Pages

Friday, 30 September 2011

"U Open Minded Tak..??"

Morning BLOGgers!!

Assalammualaikum W.B.T. Harap-harap semua bloggers sihat la hari ni hendaknya ye (",)

Back to the topic. "I'm XYZ from KL..open minded type..u open minded tak..?" Rasanya ramai yg pernah dapat mesej macam ni, kan..? Tak kisah la kat FB ke, TAGGED ke, NETLOG ke atau mana-mana social network la pendek kata.

Aku..?? Selalu sangat dapat mesej macam ni. Bila aku cuba fikir dari sudut yg positif, mungkin mereka-mereka ni sekadar nak berbual tentang perbualan yg lebih dewasa. So..."tengok keadaan la nak jadi open-minded...why..??"

Aku yg jujur lagi lurus ini memang la mengharapkan jawapan yg baik-baik aje. Tapi, memang meleset sama sekali la!! Tahu dah jawapan yg bakal aku dapat. Cuma, saja nak bersikap positif.

"U suka pakai bra n panty kaler apa ye..??"

"U selalu horny tak..?"

"Sebelum tidur U selalu buat apa ye..?"

And the most famous question among others :

"U pernah main dengan mana-mana lelaki tak..?"

OMG!! Teruk betul la bila dunia di hujung jari ni. Sebab tak bersua muka, jadi orang boleh cakap sebarangan, asal dapat memuaskan nafsu sendiri. Gila!! Aku dah sehabis daya untuk mem'private'kan profile aku dari dicerobohi oleh mesej-mesej strangers yg mengarut macam ni. Tapi, ada juga yg terlepas. Pelik. Memang takde makna la nak layan orang-orang macam ni.

Agaknya sebab zaman sekarang ni dah terlalu didedahkan dengan macam-macam teknologi, jadi ada orang-orang yg dah menyalahgunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Memanglah kalau boleh aku nak mengelak dari jadi cepat melatah. Tapi, bila selalu ditanya soalan yg 18SX macam ni, dan aku sedaya upaya menjauhkan diri dari perkara-perkara macam tu, kadang-kadang aku jadi agak kurang sabar juga. Rasa nak lempang je orang-orang yg tanya soalan macam tu. Dylla...breath!!

p/s : Ya Allah, jauhilah aku dari manusia-manusia begini..amin




Thursday, 29 September 2011

"Gua mahu kasi lepas gua punya leher saja maa!!"

Hmm..tajuk entri yg konon-kononnya macam best la...hahaha (",) Okay..serius Dylla. Bukan apa, benda ni terjadi kat diri aku sendiri la dalam sehari dua ni. Aku bukan tukang ucap dialog tu. Tapi, terpaksa jadi tukang dengar dialog tu!!

Baru-baru ni ada beberapa supplier yg call untuk tanya pasal payment. Ada kerja yg dah lama siap, tapi masih belum dapat bayaran sehingga sekarang. Jadi, aku dengan baik hatinya tolong la supplier tu untuk mem'follow-up' isu ni dengan pihak-pihak berwajib yg menyediakan bayaran untuk supplier. Habis cerita.

Eh, tak habis lagi!! Esoknya, supplier tu call lagi. "Amoi, itu hari you janji mahu tolong chase payment untuk saya maa. Tadi saya ada call you punya account, dia cakap you belum pass itu dokumen. Sebab tu takde payment untuk saya. You ada buat kerja ke takde amoi..?"

Rasa nak mengamuk dengar ayat tu. Tapi, aku terfikir kejap. Betul ke orang-orang kat account dept. ni cakap macam tu dengan sang supplier..?? Kalau betul diorang cakap macam tu, maksudnya diorang memang sengaja nak lepas leher sendiri la kan. Aku awal-awal lagi dah pass semua dokumen lengkap dengan invoice untuk proses pembayaran. Kenapa jadi macam ni pula..??

Aku terus call 'officemate' yg bertanggungjawab. "Kita ada masalah fund sikit la. Payment dah buat. Tapi tak boleh release.." Oh, aku dah faham. Jadi, kenapa bagi alasan macam tu dekat supplier..?? "Sorry la Dylla, supplier tu asyik call je tanya payment dia. Tak tahu nak jawab macam mana.." FINE!! Aku dah jadi kambing hitam di sini..!!

Teruk betul. Kalau betul ada masalah untuk buat bayaran, terangkanlah dengan cara yg lebih berhemah. Janganlah jadikan orang lain sebagai kambing hitam. Jangan fikir nak lepas leher sendiri je. Fikirlah akibatnya yg akan jadi kat orang lain atas sifat PENTINGKAN DIRI tu. Memang bengang. Tapi, aku malas nak bising-bising memandangkan aku dah tak lama kat sini. Aku terus buat langkah drastik je :

ATTN : Mr.XXX (Project Manager)

Please be informed that our supplier will not supply the armour rock anymore due to outstanding payment. Plese refer to our Account Dept for details. Thank you.

Dan orang-orang akaun pun mula tak senang duduk bila Project Manager dah campur tangan. Sekian, terima kasih (",)

p/s : Jangan jadi orang yg pentingkan diri





Batu Nisan Hidup

Batu nisan hidup..?? Macam mana tu..? Okay, tadi aku sempat la baca berita kat myMetro tu. Sekali ternampak tajuk "Nisan makin memanjang". Macam menarik. Kejadian ni berlaku kat Kuala Lipis. Batu nisan tu dikatakan telah berusia hampir 300 tahun. Tapi, tumbesarannya tak pernah berhenti. Batu nisan tu dikatakan semakin membesar dari saiz asalnya. Berita lanjut klik SINI


Inilah Batu Nisan hidup yg dikatakan tu

Hmm..kuasa Allah. Aku tak fikir kejadian ni ada kaitan dengan ilmu hitam atau yg seumpama dengannya. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Kejadian-kejadian aneh seperti ini memang agak mistik la kan bagi aku. Kita harus tahu bahawa alam ghaib itu wujud. Cukuplah sekadar tahu sahaja. Begitulah seharusnya. Tak perlu nak lebih-lebih. Nanti jadi syirik pula. Susah nak jawab nanti.

Bercakap tentang syirik ni, buat aku terfikir tentang sesuatu. Mandi Bunga..?? Mesti korang pernah dengar, kan..? Ada yg pernah mendakwa mandi bunga tu salah satu perbuatan syirik. Tapi, aku pernah juga terbaca salah satu artikel yg ditulis oleh Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yg berbunyi, "Jangan kita mentertawakan orang yg buat mandi bunga ni. Ini salah satu usaha mereka untuk menyerikan diri dan sekaligus mendapat jodoh.." macam tulah lebih kurang ayatnya. Aku pun dah ingat-ingat lupa. Kalau kita dah bergantung kepada sesuatu yg lain macam kes mandi bunga ni, kita dah termasuk kategori syirik la ye..?

Hmm, okay la. Aku nak buat research kejap. Nak buat satu entri khas tentang SYIRIK. Topik ni agak menarik juga nak dibincangkan.

p/s : Aku naik saksi TIADA Tuhan yg disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah (",)

Wednesday, 28 September 2011

Lulu Caldina's Segment : Jom Tambah Follower



Selalu nampak nama Lulu Caldina ni di mana-mana page BLOGger
Selalu jadi silent-reader je kat blog dia
Hari ni terasa nak join segmen dia la
Sesiapa yg nak join sila klik banner cute kat atas tu ek
Peminat-peminat The Blues harus la join kot :p
Tapi..maaf, aku peminat Red Devil (hahahaha...)

Namewee Kembali Bersuara

Morning BLOGgers!!

