Assalammualaikum W.B.T
Sejak akhir-akhir ni, aku suka sangat buka page yg jual jubah atau abaya. Dalam hati tu dah ada rasa teringin nak berjubah. Zaman sekarang ni, macam-macam jenis jubah ada di pasaran. Macam-macam design. Macam-macam kaler. Sumpah teringin nak pakai jubah!
Beberapa hari lepas, aku ke Butik First Lady di Jalan TAR tu. Niat asal nak mencari baju kurung. Sekali bila masuk ke bahagian jubah, terus bertukar niat tu. Satu-persatu jubah kat situ aku belek. Semuanya cantik-cantik belaka. Lagipun, harga yg ditawarkan di butik tu memang berpatutan dan aku berani mengatakan yg harganya memang sangat murah berbanding dengan harga di butik lain.
Bila dah tengok banyak sangat koleksi jubah kat situ, mula la nak jadi rambang mata kan. Akhirnya, aku beli juga sepsang jubah yg berharga RM45.00 dan berwarna putih! Semuanya putih. Corak sulam pada jubah tu pun kaler putih juga. Polos sangat rasanya. Tapi, masih belum pakai lagi. Tunggu hari Jumaat minggu depan la baru pakai ** motif nak pakai jubah hari Jumaat???? **
Apapun, mungkin seiring dengan peningkatan usia ni, aku pun dah mula slow dalam berfesyen. Walaupun masih suka nak mencuba pelbagai jenis baju, tapi macam dah ada reminder yg menyuruh aku STOP!! Cukuplah kot selama ni aku ber"huru-hara" dalam berpakaian. Pelan-pelan ubah penampilan agar lebih sesuai dengan diri yg semakin tua ni. Yg pasti, seiring dengan kehendak syarak. In shaa Allah.
p/s : tapi masih gile berfesyen dalam bertudung...huhu ^_^
~ Dylla Abas ~
7 comments:
jubah pun sekarang berpesen2 lawa kan...
jubah pun style ape sekarang. hihi. work for it, dear. Insya Allah, perubahan ke lebih baik akan dipermudah oleh-Nya.
jubah pon cantik2x kan :)) ayut pon mlas jgk sbnr ye klu bab fesyen2x ni.sng klu simple sbnr ye :)
perubahan yg baik insyaAllah akan dipermudahkan Allah..
first lady kat sni tak byk plhn jubah..
b'fashion as long as mngkut ajaran xper..plus b'fashion lah menampakkan muda kan..hee..last but not least,,tym belom kahwin lah nk b'fashion..sok da kawen kalo da dpt laki xsuke melaram, acaner? hehehe..
-ur bro-
jubah skang ni dh mcm2 pattern kan
Post a Comment