Assalammualaikum W.B.T
Perjalanan dari Putrajaya ke rumah abang malam selepas majlis kahwin pakcik aku pada hari Sabtu yg lepas, benar-benar terasa jauh. Padahal, perjalanan tu tak sampai setengah jam pun. Puncanya, anak buah aku, Azeem, tak henti-henti bercakap. Aku yg agak kepenatan masa tu memang malas gile nak layan dia bercakap. Akhirnya, hanya opah dia je yg setia melayan.
Tengah dok melayan perasaan sendiri, tiba-tiba Azeem kuatkan suara dia. Makin rancak pula dia berborak dengan opahnya. Aku cuit bahu dia, pandang dia dengan muka yg sangat serius, sambil aku letakkan jari pada mulut. Tanda aku menyuruh dia diam. Memang la dia diam kejap. Lepas tu potpetpotpet balik. Haish...budak ni memang la!
Tiba-tiba aku menangkap salah satu perbualan dia dengan opahnya yg buat aku ketawa tak henti-henti :
Opah : Azeem, dah la tu...makngah tu sakit kepala tu. Diam sikit...
Azeem : Ye ke makngah sakit kepala...?? (sambil matanya memandang aku yg buat tak tahu je...)
Opah : Iye...diam sikit. Nanti makngah marah nanti, opah tak tahu...
Azeem : (dengan muka yg sangat tak puas hati..) Yelah...yelah...Azeem satip la mulut Azeem ni...
Aku terus pandang dia. Satip...???? Amende la pula tu...? Sekali ibu dia jelaskan, satip tu sebenarnya ialah cellophane tape. Tapi si becok ni tak reti nak menyebutnya. Jadi la satip. Terus aku gelak besar. Hai la Azeem...ada je benda yg dia buat yg bila aku fikir balik, memang aku gelak sorang-sorang >_<
p/s : Azeem sangat bengang bila aku bahan dia dengan perkataan "satip" tu (",)
~ Dylla Abas ~
15 comments:
hehehe comeynyer dier
assalamualaikum dylla...cutenya...;)
jap..lama x singgah sini, ...hanya ibu yg paham dgn pelat sebutan anknya bila bercakap...makngahnya kena belaja memahami eh...suka budak paintar lg becok !.
Pita selofan diringkaskan jadi satip.. 1st time dgr ni.. hehe
Anak buah Lia jugak macam tu, tak henti2 cakap, walaupun dah nak tidur..heee
samalah wajah sahabat dan anak buah
@Kesuma Angsana : kalau time dia buat perangai tu tak comel dah rasanya..huhu :p
@Mas Zull : (",)
@[PCL] : tulah...tgh nak belajar faham tulah yg buat rasa nak ketawa sorang2 :p
@Zamani Abe : sama la...1st time dgr :)
@Lia Ilnia : hehehe...sama la mcm si becok ni..ada je benda dia nak cakap >_<
@3no gr33ny : sama ke..? wahhh..bleh ngaku anak sendiri ni :)
eh, ms akak baca tajuk entry ni kan, akak dh dpt agak apa tu satip.. hihii.. agaknya akak dulu2 sebut gitu kot... kikikii
@IntaNBerliaN : sy rasa org utara mmg sebut mcm tu la kak ina..sbb anak buah sy tu pekat sgt loghat utara dia..mengikut ibunya :p
hah comel jer dia
Post a Comment