Alamak..dah nak pukul 12 tengahari la. Agak lambat sikit nak mulakan entri hari ni. Pagi tadi sampai ofis je dah ada kerja nak yg menanti. Lepas siap kerja tu, macam biasa la..online FB kejap. Ada banyak notification yg masuk pagi ni. Salah satunya adalah, satu-satunya abang aku dunia dan akhirat dah mula mengaktifkan diri dalam dunia FB. Alahai abangku, orang dah nak boring cakap pasal FB, kau baru nak buat akaun FB. Takpela, nak buat macam mana. Welcome to the club Big Bro!!

Tiba-tiba mata terpandang kat salah satu post yg dibuat oleh teman dalam FB ni. Tentang Namewee. Siapa tahu dia angkat tangan..?? Kalau sebut pasal Filem Nasi Lemak 2.0 mungkin ramai yg angguk kepala. "Oh, Namewee pengarah filem tu...aku tahu la!!"

Namewee ni dulu pernah buat kontroversi tentang lagu Negaraku yg menjadi Negarakuku dan dipopularkan di Taiwan. Menurut kata Namewee, lagu Negarakuku tu dicipta untuk melahirkan rasa hati supaya JANGAN ada sifat perkauman. Mesej yg cuba disampaikannya amat jelas. Cuma, ramai antara kita yg cepat melatah. Apapun, bagi aku Namewee ni memang berani. Berani dengan cara dia la. Lantang bersuara. Luahkan apa saja rasa tidak puas hati di saluran media seperti Youtube. Well, dunia di hujung jari, kan (",)

Okay. Kali ni Namewee cuba melahirkan rasa tak puas hatinya tentang Utusan Malaysia. Kenapa pula tu..?? Sila tonton video kat bawah untuk cerita yg lebih lanjut.



p/s : walaupun bahasa Namewee ni agak kasar, kalau dia menyokong supaya jangan ada sifat perkauman (racist) aku pun sokong juga la...tak suka budaya ni wujud kat Malaysia

Tuesday, 27 September 2011

Mencari Keredhaan Illahi


Abi Abbas R.A berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Sesiapa yg menyebabkan kemurkaan Allah kerana mencari keredhaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap keredhaan itu benci terhadapnya. Dan orangbyg mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh setiap manusia nescaya Allah akan meredhainya dan menjadikan setiap yg menbencinya itu redha terhadapnya sehingga keredhaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya nescaya dia akan mendapat perhatian dari Allah S.W.T"

Setiap dari kita, umat Islam khususnya, hendaklah sentiasa berusaha untuk mencari keredhaan Allah, di dalam setiap perbuatan dan amalan seharian. Keredhaan Allah itu merupakan puncak pengharapan di dalam hidup setiap manusia di atas muka bumi ini. Kita boleh mencapai keredhaan Allah itu dengan melakukan segala yg diperintah-Nya dan meninggalkan segala yg dilarang-Nya.

Seperti yg kita semua tahu, keredhaan Allah itu akan menjamin kebahagiaan hidup kita di dunia dan di akhirat kelak. Siapa yg tak mahu hidup bahagia, kan..? Bukan kejayaan semata-mata dapat menjamin kehidupan yg bahagia. Kejayaan yg dicapai tanpa redha Illahi tidak akan membawa erti.

Maksud firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah ayat 62 :
"Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredhaan kamu, padahal Allah dan Rasul-Nya jualah yg lebih berhak mereka mendapat keredhaannya, jika benar mereka orang yg beriman"

Jadi, janganlah kita mencari keredhaan manusia selain dari keredhaan Allah. Tidak perlu untuk hidup dengan belas ihsan manusia sedangkan kita dimurkai oleh Allah. Na'uzubillah. Sentiasalah mengharapkan petunjuk dan hidayah Allah untuk memperkuatkan lagi keimanan kita terhadap-Nya. Ini akan mendorong kita untuk melakukan kebajikan dan menghalang kita dari melakukan kerosakan dan kejahatan.

Wallahu'alam.

p/s : Semoga kita semua akan terus berusaha untuk menjadi umat yg lebih baik...amin (",)

Monday, 26 September 2011

JODOH

Assalammualaikum W.B.T

Jodoh. Mudah sekali sebutannya. Seperti yang kita semua tahu, urusan jodoh itu adalah di tangan Allah S.W.T. Tapi, usaha untuk mencari jodoh itu masih terletak di tangan kita. Bagaimana caranya nak mencari jodoh dan sekaligus mengenali yang jodoh itu amat bersesuaian dengan kita..? Tepuk dada tanya selera. Jodoh jenis apakah yang kita mahu, usaha yang berkaitanlah diperlukan.

"Sesiapa yang boleh memaklumi, memaafkan dan memotivasi (muhasabah diri) kita ke arah kebaikan, maka itulah jodoh yang baik untuk kita..insyaAllah"

Bagi yang masih belum bertemu dengan jodoh masing-masing, teruskanlah berusaha. Selain itu, kita juga digalakkan untuk berdoa, memohon agar dikurniakan Illahi jodoh yang terbaik untuk diri kita, agama kita, masa depan kita di dunia dan di akhirat kelak. Ada banyak cara untuk berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik atau dipercepatkan jodoh kita. Terpulang kepada kita untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting, lakukanlah ia ikhlas kerana Allah Ta'ala. InsyaAllah, Allah tidak akan mempersiakan doa-doa hamba-Nya. Wallahu'alam.


p/s : doa, usaha dan tawakkal...insyaAllah (",)




Spiderman...activate!!!

Apa hal pagi-pagi nak cakap pasal Spiderman ni Dylla oii..?? Eh, lupa pula...assalammualaikum dan selamat pagi BLOGgers :)

Bukan apa, tertulis tajuk entri pasal Spiderman tu sebab gara-gara dah lama tak update blog la ni. Online je tadi, terus nampak sang labah-labah berjersi biru-merah sedang enak merangkak-rangkak membuat sawang yang bukan main banyak lagi.

Aku rasa last entri aku hari Rabu lepas minggu lepas kot. Haa...lepas tu dah tak reti-reti nak update dah. Bukan tak reti kawan-kawan, tapi dari hari Khamis tu aku agak sibuk menguruskan diri. Banyak kerja nak kena siapkan sebelum aku berangkat pergi meninggalkan bumi Kundang ni.

Jumaat lepas, aku ke UniRazak untuk mengambil offer letter. Alhamdulillah, rezeki aku ada untuk bekerja di sana. Berkat doa mak, ayah dan kawan-kawan semua :)

Pergi sana dengan ditemani sang bf, yang memang sengaja aku ajak untuk menemani aku. Kebetulan Jumaat tu ulangtahun kelahirannya yang ke...?? Hehehe..rahsia la..bf aku dah tua kot..hahahaha (",) Jadi, alang-kepalang dah cuti kan, apa salahnya sambil menyelam minum air. Pergi ambil offer letter dan sekaligus dapat celebrate birthday si dia tersayang. Tapi, tak celebrate pun. Pergi makan-makan je. Dia tak nak celebrate lebih-lebih sebab setiap kali birthday, dia akan bersedih teringatkan arwah abang kembarnya. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Muhamad Masnizam Ismail...amin.

Siap kerja hari Jumaat, Sabtu tu aku terpaksa cuti mengejut pula. Tiba-tiba si dia nak jumpa dengan mak dan ayah di kampung. Jeng...jeng..jeng...macam apa je. Tak tahu angin apa yang dah melanda, tapi bila dia cakap nak jumpa mak dan ayah, aku rasa seram sejuk pula. Adesss...bukan apa, dia pernah cakap sebelum ni selagi dia tak bersedia, dia tak nak jumpa mak dan ayah aku. Adakah ini bermakna..??? Fikir lebih la Dylla ni!!

