Pages

Friday, 29 March 2013

Diam

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Jumaat kembali lagi. Syukur masih diberi peluang untuk terus bernafas. Beberapa hari ni, blog aku agak sepi. Diam je dia. Serius takde idea nak update! Cuma dapat spend masa dengan BW jelah. 

Bercakap tentang diam ni, pada aku ada banyak maksudnya. Diam sebab memang jenis tak banyak cakap **pendiam ler tu** Diam sebab memang tak nak banyak cakap. Diam sebab nak "mendiamkan" diri. Atau diam sebab nak menjauhkan diri. Blog aku diam sebab tuan dia takde idea okay. Bukan atas sebab-sebab di atas >_<

Aku mungkin jenis orang yg tak diam sangat kot. Kalau aku diam tu maksudnya aku sedang melakukan sesuatu. Bila aku terlalu fokus, maka diam la jadinya. Kalau buat sesuatu tapi tak fokus, tak diam juga la..huhu. Apapun, aku memang tak boleh mengkategorikan diri aku sebagai seorang yg pendiam. Apatah lagi nak mendiamkan diri dan buat-buat diam sebab nak menjauhkan diri. 

Dan disebabkan aku bukan jenis yg diam, aku agak tak berapa selesa dengan orang yg diam. Macam-macam benda yg aku akan fikir. Sakit ke dia...?? Ditimpa malapetaka ke dia..?? Atau dia memang dah tak nak kawan dengan aku..?? Haa...tulah antara buah fikiran yg tak berapa nak best untuk difikirkan. Banyak negatif daripada positif. Kalau korang..apa yg korang fikirkan..?? Meh share (",)


p/s : sedang mencuba nak jauhkan diri dari sifat was-was dan terlalu banyak syak wasangka..in shaa Allah





~ Dylla Abas ~

Tuesday, 26 March 2013

Mekasih Kak Ila (",)

Assalammualaikum W.B.T

Hari ni memang sangat sibuk. Ke hulu-ke hilir aku dibuatnya. Macam-macam benda nak kena settle. Hal kerja. Hal peribadi...eh?? Huhu >_< Tapi, nak juga tempek 1 entri untuk hari ni, sementara masih ada kesempatan ni. Kang makin sibuk, langsung tak boleh nak buat apa.

Tadi, kakak kat ofis bagi sesuatu untuk aku. Best gile dapat benda ni. Nak beli...tak jumpa yg berkenan. Nak buat sendiri...takde material plak. Akhirnya, dia yg tolong buatkan untuk aku. Siap boleh request lagi nak kaler macam mana. Tapi, design tu dia buat sendiri la. Kang aku request design macam-macam kang, susah plak dia nak buat. Ni pun dah besar rahmat la dia sudi buatkan.




Taraaaa...!! Inilah dia yg aku maksudkan. bantal ni aku nak buat support pinggang kat ofis. Al-maklum la...usia makin meningkat, pinggang ni selalu plak rasa sakit. Mekasih kak Ila (",)


p/s : gigih dia jahit bunga atas bantal ni...ngee




~ Dylla Abas ~

Monday, 25 March 2013

Dituduh Si Jahil

Assalammualaikum W.B.T

Isnin yg sangat segar untuk diri aku. Awal-awal pagi dah bangun, memandu dalam suasana kabus, tenangnya rasa. Alhamdulillah, perjalanan ke tempat kerja dari kampung awal pagi tadi sangat lancar. Tak mencabar kesabaran sangat la pendek kata.

Berbalik kepada tajuk entri. Dituduh Si jahil. Ye, baru-baru ni aku telah dituduh "Si Jahil" oleh seorang individu yg pernah bertanding dalam rancangan realiti Imam Muda tak lama dulu. Tapi, dia bukan pemenang tempat pertama, kedua mahupun ketiga. Aku tak pernah tahu pun sebenarnya dia pernah join rancangan tu. Tapi, dituduh sebagai jahil oleh seseorang yg kita boleh anggap baik dan berpengetahuan luas tentang dunia dan akhirat **bekas peserta Imam Muda la katakan**... agak berat juga untuk aku terima.

Puncanya..?? Baru-baru ni dia ajak aku join "bisnes" dia. Pada mulanya dia tak ceritakan dengan jelas apakah "bisnes" yg dimaksudkan. Lepas dia bagi aku link tentang "bisnes" tu, aku pun surf la untuk tempoh tak sampai 5 minit pun, terus dalam kepala ni dah terlintas...MLM! Okay. Aku memang tak minat MLM. Tak pandai nak buat pun. Jadi, aku tanya dia. Katanya BUKAN MLM.

Cerita punya cerita **sebenarnya dia agak mendesak supaya aku datang ke tempat dia** akhirnya Jumaat lepas aku setuju juga la nak jumpa dia atas tujuan nak dengar "business proposal" dia tu. Sampai je kat tempat yg dijanjikan, aku terus cakap kat housemate aku yg kebetulan setuju nak temankan aku malam tu, "sumpah...benda ni MLM!"

Kali terakhir aku ke tempat tu, tahun 2004. Masa tu aku ikut kawan aku yg memang dah join MLM ni. Tempat yg sama. Product yg sama. "Business proposal" yg sama. Adoiiii...kenapa la aku tak check betul-betul masa aku surf website yg dia bagi tu...??? Dah sampai kan, tadah telinga jelah. Dalam hati ni memang dah tekad dah, aku takkan join, biar apapun janji-janji manis yg diorang akan bagitau nanti.

