Pages

Tuesday, 7 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 17

Assalammualaikum W.B.T

Dah 17 hari kita semua berpuasa. 17 Ramadhan 1433H. Ada orang yg yg bercuti sempena hari Nuzul Quran hari ni. Aku pula terpaksa bekerja sebab Wilayah tak cuti. 1st time aku bekerja pada tarikh 17 Ramadhan ni. Apa yg korang semua buat untuk menyemarakkan lagi sambutan hari Nuzul Quran ni...?

Bagi diri aku sendiri, bekerja di siang hari dan hanya sempat membaca al-Quran ketika waktu Subuh dan di waktu malam, dah cukup untuk aku mengenang sejarah turunnya al-Quran sebagai petunjuk bagi semua umat Nabi Muhammad S.A.W.

Amat rugi bagi mereka yg tidak mahu atau tidak suka membaca al-Quran. Memahami isi kandungan al-Quran akan membawa kita ke arah kebaikan yg dituntut di dalam Islam. Dan aku sendiri sedang dia dalam proses untuk memahami apa yg ingin disampaikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya. Membaca al-Quran serta tafsirannya tidak cukup lengkap tanpa mengamalkannya. InsyaAllah, moga-moga kita semua tergolong di dalam golongan yg mengamalkan segala apa yg tertulis di dalam kitab suci al-Quran.

Subuh dah ni. Solat dulu jom!


Photobucket

4 comments:

Eera Shera said...

baca dan faham kan (baca dgn tafsir) lebih baik kan.. terasa Allah dekat dgn kita

Cik Rose said...

Ros ambil cuti rehat semalam.. nak bagi sama bercuti gak dengan orang lain.. hihihi...

IntaNBerliaN said...

akak sk baca buku tafsir.. ennag siap dgn tafsiran dia sekali :-)

3no gr33ny said...

sekurang2 sehari dapat baca satu muka pun xpe..yang penting kita igt asal pegangan kita umat Islam =)