Okay, sambung balik. Hari Ahad pula (semalam) aku sibuk mengemas bilik. Eh, kemas ke..?? Takdelah kemas mana pun. Cuma sekarang ni aku dah mula nak kena bungkuskan mana-mana barang yang patut dibungkus. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Oktober. Tak lama lagi aku bakal menjadi warga UniRazak. Ish, nasib baik makcik offer tinggal dengan dia sementara aku dapat cari rumah sewa yang lain. Takde la kelam-kabut sangat aku nak cari rumah sewa. Tu fikir kemudian ye.

So, minggu ni aku pasti akan menjadi super duper busy kot. Sampai pening aku nak fikir nak siapkan apa dulu ni. Banyak la pula outstanding!! Adesss....

p/s : BW petang-petang sikit kot...rindu nak baca cerita-cerita para BLOGgers sekalian (",)

Wednesday, 21 September 2011

Allah masih panjangkan usiaku

Hmm...apa kena-mengena tajuk entri tu dengan aku ye..?? Oh, memang ada kena mengena dengan aku. Sangat kena-mengena. Sebab?? Sebab malam tadi aku nyaris dihentam oleh sebuah lori panjang. Mengucap panjang kejap.

Ceritanya macam ni. Malam tadi, lepas balik dari makan, aku pun drive kereta macam biasa la. Dekat traffic light yg pertama dari kawasan Bukit Rahman Putra tu, ada sebuah Serena berhenti kat sebelah aku. Dipandu oleh seorang pakcik dengan anggaran usia 30-40an. Eh, pakcik ke..?? Nanti korang tahu kenapa aku panggil dia pakcik.

Sambung balik. Lepas traffic light hijau, aku masuk gear 1, tekan minyak, kereta gerak macam biasa. Berhenti kejap sebab ada road-block pula kat satu selekoh ni. Si pakcik tu memang dah tarik pick-up dah lepas je dari road block tu. Aku follow belakang dia dengan jarak 2 buah kereta. Belakang aku ada sebuah lori panjang yg jaraknya agak rapat dengan aku.

Jalan tu lurus je. Ada turun naik bukit sikit la. Yg si Pakcik tu aku tak berapa nak faham cara pemanduan dia. Asyik tekan brek. Sepanjang masa lampu brek dia menyala. Ada la 2-3 saat je kot lampu brek dia tak menyala. Takpe lagi. Aku takde la nak follow rapat sangat walaupun lori kat belakang aku ni makin lama makin rapat.

Kat depan ada simpat 4 dan traffic light sedang HIJAU. Pakcik tu boleh brek dan BERHENTI. Eh, biar betul pakcik ni?? Aku masa tu dah tekan minyak lebih sikit sebab nak jarakkan dari lori panjang kat belakang ni. Pakcik tu boleh berhenti. Lampu hijau dia berhenti..???? What the fish..??? Aku memang brek emergency la. Lori tu dah tekan hon yg berterusan. Aku tengok kat cermin pandang belakang, lori tu macam susah nak stop. Pakcik tu tak gerak-gerak jugak. Dari depan ada kereta yg masuk ke lane kanan aku. Jadi, aku tak boleh gerak ke kanan. Di belah kiri pula ada kerb. Pun tak boleh gerak ke kiri juga. Apa aku nak buat..???

Sekali aku pun join driver lori tekan hon. Pakcik tu gerak sikit kereta dia, dan kereta yg masuk lane kanan tu dah lepas, aku terus over-take pakcik tu. Siap buka tingkap. Hon tak berhenti lagi. Aku memang pandang muka pakcik tu macam nak telan dia. Dia buat muka tak bersalah kot..adessss!!

Pakcik ni memang gila la. Kalau tak boleh drive malam, jangan drive. Kalau nak bahayakan nyawa sendiri, jangan libatkan nyawa orang lain. Aku pandang cermin pandang belakang lagi sekali, driver lori dah keluarkan tangan dia. Jari tengah jelas kelihatan menegak ke arah pakcik tu. Mesti driver lori tu pun tengah bengang macam aku juga. Laju jantung aku masa tu dowh. Dan sebab tulah aku panggil dia pakcik. Kebanyakan pemandu yg agak slow macam tu terdiri dari golongan pakcik dan makcik je.

Huh..kalau la pakcik tu tak gerak dan aku tak potong kanan masa tu, memang double impact la. Hentaman depan-belakang. Aku rasa memang dah arwah kot aku malam tadi. Ya Allah, syukur Kau masih panjangkan usia aku.

p/s : Nasib baik takde rasa fobia nak drive kereta...hehehehe (",)



Tuesday, 20 September 2011

Hari Keluarga

Bagi mereka yg sudah bekerja, pasti pernah melalui detik-detik manis Hari Keluarga di tempat anda bekerja kan. Aku tak pasti bagi mereka yg masih belajar. Tapi, masa aku belajar memang takde sambutan hari keluarga macam ni. Kalau ada pun, sukaneka dan majlis induksi je.

Hari Keluarga yg pernah aku hadiri dah bermacam-macam tempat dan cara. Selalunya tempat tu memang menjadi faktor utama aku untuk menghadirinya atau tidak. Kalau tempat tu jauh dari kediaman dan tidak berbaloi untuk aku menghadirinya, memang aku takkan hadir la. Selama aku bekerja di Mudajaya ni, baru sekali je aku join program macam ni. Selebihnya, aku akan join program yg di'organize' oleh aku dan kawan-kawan sepejabat je.

Selalunya, Hari Keluarga macam ni akan mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja. Setuju..?? Masa-masa begini la kita akan berpeluang untuk mengenali satu sama lain dan dapat beramah mesra. Di tempat aku bekerja, situasi begini mungkin sesuatu yg amat dinantikan. Sebab?? Kami kan bekerja di bawah projek yg berbeza. Jadi, Hari Keluarga macam ni la masanya untuk kami berpeluang untuk mengenali pekerja-pekerja dari projek yg lain.

Secara keseluruhannya, aku sebenarnya suka aktiviti Hari Keluarga ni. Cuma kadang-kadang faktor masa dan keadaan yg tidak mengizinkan aku untuk sertainya. Harap-harap aku dapat sertai Hari Keluarga yg akan datang ni. Mungkin ini aktiviti terakhir untuk aku bersama kawan-kawan di Mudajaya ni. Wallahu'alam.

p/s : Bukit Tinggi...tunggu kedatangan kami!!


Part 6 - Goyang pun goyanglah!!

Masuk bulan ke-9, Azeem dah mula belajar berdiri. Dia dah pandai merangkak ke kerusi, katil atau apa jua benda yg boleh menampung dia untuk berdiri. Kadang-kadang, selamba je dia berpaut kat kaki aku ni. Sengih jelah tengok perangai anak buah aku yg satu ni.

Bila dia dah boleh bangun dan berdiri, mula la rasa nak buat lebih dari itu kan. Tahu dia buat apa..?? Dia dengan rasa yg teramat konfiden, melepaskan tangan sambil mendepakannya, dengan harapan akan mendapat keseimbangan untuk terus berdiri. Memang la goyang!!

Kadang-kadang aku saja je datang belakang dia senyap-senyap. Bila dia dah mula lepaskan tangan tu, aku pun cuit la badan dia dari belakang. Memang la tahap goyang dia makin maksima. Hahaha...jahat sungguh makngah mu ini, Azeem (",)


Tapi, alhamdulillah...Azeem ni memang bersemangat waja. Dia tak cepat putus asa. Walaupun banyak kali jatuh, dia tetap nak belajar berdiri. Bagus anak makngah ni.

p/s : Part 7 - Jalan?? Lari pun boleh la makngah!!

