Assalammualaikum W.B.T
Aku harus akur yg hari ini sudah pun selesai 26 Ramadhan. Bunyi-bunyi mercun semakin bermaharajalela. Malam esok, mungkin akan kedengaran bunyi meriam pula. Kalau di kampung, bunyi meriam tu memang dah bunyi wajib bila tiba musim perayaan macam ni. Jadi, bersabarlah wahai hati. Tak payah nak melenting sangat. Habis musim nanti, senyaplah balik. Maka amanlah telinga kau, Dylla >_<
Hari ni hari terakhir aku bekerja. Esok dah mula bercuti. Cuti raya. Saja ambil cuti awal. Sebab aku akan kembali bekerja pada hari raya ke-5 nanti. Kebanyakan kawan-kawan di ofis mengambil cuti sehingga ke hari Ahad, raya ke-8. Bagi peluang la pada mereka yg jarang pulang ke kampung. Aku kan dah selalu balik kampung. Lagipun, aku masih bujang. Tentu la orang-orang yg dah berkeluarga ni lebih memerlukan cuti yg lama berbanding aku. Okay. Berkorban. Mulia sangat rasanya...hahahaha
Dan hari ni juga merupakan hari terakhir aku berbuka puasa bersama teman serumah. Dia akan pulang ke kampung pada hari Jumaat nanti. Kenangan yg ada dengan dia pun sekadar kenangan di bazar Ramadhan. Kami belum berkesempatan nak buat kenangan memasak di rumah bujang ni. Mungkin tahun depan, insyaAllah...jika dipanjangkan usia.
Kawan-kawan blogger pun tentu ramai yg dah mula bercuti. Korang berhati-hati ye semasa dalam perjalanan pergi dan balik. Berhati-hati semasa bergembira menziarahi sanak-saudara. Berhati-hati semasa menikmati hidangan yg ada. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Kita dah belajar mengawal nafsu selama sebulan. Moga kita dapat kekalkannya sampai bila-bila.
Aku akan balik ke kampung awal pagi esok. Mak ada call petang tadi. Tanya lagi sekali bila anak dara dia ni nak balik. InsyaAllah mak, kita jumpa sebelum Zuhur esok ye ^_^

4 comments:
assalamualaikum dylla...wah dah teruja nak balik kg yer...
selamat hari raya dan maaf jika ada salah silap mama yer...:)
hye dylla jum baca n3 blog kite..
salam aidilfitri ya :)
dah balik kampung eh... bestlah dpt jumpa mak dan family kan.. selamathari raya dylla
hamba sudah mula bercuti dan mengemas rumah di kampung hari ini =)
Post a Comment