Benda 1st yg dia explain, memang sama macam yg pernah aku dengar 9 tahun yg lepas. Walaupun dah lama, tapi aku masih ingat. Sebab..??? Sebab kat situ la aku berjumpa dengan sangat ramai mamat-mamat poyo, yg ber"coat" malam-malam buta. Park kereta mewah-mewah kat building area tu. Yelah, tu rezeki diorang. Aku boleh cuci mata jelah. Nak pakai memang tak mampu. Dan rasanya, aku pun takkan nak spend ratus-ribu K untuk kereta camtu. Membazir.

Malam tu kitaorang balik rumah dengan rasa yg agak bengang juga la. Terasa agak membuang masa. Bukan la nak cakap aku ni anti-MLM ke apa ke. Tapi, bila fikirkan ramai kawan-kawan aku yg pernah tertipu dulu, aku jadi serik la nak join. Keesokan harinya, dia SMS aku...follow up tentang respond aku, sama ada aku berminat atau sebaliknya. Terus-terang cakap, aku memang tak minat. Tapi, dia tak putus asa. Terus convince aku tentang keuntungan yg akau akan dapat jika aku join "bisnes" tu. 

Disebabkan aku banyak argue, dan kebetulan housemate aku terus bukan research tentang company tu...dia pun tak nak mengalah. Macam-macam yg dia tulis untuk pertahankan apa yg dia buat tu betul. Okay. 1st thing, aku tak kata MLM ni tak betul. Sebab MLM terlalu banyak kat Malaysia ni. Cuma aku je yg tak minat nak ambil tahu. 2nd thing, aku bercakap tentang company. Sebab aku pernah ada sejarah tak bagus dengan company tu. Tapi, dia terasa aku cakap dia yg menipu. Tau dia respond apa...??

"Terus la berkata-kata wahai si jahil. Moga Allah mengembalikan semua tuduhan kamu terhadap kami..."

Aku sentap gile masa tu. Si jahil dia panggil aku. Dengan tangan yg separa menggigil...aku reply la SMS tu dengan hati yg sangat tulus lagi mulus..."biar jahil dunia...jangan jahil akhirat.." Dan akibat daripada SMS aku tu, dia semakin bengang dan terus reply,

"Berlagak macam dah khatam Quran tiap-tiap hari & dah hadith 40!"

Erkkk...?? Memula dia tuduh aku jahil. Lepas tu dia cakap aku berlagak. Berlagak ke bila aku sekadar tulis macam tu...? Memang benar aku takde kesempatan nak khatam Quran tiap-tiap hari. Aku mengaku, aku tak mampu. Tapi, sekurang-kurangnya aku tak tinggal untuk membaca kitab suci Allah S.W.T. tu setiap hari. Aku rasa sedih gile masa tu. Tak pasti kenapa. Perlu ke kita khatam Quran setiap hari kalau kita nak memperingati sesama kita...? Layak ke kita menilai orang tu bagus ke tak bagus melalui hafalan hadith 40...?

Sedih. Bila manusia terlalu obseskan dunia, mata jadi gelap kerana duit. Hati pun tak nampak jalan dah. Semua benda jadi tak betul. Hanya dia je yg betul. Dan yg paling sedih, sifat sebenar tak mencerminkan langsung keperibadian yg ditunjukkan kepada umum. Jangan la pergunakan agama sebagai jalan untuk memancing rasa suka orang terhadap diri kita. Wallahu'alam.


p/s : kalau la bekas peserta Imam Muda tu adik aku, memang aku tampar dah mulut dia..cakap tak fikir panjang dan terlalu ikut nafsu!



~ Dylla Abas ~

Saturday, 23 March 2013

Tak Boleh Nak Halang

Assalammualaikum W.B.T

First thing, masa tulis entri ni mood agak swing. Tapi, cuba bertahan sambil dalam hati ni tak putus-putus beristighfar. Perut pun dah kembung sebab terlalu banyak minum air putih. Petua nak tenangkan hati katanya..hehe >_< 

Profile aku di salah satu laman sosial telah di"view" oleh seseorang yg aku tak kenal. Dan dia dengan baik hatinya telah mengomen semua status-status yg pernah aku update. Dalam status tu sebenarnya aku banyak bercakap tentang diri sendiri je. Marah ke. Sedih ke. Suka ke. Kecewa ke. Semuanya berkaitan dengan diri aku je. Memanglah asal kejadian status tu disebabkan oleh orang-orang sekeliling. Tapi, rasanya belum la sampai tahap nak menghentam orang di sekeliling kat laman sosial macam tu. Tu style budak sekolah..huhu (",)

Lepas tu, dia cuba berbual dengan aku - private chat. Soalan pertama dia dah buat aku panas hati. Tapi, cuba bersikap rasional, aku jawab la dengan penuh berhemah. "Awak ni seorang yg panas baran kan...?" Haa...tulah soalannya. Panas baran..?? Hmm, tak dinafikan. Tapi, bukanlah baran tak bertempat. Dan bukanlah baran tak tentu masa. Walaupun aku panas baran, tapi aku cepat sejuk. Takde la nak meleret-leret perasaan "panas hati" tu sampai berhari-hari.

Bila aku tanya dia kenapa dia tanya soalan macam tu, "kebanyakan wanita Islam yg dah berumur ni memang perangai macam ni...sebenarnya wanita macam ni tak boleh berkawan dengan orang yg tak dikenali di lama sosial macam ni...sama ada wanita tu tak faham bahasa atau wanita tu tulis sesuatu yg orang lain tak boleh nak faham.."