Part 5 - Raya Pertama Azeem


Azeem menyambut Hari Raya pertama dalam hidupnya ketika berusia 7 bulan. Dan apa yg lebih menggembirakan bagi aku, raya pertama Azeem adalah bersama kami. Tiada baju melayu untuk Azeem memandangkan badannya terlalu kecil untuk saiz yg baju yg paling kecil.

Azeem mungkin tak faham apa-apa. Azeem mungkin tak tahu yg hari itu adalah sambutan Hari Raya yg pertama dalam hidupnya. Tapi, keceriaannya menggembirakan semua. Kehadirannya dalam keluarga kami menambahkan lagi kemesraan yg sedia terjalin.




p/s : Part 6 - Goyang pun goyanglah!!


Monday, 19 September 2011

"Irfan tahu kira sampai 20 je..."

Kejadian ni berlaku pada malam Jumaat yg lepas. Masa tu aku tengah bersantai-santai dengan sepupu aku di bilik tidur dia. Sepupu aku (Maz) masa tu tengah menjahit. Rajin pula dia nak menjahit malam-malam macam tu. Tengah borak-borak tu...

Irfan : Makngah...buka la pintu ni. Irfan nak masuk!!

Maz : Makngah tengah jahit baju la sayang. Nanti dah siap makngah buka ye..

Irfan : Alah, buka la sekarang!!

Maz : Tak boleh. Nanti makngah buka...

Irfan : Makngah Dila...Irfan tahu makngah Dila ada kat dalam, kan?? Buka la pintu ni..

Aku : Err..makngah Dila nak tidur la..

Irfan : Alah..buka la..!!

Aku : Okay. Irfan kira sampai 100 dulu. Nanti makngah Dila buka pintu ni..

Irfan : Alah, Irfan tahu kira sampai 20 je...

Aku dan sepupuku terus berpandangan satu sama lain. Lepas tu sama-sama ketawa. Jujur sungguh anak buah sepupuku itu..!!

p/s : nanti aku ajar dia kira sampai 100 pula (",)



Isnin datang lagi

Hmm..setelah bercuti semalam, hari ni kembali bekerja seperti biasa la nampaknya. Alahai, dah nak pukul 5.oo pm baru nak buat entri. Dah la semalam takde entri langsung. Tadi, masa blogwalking ada banyak la juga blogger yg bercerita tentang hari Isnin.

Macam-macam gelaran ada untuk hari Isnin ni. Walaupun aku tak la rasa hari Isnin ni best (sebab malas nak bangun pagi..huhu) tapi aku bersyukur wujudnya hari Isnin ni sebab aku dilahirkan pada hari Isnin.

Teringat zaman sekolah dulu (masa tu aku bersekolah di SMT Seri Iskandar). Hari Isnin ni memang dah jadi penyakit yg wajib singgah kat aku. Dalam sebulan tu, ada la SATU Isnin je yg ada tanda ( / ) kat buku kedatangan guru kelas aku. Isnin-Isnin lain tu memang ( X ) la jawabnya. MALAS. Memang tu je alasan yg aku ada.

Tapi, bila setiap kali warden buat spot-check, aku mula la panas bontot. Cari tempat nak menyorok. Sampai satu tahap, aku dah malas nak menyorok (nak menyorok pun malas..memang keturunan pemalas la kau ni Dylla..!!) Aku redha jelah kena terjah dengan warden. Sampai warden pun dah malas nak ambil kisah pasal aku. Dia pun aku rasa dah malas nak buat report dan hantar surat amaran kat mak ayah aku.

"Asyik muka kamu je ponteng sekolah, Dalila. Dah bosan saya tengok"

"Kalau macam tu, apa kata lepas ni cikgu pura-pura tak tengok saya. Takde la rasa bosan, kan..?"

Aku rasa nasib baik aku ni perempuan je. Kalau la aku ni lelaki, mahu makan pelempang je dengan Cikgu Ishak tu..hahaha (",)

p/s : adik-adik kat luar sana, jangan malas belajar okay!!



Saturday, 17 September 2011

Sambungan Cerita Banjir

Memandangkan hari Khamis aku tak masuk ofis, aku terpaksa buat entri tentang banjir di tempat aku hari ni. Err...maksud aku, sambungan entri Banjir Oh Banjir tu.

Aku tak sangka pula keadaan di ofis sangat teruk. Banjir lumpur. Itu je yg aku boleh cakap lepas aku sampai ofis pagi tadi. Semua lantai kuning je. Berlumpur sana-sini. Barang-barang banyak yg rosak. Yg paling teruk, CPU yg diletakkan di atas lantai, memang sangat menyedihkan keadaannya. CPU aku termasuk dalam senarai barang-barang yg hampir musnah.

Dokumen yg aku dah simpan dalam kotak turut merasa tempias banjir lumpur ni. Colapse terus kotak-kotak tu aku tengok. Kakak cleaner yg selalu berbual dengan aku pun cakap department aku teruk. Aku tak berani nak masuk. Intai kat celah pintu je. Ya Allah, menarik sekali keadaannya. Aku tak boleh stay lama kat department aku tu. Bau hapak!! Busuk dowh. Sakit dada aku terpaksa hidu udara lembap macam tu. Terus lari membawa diri ke department jiran.

Aku pun takde mood nak mengemas tempat aku yg tak tentu arah keadaannya tu. Aku biarkan dulu. Mungkin hari Isnin baru aku akan kemas. Semangat nak bekerja hari ni terus hilang gara-gara melihat banyak dokumen yg tak tahu boleh diselamatkan ke tak.

Susun atur department aku yg dah jadi kelam-kabut
Lantai masih basah dan berbau hapak

Stor barang-barang orang 'Safety'
Lantai masih lagi berlumpur

Dokumen salai
Harap-harap boleh diselamatkan..amin

p/s : mungkin kenangan terakhir dengan MJC sebelum aku pergi (",)




Cerita Pasal Kahwin

Hmm..tajuk yg amat-amat common untuk ditulis. Tapi, tajuk ni juga yg aku pilih untuk entri aku hari ni. Aku rasa macam pernah juga buat entri pasal kahwin. Ah, tak kira... nak tulis juga!! Hehehe...

Semalam aku menghadiri majlis nikah adik sepupuku di sekitar Jalan Ipoh. Majlis yg sederhana tapi amat meriah dengan kehadiran saudara-mara jauh dan dekat. Aku selaku kakak sepupu yg agak rapat dengannya, cuba membantu apa yg terdaya. Dalam hati, "ish, aku ni asyik attend majlis orang je... majlis aku sendiri bila pula..??" Tu contoh ayat untuk psyco diri sendiri okay.

Hmm, bukan tak pernah tanya soalan tu. Dah banyak kali rasanya. Sampai satu tahap aku rasa macam agak give up juga. Kawan-kawan dan saudara-mara kebanyakannya dah ada komitmen pada rumahtangga masing-masing. Bukanlah jeles. Jauh sekali nak rasa benci dengan keadaan tu. Cuma, kadang-kadang terasa dalam hati sampai bila agaknya aku nak bersendiri macam ni.


Selamat Pengantin Baru Mazlina & Syaffeq
Semoga Bahagia selamanya..amin (",)

Okay Dylla. Muhasabah diri. Memang ada hikmahnya kenapa jodoh kau lambat. Bukan takde ye. Tapi, lambat sikit je. Bukankah Allah S. W.T itu Maha Penyayang dan Maha Agung. Dia menciptakan manusia dengan takdirnya sekali. Setiap dari kita telah ditentukan ada jodoh masing-masing. Jadi, kenapa aku nak risau..?? Ish, aku risau ke..??


p/s : aku tak risau, tapi mak dan ayah yg dah bising-bising... adesss, rimas!!

