Hmm..tajuk entri yg konon-kononnya macam best la...hahaha (",) Okay..serius Dylla. Bukan apa, benda ni terjadi kat diri aku sendiri la dalam sehari dua ni. Aku bukan tukang ucap dialog tu. Tapi, terpaksa jadi tukang dengar dialog tu!!
Baru-baru ni ada beberapa supplier yg call untuk tanya pasal payment. Ada kerja yg dah lama siap, tapi masih belum dapat bayaran sehingga sekarang. Jadi, aku dengan baik hatinya tolong la supplier tu untuk mem'follow-up' isu ni dengan pihak-pihak berwajib yg menyediakan bayaran untuk supplier. Habis cerita.
Eh, tak habis lagi!! Esoknya, supplier tu call lagi. "Amoi, itu hari you janji mahu tolong chase payment untuk saya maa. Tadi saya ada call you punya account, dia cakap you belum pass itu dokumen. Sebab tu takde payment untuk saya. You ada buat kerja ke takde amoi..?"
Rasa nak mengamuk dengar ayat tu. Tapi, aku terfikir kejap. Betul ke orang-orang kat account dept. ni cakap macam tu dengan sang supplier..?? Kalau betul diorang cakap macam tu, maksudnya diorang memang sengaja nak lepas leher sendiri la kan. Aku awal-awal lagi dah pass semua dokumen lengkap dengan invoice untuk proses pembayaran. Kenapa jadi macam ni pula..??
Aku terus call 'officemate' yg bertanggungjawab. "Kita ada masalah fund sikit la. Payment dah buat. Tapi tak boleh release.." Oh, aku dah faham. Jadi, kenapa bagi alasan macam tu dekat supplier..?? "Sorry la Dylla, supplier tu asyik call je tanya payment dia. Tak tahu nak jawab macam mana.." FINE!! Aku dah jadi kambing hitam di sini..!!
Teruk betul. Kalau betul ada masalah untuk buat bayaran, terangkanlah dengan cara yg lebih berhemah. Janganlah jadikan orang lain sebagai kambing hitam. Jangan fikir nak lepas leher sendiri je. Fikirlah akibatnya yg akan jadi kat orang lain atas sifat PENTINGKAN DIRI tu. Memang bengang. Tapi, aku malas nak bising-bising memandangkan aku dah tak lama kat sini. Aku terus buat langkah drastik je :
ATTN : Mr.XXX (Project Manager)
Please be informed that our supplier will not supply the armour rock anymore due to outstanding payment. Plese refer to our Account Dept for details. Thank you.
Dan orang-orang akaun pun mula tak senang duduk bila Project Manager dah campur tangan. Sekian, terima kasih (",)
p/s : Jangan jadi orang yg pentingkan diri
8 comments:
tulah kalau asyik pass kat orang lain...orang lain plak jadi mangsa...kalau terkena batang hidung sendiri...satu dunia tahu penderitaan dia...apapun sabar
uiiiiissh ! kalau maya kene gini, mau menangis kegeraman ! gerrr gerrr !
kalau hamba pada tempat tuan hamba, hamba juga akan bertindak dengan cara yang sama..then sound jek yang mana patut
@Kancil8349 : betul tu cikgu.memang rasa sakit hati terkena macam ni.tapi,rasa senang hati juga dapat mengajar org2 yg macam ni :)
@Maya Lisa : geram kan..?? nasib baik tak nangis lagi..hehehe
@3no gr33ny : tulah.rasa lebih puas hati buat macam tu b'banding gaduh2 dan bising2 dgn diorang (",)
wahh, senangnya lepas tgn.. grrrrrrrrr
@mizzkechique : nak buat mcm mana.dah jenis makan Ba Alif Ba Ya setiap hari,mcm tulah jadinya :p
wahhh...senangnya je nak pass masalah kat orang lain janji diri sendiri lepas..huuhhh~
@Ezad Skytech : hmm..malang terjumpa org macam ni kat tempat kerja..
Post a Comment