Fine. Dia cakap aku panas baran 1 hal. Lepas tu dia kaitkan pula isu wanita Islam. Motif??? Oh, lupa pula nak bagitau...yg menimbulkan isu kontroversi ni adalah seorang lelaki berbangsa Inggeris. Dalam pada aku gelak-gelak baca komen dia tu, aku rasa panas juga. Kenapa dia nak kaitkan Islam..?? Saja nak cari pasal la tu namanya kan. Tapi, aku pun malas nak gaduh-gaduh dengan orang yg tak dikenali. Buang masa. Tambah dosa. Jadi aku tinggalkan private chat tu dengan 1 baris ayat sebelum aku block dia...

"May my ALLAH bless you...aminn.."



p/s : kafir laknatullah ni memang suka cari pasal kan...?? tapi...hmm, tak boleh nak halang orang-orang macam ni nak buat hal..kat mana-mana, bila-bila masa...ada je!




~ Dylla Abas ~

Friday, 22 March 2013

Cici's Progress : 1st week - 3rd week

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama peram entri ni. Sampai tajuk entri pun terpaksa buat lain. Asalnya progress untuk minggu pertama je. Tapi, sebab tak kesampaian nak update..terus ke minggu ke-3 jelah nampaknya. 2 minggu Cici dalam jagaan aku, memang tak banyak kerenah. Diam je dia dalam "rumah" dia tu. Dok main cuit-cuit pun macam takde respon sangat.

Masuk minggu ke-2, aku agak pelik bila Cici semakin diam. Serius. Makan tak nak. Bergerak pun tak nak. Nak buka mata pun malas! Masa tu ingat nyawa Cici dah tak panjang dah. Takkan la kot. Baru 2 minggu dah nak mati. Aku ni memang tak boleh ada pet ke...?? 

Tapi sebab aku rajin bersihkan "rumah" dia...so, boleh nampak juga la dia bergerak masa nak keluarkan dari akuarium tu. Lega...hidup lagi kau ye Cici ^_^ Makanan yg aku beli tu, sikit pun tak berusik. Padahal makanan tu khas untuk kura-kura kot. Dia tak makan dari hari pertama dia dalam jagaan aku. Bayangkan berapa lama dia boleh survive...??? Bukan nak aniaya. Aku macam dah mati kutu. Tak tahu nak bagi makan apa.

Then, last week aku bawa dia ke rumah abang. Minggu yg pakcik aku kahwin tu. Tak sampai hati nak tinggalkan dia kat rumah dengan housemate. Bawa la sekali. Aku rasa, dia mesti mabuk masa letak dalam kereta. Sian Cici...huhu >_<

Sampai kat rumah abang, 1st thing aku buat cuci dulu "rumah" Cici. Masa tu aku letak air sikit je. Memang tak pernah letak banyak pun selama ni. Then, abang tegur..."letak la banyak sikit air tu..bagi chance dia berenang..." Aku pun tambah la air hampir separuh akuarium. Masuk kan balik Cici dalam tu, terus dia berenang dengan sangat agresif! Oh, kagum...hahaha. 1st time nampak Cici berenang. sedih...isk..isk..

Lepas tu abang letak sikit makanan ikan untuk Cici. Dia makan!!! Bertambah kagum. 1st time juga aku nampak Cici makan. Terharu T_T Rupa-rupanya, Cici tak suka makan makanan kura-kura. Lebih sukakan makanan ikan. Apa la Cici...crisis identity ke...??




Apapun, dah rasa lega sebab tau Cici sebenarnya sangat suka berenang dan makanan ikan. So, dua benda tu aku tak tinggalkan. Cici kalau berenang, habis dinding akuarium dia langgar. Gigih nak melepasi dinding akuarium tu. Memang tak boleh la jawabnya (",)


p/s : Nak cari satu partner untuk Cici...sian dia takde kawan




~ Dylla Abas ~

Thursday, 21 March 2013

Pengaruh Ultraman






p/s : tudiaaaa..perangai Muhammad Azeem Rusyaidi...tengok cerita Ultraman siap tiru gaya sekali..!!





~ Dylla Abas ~

Pusher Vs. Pakcik Jual Rantai Emas

Assalammualaikum W.B.T

Petang semalam balik dari kerja, aku dengan housemate singgah kejap di Pertama Kompleks. Nak survey barang sikit. Selesai je semua urusan, housemate teringin nak makan KFC pula. So, singgah la kami di KFC Pertama Kompleks tu.

Tengah seronok melayan kerangupan ayam goreng Hot n Spicy tu, tetiba je ada seorang mamat ni lalu kat sebelah meja kitaorang..."kak..nak barang tak??" Kat tangan mamat tu macam ada satu bungkusan plastik kecil yg aku rasa dadah atau ganja. Beraninya dia!!!! Terus kitaorang geleng kepala. Aku cuba buat macam biasa la. Tapi, cuak juga. Kawasan terbuka macam tu...dia boleh jual 'barang' pun secara terbuka. Gile kamikaze mamat tu.

Balik je dari makan tu, lalu depan Sogo pula. Melintas kat depan seorang pakcik ni, dia offer rantai emas. Nak jual la kononnya. Tapi, cara dia tanya tu lain macam je. Lepas tu, dia pegang rantai emas tu dalam keadaan sorok-sorok. Dalam hati aku masa tu, "emas ragut ke...??" Kemain syak wasangka aku! Tapi, cara dia yg macam takut-takut tu buatkan aku terfikir macam tu. Bukan saja-saja nak fikir buruk pun.