Thursday, 15 September 2011

Akhirnya Dapat Juga Upload

Tadi baru post entri pasal banjir kat tempat aku ni. Nak upload gambar, tapi tak dapat kan..? Sekarang dah boleh. Terpaksa turun bawah alihkan kereta sebab air dah naik paras bahaya. Jadi, alang-alang nak alihkan kereta, bawa la kamera sekali.. hahaha

Cepat betul air naik. Aku rasa lepas 15 minit je. Tengok jalan depan rumah aku dah tak nampak tar. Sebelum tu, aku dengan housemate beria bincang pasal levelling kat kawasan perumahan ni tak bagus. Yelah, rumah depan dah naik air. Rumah kami, okay je tadi. Tapi, sekarang..?? Hmm..harap-harap esok pagi surut la. Aku dah la nak kena keluar awal. Ada interview ni.

Jom layan gambar banjir.. hehehe

Pemandangan banjir dari tingkat atas rumah aku

Sian kat kete aku..terpaksa berendam dalam air

Bila banjir, macam-macam benda berenang


p/s : Ya Allah, Kau surutkanlah banjir ni agar segala urusan kami dapat dipermudahkan..amin



Wednesday, 14 September 2011

Banjir Oh Banjir

Hmm..petang tadi hujan lebat selebat-lebatnya. Lepas tu aku tak sedar pukul berapa hujan berhenti, sebab aku dah terlena. Best dowh tidur time hujan..hehehe

Bangun tidur, nak cari makan, tiba-tiba nampak sesuatu yg menarik. Banjir. Eh, banjir tu menarik ke..? Yelah. Kat tempat aku ni banjir jarang sekali. Alhamdulillah. Tahun lepas pernah banjir. Redah banjir nak pergi kerja kawan-kawan. Kali ni macam lebih teruk je. Tahun lepas rumah aku berada di kawasan selamat lagi. Tapi, tadi aku tengok, air makin naik. Kereta aku tu dah la lowered. Alamak aii, nak park kat mana lak kereta ni..??

Aku nak upload gambar. Tapi, snap je gambar gelap sangat. So, esok jelah aku upload ek. Hehehe. Malam ni kena tidur awal. Esok nak bangun pagi. Ada interview. Wish me luck ye kawan-kawan (",)

p/s : tak tahu esok boleh lepas ke tak nak keluar dari kawasan perumahan ni..??

Tuesday, 13 September 2011

Menata Kamar Tidur


Sekadar gambar hiasan

Bilik tidur merupakan tempat yg paling peribadi. Setuju..?? Bagi sesiapa yg berkongsi bilik tidur mesti la tak setuju, kan..? Okay.. bagi yg mempunyai bilik tidur sendiri, boleh la baca entri ni sebab aku nak share beberapa tips untuk menata atau dengan kata mudah menyusun-atur bilik korang agar menjadi 1 ruang yg lebih selesa. Maklumlah, kat situ la kita nak buat apa pun tanpa gangguan orang lain, ye tak??

1. Letakkan katil di tempat yg tidak dapat dilihat dari pintu masuk rumah. Langkah selamat agar tetamu yg datang tak boleh terjenguk-jenguk kita dari arah masuk ke rumah. Manalah tahu kalau waktu kita tengah tukar baju dan pintu bilik kebetulan terbuka, waktu tu pula ada orang masuk rumah kan. Tak ke free show namanya tu..?

2. Sekiranya ada meja belajar atau meja kerja, letakkan ia menghadap ke tingkap agar mendapat cahaya yg cukup dan jangan membelakangi lampu.

3. Susun buku-buku (kalau dalam bilik ada buku la) dengan rapi di dalam rak atau di atas meja. Buku-buku yg dah tak digunakan, sila simpan dalam kotak. Jangan biar ia menyemakkan ruang daam bilik.

4. Simpan barang-barang yg sudah tidak diperlukan agar tidak mengganggu ketenangan semasa berada di dalam bilik tidur.

5. Buang atau keluarkan barang-barang yg tidak penting dari bilik.

6. Kemas tempat tidur dan juga bilik tidur setiap hari. Jangan sesekali membiarkannya bersepah.

7. Pastikan langsir, cadar dan sarung bantal dicuci sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

8. Bagi yg ada karpet dalam bilik, pastikan kamu vacuum karpet itu seminggu sekali bagi mencegah habuk. Kepada yg ada resdung, tolong praktikkan langkah 8 ini dengan sempurna (",)

9. Biarkan tingkap terbuka bagi menyegarkan udara di dalam bilik tidur.

Haaa...senang je kan. Bukan susah sangat nak jaga bilik tidur ni. Selamat menata kamar tidur anda..!!

p/s : tak larat nk basuh langsir 2 kali seminggu..hehehe :)

Hati dan Perasaan














PERASAAN : Hati, boleh aku tanya sesuatu..?

HATI : Apa yg kau nak tahu, Perasaan..?

PERASAAN : Kau ada hati dekat si dia ya..?

HATI : Kau rasa macam mana..?

PERASAAN : Aku rasa kau memang ada hati kat si dia. Cuma kau tak nak mengaku je.

HATI : Aku bukan tak nak mengaku. Tapi, aku tak pasti sebab pada aku perasaan tu datang dari kau.

PERASAAN : ???

p/s : perasaan dengan hati ni memang tak boleh berborak, kan...???

Pasangan zina 5 tahun gemar rakam aksi seks


Source : myMetro
Semalam aku ada post entri mengenai Faktor Remaja Melakukan Seks. Tadi, aku terbaca pula berita tentang tangkapan sepasang kekasih yg mengaku telah berzina selama 5 tahun dan suka merakamkan aksi seks mereka di telefon bimbit. Adessss...apa nak jadi ni weh..??
Yg menariknya (eh, menarik ke..??) semasa tangkapan tu dibuat, si perempuan tu menangis merayu supaya dia dibenarkan untuk masuk ke bilik teman lelakinya untuk memakai seluar dalam. Rayuan tu dipenuhi memandangkan perempuan itu hanya memakai seluar ketat yg nipis dan mengghairahkan. Faham dah kenapa aku kata menarik..?? Maksudnya, si penangkap-penangkap pun rasa ghairah melihat keadaan perempuan tu.. hahahaha (tu aku yg rasa sendiri ek..takde kaitan dengan mereka)
Hmm, bila aku fikirkan balik, zaman sekarang ni manusia dah takde perasaan takut untuk melakukan dosa ek..? Macam pasangan yg kantoi ni, 5 tahun kot berzina..!! Perghhhh... tapi, tulah.. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

p/s : Ya Allah, Kau ampunilah kami sekiranya kami ingin bertaubat dan memohon keampunan-Mu..amin


Mangsa Banjir Di Perlis

Bila baca berita tentang banjir di Negeri Perlis ni, teringat pula zaman-zaman belajar dulu. Alhamdulillah, dulu takde la pengalaman macam ni. 3 tahun kat sana semuanya berjalan lancar. Grad pun on time..alhamdulillah.. hehehe

Menurut berita yg aku baca tadi, seramai 522 mangsa telah ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan sekitar Kangar, Arau dan Padang Besar. Jumlah mangsa banjir dijangka akan berkurangan berikutan cuaca cerah hari ini. Alhamdulillah.

Kejap lagi nak call kakak angkat aku la. Dia tu orang Kelantan. Tapi dah jadi warga Perlis sejak berkahwin dengan arwah suaminya dan terus bermastautin di situ. Mesti dia tengah sibuk-sibuk cuci rumah sekarang ni. Sian kak Ha.

p/s : credit to myMetro

Bosan + Blur = Moody...??

Pagi tadi mood aku okay je. Bangun tidur macam biasa. Pergi kerja macam biasa. Sempatlah melayan 1 lagu sebelum sampai ke ofis. Perjalanan dari rumah ke ofis hanya mengambil masa 2 minit je.

