Assalammualaikum W.B.T
Tudiaaa...raya punya pasal, mood nak update entri tentang kisah hari raya pun delay sampai 3-4 hari. Nak buat macam mana. Bukan selalu dapat berkumpul dengan sanak saudara kan. Bila sesekali dapat berkumpul dalam suasana yg meriah begini, memang lupa la pada hal lain. Tapi, seronok tu seronok juga la. Tanggungjawab pada Yang Satu jangan dilupakan juga (",)
Tahun ni, kami sekeluarga mengenakan baju raya berwarna turqoise. Tapi, tulah...bila dah tak duduk sekali, memang susah juga sebenarnya nak dapat pakai baju yg sama. Family adik aku yg menetap kat Kemaman tu contoh terbaik la. Aku tak tahu la dia tak faham maksud turqoise ataupun memang dia tak dapat nak cari kaler baju macam tu. Diorang je yg lari terus dari kaler tema. Takpela, nak buat macam mana. Family abang juga yg sporting. Walaupun turqoise dia gelap sikit, tapi tetap match dengan kami yg lain-lain ni.
Pagi raya pertama, hanya keluarga kami je yg berada di kampung. Adik-beradik ayah mahupun adik-beradik mak belum berkunjung lagi. Diorang datang lepas tengahari. Masa tu kami masing-masing tengah layan mata. Nak keluar beraya ke rumah saudara-mara pun masing-masing takde kat rumah. Jadi, kitaorang hanya bersantai di rumah jelah. Tunggu orang datang beraya. Alih-alih terlelap semuanya. Adoi, kelakar juga raya pertama tu kitaorang boleh tidur kat rumah.
Bila ada sanak-saudara yg dah mula datang menjengah kami, barulah terasa meriah sikit. Baru dapat rasa suasana hari raya tu. Kalau tak, kau pandang aku...aku pandang kau...hehehe >_< Ramai juga adik-beradik mak dan ayah yg datang. Masing-masing berkonvoi menziarai sanak-saudara yg ada di sekitar Slim River ni. Kitaorang nak join, tapi takde kesempatan. Makin lama makin ramai pula yg datang. Bagusla kan, habis juga makanan kat rumah ni. Kalau nak harap kitaorang je yg makan, mahu seminggu tak payah makan dah (",)
Malam raya pertama tu baru la kitaorang dapat peluang menziarahi makcik aku yg tinggal di Tanjung Malim. Dia tu adik kepada mak aku. Memang tiap-tiap tahun kitaorang akan beraya di rumahnya. Tak pernah missed. Aku lagi la tak boleh missed. Makcik aku tu dah macam mak aku sendiri. Dia yg jaga aku masa mak dalam dalam pantang melahirkan aku. Besar jasanya tu ^_^
Okay la. Dah malas nak tulis lagi. Layan gambar jelah. Kualiti gambar pun agak kurang baik. Masing-masing lupa bawa kamera. Harapkan kamera handphone jelah. Apa punya turr!!
|
Kami je yg memang betul-betul sedondon
Anak-anak mak n ayah yg masih single >_< |
|
Mak n ayah tercinta (",) |
|
Mak n anak kesayangannya |
|
Muhammad Azeem Rusyaidi |
|
Adam Zulqarnain |
|
Aksi comel Azeem menyuap sumi ke mulut Adam >_< |
|
Abang n family |
|
Mak yg tersenyum lebar lepas dapat duit raya dari anak-anaknya ^_^ |
|
Terselit pula si Azeem tu kat sebelah acunya |
|
>_< |
|
My Happy Family |
|
Ragam si Debab Adam n si Bucuk Azeem |
p/s : tak sabar nak pergi open-house...ada sesiapa nak jemput aku tak..?? hee :p
10 comments:
comeynye dye..hehe...sje jlan2 cni...selamat hari rayer jugak
comel sgt la adam tu.. geram tau.. rasa nak geget2 jer.. cantik u baju raya kaler ni.. Family Queen pun ada yg beraya with this kaler... raya sgt meriahkan...
adik-beradik comel2 belaka.. bilakah nak buat kenduri nasi minyak nie? kuikuikui
assalamualaikum dylla....wah ceria n meriah nyer family ni..:)
wah bestnye dylla.. blue biru tu, suka suka(hehe dr dulu memang tersangatlah excited dgn kaler biru2 ni).. jom,jom dylla datang sini, sentiasa open utk semua ;)
@nabila biela : slmt hr raye!! hee ;p
@QueeN TerataI : haa...mmg geram kan tengok Adam tu..tiap kali jumpa dia mmg akn cubit pipit dia..rasa nak gigit pun ada..hehe :p
kenduri nasi minyak..?? insyaAllah..tggu jemputan ye :)
@maszull : w'salam mama,mmg meriah..tambah lak jumpa sesekali time raya macam ni kan..macam2 ragam :)
@babycomel : haa tulah..ms mula2 beli rasa cam pelik je kaler ni..dah pakai n b'gambar rasa ok lak :p
tersenyum mak anak2 pulang :) raya ni rmai2 bru sronok ye..klu tak mmg tgk sesame sendrik la jwab yer :)
wah meriah dan ceria family dylla :)
Post a Comment