Hmm..1st time aku berdepan dengan perkara yg macam ni. Selalu tengok kat drama tv je. Kali ni tengok LIVE. Depan mata sendiri. Seriau pula rasanya.


p/s : moga Allah S.W.T melindungi kita semua...amin




~ Dylla Abas ~

Wednesday, 20 March 2013

"Relax la bro..."

Assalammualaikum W.B.T
Hari ni aku tiba agak awal. Sampai di stesen LRT Bandaraya tadi, jam belum pukul 8.00  pagi pun. Tujuan asal datang awal ni sebab nak singgah bank kejap. Nak bayar duit kereta al-kisahnya. Tapi, Cash Deposit machine tu bikin spoil la pagi-pagi ni. Dah la petang semalam pun problem. Pagi ni pun problem juga. Haish, malas gile rasanya nak bayar duit kereta tu kat kaunter. 

Okay. Intro yg tak menepati tajuk entri pun. Nak cerita tentang driver teksi sebenarnya. Lepas je aku keluar dari bank tadi, tetiba ada bunyi kereta yg mem"brek" secara tak tentu hala. Hampir nak melanggar seorang  kakak ni. Aku perasan teksi tu adalah teksi yg sama yg berdesup kat sebelah aku masa aku berjalan keluar dari bank. Laju kemain dia bawa teksi. 

Ada beberapa orang lelaki, 2 melayu dan 1 cina yg tetiba berhenti tak jauh dari tempat kejadian. Belum sempat aku dengar kakak yg hampir kena langgar tu bersuara apa-apa, tetiba salah seorang lelaki melayu tu sound sang driver teksi, "dari tadi kau bawa teksi macam orang gile kan...relax la bro, jalan ni bukan kau seorang yg punya..!" Erkkk..??? Tak nak masuk campur. Aku terus jalan je sambil terus pasang telinga...hehehe >_< Sempat la dengan driver teksi tu menjawab dan memaki hamun. 

Driver teksi memang macam tu kan...agak kurang ajar sikit. Patut ke aku mengadili driver teksi macam tu..?? Memang tak patut. Tapi disebabkan segelintir driver teksi yg berperangai macam tulah yg menyebabkan aku tanpa segan-silu judge diorang ni sebagai golongan "tak berhemah". Kadang-kadang aku fikir, driver teksi yg muda-muda je yg perangai tak semenggah ni. Tapi, ada juga driver teksi yg agak tua, tapi berperangai yg macam tu juga. 

Aku pernah jumpa driver teksi yg tersangat la biadapnya. Dah la kita bayar dia, boleh pula dia layan kita ni macam sampah. Memang berbulu juga la masa tu. Tapi, disebabkan masa tu aku tengah nak cepat, so malas nak layan. Lantak kau la pakcik teksi! Hmm, sejak tu...aku rasa aku tak pernah naik teksi lagi. Cukup la dilayan dengan teruk walaupun aku tahu, bukan semua driver teksi macam tu. Wallahu'alam.


p/s : please la driver teksi sekalian...tak rugi pun bersopan di jalan raya




~ Dylla Abas ~

Monday, 18 March 2013

"Satip" Mulut Tu Nanti

Assalammualaikum W.B.T

Perjalanan dari Putrajaya ke rumah abang malam selepas majlis kahwin pakcik aku pada hari Sabtu yg lepas, benar-benar terasa jauh. Padahal, perjalanan tu tak sampai setengah jam pun. Puncanya, anak buah aku, Azeem, tak henti-henti bercakap. Aku yg agak kepenatan masa tu memang malas gile nak layan dia bercakap. Akhirnya, hanya opah dia je yg setia melayan. 

Tengah dok melayan perasaan sendiri, tiba-tiba Azeem kuatkan suara dia. Makin rancak pula dia berborak dengan opahnya. Aku cuit bahu dia, pandang dia dengan muka yg sangat serius, sambil aku letakkan jari pada mulut. Tanda aku menyuruh dia diam. Memang la dia diam kejap. Lepas tu potpetpotpet balik. Haish...budak ni memang la!

Tiba-tiba aku menangkap salah satu perbualan dia dengan opahnya yg buat aku ketawa tak henti-henti :


Opah : Azeem, dah la tu...makngah tu sakit kepala tu. Diam sikit...

Azeem : Ye ke makngah sakit kepala...?? (sambil matanya memandang aku yg buat tak tahu je...)

Opah : Iye...diam sikit. Nanti makngah marah nanti, opah tak tahu...

Azeem : (dengan muka yg sangat tak puas hati..) Yelah...yelah...Azeem satip la mulut Azeem ni...


Aku terus pandang dia. Satip...???? Amende la pula tu...? Sekali ibu dia jelaskan, satip tu sebenarnya ialah cellophane tape. Tapi si becok ni tak reti nak menyebutnya. Jadi la satip. Terus aku gelak besar. Hai la Azeem...ada je benda yg dia buat yg bila aku fikir balik, memang aku gelak sorang-sorang >_<




p/s : Azeem sangat bengang bila aku bahan dia dengan perkataan "satip" tu (",)




~ Dylla Abas ~

Wish You A Happy Ending

Assalammualaikum W.B.T

Isnin datang lagi seperti biasa. Dan rutin harian terus berjalan selagi nafas masih ada. Dah beberapa hari aku tinggalkan blog. Banyak dah entri kat draft folder tu. Tapi, takde idea macam mana nak buat finishing dia. So, biar la entri tu remain kat folder tu dulu. 

