Assalammualaikum W.B.T
Semoga semuanya berada dalam keadaan yg sihat dan sentiasa diberkati-Nya...amin.
Hari ni aku nak cerita tentang peristiwa yg berlaku semalam. Ada 2 peristiwa yg kedua-duanya amat menguji kesabaran ** menguji kesabaran la sangat!! **
Peristiwa 1
Aku dan kak Ila melepakkan diri di Ampang Point selepas balik kerja. Saja. Mengisi masa lapang yg ada. Lepas je aktiviti makan-makan selesai, kami pun bergerak pulang menaiki kereta kak Ila. Kelaur dari simpang jalan tu, kak Ila terus je cross jalan tu untuk berada di lane paling kanan (sebab nak u-turn kat traffic light) Kebetulan masa tu takde kereta dan motor yg lalu lalang. Tapi, barisan di lane kanan tu memang agak panjang la. Jadi, kak Ila ni dah buat double line kat situ. Tiba-tiba banyak la pula kereta dan motor yg hon kami. Jadi, sebab dah rasa memang salah, kak Ila pun drive jelah terus, tak jadi nak u-turn. masa tengah drive tu tiba-tiba ada satu penunggang motosikal yg mengetuk kereta kak Ila ni. Ish, biadap! Kami tau la kami dah salah. Sebab tu kak Ila drive terus. Perlu ke nak ketuk-ketuk kereta orang macam tu..?? Dah la tak pakai helmet. Memang saja je nak bagi aku marah-marah.
Peristiwa 2
On the way nak ke KL Sentral - aku pun dah lupa di jalan mana, tapi tiba-tiba je side mirror sebelah pemandu kereta kak Ila dirempuh oleh sebuah 4WD Suzuki Vitara pula! Patah terus side mirror tu. Terkulai layu la dia. Kesian. Lepas tu, kak Ila ni tak fikir panjang dah. Terus kejar! Hehehe...best pula aku rasa masa tu. Dah la mata 'buta' sebelah. Siap ada aksi kejar-mengejar lak. Bila dah dapat kejar dan berhenti tepi jalan, driver Suzuki tu rupa-rupanya sesat jalan. Kesian dia. Menggigil-gigil suara dia masa minta maaf tu. Terus dia keluarkan duit sebagai ganti rugi. Siap nak bagi IC dia lagi. Alahai...kak Ila tu sampai speechless pula jadinya. Akhirnya, kami dengan baik hatinya drive la ke Federal Highway diikuti oleh driver Suzuki tu, semata-mata nak tunjuk jalan je. Dia boleh pusing sampai ke Pandan Indah semata-mata nak cari Federal Highway. Aduhai...lupa nak pesan kat dia nanti jangan lupa pasang GPS kat kereta dia..hehe
Side Mirror yg terjuntai-juntai (",) |
Kami ketawa je sepanjang perjalanan tu. Walaupun 2 kejadian je, tapi betul-betul buat kami rasa marah dan terhibur. Lucu betul la. Bertambah lucu bila tengok side mirror kereta kak Ila yg terjunta-juntai tu.
p/s : ada hikmah di sebalik kejadian-kejadian tu (",)
10 comments:
penuh liku2 juga ya kisah ni... kes pertama tu memang lah kita salah kan. tapi tak patut juga orang tu sampai dendam nak ketuk2 kereta macam tu..
yang kedua tu plak, masa mula kejar mesti panas hati kan.. bila dah ketemu mohon maaf terus lah plak cool.. siap tolong lagi carikan pemandu tu tempat.. ehee
Dylla dan kak Ila pasti tersenyum.. (",)
kelakar pun ada ni.. tp mmg kesian la tgk side mirror tu terkulai layu.. hehehehe
kedua dua cerita memerlukan kata maaf...
peristiwa 1 xdpt nk mintak maaf sbb dlm kereta tgh gerak...tu yg dia ketuk tu...
peristiwa 2 bila da mintak maaf otomatik jd cool...
nmpak nya maaf tu bkan hnya kata kosong smata mata....
=)
macam2kan??? tapi semuanya punya hikmah...
itulah berharganya perkataam maaf...sjuk hati yang marah
@Gen2Merah : memang terus cool lepas amoit u minta maaf..kesian kt dia cikgu...
kami tersenyum dan ketawa sepanjang perjalanan balik..hehe :)
@QueeN TerataI : side mirror tu mmg jadi bahan la Queen..nasib badan..huhu
@Si BuDaK KaChAk : ye..walaupun maaf tu hanyalah sebuah ucapan yg mudah..tp kesan akibat maaf tu amat terasa kot..
@PeRmAtA bIrU : yelah..ada hikmah yg best di sebalik kejadian tu :)
@3no gr33ny : hmm..setuju..tapi mungkin ada juga antara kita yg terlalu keras hati hinggakan org dah minta maaf pun masih nak marah2 juga :)
Post a Comment