Assalammualaikum W.B.T
Dah 25 Ramadhan dah ni. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Dah nak raya ni. Suasana raya dah terasa-rasa. Pergi mana-mana pun, semua bercakap pasal aktiviti Hari Raya nanti. Lagu raya pun memang dah lama berkumandang. Raya ek...?? Ya Allah, syukurnya kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya sekali lagi dalam hidup.
Bila dah bercakap banyak sangat tentang isu sambutan Hari Raya ni, semangat nak balik kampung semakin berkobar-kobar rasanya. Dah boleh packing barang ni rasanya. Banyaknya benda yg nak dibawa balik. Bak kata mak, "duit raya tu jangan lupa...tu yg paling penting!" Amboi ibuku, duit raya juga yg dipesannya >_<
Buka puasa hari ni kat rumah je. Tahun ni memang tak banyak buka puasa kat luar. Baru 3 kali. Bukan apa, rasa lebih selesa kot buka puasa kat rumah. Nak solat ke apa ke, tak payah nak kelam-kabut. Tadi pun masa kat bazar Ramadhan tu, dah tak tahu nak beli apa. Macam dah rasa setiap menu je...hehehe
Hmm, banyak juga sebenarnya makcik-pakcik yg dah mula tutup kedai. Mungkin dah dapat untung banyak kot berniaga kat bazar. So, this is the time for them to shopping raya...yeay!! Kepada makcik-pakcik yg berniaga kat bazar tu, mekasih la ye sebab sediakan menu yg sedap-sedap untuk kami, penduduk kat Bandar Tun Razak ni. Terutamanya bagi diri aku la (",)
3 comments:
Samela..smlm g bazar pon tak tahu nak mkn ap dh.hihi :)
minggu ni akak xde dh g bazar..
sungguh cepat masa berlalu.. ramadan kali ini terlalu byk dugaan utk Queen...
Post a Comment