Pages

Saturday, 3 September 2011

Lagi Cerita Tentang Raya

Sayu...hati ini makin sayu
Rindu...terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia..hari raya

Sebenarnya, bila dengar lagu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza ni, memang terkesan sungguh dalam hati ni. Aku pun tak tahu kenapa. Bukannya aku tak balik kampung untuk beraya. Bukannya aku tak dapat jumpa mak dan ayah untuk beraya bersama. Tapi, aku cuma terfikirkan tentang orang lain yang tak dapat beraya bersama keluarga. Macam mana mereka beraya ek..??

Sedih rasanya tak dapat jumpa mak dan ayah untuk beraya bersama. Bagi yg tak dapat pulang atas sebab KERJA atau BELAJAR, takpe la lagi kan. Tapi, bagi yg tak dapat pulang kerana ada masalah keluarga, macam mana pula..? Anak-anak yg jauh dari mak ayah kerana pernah melakukan kesilapan satu ketika dahulu. Mak ayah yg terpaksa berpisah dengan anak-anak kerana ada rasa dendam dalam hati hingga tidak dapat memaafkan kesilapan lalu. Tidak kasihankah pada hati sendiri yg terpaksa menanggung semua ini..?

Adakah semua tu berkaitan dengan EGO..? Hingga anak-anak tak mahu merendahkan hati untuk meminta maaf..? Atau mak ayah yg terlalu pentingkan hati sendiri hingga sanggup menghukum anak-anak dengan tidak memaafkan mereka..? Ibu, ayah dan anak-anak...janganlah kita pentingkan diri sendiri hingga menyiksa hati.

Fikirkanlah hati orang-orang yg kita sayang. Anak, tidak sayangkah kamu dengan orang tuamu..? Ibu dan ayah, tidak kasihankah kamu melihat anak-anak yg bersedih hati dan hidup terumbang-ambing kerana kamu tidak memaafkan kesilapan mereka..?

Orang-orang yg keras hati ini tidak punya kasih sayang dalam diri. Tidak ada kelembutan dalam hati. Kasih sayang itu bukan hanya pada keluarga sendiri. Malah kepada semua yg bersaudara dengan kita. Ibu bapa yg tidak punya kasih sayang dalam hati, akan sanggup melihat kesengsaraan anak-anak. Anak-anak yg tidak punya kasih sayang juga akan sanggup melihat penderitaan ibu bapa mereka. Orang yg keras hatinya memang sukar untuk memaafkan kesilapan orang lain. Siapa kita untuk menghukum sesama kita sebegitu..? Tinggikah darjat kita berbanding Yang Maha Pencipta..? Memaafkan kesilapan orang lain akan membuat hati kita sentiasa tenang.

Sempena hari raya ini, anak-anak, ibu dan ayah...bermaafanlah sesama kamu. Buang yg keruh, ambillah yg jernih. Dunia ini tidak kekal. Janganlah kamu kesalkan jika bila tiba masanya, kamu masih punya rasa dendam terhadap keluarga dan saudara sendiri. Sesungguhnya pertalian antara keluarga adalah pertalian yg tidak boleh diputuskan. Memutuskan silaturrahim kerana dendam dan perasaan sukar memaafkan kesilapan lalu adalah menjadi kebencian Rasulullah S.A.W.

p/s : bersyukur kerana masih berpeluang hidup harmoni dengan keluarga aku...selamat hari raya semua!!

4 comments:

Zul fattah said...

bestkan.. kalau ada happy family.. dapat raya sama2.. dapat ambik gambaq sama2... kan best? kalaulah aku ada semua ni.. lagi best kan?

Dylla Abas said...

@Zul Fattah : eh..kenapa?? mcm pelik je bunyinya ni..

Rean said...

bermaafan walaupun tidak ada salah dapat mengeratkan hubungan :)

Dylla Abas said...

@iMBobo : ye,betul tu...setuju!!