Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua..!!
Wahhh..pagi-pagi dah cakap pasal makan. Eh, makan..?? Yelah, kalau dah namanya 'open house' mesti la ada aktiviti makan-makan, kan..?
Hari sabtu ni dah ada 2 undangan open house. Dua-duanya dari teman sepejabat la. Dekat-dekat sini je. So, boleh la pergi kan. Rezeki, jangan la nak ditolak...tak baik gitu..hehehe
Tahun-tahun sebelum ni, rumah kami ada juga buat open house. Best betul. Duduk bujang pun boleh plan buat open house. Meriahnya rasa. Tapi, tahun ni tak dapat buat la. Ramai kawan-kawan dah kena transfer ke projek di Manjung. Jadi, tunggu undangan open house jelah nampaknya.
Cakap pasal open house ni, mula la nak terbayangkan segala jenis juadah, kan..? Bestnya kalau ada laksa, soto, lontong, mi kari, nasi tomato, satay...perghhhh...lapar la pula!! Boleh tak nak request kat kawan-kawan ofis yg buat open house tu prepare lemang, ketupat dan rendang..?? Masa raya hari tu tak puas makan la. Ramai sangat orang datang beraya. So, tak dapat nak masuk perut sendiri.
p/s : hari ni takde orang buat open house ke ye..?? huhu :p
4 comments:
best kn mkn2 kt open house..
@mizzkechique : best..x kisah menu apa..yg penting makan!! huhu :p
bestnya open house...awal-awal dah buat dah..nak join gak..he..he
@anitadiana : hehehe..selalu org buat open house time cuti raya kan..senang..tp yg buat hujung2 raya pun best jgk..dpt la merasa lemang, ketupat & rendang lagi :)
Post a Comment