Pages

Tuesday, 12 March 2013

Nama Dia Cici

Assalammualaikum W.B.T

Sebenarnya memang dah lama terfikir nak memiliki binatang peliharaan ni. Aku pernah bela kucing. Tapi sayang umurnya tak panjang. Pernah terlintas nak bela ikan. Nak letak kat ofis ni. Salah satu sebabnya nak memupuk semangat datang bekerja la konon. Tapi tak jadi juga sebab memikirkan banyak kerja nak kena buat nanti. Cuci akuarium la. Itu la. Ini la. Finally, kura-kura juga yg jadi pilihan. Selain daripada tak leceh nak membelanya, kura-kura ni tak perlu akuarium yg bersih sempurna macam akuarium ikan.

Abang aku yg belikan kura-kura ni 2 minggu lepas. Dia nak tambah koleksi kura-kura dia sebenarnya. Tapi, aku pun sibuk nak juga. Dibelikannya seekor untuk aku...hahaha. Comel sangat! Geram...tapi, ada rasa "takut" nak pegang. Kura-kura tu hyper la. Tak nak berdiam. Baru je sentuh cengkerang dia ** cengkerang ke namanya...whatever la! ** dah berpusing 360 darjah! Tu belum angkat dia betul-betul lagi. Tapi, sekarang aku angkat je. Lantak pi la dia nak marah ke apa ke. Tak boleh tahan la asyik pandang je. Nak juga pegang-pegang dia...huhu ^_^

Cuti sakit baru ni, aku bawa la sekali kura-kura tu balik kampung. Bising la ayah aku tu. Membebel tak henti-henti. Aku malas nak layan. Sebab mak suka gile dengan kura-kura tu. Dah lama-lama dengan ayah sekali layan tengok kura-kura tu kan. Haaa...tulah, bebel lagi! Kan dah suka.


Jambatan comel untuk sang kura-kura yg comel >_<

Oh ye...lupa pula nak bagitau. Nama kura-kura ni Cici. Nama ni diberi oleh anak buah aku, Azeem. Bila ibu dia tanya nak letak nama apa..terus dia sebut beberapa nama. Dan aku rasa nama Cici yg paling comel dan paling sesuai untuk kura-kura aku ni. 


Motif pokok untuk mem"flora"kan akuarium kura-kura ni...yg penting Cici suka!!

Haaa...lepas ni aku ada satu lagi aktiviti tambahan selain dari kena habiskan semua bahan bacaan yg aku dah beli beberapa minggu yg lepas. Yg pastinya, si Cici ni sangat la suka membuat bising. Tak padan dengan kecik! Tu dinding akuarium dia tu, dia boleh main cakar-cakar lak. Kuku tu macam kuku kucing je gayanya. Aku rasa niat sebenar Cici ialah untuk melepaskan diri. Tapi Cici, tinggi sungguh impian kau. Duduk jelah dalam tu. Membesar dengan jayanya. Nanti bila dah besar aku akan lepaskan kau kat mana-mana tasik yg ada kawan-kawan kau okay (",)


p/s : kadang-kadang borak dengan Cici...rasa best juga..hoho ^_^




~ Dylla Abas ~

12 comments:

Unknown said...

comel kura2 tu. Eza x pnah lagi ada kura2 kat umah :)

MizzTina said...

akak ingtkn kucing td...

Kakzakie Purvit said...

Kalau suka dan sesuai boleh besar tau Dylla. Ada kawan anak kakak tu dari keciiiik sangat dia bela sampai dah besar dua tapak tangan tau...

PCL said...

salam singgah dari pcl..

Dylla Fadzil said...

Huahuaaaa. I tak pernah ada pets huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpernh ada pglmn bela kura2..

Anonymous said...

hehehe ada cici yer

maszull said...

assalamualaikum dylla...mama pun dulu ada bela juga tapi bila dah besar lepaskan kat kolam...:)

3no gr33ny said...

macam seronok pula ada kura2 ni kan

-syira- said...

susah jugk nk jga kura-kura nie.rumate pernh bela tp usia tak pnjg..kena slalu salin air :)

Nilam suhana said...

Seronok la ada kura2 sebagai teman...

IntaNBerliaN said...

ololooo comel sungguh ni... tp kak ina xpnh pun bela apa2 binatang sbb jnis penakut sikit.. hihi