Source : Mr.Google

Sampai ofis, mood masih stabil lagi. Tapi, tiba-tiba teringat 1 peristiwa, aku terus moody. Alahai... leceh betul!! Dah seronok rasanya nak buat kerja tadi. Semangat nak update report dan siapkan kerja-kerja yg terbengkalai. Tapi, arghhh... BW jap la nak dapatkan balik mood. Kawan-kawan, hari ni aku jadi silent reader ek. Bukan tak nak komen. Tapi, mood tak bagus tak tahu nak komen macam mana. Kang tersalah komen lak.. hahaha

Oh, peristiwa... kenapa la kau tiba-tiba datang menerjah kepala otak aku ni weh??? Tak boleh ke duduk diam-diam, jangan kacau aku..?? Adesss... bosan la macam ni. Bila peristiwa tu datang menyebok kan kawan-kawan, aku terus hilang fokus. Nak buat apa pun takde mood. Sedih :(

p/s : nyah kau dari sini..!!



Monday, 12 September 2011

Faktor Remaja Melakukan Seks

Menurut kaji selidik yang dibuat oleh Nation Campaign to Prevent Teen Pregnancy, 55% lelaki dan 72% perempuan menyesali keputusan mereka untuk melakukan hubungan seks. Faktor yg dikatakan memaksa remaja melakukan seks ini ialah kerana desakan kekasih, kurangnya kepercayaan diri serta tipisnya pengetahuan tentang seks.

Menurut kajian yang dilakukan terhadap 1.324 remaja yg hamil, 67% mengaku belum bersedia melakukan hubungan seks pertama kali dan 18% berasa dirinya ditekan dan dipaksa melakukannya.

Manakala sebanyak 45% mengaku pernah melakukan hubungan seks, meskipun hakikatnya tidak menginginkannya. Kebanyakan mereka melakukannya hanya kerana ingin menjaga hati pasangan atau kerana mereka 'tidak mempunyai pilihan'.

Kaji selidik lain terhadap 3,550 remaja perempuan memperlihatkan sebanyak 84% berasa yakin dan percaya pada diri sehingga menolak hubungan seks. Sedangkan 15% lagi berasa tidak percaya pada diri sendiri dan perasaan itu memaksa mereka melakukan hubungan seks.

p/s : tepuk dada tanya selera... persoalan ni kita memang dah ada jawapan, kan..? pegangan agama yg kuat akan menghalang kita untuk melakukan perkara macam ni (",)

Bila Menyampuk Tak Kena Tempat

Padan muka aku!! Alamak..pagi-pagi dah padankan muka sendiri. Ape kes ni..?? Hmm..semalam aku online FB. Sekali ada notification yg keluar. Kebanyakan tentang blogger la. Tapi, aku tak kisah. Sebab aku tahu, bila aku dah join komuniti macam tu, aku kena tahu yg notification macam ni memang akan ada banyak kat FB aku.

So, malam tadi ada 1 event yg menjemput para bloggers untuk like fanpage dia dan dalam masa yg sama mempromosi blog. Okay. Aku view la fanpage tu. Sekali...ambik kau!! Betapa banyaknya bloggers yg tulis kat wall tu dengan kata-kata maki hamun dan mencarut bagai. Adesss..terkurang pahala aku sebab aku baca kuat-kuat masa tu.. hahaha

Aku tak faham kenapa orang nak mengamuk sangat pasal event tu. Aku rasa biasa je. Event macam tu kalau kita rasa nak join, join la. Kalau tak nak join, diamkan aje. Senang kan. Kenapa perlu nak maki hamun dan mencarut-carut kat wall yg dah sahih semua orang yg dijemput akan baca. Best ke buat macam tu..? Umpama memalukan orang lain kot. Wallahu'alam.

Aku pun kononnya nak menyelit la tulis-tulis kat wall dia...


Aku takde niat la nak buat sesiapa sakit hati masa tulis macam ni. Sebab bagi aku tu mungkin cara dia promosikan blog. Kalau dia promote blog kat blog dia, macam mana orang nak tahu, kan..? Tapi, yang bestnya, post tu aku tu dapat sambutan hangat la!!!



Hahahaha...cepat melatah betul orang-orang ini. Aku gelak je masa baca komen-komen diorang ni sambil geleng kepala. Hmm..agaknya betul la. Diorang memang suka sangat nak maki hamun, kata-mengata, kutuk-mengutuk. Nanti satu hari aku nak terjah blog diorang. Best sangat agaknya sampai boleh hentam blogger lain sesuka hati.

Pada aku, personally, notification kat FB aku yg ada event atau apa jua promosi sekalipun, tak la menyusahkan. Blogger tu invite kat group. Kalau 1 blogger join 4 group, mestilah dia dapat 4 invitation, logik tak..? Tak tahu la diorang ni tak fikir ke apa. Tulis berapi. Tapi dalam kepala...zero. Ada banyak lagi aku nak upload sebenarnya. Tapi, nanti kontroversi lak. So, aku upload yg ni jelah. Cukup untuk bagi aku pengajaran. Dylla...next time tak yah nak menyampuk tak tentu pasal...!!!
p/s : tapi, salah ke aku bagi pendapat..?? urghhh...

Sunday, 11 September 2011

Alhamdulillah...rezeki!!

Hmm..patutnya entri ni ditulis semalam. Tapi, nak buat macam mana. Semalam aku tidur awal. Hahaha.. baik punya landing, terus lena. Gara-gara perut yg penuh melampau akibat pemakanan yg tidak terkawal kerana menghadiri 3 open house dalam 1 hari. Rezeki tu..alhamdulillah (",)

Rumah 1 : Laksa, nasi lemak dan kuih muih. Perghhh..sambal ikan bilis dia memang kelasss gitu!! Serius sedap. Tapi sebab aku ni hantu laksa, jadi nasi lemak tu aku makan sekali jelah. Laksa tu sampai 2 kali tambah. Tak malu..hehehe

Rumah 2 : Laksa, kueyteow goreng, rojak buah, kek coklat, roti bakar tuna dan kuih-muih. Ya Allah... laksa lagi!! Layan kan aje.. hahahaha...rumah ke-2 ni aku pergi petang lepas kerja.  Pagi tu kat ofis, kak wati yg buat open house tu dah sound awal-awal, "jangan lupa datang.." baik kak..saya menurut perintah. Makan punya pasal.. takkanlah tak nak datang kot (",)

Rumah 3 : Soto dan kuih muih. Okay. Menu simple. Tapi, agak best sebab dapat makan soto. Dah lama mengidam. Lagipun, perut dah agak penuh dengan makanan dari rumah yg ke-2 tu. So, makan soto pun dengan perasaan yg teruja sambil mem'budget' sebanyak mana lagi makanan boleh disumbat dalam perut ni.

Masa open house tu, sempatlah snap gambar barang sekeping dua. Rasa best nak upload sebab aku pakai baju raya.. walaupun baju raya beberapa tahun yg lepas. Eh, muat lagi?? Takde perkembangan. Nak buat macam mana.. hahahaha


Mereka rancak berbual sampai tak sedar diri di'snap'


Anak tuan rumah 1 yg begitu teruja
melihat duit raya di tangan

Baris belakang dari kiri - Mira, Fir dan Puspa
Baris depan dari kiri - Natrah dan Zanx

Adegan tak boleh blah..!!


p/s : lepas ni ada lagi ke yg nak buat open house ye..??




Saturday, 10 September 2011

Rindu Bertandang Lagi

Tajuk tak boleh blah. Rindu bertandang lagi la konon!! Rindu kot. Semalam 1 hari tak update entri. Nak BW pun x sempat. Busy sangat ke..?? Hmm..busy la juga. Busy buat benda lain..hehehe

Pagi-pagi tadi nampak ada banyak entri baru. Tapi, belum sempat nak baca lagi. Tunggu ye kawan-kawan. Nanti saya datang terjah. Hari ni pun keje tak la banyak sangat. Mesti ada banyak masa petang nanti. Sekarang ni nak siapkan mana-mana yg patut disiapkan dulu.

