Assalammualaikum W.B.T
Bila terbaca kisah-kisah cinta pertama orang lain, aku cuba nak mengelakkan dari terus mengingat kisah cinta pertama aku. Tapi, memori tu tak boleh nak di"delete". Melekat terus dalam kepala. Begitulah kuatnya penangan cinta pertama, kan? Semakin cuba nak lupakan, semakin kerap kenangan tu datang.
Aku belajar bercinta di usia 21. Kedengarannya agak lewat, kan? Bukan la tak pernah berkawan rapat dengan mana-mana lelaki. Tapi, sekadar kawan jelah. Takde la nak lebih-lebih sampai nak ter"feeling" ke terjiwang ke. Dulu, aku pernah berjanji dengan mak, "kakak takkan bercinta selagi tak habis belajar." Jadi, demi menunaikan janji pada mak, aku cuba la menahan perasaan ingin bercinta tu. Hahaha...sengal! Tapi, alhamdulillah...janji tu berjaya ditunaikan.
Di usia 20++, aku berjaya menghabiskan pengajian di peringkat diploma. Masa tu tak terfikir pun nak sambung ke peringkat Ijazah. Aku terfikir nak cari kerja je. Mungkin sebab terpengaruh dengan abang aku yg dah bekerja. Tengok dia dah pakai kereta dengan hasil titik peluh sendiri, keinginan untuk rasa macam tu membuak-buak. Jadi, bekerja la aku di usia yg masih muda.
|
Google |
Cinta pertama. Ya, aku kenal dia sejak dari zaman belajar lagi. Zaman belajar di UiTM Arau. Kami kenal ketika sama-sama terlibat dalam program yg dianjurkan oleh Rakan Muda Negeri Perlis. Masing-masing gile ber"camping". Dan kami terus rapat sebaik saja program tu tamat. Cuma, masa tu hubungan kitaorang sekadar kawan baik. Apatah lagi, ex-girlfriend dia teman sekuliah aku. Memang la hubungan kitaorang tak boleh ke mana kan. Jadinya, cukuplah sekadar kami berkawan baik. Lepas je aku habis belajar dan mula bekerja, aku macam lost contact dengan dia. Tetiba je satu hari tu dapat SMS dari dia. Oh, rupanya dia dah sambung belajar di peringkat Ijazah di Shah Alam. Kebetulan, aku pun bekerja di Shah Alam. Makin dekat pula kitaorang. Jodoh kononnya.
Bila dah dekat tu, kerap juga la kitaorang jumpa. Dia pula masa tu dah kembali single. Hubungan dengan ex-girlfriend nya putus seminggu sebelum exam final year di Arau dulu. Aku je yg tak tahu. Dan dia pula tak pernah nak bagitau.
Tapi, memang tak pernah sangka kawan baik aku tu boleh bertukar menjadi boyfriend. Agak lama juga la dia ambil masa nak meluah rasa. Aku...?? Ambil masa juga nak terima dia mula-mula tu. Tapi, bila tengok dia macam ikhlas gile nak hubungan tu jadi lebih serius, then aku belajar la untuk terima dia. Lama-lama aku makin jatuh hati pada dia dan rasa sayang tu mulai wujud. Dan aku ambil masa hampir 5 bulan untuk jatuh cinta dengan boyfriend aku sendiri...! Kesian dia, sabar jelah melayan kerenah aku ni.
Tapi, bila hati dah mulai sayang, memang macam-macam dugaan yg datang. Awalnya, mak dan ayah aku menentang. Berkeras sangat ayah menghalang hubungan kitaorang. Tak pasti kenapa. Apa yg pasti, ayah memang pernah tak suka aku berkawan dengan dia. Sedihnya rasa hati. Mak pun sama. "Tak berkenan." Senang betul komennya. Pada aku, si dia tu dah baik sangat. Takde apa yg kurang pada dirinya. Serba-serbi sempurna. Cuma dia kurang kasih-sayang seorang ibu je. Arwah mamanya meninggal dunia ketika dia berusia 11 tahun.
Aku cuba pertahankan hubungan ni. Macam-macam cara aku buat supaya mak dan ayah boleh terima dia. Jenuh juga nak "beli hati" mak dan ayah aku sebenarnya. Tapi, alhamdulillah..lama-lama tu mak dan ayah dah boleh terima dia. Dah boleh duduk berbual. Dan ayah sangat suka bila dia datang ke rumah. Macam-macam cerita keluar. Si dia pula memang rajin melayan cerita-cerita ayah. Mak..?? Sangat manjakan si dia. Aku rasa mak memang dah sayang sangat dengan dia. Dan dia pula memang la suka bila dimanjakan oleh mak. Maklum la, dah lama tak merasa belaian kasih-sayang seorang ibu, kan?
