Pages

Tuesday, 6 September 2011

Sampai hati kau wahai sang mata



Hmm..awat susah sangat nak lelap malam ni..?? Siang tadi bukan main penat lagi. Kat ofis tak larat nak kira berapa kali aku menguap. Sampai nak pergi lunch pun fikir 100 kali..Lunch..?? Tidur..??

Ni dah tak boleh tidur pula. Layan mata tengok tv pun tak ngantuk juga. Layan mata baca buku pun mata masih segar lagi. Dah BW pun mata masih membulat lagi..!!! Ish..lampau mata ni. Nak kena ni.

Tapi, ok juga dapat BW mlm ni. Banyak juga entri yg aku belum baca siang tadi. Macam-macam cerita la. Masih berkaitan dengan raya. Well..raya mood still in da house..hoyeay!! Kat ofis, nak buat kerja pun macam malas. Nak buat apa pun malas. Tu salah satu simptom nak kena buang kerja tu..hahaha

Alahai, nak buat macam mana kan. Baru balik bercuti. Macam nilah hasilnya. Cuti lama lak tu. Kalau cuti sehari takde la rasa malas sangat macam hari ni. Eh, ye ke tak malas..?? hehehe

Adesss..kalau la ada doa yg boleh buat mata ni cepat lelap, kan best..?? Senang sikit aku nak tidur. Tak payah la dah tutup semua lampu, tarik selimut, wish gudnite to myself..tiba-tiba nak kena bangun balik. Buat apa-apa yg patut sementara nak tunggu mata ni nak terpejam. Letih tokkk!! **ayat Kunyit dlm Hantu Bonceng**

Ni yg terpaksa buat kerja gila malam-malam ni..!! Kemas bilik..!! Perghhhhh..gila. Kemas bilik kul 3 pagi. Hahahaha...aku dah bosan weh!!

p/s : entri ni ntah apa-apa sikit..maklum la..kepala tengah weng (",)


8 comments:

Kancil 8349 said...

hahaha....banyak benda yang kamu fikirkan tu...kalau tidak pun ada sesuatu yang menganggu kamu..

Ce'gu JAERA said...

alalala.. kesian Dylla... kadang2 mengantuk sangat tapi banyak berfikir mmg x dapat tido juga.. ehehe

saya pun salu kena macam tu.. caranya, mula2 saya rehatkan minda dulu..

then saya minum ubat batuk sesudu dulu, pasti mata fokus pada syiling atas... fokus2 punya fokus sampai lah mata letih,.. akhirnya ngantuk.. lelapzzz

gud nite dylla..... (",)

ana raihana said...

tq ats nsht..x th la smpi bile nk sbr

Dylla Abas said...

@Kancil 8349 : hmm..kalau nak ikutkan memang takde fikir apa-apa pun..tapi,ntah la..mungkin tanpa disedari terfikirkan sesuatu kot..hehehe :)

Dylla Abas said...

@Gen2Merah : erkk..boleh ke minum ubat batuk..? nnt jadi addict lak..tp ubat batuk tu mmg boleh bg ngantuk pun..ala..mkn ubat selesema jelah..lg cepat kesannya..huhu :p

Dylla Abas said...

@ana raisya : kalau mampu sabar la sampai bila2..besar ganjarannya tau :)

Ezad Skytech said...

hari isnin biasa la..lagi2 lepas bercuti..lagi lesu kan..hee~

kalau sy penat mcm tu mmg da tertidur awal da..(^^,)

Dylla Abas said...

@Ezad Skytech : tulah pasal.selalu penat boleh je lelap mata.tp mlm tadi mcm susah plak..haihh..