Lunch nanti ada open house kat rumah kawan. Harus pergi. Huhu :p Lepas tu... petang nanti ada lagi 1 open house. Wahhhh..makan!! Lepas tu lagi, malamnya pula... ada lagi 1 open house. Hahahaha... aku suka aktiviti makan-makan ni (",) Jimat duit makan hari ni. Alhamdulillah.

p/s : terima kasih kepada tukang buat open house kerana menjemput aku


Thursday, 8 September 2011

Kenapa Semakin Hari Semakin Tidak Bersemangat..??

Okay. Tajuk kontroversi. Negatif sangat bunyinya. Apa punca yg menyebabkan kita menjadi tidak bersemangat ni..? Tidak bersemangat tentang apa..? Check it out!!



1. Kerja
Selalunya rasa tidak bersemangat untuk bekerja ni timbul setelah kita bercuti panjang. Setuju..?? Jadi, macam mana nak elakkan perasaan ni timbul? Ada orang pernah cadangkan dekat aku, masa cuti ambil tahu sikit perihal kerja. Jadi, bila hal kerja dah set dalam minda, kita akan rasa semangat untuk bekerja tu sentiasa ada. Boleh ke macam tu..??

2. Belajar
Bagi adik-adik yg masih belajar, sama la kes nya macam kat atas tu. Tapi, ada ke pelajar yg jadi sangat rajin untuk belajar atau buat tugasan semasa cuti..?? Mungkin kalau tugasan tu memang nak kena hantar sebaik saja cuti tamat, tak boleh nak buat apa la kan. Tapi, belajar semasa cuti..?? Erkk..boleh kot. Sebab tu kita ni kena ada cita-cita dan impian. Bila kita ada 2 perkara tu, semangat untuk belajar mesti tak luput.

3. BLOGging
Kepada semua BLOGgers la termasuk diri aku sendiri.. mungkin ada yg pernah rasa semangat untuk update entri semakin hari semakin kurang. Dengan erti kata lain, takde semangat nak terus berBLOGging. Kenapa jadi macam tu..? Sebab, aku tulis aku baca..bosan. Sebab, tak puas hati kenapa BLOGgers lain punya blog tak la best sangat, tapi followers ramai gila!! Sebab, mengharapkan ramai BLOGgers akan singgah blog kita, baca dan follow. Sebab, macam-macam sebab la. Haa.. kalau dah terdetik sebab-sebab macam tu dalam diri, susah la kan. Cuba fikir balik, masa mula-mula kita buat blog, apa niat kita..? Sebab tu dalam Islam sendiri, niat tu perkara asas untuk melakukan sesuatu. Kalau niat kita ikhlas, maka hasilnya akan jadi best la. Kalau dah niat pun tak berapa nak betul, jangan cari salah orang lain bila apa yg kita buat orang tak pandang pun.

4. Bercinta
Semakin tidak bersemangat untuk bercinta..?? Uikss..kenapa jadi macam tu..?? Hmm, mengikut pengalaman aku dan kawan-kawan, semangat nak bercinta tu makin kurang bila usia makin meningkat. Betul ke..?? Err... bergantung pada individu la kot. Ada orang yg muda-muda dah bercinta. Jadi, bila dah lama sangat bercinta, semangat tu akan berkurangan. Ada orang pula, bila dah berusia baru nak belajar bercinta. Haaa.. kes ni best sikit. Sebab, orang yg macam ni memang la akan bersemangat pada awalnya. Tapi, dah lama sikit dia akan rasa tidak bersemangat sebab dia rasa komitmen pada kerja dan hal-hal lain lebih menarik perhatian. Ada tau orang macam ni. Jangan kata takde. Jadi, kepada yg sedang bercinta tu, pasangan kekasih atau suami-isteri, kena la tahu macam mana caranya nak buat rasa cinta tu semakin mekar setiap hari. Jangan buat benda yg sama je. nanti bila dah wujud rasa bosan dalam diri, akan jadi tidak bersemangat la untuk terus bercinta.

5. Hidup
Alamak...kes berat ni!! Tidak bersemangat untuk hidup..?? Kenapa..?? Sebab aku dah lalui macam-macam pengalaman pahit...letih!! Sebab aku tak pernah rasa bahagia dalam hidup ni...sedih!! Sebab hidup aku susah, usaha macam mana pun aku tak pernah berjaya...putus asa!! Bla bla bla. Hmm, jangan macam tu kawan. Ada sebab kenapa hidup kita tak sama macam orang lain. Kenapa kita nak bebankan diri kita dengan memikirkan kesenangan dan kebahagiaan orang lain..? Seharusnya kita terus berusaha untuk buat yg terbaik dalam hidup kita sendiri. Hidup manusia ni ibarat roda. Tak selamanya kita berada di atas. Dan tak selamanya kita berada di bawah.

Hmm... ada macam-macam sebab lagi la kenapa kita ni makin hari makin tidak bersemangat kan. Tapi, aku rasa 5 sebab kat atas tu yg biasa berlaku sejak aku bergelar BLOGger ni. Sentiasa berfikiran positif akan membantu kita menjadi lebih bersemangat. Walaupun susah nak positifkan diri, kita kena cuba. Belum cuba belum tahu, kan..? Jangan kata TIDAK selagi belum mencuba. Wallahu'alam.


p/s : pernah gak rasa tidak bersemangat... tapi rasa tidak bersemangat untuk makan, sebab makan la banyak mana pun... badan ni kurus juga (kes tak bersyukur ke ni..?? ngeee :p)


8 Aktiviti Yg Boleh Mengakibatkan Penyakit Jantung

Gangguan kitaran darah ke atas jantung boleh menyebabkan kematian sel jantung itu sendiri. Proses inilah yang menyebabkan berlakunya sakit jantung. Manakala penyakit jantung koronari yang berterusan juga boleh mengakibatkan sakit jantung.

Apa pula penyakit jantung koronari ni?

Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung. Kesannya, anda akan mengalami sakit dada yang teruk dan ketidakselesaan yang dipanggil angina.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang boleh mengakibatkan penyakit jantung :

1. Kekurangan vitamin B6 dan B12, anti-oksidan dan asik folik yang menyebabkan paras homosistein yang tinggi dalam darah.

2. Melakukan kerja-kerja berat yang berterusan.

3. Waktu tidur yang tak mencukupi. Biasanya waktu tidur yang cukup adalah 5-8 jam mengikut peringkat umur anda.

4. Selalu mandi di tengah malam. Elakkan mandi selepas jam 10 malam.

5. Melakukan hubungan seks di dalam air atau ketika cuaca (udara) yang terlalu sejuk.

6. Selalu berada di dalam keadaan kemurungan terutamanya untuk wanita.

7. Bagi lelaki pula, elakkan daripada emosi marah menguasai diri anda. Mengikut kajian University College London, mereka yang panas baran dan mudah meradang lebih mudah diserang penyakit jantung koronari.

8. Anda yang merokok secara berterusan.

p/s : sayangi JANTUNG anda (",)


Suratan Takdir - Gersang



Kesukaran melafazkan
Mengucapkan perpisahan
Kepada yang setia...

Tapi terpaksa kulakukan
Kerana ku tidak mahu
Terus berpura-pura...

Usahlah ku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir
Tak terlintas di hati ini
Untuk aku jatuh cinta lagi
Tapi takdir yg menentukan

Memang pernah ku berjanji
Kau yg pertama dan terakhir
Tapi aku memungkiri...