Hubungan dengan si dia dah sampai ke tahap yg lebih serius bila dia menyatakan hasrat pada mak untuk berkahwin dengan aku. Wahhhh, sukanya hati! Dia yg berjanji dengan mak untuk menjaga aku selamanya. Dia juga yg berjanji untuk tidak akan mensia-siakan aku. Tapi, bila dah plan macam-macam, tetiba jadi sesuatu yg tak diduga. Kenapa ayah dia tak dapat nak terima aku...?? Tak pernah ada peluang untuk berkenalan dengan ayahnya, tapi aku dah dijatuhkan hukuman mandatori - tidak boleh hidup bersama dengan anaknya!
Perjalanan cinta kami menjadi semakin sukar bila ayah dia dah pandai main ugut-ugut. Family atau aku...? Dia memang sangat buntu. Aku apatah lagi. Tak pernah menyangka akan melalui "drama" ini. Dalam masa cuba bertahan untuk meneruskan hubungan ni, muncul pula watak ketiga. Okay. Watak ketiga inilah yg menambahkan lagi kekeruhan yg sedia ada. Kusut betul. Dan watak ketiga ini pula merupakan kawan baik kepada adik si dia, yg sekaligus mendapat tempat terbaik pada pandangan mata ayahnya. Aku...??? Kalah teruk beb!!
Lama-kelamaan, hubungan kitaorang jadi makin hambar. Makin cuba bertahan, makin banyak pula hal yg jadi. Si dia pula jelas makin menjauhkan diri. Sedih. Rasa sakit sangat. Tapi, aku tahu hubungan tu memang tak boleh nak diselamatkan lagi. Dia tersepit antara keluarganya dan aku. Dan dalam waktu yg sama, ada pula watak yg menenangkan hatinya. Aku tak boleh la nak bersikap pentingkan diri. Ayah aku pernah memujuk, "Dia ada ayah je, mak dia dah lama takde, takkan la kakak nak buat dia hilang ayah dia pula? Lepaskan la dia...anggap jelah takde jodoh..." Gile sedih! Tapi, itu je pilihan yg aku ada setelah penat berusaha untuk memenangi hati ayahnya yg tidak berkesudahan.
"Saya pilih dia."
SMS terakhir yg aku terima sebelum dia betul-betul hilang dari hidup aku. Jantung terasa berhenti berdenyut. Gile betul penangan cinta ni. Buat hidup aku jadi kacau-bilau. Frust menonggeng...?? Aku rasa itulah fasa yg aku lalui lepas beberapa bulan ditinggalkan kekasih hati. Berat badan turun mendadak. Kerja tak menentu. Kesihatan terabai. Semuanya terganggu. Semangat aku untuk meneruskan hidup hanyalah kerana ada mak dan ayah. Kalau diorang takde, tak tahu la apa yg akan jadi dengan hidup aku sekarang ni.
Yg paling sedih waktu aku putus cinta ialah mak. Dia pula yg menangis bila tengok aku bersedih. Dia asyik mengenangkan lelaki yg dah berjanji untuk berkahwin dengan anaknya ini. Dan dia tak habis-habis bercerita tentang kebaikan lelaki itu! Stress tau dengar! Sebab tengok mak bersedih la aku tak jadi nak bersedih lama-lama. Walaupun hidup serba tak kena, aku terpaksa laluinya juga. Walaupun hari-hari berendam airmata, aku gagahkan diri untuk kuatkan semangat. Kenangan manis kitaorang menjadi perangsang untuk aku terus bangkit. Salah cara aku tu. Tapi, itu saja cara yg paling berkesan.
Selepas 2 tahun, baru aku pulih sepenuhnya. Bangkit dari kegagalan cinta pertama. Sakit masih terasa, hingga ke hari ini. Tapi, aku dah mampu tersenyum lebar. Tak mahu memandang ke belakang lagi. Yg lepas tu, biarlah jadi kenangan dan pengajaran berharga buat diri aku. Kepada si dia, semoga awak kekal bahagia selamanya. Memang tiada jodoh antara kita. Tapi, saya amat berterima kasih pada awak kerana awak la yg mengajar saya erti cinta (",)
Kenangan cinta ini la yg membuka mata aku, sesungguhnya tiada cinta yg lebih agung selain dari mencintai-Nya. Hanya cinta kepada-Nya akan memberikan ketenangan yg tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
p/s : letih juga buat entri jiwang macam ni, kan...? huhu :p
~ Dylla Abas ~