Pages

Saturday, 4 August 2012

Jatuh Hati Kerana Prihatin

Assalammualaikum W.B.T

Tajuk macam apa je. Anyway...hari ni sebenarnya memang takde idea nak tulis entri apa. Dah BW pun masih takde idea lagi. Hmmm...tiba-tiba terlintas idea nak tulis entri ni lepas siapkan kerja tadi. Oh ye, akhirnya aku datang juga bekerja hari ni. Rasa rimas bila memikirkan banyak dokumen yg pending atas meja aku tu.

Back to the topic. Mesti ada di antara kita yg pernah melalui pengalaman seperti ini, kan? Bila kita rapat dengan seseorang tu, bila dia prihatin terhadap diri kita, pasti terlintas sikit satu perasaan lain terhadap dia. Aku tak nak la tulis "jatuh cinta". Sebab bagi aku, jatuh cinta ni lain macam sikit kes dia.

Bila seseorang tu ambil berat tentang diri kita, cukuplah sekadar dia berkata, "jaga diri baik-baik", pasti hati kita rasa terbuai-buai, kan? Hmm...begitulah penangan prihatin dalam hidup kita.

Tapi, itu kalau orang lain yg prihatin. Kalau diri kita sendiri macam mana pula...? Dalam kita ambil berat tentang diri kawan-kawan kita tu, ada pula antara mereka yg jatuh hati pada kita. Dan kita pasti berada di zon kurang selesa dengan keadaan tu. Apapun, penting untuk kita menjelaskan kepada mereka agar mereka tidak terus hanyut dengan perasaan begitu. Mungkin kita boleh memberitahu secara langsung ataupun secara berkias.

Apa yg penting, biar mereka faham bahawa keprihatinan kita itu bukan tiket untuk menjadi semakin rapat dan bercinta. Kalau masing-masing masih bujang, tak salah rasanya korang nak bercinta. Tapi, kalau salah seorangnya atau kedua-duanya dah berpunya ** dah kahwin...dah tunang...ada bf/gf ** tentu la situasi macam ni harus dijauhi, kan...?

Bagi diri aku sendiri, bila aku prihatin terhadap seseorang tu, maksudnya memang aku ambil berat akan diri dia. Mungkin disebabkan sifat "protective" yg ada dalam diri membuatkan aku jadi seorang yg prihatin. Tapi, bila aku dah prihatin kat seseorang tu, aku akan jadi kurang selesa bila ada isu "jatuh hati". Sangat-sangat tak selesa. Perkara itu akan sedikit sebanyak menjejaskan hubungan baik yg sedia terjalin.

Kalau korang macam mana pula...? Aku percaya, majoriti kawan-kawan blogger adalah seorang yg prihatin. Kalau tak prihatin, kita tak kan jadi blogger, setuju tak..?


p/s : prihatin tu bagus...tapi orang yg di"prihatin"kan tu kena la kontrol emosi sikit >_<




Photobucket

7 comments:

Ezad Skytech said...

tu la...bila prihatin ni takut ada yg salah anggap pulak dgn keprihatinan ni..nanti timbul pulak isu lain...adess~

> hee..bila jadi blogger...kita kena prihatin..:D

Unknown said...

prihatin tak semestinya nak mendekati...... mungkin sifat peramah dan perasaan tanggungjawab keatas satu hubungan.... yg penting kita tahu batasan dan siapa diri kita sebenarnya....

Natasha said...

bile sum1 prihatin kt kite, of course rase mcm maybe die risaukn kite sbb die syg.. tp limitkan mindset syg as frenz cukup.. klu nk bygkan lebih2 smapi jatuh hati tu, sy sndiri pn x selesa x kesah la samede sy atau pihak lain yg prihatin.. =) ape2 pn perasaan tu normal.

Unknown said...

kta blogger ni memang prihatin. hehe. Baca entry blogger lain, sebab nak tau.. Hihi, tp dalam real life.. kena jaga tahap keperihatinan tu. Ye laa, kot-kot orang perasan lak kita minat kat dorang. muehmueh...

3no gr33ny said...

maka kedua2 pihak perlu berhati2 semasa berkomunikasi supaya tidaklah timbul salah faham

maszull said...

assalamualaikum dylla...betul kenalah berhati2 dgn setiap tingkah laku kita jgn sampai jatuh hati plak...:)

IntaNBerliaN said...

a'aa kdg2 brlaku slh phm kn... kita just anggap biasa je xlibtkn perasaan..