Menurut kaji selidik yang dibuat oleh Nation Campaign to Prevent Teen Pregnancy, 55% lelaki dan 72% perempuan menyesali keputusan mereka untuk melakukan hubungan seks. Faktor yg dikatakan memaksa remaja melakukan seks ini ialah kerana desakan kekasih, kurangnya kepercayaan diri serta tipisnya pengetahuan tentang seks.
Menurut kajian yang dilakukan terhadap 1.324 remaja yg hamil, 67% mengaku belum bersedia melakukan hubungan seks pertama kali dan 18% berasa dirinya ditekan dan dipaksa melakukannya.
Manakala sebanyak 45% mengaku pernah melakukan hubungan seks, meskipun hakikatnya tidak menginginkannya. Kebanyakan mereka melakukannya hanya kerana ingin menjaga hati pasangan atau kerana mereka 'tidak mempunyai pilihan'.
Kaji selidik lain terhadap 3,550 remaja perempuan memperlihatkan sebanyak 84% berasa yakin dan percaya pada diri sehingga menolak hubungan seks. Sedangkan 15% lagi berasa tidak percaya pada diri sendiri dan perasaan itu memaksa mereka melakukan hubungan seks.
p/s : tepuk dada tanya selera... persoalan ni kita memang dah ada jawapan, kan..? pegangan agama yg kuat akan menghalang kita untuk melakukan perkara macam ni (",)
6 comments:
haha.. no komen..
saya tak bersalah k..
p/s: lain r blog ni.. template baru.. thumbs up.
pokok pangkalnya bermula dari pegangan agama
kajian ni kt negara mana..
haram seks sebelum kawen
@Zul Fattah : haha..akk pun x b'salah gak (",)
@Kancil 8349 : betul tu cikgu..setuju sgt :)
@abghani : err...tak perasan lak kajian negar mana.mungkin negara yg x haramkan seks sebelum kawen kot..hehe :p
Post a Comment