Pages

Monday 9 January 2012

Allah S.W.T Tidak Tunjuk Secara Langsung

Assalammualaikum W.B.T

Dah pukul 2.30pm pun. Punya la susahnya nak cari idea untuk menulis entri hari ni. Inilah akibatnya bila dah bercuti dari ber'blogging' selama 2 hari. Nak buat macam mana. Bila weekend je my lappy pun terasa nak ber'weekend' juga..huhu (",)

Apa sebenarnya yg aku nak maksudkan dengan tajuk entri ni..? Aku tiba-tiba dapat idea nak menulis tentang kasihnya Allah kepada hamba-Nya, selepas aku terlalu banyak berfikir seminggu dua ni. Aku rasa sampai dah tepu dah otak aku ni. Namun aku masih tidak punya jawapan untuk persoalan ni. Cuma, aku boleh membuat kesimpulan daripada beberapa kejadian yg berlaku.

Beberapa hari ni, aku banyak menghabiskan masa dengan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Aku 'buang' semua aktiviti lain. Menonton tv, makan, berbual dan yg paling best, aku sanggup tarik waktu tidur aku semata-mata untuk duduk di atas sejadah tu, berzikir, mengaji dan bersolat sunat.

Kenapa aku jadi macam tu..? Hmm..entahla, aku rasa aku ni dah tua kot. So, tak nak sia-siakan lagi waktu yg ada dengan aktiviti-aktiviti yg kurang berfaedah. Cukuplah dapat buat apa yg aku suka dengan sekadarnya.

Bila diri dah mula dekat dengan-Nya, mula la nak minta macam-macam kan. Minta diampunkan dosa. Minta dimurahkan rezeki. Minta diberi petunjuk agar diri ini kekal berada di landasan yg benar. Macam-macam lagi la pendek kata. Bila dah berhari-hari meminta belas ihsan Allah bagaikan pengemis, mula la aku terfikir, Allah tu sebenarnya tunaikan ke permintaan aku ni..?? Kalau petunjuk yg aku minta, petunjukkah yg DIA beri..??

Kadang-kadang kta tak sedar, petunjuk yg datang dari Allah tu bukan secara langsung. Petunjuk tu memerlukan kita berfikir secara rasional untuk menerimanya. Dalam erti kata lain, kita harus redha dengan setiap ketentuan-Nya. Jadi, adakah kita belum cukup redha bila kita sentiasa saja bertanya, "kenapa Allah tak makbulkan doa aku..? kenapa Allah tak tunaikan permintaan aku..?"

Sebelum kita bertanya soalan macam tu, tanya balik pada diri kita sendiri, adakah kita sudah menunaikan apa yg diperintahkan oleh-Nya..? Jika belum, cubalah yg terbaik untuk menunaikannya. Lepas tu, barulah kita meminta dari-Nya. Jika kita renungkan kembali, sebenarnya Allah telah memberi kita lebih dari apa yg kita minta. Jadi, janganlah selalu mengeluh bila kita terasa doa kita tidak dimakbulkan. Janganlah menyalahkan takdir jika kita terasa permintaan kita diabaikan.

Renung kembali beberapa perkara yg berlaku pada diri kita. Benarkah apa yg kita minta itu tidak diberi oleh Allah S.W.T..?? Benarkah Allah tidak memberi sebarang petunjuk kepada kita jika kita meminta petunjuk itu hanyalah kerana-Nya..?? Apa saja yg kita lakukan hanyalah kerana-Nya, nescaya akan mendapat ganjaran yg baik seperti yg telah Allah janjikan. Wallahu'alam.

p/s : proses muhasabah diri semakin terasa bererti (",)

8 comments:

3no gr33ny said...

moga2 sama2 kita berdoa agar terampun dosa olehNya mahu yang lepasa atau yang bakal tempuh

Unknown said...

betul tue.. kdg2 kita minta berlebih2 tp apa yg kita beri?? jgn hanya tahu meminta kalau jarang skali kita memberi...

Ce'gu JAERA said...

iya, kita serupa dik Dylla... kalau bolh nak ja menulis setiap hari.. sebab kalau sehari dua ditinggalkan, konfom kita hilang idea terus nak menulis kan... ahahahaha....

apa pun, biarlah tulisan ringkas, janji ada. bukannya apa, takut pengunjung, pembaca dan pengomen setia akan hilang sama... huhu..

anyway, nice perkongsian dylla... hebat entri kali ni.. hee

Eera Shera said...

tersentuh hati sy..Allah dah makbulkan sebenanye..kita yg x prasan sbb Dia bg lebih dr apa yg kita mintak.. cer kita igt balik, dulu kita penah rasa ssh kan..ade mslh dan mcm2 la..then kita berdoa..skrg kita dah jauh dr mslh tu kan..pas tu kita lupa plak nk ckp trima kasih..nk besyukur..

dan lepas tu mslh dtg lg..sbb Dia tak nak kita lupa diri dlm kesenangan..

ops terpanjang plak..nice sharing kak i likeee!! ;)

Dylla Abas said...

@3no gr33ny ; insyaAllah..moga Allah juga merahmati hidup kita semua...amin :)

Dylla Abas said...

@QueeN TerataI : betul tu..hidup ni kena la adil kan..sedangkan yg menciptakan kita pun Maha Adil..siapalah kita nak bersikap macam tu kan..jadi kalau kita nak meminta kita harus memberi juga :)

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : tulah..punyalah lama fikir nak buat entri pasal apa..sekali dapat idea nak tulis entri ni..alhamdulillah dapat share dgn kawan2 semua (",)

Dylla Abas said...

@Eera Shera : betul tu dik..selalunya manusia bila masalah dtg berulang kali mula la nak salahkan takdir..sedangkan dia lupa yg masalah itu sengaja didatangkan kepada kita supaya kita sentiasa beringat kepada-Nya..