Tidak dapat ku menerima
Dua cinta dalam hati
Maafkan aku sayang...!!


Wednesday, 7 September 2011

Bila Buku Bertemu Ruas

DULU
Dia ada girlfriend yg sangat menyayangi dirinya. Yg sanggup berkorban apa saja untuknya. Yg sentiasa bersama di saat susah dan senang. Yg tak pernah mengabaikannya. Tapi dia..?? Selalu menyakiti hati sang girlfriend. Selalu buat tak endah dengan keprihatinan girlfriend. Kalau girlfriend buat salah, terus melenting tanpa menunggu penjelasan. Bila dia yg buat salah, pura-pura macam takde apa yg berlaku.

SEKARANG
Girlfriend baru selalu buat hal. Nak tunggu call atau sms amatlah payah. Sakit pening kadang-kala tak dipedulikan langsung. Masa dia susah girlfriend hilang entah kemana. Masa dia senang, girlfriend datang minta dimanja. Paling best, masa girlfriend yg susah, pandai pula nak cari dia. Bila bergaduh, asyik dia je yg dipersalahkan. Girlfriend..?? Memang 100% sentiasa betul la!! Arghh, dulu dia buat girlfriend. Sekarang dapat girlfriend yg buat dia balik.

HMMM...
Pernah tak jadi kat korang macam ni..?? So, sebelum benda ni jadi, hargailah apa yg korang ada. Jangan esok, bila dah hilang, dapat pengganti tapi tak seperti yg diharapkan. Paling tak best bila bertemu yg baru tu ibarat buku bertemu ruas. Dulu kita tak menghargai. Sekarang kita pula yg tak dihargai... wallahu'alam (",)

p/s : tak pernah jadi, tapi pernah nampak kejadian mcm ni... ngeee :p



Mereka Sangat COMEL



p/s : boleh ke kucing bekerjasama dgn anjing mcm ni..?? apapun...credit to these animals!!





Busy to fill up application form

Haa...tu dia!!! Tajuk omputih sangat!! Jom tulis entri dalam english plak. Boleh la meng'improve'kan mana-mana yg patut di'improve'kan..ye tak..? Tapi, perbualan kat bawah ni memang dalam english okay (",)


"Hello, may I speak to Miss Dalila please..?"

"Yes, speaking..." (jawab teragak-agak sebab confirm sang pemanggil tu MELAYU)

"Hi, I'm Fauzi from .......... I'd viewed your resume and would like to call you for an interview. Do you still intrested in this post..?"

"Err..yes.." (dalam kepala dok fikir betul ke aku ada apply kerja ni..)

"Good. Can you please come on next thursday at 8.30 am..?"

"Sure. 8.30 am. Who'll I meet there..?"

"Me."

"Okay. Err..where's your location, sir?"

"We are at Jalan Munshi Abdullah. You can take Putra LRT and reach Dang Wangi Station or take Komuter and reach Bandaraya Station.."

"Copy that. Thanks sir. Meet you on next thursday."

"Okay. Assalammualaikum.."

Waalaikumussalam. End of conversation. Well... interview!! Should I or shouldn't..?? Hmm..I'm waiting for this moment for so long. To have any better offer before I'll be transfered to Manjung. But, why don't I feel good..? Memilih..? Banyak songeh..? Gosh..teruknya Dylla!!!

p/s : Okay. I'll go. Just to try my luck there. Who knows..?? Wish me luck buddies. Now, it's time to fill up the application form..yeahaaa!!

Tulah...Nak Tunjuk Lagak Sangat!!


p/s : aku dah lama tak pakai Sunsilk..kalau tak mesti aku pun jadi mcm ni..ngee :p


Tuesday, 6 September 2011

Tak Pandai Berenang Tapi Boleh Menyelam

Macam pelik ke letak tajuk entri macam tu..?? Tak pelik kot. Memang nak cerita perihal renang dan selam. Tapi, sebelum nak sampai ke cerita tu, banyak halangan nak kena tempuh ni..hehehe

Alhamdulilah, hari Ahad yg lepas aku, mak, ayah, abang, kakak ipar, Azeem dan adik lelakiku selamat menghantar adik bongsu kami ke UiTM Seri Iskandar. Tujuan penghantaran secara berjemaah ni sebab nak pergi mandi laut sebenarnya. Aku paling teruja sebab dah lama tak mandi laut.

Kami bertolak dari Slim River tepat pukul 9.20 minit pagi. Dan selamat sampai ke Teluk Batik jam 11.30 minit pagi. Sampai je terus cari kedai makan. Masing-masing dah lapar sebab tak sempat nak breakfast kat rumah. Siap isi perut dengan menu yg ala kadar, kami terus cari port, bentang tikar, tukar baju, apa lagi...terjun laut la!!!

Hari tu ombak sangat kuat. Tapi sebab kami ada pelampung, jadi tak la risau sangat. Kejadian renang dan selam ni berlaku masa pelampung kami terbalik. Masa tu, aku dengan adik bongsu aku berpaut pada pelampung tu la. Agak ke tengah juga kami mandi. Kaki dah tak jejak pasir. Tiba-tiba aku nampak ombak kuat menghampiri. Ombak tu agak tinggi juga. Aku yg menghadap ke arah ombak tu terus warning adik aku supaya tak lepaskan pelampung. Tiba-tiba....

Aku dah ada dalam laut. Diterbalikkan oleh ombak yg kuat tu. Tapi, masa tu akal aku memang function. Bontot aku yg cecah pasir dulu. Jadi, masa tu aku fikir, "Dylla...jangan panik" pelan-pelan aku menyelam dan dengan bantuan ombak kuat yg terus datang, aku berjaya sampai ke pantai. Alhamdulillah. Aku selamat.

"Kak, aku terlepas pelampung tadi. Ombak kuat sangat. Lepas tu aku cari kau. Kau hilang!!"

"Relax, aku ada ni..mana pula hilangnya..."

"Betul kak, lepas ombak kuat tu terbalikkan pelampung, aku dapat capai balik. Tapi, kau dah takde. Aku panik dowh!!"

Aku senyum je. Nampak muka adik bongsu aku memang panik. Aku sibuk nak stabilkan balik deria rasa aku. Air laut banyak masuk ikut hidung. Aku rasa weng kejap masa tu. Tak sampai 10 minit...

"Ekin, jom sambung mandi!!"

Kami berdua terus berlari bawa pelampung ke tengah laut balik. Ish, tak serik-serik...hehehe. Sebenarnya, aku dah 3 kali lemas kat laut. Dua kali abang aku selamatkan. Kali ke-3 aku sendirian berhad je. Jadi, sebab dah 3 kali lemas, aku dah mula belajar yg kita memang tak boleh panik bila berada dalam keadaan macam tu. Kalau panik, apa pun tak boleh buat. Boleh terkapai-kapai jelah jawabnya. Bila aku tak panik, aku boleh berfikir. Alhamdulillah, syukur Ya Allah, Kau panjangkan lagi usiaku (",)

Dah puas mandi-manda, ayah sewa chalet selama 2 jam. Apa lagi, mandi air bersih, terus tidur la. Penat kot rasanya mandi laut. Plus, lemas lagi. Huh...kenangan manis sungguh..!!

p/s : kesian kat anak buah aku, Azeem...dia demam hari Ahad tu, so tak dapatlah nak bergumbira mandi laut dengan makngah dia ni..next time kita datang lagi, ye Azeem!!

Uniknya akuarium ni..!!

Enjoy the pictures...!!














p/s : I love the 4th one..!!











Cara Si Dia Makan dan Maksud Tersiratnya


Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak 

Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

p/s : dah baca kan..?? anda percaya tak..?? hehehe...wallhu'alam (",)