Sabtu lepas, aku dan keluarga ke Putrajaya untuk menghadiri majlis perkahwinan pakcik aku. Dia merupakan adik ayah yg ke-5. Dan ini merupakan perkahwinan kali ke-2 dalam hidupnya. Memang dia merancang untuk berkahwin lagi setelah menduda hampir 3 tahun. Yelah, bawa diri sampai ke Oman tu. Lepas tu dok sedih-sedih takde orang nak jaga la, itu la, ini la..bla bla bla...

Akhirnya dia bertemu jodoh juga. Dan isterinya itu tak jauh beza sangat dengan umur aku. Jenuh la pakcik aku kena usik dengan adik-beradiknya yg lain. Apapun, semoga dia dan isterinya akan kekal bahagia hingga ke jannah kelak. Amin.

Majlis berlangsung di Shangri-La Hotel Putrajaya. Bermula dengan majlis akad nikah tepat jam 8.00 malam, dan diteruskan dengan jamuan makan. Simple je majlisnya. Jemputan pun hanya kaum keluarga dan kawan-kawan rapat je. Tu pun aku dengar dah menelan belanja hampir RM25,000.00. Tudiaaa...padahal lauknya sama je macam kenduri kahwin kat kampung-kampung tu. Tak pasti la apa yg mahal sangat. Mungkin sewa dewan tu yg mahal kot.

Majlis selesai hampir jam 11.00 malam. Tu pun, masa kami dah nak gerak balik, pengantin masih sibuk ke hulu-ke hilir. Hehehe...happy tengok muka pakcik aku yg nampak sangat ceria malam tu. Nampak dia macam 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Jangan sedih-sedih lagi lepas ni ye pakcik ^_^
















p/s : terasa agak over dengan dress-up diri sendiri malam tu...siapa yg nak kahwin sebenarnya malam tu..??? huhu >_<




~ Dylla Abas ~

Friday, 15 March 2013

Peringatan Dan Perkongsian Buat Semua

Assalammualaikum W.B.T

Pagi tadi dok baca email, ternampak la email ni. Dan terasa nak share dengan kawan-kawan semua. Moga ianya memberi manfaat buat diri aku dan yg membacanya. Waalahu'alam. 


۞سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ ۞ 

Perkara yg selalu berlaku dalam hidup kita yg adakalanya kita tak sedar pun ianya berlaku...

♥ Wang RM10 begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket

♥ 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak. 

♥ Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati pemutaran filem di panggung wayang. 

♥ Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman. 

♥ Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa bosannya bila imam solat jika terlalu lama bacaannya. 

♥ Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja, tapi novel best-seller 100 halaman pun boleh dihabiskan. 

♥ Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat. 

♥ Susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip. 

♥ Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi kita sering mempersoalkan apa yang dikatakan Al-Quran. 

♥ Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau pun melakukan apa-apa. 

♥ Kita boleh post ribuan lawak tapi bila post yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir 2X. 

♥ Ramai yang MALU nak SHARE post dakwah tapi  tak malu nak share post lawak 


Tanda tanda kiamat 

Islam di tandai dengan: 

- Kemunculan Imam Mahdi 

- Kemunculan Dajjal 

- Turunnya Nabi Isa (AS) 

- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj 

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur 

- Pintu pengampunan akan ditutup 

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya 

- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua. orang beriman sejati shj tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya 

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan 

- Pemusnahan/runtuhnya Kabah 

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap 

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan 

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali 

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda : 

"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak" 

Kita boleh kirim ribuan SMS mesra, Whatsapp, LINE yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir dua tiga kali. 

Allah S.W.T berfirman : 

"Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat dengan-Ku maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurga-Ku" 


۞ آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّÙŠÛ“ِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ Ùˆَ عَÙ„Û“ِ آلِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ۞ 

"Sampaikan pesanku walaupun satu ayat"



p/s : tak jemu-jemu share walaupun dah berkali-kali baca ^_^




~ Dylla Abas ~

Thursday, 14 March 2013

Cinta Menunjuk-Nunjuk

Assalammualaikum W.B.T

Tajuk ni aku dapat dari iklan kat TV9. Rancangan Semanis Kurma. Rancangan tu belum ke udara lagi. Tapi, aku tak sabar-sabar nak tulis entri berkaitan dengan tajuk ni. Cinta menunjuk-nunjuk. Bagaimana yg dikatakan sebagai cinta menunjuk-nunjuk ni...?

Pada aku, secara peribadinya, cinta yg sebegini tak perlu berlaku kot. It's like we gonna tell the whole world that we are the only one have that true love. Macam kita seorang je yg ada kekasih. Macam kita seorang je yg selalu dapat hadiah atau beri hadiah kepada kekasih. Perlu ke kita beritahu semua orang perkara macam tu...? Betul...tak salah nak berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Tapi, biar la kena dengan caranya.

Kalau hari-hari update status kat FB....

"I got a bouquet of rose from him...thanks dear, love u so much!!"

"Honey, handphone you yg rosak tu nanti I ganti baru okay. Jangan sedih-sedih tau. I'll buy you Samsung S3 like you wanted..."

"Hari ni ada date dgn si dia...nak ajak si dia makan dekat The Garden la. Oh, so sweet..."

"Walaupun ramai yg datang mengganggu, namun cintaku tetap utuh buatmu Sayang!"

"Papa...jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal tau. Jangan nak main mata dengan perempuan lain pula. Papa milik Mama seorang je. Mama sayang Papa..."

