Bagi mereka yg sudah bekerja, pasti pernah melalui detik-detik manis Hari Keluarga di tempat anda bekerja kan. Aku tak pasti bagi mereka yg masih belajar. Tapi, masa aku belajar memang takde sambutan hari keluarga macam ni. Kalau ada pun, sukaneka dan majlis induksi je.
Hari Keluarga yg pernah aku hadiri dah bermacam-macam tempat dan cara. Selalunya tempat tu memang menjadi faktor utama aku untuk menghadirinya atau tidak. Kalau tempat tu jauh dari kediaman dan tidak berbaloi untuk aku menghadirinya, memang aku takkan hadir la. Selama aku bekerja di Mudajaya ni, baru sekali je aku join program macam ni. Selebihnya, aku akan join program yg di'organize' oleh aku dan kawan-kawan sepejabat je.
Selalunya, Hari Keluarga macam ni akan mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja. Setuju..?? Masa-masa begini la kita akan berpeluang untuk mengenali satu sama lain dan dapat beramah mesra. Di tempat aku bekerja, situasi begini mungkin sesuatu yg amat dinantikan. Sebab?? Kami kan bekerja di bawah projek yg berbeza. Jadi, Hari Keluarga macam ni la masanya untuk kami berpeluang untuk mengenali pekerja-pekerja dari projek yg lain.
Secara keseluruhannya, aku sebenarnya suka aktiviti Hari Keluarga ni. Cuma kadang-kadang faktor masa dan keadaan yg tidak mengizinkan aku untuk sertainya. Harap-harap aku dapat sertai Hari Keluarga yg akan datang ni. Mungkin ini aktiviti terakhir untuk aku bersama kawan-kawan di Mudajaya ni. Wallahu'alam.
p/s : Bukit Tinggi...tunggu kedatangan kami!!
12 comments:
bestnyer ada hari keluarga pegi berjalan jalan..nak jugaakkkkk huhu..
FM bukit tinggi satuuuu hakhakhak..perlu ke? lalala~
bestnye... ikut!!!
bestnya ada family day.. office i x pnh pun buat family day ni... siankan?
hehehe...memang best...dapat berjumpa ramai orang yang kita tak kenal...
hari keluarga lah yang bakal mengeratkan silaturrahim sesama kita semua kan... mesti banyak cerita bakal dikongsi bersama selepas majlis itu nanti..
Salam dylla, lama tak singgah sini.. Hadapi Semua Dengan Senyuman ye.
chak ! sayang !!
maya suke lah dengan background blog yang baru ni.. jelas dan terbuka...
hari keluarga memang best ! nakkan pulak kalau dah lame tak jumpe sanak saudara ~
@PinKy MoMMa : perlu jgk kot..hahahaha :p
@mizzkechique jom (",)
@QueeN TerataI : alahai..ye ke?? kat sini aktiviti mcm ni mmg bnyk..cuma kdg2 x dpt join..huhu
@Kancil 8349 : betul tu cikgu.masa ni la nk kenal2 dgn ramai org kan :)
@Gen2Merah : pasti ada bnyk cerita.tunggu ye..nanti saya update.
p/s : perasan juga cikgu dah lama tak update blog :p
@Maya Lisa : family day utk family pun ada ni..akan dtg..insyaAllah bulan 3 thn depan..langkawi jom :)
Post a Comment