Assalammualaikum W.B.T
Alhamdulillah. Jumaat kembali lagi. Syukur masih diberi peluang untuk terus bernafas. Beberapa hari ni, blog aku agak sepi. Diam je dia. Serius takde idea nak update! Cuma dapat spend masa dengan BW jelah.
Bercakap tentang diam ni, pada aku ada banyak maksudnya. Diam sebab memang jenis tak banyak cakap **pendiam ler tu** Diam sebab memang tak nak banyak cakap. Diam sebab nak "mendiamkan" diri. Atau diam sebab nak menjauhkan diri. Blog aku diam sebab tuan dia takde idea okay. Bukan atas sebab-sebab di atas >_<
Aku mungkin jenis orang yg tak diam sangat kot. Kalau aku diam tu maksudnya aku sedang melakukan sesuatu. Bila aku terlalu fokus, maka diam la jadinya. Kalau buat sesuatu tapi tak fokus, tak diam juga la..huhu. Apapun, aku memang tak boleh mengkategorikan diri aku sebagai seorang yg pendiam. Apatah lagi nak mendiamkan diri dan buat-buat diam sebab nak menjauhkan diri.
Dan disebabkan aku bukan jenis yg diam, aku agak tak berapa selesa dengan orang yg diam. Macam-macam benda yg aku akan fikir. Sakit ke dia...?? Ditimpa malapetaka ke dia..?? Atau dia memang dah tak nak kawan dengan aku..?? Haa...tulah antara buah fikiran yg tak berapa nak best untuk difikirkan. Banyak negatif daripada positif. Kalau korang..apa yg korang fikirkan..?? Meh share (",)
p/s : sedang mencuba nak jauhkan diri dari sifat was-was dan terlalu banyak syak wasangka..in shaa Allah
~ Dylla Abas ~
5 comments:
aah..sama la...bila xde idea blog menyepi..hehe
diam...hmmmm..klo sy xde mood jdnye diam
salam =)
wahh mcm kene dgn yaya je ni..yaya ngaku yaya jenis pendiam.. hehe.. cume boleh bnykkan menaip..tp mlt tu mmg pyoh nk mgeluarkan suara..
tp dyla ni bnyk sgt fikir ni dgn org yg pendiam dgn dyla..jgn mcm tu..buang sgla prsgka buruk pd org tu..mcm yaya sdri,pendiam ngn org bukn sbb xska kt org tu ke atau apa2 yg sewaktu dgnnya tapii.. adelah lebih baik diam dari akn mgeluarkan perkataan yg mngkin akn mnybabkan org xsenang ati dgn kita..=) itu yaya la..bcakap hnye bila perlu..dan harusla perkataan tu memberi manfaat pd org,buknnye yg sia2..^_^
kdg2 mmg susah nak hilangkan rasa was2 tu, kena lebih yakin & ingatkan Allah swt
byak kan berzikir..insya-allah.
tu le ... liya pun tgh cuba nak jauhkan perasaan gtu jugak.... samalah kita yer
Post a Comment