Bismillahirahmanirrahim
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Rasulullah menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Baginda kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
- Hadith Riwayat Abu Daud -
2 comments:
huhuhhu.... terasa diri ini macam terlalu mencintakan dunia.. ya Allah, kembalikan aku ke jalan yang lurus,... huhu
betul pun..x sedia nak mati..banyak lg dosa dr pahala :(
Post a Comment