Assalammualaikum W.B.T
Hari ni nak cerita topik ilmiah sikit...boleh kot, kan..? Aku percaya ramai yg tahu tentang Solat Sunat Tahajjud. Solat Sunat Tahajjud ni merupakan solat sewaktu 2/3 malam. Ia ditunaikan sebaik saja kita terjaga di tengah malam. Dalam erti kata lain, walaupun kita terlelap hanya seketika, dan kita tiba-tiba terjaga, kita dibolehkan untuk melakukan solat ini.
Tapi, tak ramai antara kita yg sanggup mengambil peluang untuk beribadah di tengah-tengah malam begitu. Apatah lagi mahu mengorbankan keenakan bantal, selimut dan tilam yg empuk. Korang tahu tak, dengan memasang niat untuk bangun di tengah malam untuk menunaikan Solat Sunat Tahajjud serta solat-solat sunat yg lain, walaupun tidak menunaikannya tetap mendapat pahala...? Apatah lagi kalau kita bangun dan menunaikannya. Subhanallah, betapa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Kaya. Dia tidak kedekut untuk memberi pahala kepada hamba-Nya yg terpilih. Tapi, korang jangan la pula setiap malam berniat untuk bangun di tengah malam untuk beribadat kepada-Nya, tapi korang tak pernah bangun. Jangan begitu. Walaupun niat itu baik, tapi cubalah cari kekuatan untuk menunaikannya.
Seperti yg tertulis di dalam entri [INI], kita semua telah sedia maklum bahawa Allah sendiri akan turun untuk memberikan keampunan, menunaikan permintaan dan memakbulkan doa bagi hamba-Nya yg bangun di tengah malam lalu bersujud kepada-Nya. Tidak mahukah kita merebut peluang keemasan itu...?? Rugi beb!
Okay. Kepada sesiapa yg masih belum tahu niat untuk Solat Sunat Tahajjud, begini bunyi niatnya :
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selepas itu, tunaikan jelah solat 2 rakaat. Terpulang kepada korang nak baca surah apa sebaik saja selesai bacaan Surah Al-Fatihah. Kemudian, ketika sujud akhir, bacalah kalimah ini sebanyak 3 kali berturut-turut :
Maksudnya : Tuhanku, masukkanlah aku dari pintu kebenaran dan keluarkanlah aku dari pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripada-Mu seorang penolong
Selepas salam tu, kita boleh la berdoa kepada-Nya. Mungkin doa di bawah ni boleh membantu korang yg agak kurang pasti nak berdoa macam mana :
Bismillahirrahmanirrahim
Maksudnya : Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan, mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau, Allah Rabiul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan-Mu Ya Allah.
Mudah kan...? Aku akui, aku sendiri susah nak bangun di tengah-tengah malam macam tu, bersolat dan mengaji. Kadang-kadang jam loceng dah berbunyi, tapi aku lelapkan mata semula. Tapi, aku kuatkan semangat. Aku yakinkan diri aku, waktu begitulah waktu di mana kita berada paling hampir dengan Allah S.W.T. Alhamdulillah, walaupun tidak berjaya untuk bangun setiap malam, namun dalam seminggu tu adalah juga 2-3 kali bangun. Selain dari berdoa untuk kesejahteraan diri, aku juga tak lupa mendoakan kesejahteraan semua saudara yg seagama dengan aku.
Cuma, apa yg aku nak kongsi di sini, nikmat bila kita beribadah tengah malam macam tu memang tak terkata. Apa kata korang laluinya sendiri dan rasa sendiri kenikmatannya. InsyaAllah, niat yg baik sentiasa direstui oleh-Nya (",)
p/s : jom kita beramal...!!!