Pages

Friday, 10 August 2012

Diari Ramadhan Dylla (2) : Day 20

Assalammualaikum W.B.T

Rasa lain macam bila seharian tak update blog. Sedangkan diari Ramadhan mesti nak kena update hari-hari. Adoiii...jiwa kacau la sejak akhir-akhir. Macam-macam benda yg jadi. Sampai mood jadi tak tentu hala. Kejap okay. Kejap hancus. Apapun, syukur ke hadrat Illahi kerana kita semua dah selamat menghabiskan puasa yg ke-20.

Jadi, misi mencari malam Lailatul Qadar sudah bermula, kan...? Macam mana...? Kat tempat aku ni, seperti biasa la. Solat Tarawih 8 rakaat. Dan diteruskan pula dengan bacaan al-Quran hingga ke tengah malam. Kemudian, pukul 4 pagi ada Qiamullail pula. Dan selepas itu, majlis bersahur beramai-ramai. Best kan? Malangnya, aku tak dapat nak join Qiamullail tu. Kalau nak buat pun, kena buat sendiri kat rumah.

Sehingga ke hari ni, aku belum pernah lagi berQiamullail sepanjang Ramadhan tahun ni. Cuma sempat bangun untuk Solat Sunat Tahajjud, dan terus bersahur. Sempat la baca al-Quran sementara nak tunggu masuk waktu Subuh. Keadaan yg paling nikmat bila kita dapat menunaikan solat fardhu ketika waktunya. Hati pasti terasa sangat tenang.

Itu je yg termampu aku buat. Nampak gayanya macam nak kena tambah lagi je. Hmm, alhamdulillah sangat sebab komitmen hanya tertumpu pada diri aku sendiri. Kalau aku ada komitmen lain, tentu aku ada alasan untuk susah mengerjakan semua ibadah-ibadah tambahan ni, kan? InsyaAllah, jika kita dah berniat nak beribadah ikhlas kerana Allah S.W.T, pasti kita diberi kesempatan itu (",)


Photobucket

3 comments:

3no gr33ny said...
This comment has been removed by the author.
3no gr33ny said...
This comment has been removed by the author.
3no gr33ny said...

semuanya bergantung pada diri sendiri =)