Pages

Monday, 19 September 2011

Isnin datang lagi

Hmm..setelah bercuti semalam, hari ni kembali bekerja seperti biasa la nampaknya. Alahai, dah nak pukul 5.oo pm baru nak buat entri. Dah la semalam takde entri langsung. Tadi, masa blogwalking ada banyak la juga blogger yg bercerita tentang hari Isnin.

Macam-macam gelaran ada untuk hari Isnin ni. Walaupun aku tak la rasa hari Isnin ni best (sebab malas nak bangun pagi..huhu) tapi aku bersyukur wujudnya hari Isnin ni sebab aku dilahirkan pada hari Isnin.

Teringat zaman sekolah dulu (masa tu aku bersekolah di SMT Seri Iskandar). Hari Isnin ni memang dah jadi penyakit yg wajib singgah kat aku. Dalam sebulan tu, ada la SATU Isnin je yg ada tanda ( / ) kat buku kedatangan guru kelas aku. Isnin-Isnin lain tu memang ( X ) la jawabnya. MALAS. Memang tu je alasan yg aku ada.

Tapi, bila setiap kali warden buat spot-check, aku mula la panas bontot. Cari tempat nak menyorok. Sampai satu tahap, aku dah malas nak menyorok (nak menyorok pun malas..memang keturunan pemalas la kau ni Dylla..!!) Aku redha jelah kena terjah dengan warden. Sampai warden pun dah malas nak ambil kisah pasal aku. Dia pun aku rasa dah malas nak buat report dan hantar surat amaran kat mak ayah aku.

"Asyik muka kamu je ponteng sekolah, Dalila. Dah bosan saya tengok"

"Kalau macam tu, apa kata lepas ni cikgu pura-pura tak tengok saya. Takde la rasa bosan, kan..?"

Aku rasa nasib baik aku ni perempuan je. Kalau la aku ni lelaki, mahu makan pelempang je dengan Cikgu Ishak tu..hahaha (",)

p/s : adik-adik kat luar sana, jangan malas belajar okay!!



1 comment:

Ezad Skytech said...

hari isnin memang malas je sejak dari zaman sekolah dulu...heee~