blogspot.com/2012/01/kancil-kena-tag-oleh-blogger.html

Unknown said...

betul kata kancil tu.. ntah2 dia nak ngurat x? heheheheh tp mmg perlu berhati-hati.. kita punbkn suka2 nk bersangka buruk dgn org tp kena lbh berhati-hati zaman skrg ni... mcm2 boleh jadi perkara yg tak terduga tu..

Si BuDaK KaChAk said...

org tu da aim dylla lame da kot...tp tak dapat nk borak lg so tu kire ayt pmulaan la tu...nnt msti dia masuk ayt len lak...hehehe

MizzTina said...

dia berkenan dgn awk lettew..

Dylla Abas said...

@Kancil 8349 : hahaha...mengorat cara paa macam tu..buat orang gabra je :p

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : urghh..pelik sunggu taktik mengoratnya Queen..apapun sy setuju dgn Queen..bkn nk buruk sangka..cuma nak berhati-hati je :)

Dylla Abas said...

@Si BuDaK KaChAk : amboi..kalau dah lama aim pun jangan la sampai tahan kereta orang pagi2 buta macam tu...nervous tau!

Dylla Abas said...

@mizzkechique : erkk..?? macam pelik je statement..huhu :)

3no gr33ny said...

hamba doakan tuan hamba senantiasa dilindungiNya dari segala bencana