Haaa...tudiaaa!! Tu antara contoh-contoh yg aku pernah baca la. Ada banyak lagi. Tak larat nak copy semua. Tu baru berkasih tu. Belum berkahwin lagi. Ada yg dah ber"papa-mama". Amboiii...kemain korang ye. Tapi, nampak tak apa yg aku cuba sampaikan. Mungkin pada yg dah biasa, perkara macam ni memang "biasa". Tapi, bagi yg tak biasa...? Bukankah perkara macam ni nampak macam nak menunjuk-nunjuk...?

Tapi, tak dinafikan...memang nampak la kebahagiaan mereka. Itu cara mereka menunjukkan perasaan kasih terhadap kekasih mereka kan. Well, masing-masing ada cara masing-masing. Pada aku, kan lebih baik kemesraan dan kebahagiaan itu hanya diri kita dan si dia saja yg tahu..? Lebih manis lagi kalau hanya DIA saja yg melihatnya. Tepuk dada tanya selera. 

Aku hanya berkongsi pendapat. Aku pernah juga hampir-hampir terjebak dengan senario begini. Alhamdulillah tak melampau sangat. Belum pernah lagi la kena hentam dengan kawan-kawan yg rasa annoying gile dengan cara aku dulu...hehe >_< maaf la kalau ada yg tak suka dengan entri ni...


p/s : sangat sokong dengan insan yg menunjuk-nunjukkan rasa cinta mereka terhadap Allah S.W.T dan Baginda Rasulullah S.A.W (",) 




~ Dylla Abas ~

This is me





p/s : jiwa kacau!!



~ Dylla Abas ~

Wednesday, 13 March 2013

120 Rahmat Pada Kaabah

Assalammualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah disabdakan oleh Baginda Rasulullah S.A.W yg bermaksud :

"Allah S.W.T telah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah, yg pada 120 rahmat itu di kurniakan untuk sekalian umat manusia. 60 rahmat dikurniakan untuk mereka yg tawaf mengelilingi Kaabah. 40 rahmat pula dikurniakan untuk mereka yg solat berhampiran Kaabah, dan 20 rahmat lagi untuk mereka yg memandang Kaabah."


Google

Senangnya nak mendapat rahmat Allah S.W.T kan. Bagi mereka yg belum berkemampuan untuk menunaikan haji atau umrah macam aku, cukuplah sekadar dengan melihat Kaabah, kita telah memperolehi rahmat Allah S.W.T. Wallahu'alam.


p/s : maaf la..tak sempat nak dengar hadith ni diriwayatkan oleh siapa




~ Dylla Abas ~

Tuesday, 12 March 2013

Nama Dia Cici

Assalammualaikum W.B.T

Sebenarnya memang dah lama terfikir nak memiliki binatang peliharaan ni. Aku pernah bela kucing. Tapi sayang umurnya tak panjang. Pernah terlintas nak bela ikan. Nak letak kat ofis ni. Salah satu sebabnya nak memupuk semangat datang bekerja la konon. Tapi tak jadi juga sebab memikirkan banyak kerja nak kena buat nanti. Cuci akuarium la. Itu la. Ini la. Finally, kura-kura juga yg jadi pilihan. Selain daripada tak leceh nak membelanya, kura-kura ni tak perlu akuarium yg bersih sempurna macam akuarium ikan.

Abang aku yg belikan kura-kura ni 2 minggu lepas. Dia nak tambah koleksi kura-kura dia sebenarnya. Tapi, aku pun sibuk nak juga. Dibelikannya seekor untuk aku...hahaha. Comel sangat! Geram...tapi, ada rasa "takut" nak pegang. Kura-kura tu hyper la. Tak nak berdiam. Baru je sentuh cengkerang dia ** cengkerang ke namanya...whatever la! ** dah berpusing 360 darjah! Tu belum angkat dia betul-betul lagi. Tapi, sekarang aku angkat je. Lantak pi la dia nak marah ke apa ke. Tak boleh tahan la asyik pandang je. Nak juga pegang-pegang dia...huhu ^_^

Cuti sakit baru ni, aku bawa la sekali kura-kura tu balik kampung. Bising la ayah aku tu. Membebel tak henti-henti. Aku malas nak layan. Sebab mak suka gile dengan kura-kura tu. Dah lama-lama dengan ayah sekali layan tengok kura-kura tu kan. Haaa...tulah, bebel lagi! Kan dah suka.


Jambatan comel untuk sang kura-kura yg comel >_<

Oh ye...lupa pula nak bagitau. Nama kura-kura ni Cici. Nama ni diberi oleh anak buah aku, Azeem. Bila ibu dia tanya nak letak nama apa..terus dia sebut beberapa nama. Dan aku rasa nama Cici yg paling comel dan paling sesuai untuk kura-kura aku ni. 


Motif pokok untuk mem"flora"kan akuarium kura-kura ni...yg penting Cici suka!!

