Pages

Tuesday 13 September 2011

Menata Kamar Tidur


Sekadar gambar hiasan

Bilik tidur merupakan tempat yg paling peribadi. Setuju..?? Bagi sesiapa yg berkongsi bilik tidur mesti la tak setuju, kan..? Okay.. bagi yg mempunyai bilik tidur sendiri, boleh la baca entri ni sebab aku nak share beberapa tips untuk menata atau dengan kata mudah menyusun-atur bilik korang agar menjadi 1 ruang yg lebih selesa. Maklumlah, kat situ la kita nak buat apa pun tanpa gangguan orang lain, ye tak??

1. Letakkan katil di tempat yg tidak dapat dilihat dari pintu masuk rumah. Langkah selamat agar tetamu yg datang tak boleh terjenguk-jenguk kita dari arah masuk ke rumah. Manalah tahu kalau waktu kita tengah tukar baju dan pintu bilik kebetulan terbuka, waktu tu pula ada orang masuk rumah kan. Tak ke free show namanya tu..?

2. Sekiranya ada meja belajar atau meja kerja, letakkan ia menghadap ke tingkap agar mendapat cahaya yg cukup dan jangan membelakangi lampu.

3. Susun buku-buku (kalau dalam bilik ada buku la) dengan rapi di dalam rak atau di atas meja. Buku-buku yg dah tak digunakan, sila simpan dalam kotak. Jangan biar ia menyemakkan ruang daam bilik.

4. Simpan barang-barang yg sudah tidak diperlukan agar tidak mengganggu ketenangan semasa berada di dalam bilik tidur.

5. Buang atau keluarkan barang-barang yg tidak penting dari bilik.

6. Kemas tempat tidur dan juga bilik tidur setiap hari. Jangan sesekali membiarkannya bersepah.

7. Pastikan langsir, cadar dan sarung bantal dicuci sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

8. Bagi yg ada karpet dalam bilik, pastikan kamu vacuum karpet itu seminggu sekali bagi mencegah habuk. Kepada yg ada resdung, tolong praktikkan langkah 8 ini dengan sempurna (",)

9. Biarkan tingkap terbuka bagi menyegarkan udara di dalam bilik tidur.

Haaa...senang je kan. Bukan susah sangat nak jaga bilik tidur ni. Selamat menata kamar tidur anda..!!

p/s : tak larat nk basuh langsir 2 kali seminggu..hehehe :)

12 comments:

PinKy MoMMa said...

hahaha baru nak cakap tak larat part basuh langsir tu..dia dah tulis dulu ;p

btw..i suka bilik tu..cantik uols :)
pink lagi hehe

Nilam suhana said...

hahhaah... saya setuju... tapi basuh 2 kali seminggu tu memang x larat.. hehhe

Ummi_R❀salici❀us said...

alaaa katil umi kat ostel betul2 mengadap pintu, sgt tak selesa, kawan2 bukak pintu terus nmpk kita...huhu

MizzTina said...

bilik kecik la..huhu

Unknown said...

basuh langsir tu mmg tidakla... tp kalo cadar tu selalunya mmg 2 minggu skali tukar.. kdg2 seminggu skali.. ikut kerajinan.. hehehe

Dylla Abas said...

@PinKy MoMMa : hehehe..tau dah.rasanya xde kot yg rajin nk basuh langsir selalu :)

p/s : sengaja pilih bedroom yg ada unsur pink.mesti ramai yg suka kan..

@PeRmAtA bIrU : sama la kita (",)

@Ummi : hehe..nasib dok kt hostel..mcm tulah :)

@mizzkechique : bilik kecik utk org yg kecik..hihi

@QueeN TerataI : rajin gak Queen ni basuh cadar semggu sekali kan :)

nini said...

pasal meja stud tu, lagi prefer letak menghadap kiblat...biar mudah sikit nak belajar...=D

Atiqah Wadiah said...

bilik tdo chantekkk!!!
x bley bukak tingkap..ada construction kat tepi bilik nih..6t habuk masok

Zul fattah said...

saya ok je.. tidur kat mana2 pun boleh.. haha.. tp pernah sekali saya tidur bawah rumah.. dlam kereta sorong.. mak aii.. boleh tertidur..

Dylla Abas said...

@nini : tu yg lebih afdhal..hehehe :)

@Atiqah Wadiah : Owh..kalau bkn sbb habuk pun mmg xleh buka tu.nnt kena skodeng lak :p

@Zul Fattah : dalam kereta sorong??? alalalala..mesti comel kan? kan? kan?

farz zull said...

ahaha..nombor 7 memang parah nak buat...cadar pun bukannya kita semua cuci 2 kali seminggu, inikan pula langsir...addeiiihh *__*

Dylla Abas said...

@farz zull : hahaha..tau xpe..sama la kita :)