Assalammualaikum W.B.T
Jodoh. Mudah sekali sebutannya. Seperti yang kita semua tahu, urusan jodoh itu adalah di tangan Allah S.W.T. Tapi, usaha untuk mencari jodoh itu masih terletak di tangan kita. Bagaimana caranya nak mencari jodoh dan sekaligus mengenali yang jodoh itu amat bersesuaian dengan kita..? Tepuk dada tanya selera. Jodoh jenis apakah yang kita mahu, usaha yang berkaitanlah diperlukan.
"Sesiapa yang boleh memaklumi, memaafkan dan memotivasi (muhasabah diri) kita ke arah kebaikan, maka itulah jodoh yang baik untuk kita..insyaAllah"
Bagi yang masih belum bertemu dengan jodoh masing-masing, teruskanlah berusaha. Selain itu, kita juga digalakkan untuk berdoa, memohon agar dikurniakan Illahi jodoh yang terbaik untuk diri kita, agama kita, masa depan kita di dunia dan di akhirat kelak. Ada banyak cara untuk berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik atau dipercepatkan jodoh kita. Terpulang kepada kita untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting, lakukanlah ia ikhlas kerana Allah Ta'ala. InsyaAllah, Allah tidak akan mempersiakan doa-doa hamba-Nya. Wallahu'alam.
p/s : doa, usaha dan tawakkal...insyaAllah (",)
7 comments:
betul tu.. teruskan usaha.. dah usaha baru serahkan pada Allah utk menentukannya.... :)
banyakkan berdoa, insya Allah ada la jodoh tu. jangan risau. Tuhan itu Maha Mengetahui :D
@QueeN TerataI : hmm..betul tu..tawakkal tu kan perkara terakhir lepas kita dah puas doa dan usaha :)
@hira : insyaAllah..amin :)
Jgan risau kak.. sampai masa kahwin la tu.. hehe.. nanti kalau kahwin, jgan lupa jemput ye..
orang bika pandai pernah cakap..
kalau kita nak jodoh yang baik, kita juga haruslah baik kerana orang yang baik adalah untuk mereka yang baik juga =)
@Zul Fattah : tak risau..bimbang je..huhu :p insyaAllah,ada jodoh tak kemana kan..nnt akak jemput ye :)
@3no gr33ny : hmm..betul tu.jadi kena perbaiki diri jadi org yg lebih baik dulu sebelum m'harapkan jodoh yg baik dtg.wallahu'alam :)
Post a Comment