Pages

Wednesday, 2 January 2013

Tiada Entri Untuk 1 Jan 2013

Assalammualaikum W.B.T

Hari ni dah masuk 2 Jan 2013. Alhamdulillah. Walaupun belum terasa apa-apa perubahan bila dah masuk tahun baru ni, kecuali asyik tersilap taip tarikh 2012 dari pagi tadi, semangat tahun baru tu tetap ada. Lebih-lebih lagi semangat untuk memastikan azam tahun baru tu dicapai la kan. Hmm, ada azam tahun baru ke Dylla..? Mesti la ada! Azam tu aku rasa perlu ada kot, walaupun tak tercapai, tapi dengan adanya azam, baru la kita boleh plan hidup kita di masa hadapan, betul tak..? Err...tak tahu la pendapat korang macam mana pula. Bagi yg takde azam tu, aku pasti korang mesti ada perancangan hidup, kan? Kira macam azam juga la tu >_<

Semalam, aku tak sempat nak buat entri tahun baru. Sebab sibuk menolong abang yg baru pindah rumah. Pagi-pagi dia dah call. Minta tolong cuci rumah baru dia tu. Mula-mula tu rasa malas juga. Sayangnya nak lepaskan bantal peluk tu. Tapi, bila tetiba anak buah aku pula yg call untuk follow up, aku terus bangun juga la. Haish, kacau la budak kecik ni. Like father like son!

Kawasan rumah baru abang tu agak menarik la. Anak buah aku paling happy. Betul-betul depan rumah ada playground. Dan aktiviti mencuci rumah semalam banyak terganggu sebab si mulut becok tu. Macam-macam benda dia nak tanya. Nak tahu. Nak ambil kisah. Ibu dan ayah dia memang malas nak layan. Terpaksa la makngah dia ni melayan. Budak baru nak kenal dunia. Kena la bagi tunjuk ajar sikit. Daripada dia belajar ntah kat sesiapa, baik aku bagitau sikit-sikit. Sekurang-kurangnya dia faham la juga.

Malam sebelum tu, malam tahun baru la senang cakap, aku di rumah je. Tengok tv. Kemas bilik. Text dgn kawan-kawan. Dan akhirnya tengok bunga api dari dalam rumah je. Meriah tau. Hee..nak keluar memang malas. So, tengok dari rumah jelah. Nampak jelas juga. Puas hati la boleh tengok bunga api (",)

p/s : Selamat Tahun Baru 2013 buat semua!!





~ Dylla Abas ~


8 comments:

Zul fattah said...

biase r tu kak anak buah, budak2 banyak tanya.. saya punya anak buah dah masuk 25 org dah.. x terlayan, kalau kumpul semua..

Eintan Nurfuzie said...

cik en pulak wifi dah down.. rini baru de.. so baru nak update entry
selamat tahun baru mia

3no gr33ny said...

rindu pula hamba dengan anak-anak buah dik kampung

dhiera zainudin said...

budak kecik ni penyeri kan? walaupun penat nak layan tapi xda dorang sunyi~
saya pun new year dok umah je. tak tengok pun bunga api ke ape.

maszull said...

assalamualaikum dylla...selamat tahun baru...:)

Anonymous said...

apapun happy new year ye

Unknown said...

selamat tahun baru sahabat......

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

selamat tahun baru dylla