Haaa...lepas ni aku ada satu lagi aktiviti tambahan selain dari kena habiskan semua bahan bacaan yg aku dah beli beberapa minggu yg lepas. Yg pastinya, si Cici ni sangat la suka membuat bising. Tak padan dengan kecik! Tu dinding akuarium dia tu, dia boleh main cakar-cakar lak. Kuku tu macam kuku kucing je gayanya. Aku rasa niat sebenar Cici ialah untuk melepaskan diri. Tapi Cici, tinggi sungguh impian kau. Duduk jelah dalam tu. Membesar dengan jayanya. Nanti bila dah besar aku akan lepaskan kau kat mana-mana tasik yg ada kawan-kawan kau okay (",)


p/s : kadang-kadang borak dengan Cici...rasa best juga..hoho ^_^




~ Dylla Abas ~

Monday, 11 March 2013

Tuhan...Tolong Jagakan Dia

Assalammualaikum W.B.T

Beberapa hari, badan terasa amat la lemaunya. Serba-serbi tak kena. Semua benda rasa tak betul. Ikutkan hati, memang rasa nak berbaring je sepanjang masa. Tapi , sebab tak nak terlalu ikutkan sangat rasa sakit ni, aku sibukkan diri dengan macam-macam benda. Cuci kereta. Keluar cari barang dapur dengan mak. Turun-naik tangga. Main-main dengan kucing jiran. Cuci akuarium kura-kura aku ** oh, nanti aku buat entri pasa kura-kura baru aku ye ** Dan hasilnya, lepas Maghrib aku dah mula melepek. Exhausted gile rasanya!

Aku tak tahu macam mana nak explain apa rasanya bila terkena jangkitan kuman ni. Apa yg aku rasa, badan ni memang rasa tak best. Rasa tak selesa. Rasa lemah. Dan bila tiba waktu senja, suhu badan dah mula naik. Kawasan sekitar mata ni terasa sangat berbahang. Kadang-kadang badan ni terasa macam dicucuk-cucuk. Memang sangat tak selesa.

Tapi, yg best nya...cuti sakit kali ni aku dapat berehat di kampung, ada mak di sebelah, boleh la nak mengada-ngada kan..hehehe ^_^ Mak pun layan je kehendak anak dia yg satu ni. Bak kata mak, "sakit-sakit pun kuat makan juga..." Hahahaha...nak buat macam mana, mak masak sup ayam. My favourite! Mesti la makan banyak! Lepas tu mula la nak request macam-macam kan. Nak itu la. Nak ini la. Mak pun ikutkan je.

Semalam, sebelum balik, aku sempat tanya kat mak....

Aku : Mak, kalau 2-3 hari ni kakak tak sihat lagi, kena pergi hospital dan kalau kena tahan duduk kat wad, mak nak jaga kakak tak...?

Mak : Mesti la mak jaga. Kakak kan anak mak...

Terus aku peluk mak. Tak tahu nak cakap apa dah lepas tu. Rasa terharu sangat, Ya Allah, tolong jagakan dia untukku. KAU la sebaik-baik penjaga. Rahmatilah hidup ibuku, berkatilah dia, lindungilah dia. Amin.


p/s : dah start kerja, tapi otak tak boleh nak fokus...




~ Dylla Abas ~

Thursday, 7 March 2013

Biografi Agung Rasulullah S.A.W, Buku Motivasi & Thriller Novel

Assalammualaikum W.B.T

Seharian di rumah tak membawa apa-apa makna pun. Satu apa pun aku tak buat melainkan solat dan makan. Makan tak tinggal tu..huhu ^_^ Hari ni cuaca sangat-sangat panas! Tapi, masa aku tulis entri ni, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Alhamdulillah. Walaupun masih terasa bahang, tapi nanti mesti keadaan jadi sejuk sikit...harap-harapnya.




Hujung minggu yg baru lepas ni, aku sempat ke Big Bad Wolf dan membeli 3 buah novel berbahasa Inggeris untuk menambah lagi koleksi novel-novel yg sedia ada. Petang tadi, masa aku kemas balik rak buku aku tu, baru aku perasaan yg novel melayu aku ada 2 buah je! Amboi Dylla, kemain kau layan novel English je kan. Hik hik hik (",) Hmm, novel melayu selalunya aku pinjam kat Library je ** untung la kerja kat universiti yg ada library kan ** Sebab utama aku tak nak beli novel melayu sebab jalan cerita dia hampir sama. Dah boleh agak ending dia macam mana. Novel melayu kalau ada yg thriller mesti aku beli. Tapi, tak pernah jumpa lagi.




Okay. Back to the topic. Baru-baru ni aku sempat membeli sebuah biografi yg aku sangat idam-idamkan berbulan-bulan dulu. Biografi Agung Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat aku nak memilikinya. Dan aku sangat berterima-kasih pada my lil bro, Ezwan, yg sudi menyumbang baucer buku 1M dia tu. Sangat bermanfaat okay! Mekasih dik Wan :)




Jadi, dah bertambah lagi bahan bacaan kat bilik aku ni. Now dah pening...tak tahu nak baca yg mana dulu. Dalam hati tu sangat bersemangat nak baca biografi tu dulu. Tapi, aku dah start baca salah satu thriller novel yg aku beli baru-baru ni. Hmm, tinggalkan dulu dan sambung kemudian...?? Boleh je kan..huhu >_<

Jadi, mungkin aku akan slow sikit BW di malam hari sebab nak "menghanyutkan" diri dengan bahan bacaan yg ada ni. Bahagianya hidup dengan buku-buku yg ada di sekeliling...hahahaha.


p/s : 2-3 hari ni badan rasa tak sihat rupa-rupanya aku dah terkena jangkitan kuman =(





~ Dylla Abas ~




Wednesday, 6 March 2013

Majlis Kahwin n Big Bad Wolf

Assalammualaikum W.B.T

Tak tahu la kenapa 2-3 hari ni macam malas pula nak buat entri baru. Mungkin sebab keadaan kesihatan yg tak mengizinkan aku dok mengadap lappy lama sangat kot...huhu, alasan! Tapi yelah...2-3 hari ni memang rasa tak berapa nak sihat. Tekak dah sakit-sakit ni. Badan pula rasa seram sejuk je ^_^





