Assalammualaikum W.B.T
Setelah hampir seminggu bercuti, kini aku kembali semula ke hutan batu ni untuk memulakan rutin harian seperti biasa. Kerja...kerja...kerja!!! Semangat nak bekerja tu agak lemah disebabkan oleh rasa lemau yg melampau akibat penangan lemang, ketupat, nasi impit dan juadah-juadah lain sempena hari raya ni.
Apapun, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya aku dapat kembali ke rumah sewa aku ni dengan selamat walaupun jalan agak sesak. Kat highway tadi perjalanan sangat lancar sebenarnya. Boleh la aku pecut kat beberapa tempat yg disyaki tiada speed-trap..hehehe >_< Tapi, bila masuk je KL, ya Allah..sesaknya macam semut beratur nak ambil gula! Tapi...biasa la KL...masa bilanya pernah lengang kan. Bak kata kawan aku la, "KL tak sesak waktu raya adalah mitos!" Ya...aku terpaksa bersetuju dengannya.
Seminggu bercuti, masa banyak dihabiskan di rumah. Tak sempat nak beraya di rumah saudara-mara sebab terlalu ramai yg datang beraya. Lepas satu keluarga, berganti pula dangan satu keluarga yg lain. Penat, tapi rasa seronok sebab dapat bertemu dengan mereka semua. Yelah...nak harap waktu lain, memang susah la nak jumpa kan. Waktu raya macam ni jelah peluang yg ada.
Bila dah sampai KL ni, dok terfikir pula nak beraya ke rumah kawan-kawan kat sini. Tapi, dah sah la diorang semua tak balik lagi. Mesti masing-masing ambil peluang cuti panjang kan.
Hmm, okay la. Malam ni kena tidur awal. Takut esok rasa malas pula nak bangun pergi kerja. Nite buddies!!
4 comments:
dah start keja yer.. Queen ari rabu dah keja tau... boringgggg tp apakan daya..:)
assalamualaikum dylla...sekejap je kan dah nak naik kerja semula...;)
@QueeN TerataI : boring juga bila cuti kejap je..tp cuti lama2 pun xtau nk buat apa kt umah :p
@maszull : w'salam mama...tulah tu,kejap je rasanya cuti ni..tapi puas juga la bersantai dgn family dlm seminggu ni :)
Post a Comment