Assalammualaikum W.B.T
Dalam hidup ni, kadangkala kita diberi peluang kedua untuk perbetulkan semula kesilapan yg pernah kita lakukan. Tapi, adakalanya walaupun peluang itu datang, kita dah terlambat untuk memperbaiki keadaan. Dan adakalanya juga, kita tidak berpeluang langsung untuk berubah dan bertaubat. Jadi, sebelum melakukan sesuatu, fikirlah terlebih dahulu akibatnya. Bukan terhadap diri kita saja, malah terhadap orang di sekeliling kita juga.
Beruntunglah bagi mereka yg memperolehi peluang kedua di dalam hidupnya. Peluang yg datang untuk kali kedua itu janganlah dipersiakan. Malang sekali bagi mereka yg mempersiakan peluang kedua yg datang dalam hidup. Bukan semua orang bernasib baik untuk mendapat peluang kedua.
Peluang sebenarnya hanya datang sekali saja. Namun, jika diberi peluang untuk mendapat peluang kedua, hargailah ia dengan sebaiknya kerana sebenarnya kita adalah manusia yg paling bertuah kerana dipilih untuk mendapat peluang kedua tersebut.
p/s : bersyukur yg teramat sangat kerana masih diberi peluang untuk menjadi hamba yg lebih baik (",)
~ Dylla Abas ~
7 comments:
gunakanlah peluang yg ada ini dgn sebaik mungkin krn blm tentu akan ada peluang yg ke 3...
peluang yg kedua.... perbaiki kekurangan yg pertama.....
jgn ulangi kesilapan.....
guna sebaiknya peluang yg diberi....
alhamdulillah...
betul2..tp ade jugak manusia yg dah diberi peluang ke 3 4 kali pun x sedar2..
salam
Jarang2 dapat 2nd change..gunalah sbaiknya.
peluang kedua tu mmg kita kena gunakan sehabis baik.. sebab bukan semua org dpt nikmat peluang kedua tu..
gunakan sebaiknya peluang ke-2...bkn sng nk dpt
Post a Comment