Ahad lepas, aku ke majlis kahwin bekas teman sekerja di Sungai Ramal, Kajang. Dengan cuaca yg panas terik tapi tetiba turun hujan dengan lebatnya, so agak lama juga la kami di rumah pengantin tu. Sesi bergambar dengan pengantin je yg tak lama sangat. Sebabnya, masing-masing macam kehilangan mood. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab tak sempat nak jumpa kawan-kawan yg lain. So, mood nak "membuli" pengantin seperti kebiasaannya tak berapa nak menjadi. Apapun, pengantin sangat sweet dengan busana hijau. Dah ala-ala Scha Al-Yahya dah bajunya.






Lepas je balik dari kenduri kahwin tu, kami terus ke Big Bad Wolf. Alang-alang dah lalu kan, singgah jelah terus. Aku ni pula, memang la pantang ada jualan buku macam tu. Tak lepas peluang okay! Dengan berbaju kendurinya, kami memang yakin gile la melangkah masuk ke dalam MIECC tu..hoho!! Sempat la grab 3 buah thriller novel. Nasib baik masa nak bayar tu "Q" tak panjang sangat. Kalau tak meraung juga la nak letak balik buku-buku yg dah dipilih tu.




Begitu la al-kisahnya yg berlaku pada diri aku 2-3 hari ni. Oh, sebelum tu ** hari Sabtu ** aku ke rumah abang di Puchong. Ada sambutan harijadi anak buah aku, Azeem. Tu masuk dalam entri lain la ye. Nak cerita kat sini macam "packed" sangat dah rasanya (",)


p/s : serius rasa nak demam wehhh..!!!




~ Dylla Abas ~

Saturday, 2 March 2013

Transformasi Diriku - Teringin Nak Berjubah

Assalammualaikum W.B.T

Sejak akhir-akhir ni, aku suka sangat buka page yg jual jubah atau abaya. Dalam hati tu dah ada rasa teringin nak berjubah. Zaman sekarang ni, macam-macam jenis jubah ada di pasaran. Macam-macam design. Macam-macam kaler. Sumpah teringin nak pakai jubah!

Beberapa hari lepas, aku ke Butik First Lady di Jalan TAR tu. Niat asal nak mencari baju kurung. Sekali bila  masuk ke bahagian jubah, terus bertukar niat tu. Satu-persatu jubah kat situ aku belek. Semuanya cantik-cantik belaka. Lagipun, harga yg ditawarkan di butik tu memang berpatutan dan aku berani mengatakan yg harganya memang sangat murah berbanding dengan harga di butik lain. 

Bila dah tengok banyak sangat koleksi jubah kat situ, mula la nak jadi rambang mata kan. Akhirnya, aku beli juga sepsang jubah yg berharga RM45.00 dan berwarna putih! Semuanya putih. Corak sulam pada jubah tu pun kaler putih juga. Polos sangat rasanya. Tapi, masih belum pakai lagi. Tunggu hari Jumaat minggu depan la baru pakai ** motif nak pakai jubah hari Jumaat???? **

Apapun, mungkin seiring dengan peningkatan usia ni, aku pun dah mula slow dalam berfesyen. Walaupun masih suka nak mencuba pelbagai jenis baju, tapi macam dah ada reminder yg menyuruh aku STOP!! Cukuplah kot selama ni aku ber"huru-hara" dalam berpakaian. Pelan-pelan ubah penampilan agar lebih sesuai dengan diri yg semakin tua ni. Yg pasti, seiring dengan kehendak syarak. In shaa Allah.


p/s : tapi masih gile berfesyen dalam bertudung...huhu ^_^





~ Dylla Abas ~



Friday, 1 March 2013

Happy Birthday Azeem Buchuk

Assalammualaikum W.B.T

1 Mac 2013. Genap dah usia anak buah sulungku yg ke-5. Dah besar pun dia. Kejap je rasanya masa berlalu. Teringat lagi hari ke-2 dia dilahirkan, aku beria-ia nak datang rumah abang. Nak tengok sendiri anak buah yg abang cakap copy habis muka dia. Nak sangat pegang dia. Nak sangat dukung dia. Dan yg paling penting, nak sangat-sangat bertemu dengan pewaris kelurga Abas tu ^_^






Muhammad Azeem Rusyaidi bin Fakhrur Razi. Kemain panjang namanya. Nasib baik panggil Azeem je. Senang nak sebut, senang nak ingat. Yg pasti, pertama kali aku tengok muka dia...memang terus terdetik dalam hati, "macam abang la..." Copycat sungguh!




Tapi, bila usia makin meningkat, Azeem lebih ke arah ibunya. Muka pun dah lebih kurang muka ibu dia je. Cakap pun dah macam ibu dia juga. Kemain pekat loghat Kedah budak tu. Hari ni aku makin pening nak mencari hadiah untuk dia. Apa nak bagi kat dia ni...??? Ayah dia dah tak bagi aku belikan barang permainan. Penuh rumah katanya. Dah tu nak bagi apa pula..???




Apapun Azeem, makngah ucapkan Selamat Hari Lahir yg ke-5. Jadilah anak yg baik dan soleh. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu ye. Lagi satu, mulut tu jangan becok sangat. Penat makngah nak melayan...huhu >_<




p/s : sayang Azeem...!!




~ Dylla Abas ~