Assalammualaikum W.B.T
Musibah atau kesusahan di dalam bahasa yg lebih mudah untuk kita fahami, merupakan salah satu dugaan atau ujian daripada Allah S.W.T terhadap hamba-Nya. Ujian ini boleh datang di dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan dugaan itu datang ketika kita susah. Tapi, jangan lupa, kesenangan yg dikurniakan oleh-Nya juga merupakan ujian untuk kita menghadapinya.
Ada manusia yg ketika susah, dia tidak melupakan Yang Maha Esa. Dia sentiasa berdoa dan beribadah kepada Allah S.W.T dengan harapan agar kesusahannya itu dapat dikurangkan. Tapi, bila dia dikurniakan kesenangan di kemudian hari, dia mulai lupa asal-usulnya. Dia mulai lalai di dalam menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap Illahi. Sedangkan kesenangan itu juga merupakan ujian daripada Allah S.W.T untuk dirinya. Ujian untuk menentukan tahap keimanan dan keikhlasannya beribadah kepada Allah S.W.T selama ini.
Musibah itu tanda Allah S.W.T sayangkan hamba-Nya. Musibah itu adalah teguran Allah S.W.T terhadap hamba-Nya yg mulai lalai dan leka. Memang benar, musibah atau ujian yg datang itu tidak sama. Ada manusia yg ujian hidupnya begitu mudah. Ada manusia yg ujian hidupnya amat sukar. Ujian itu datang bergantung kepada tahap keimanan kita. Semakin tinggi iman kita terhadap-Nya, semakin besarlah ujian yg bakal menimpa. Namun, Allah S.W.T telah menjanjikan, tidak akan dibebani hamba-Nya dengan dugaan yg melebihi kemampuan. Jadi, walau apapun dugaan atau ujian yg menimpa hidup kita, ingatlah pada mereka yg lebih susah. Ingatlah pada mereka yg lebih dasyat ujian hidupnya. Agar kita boleh menjadi manusia yg lebih bersyukur, walaupun setelah ditimpa ujian.
Musibah itu datang dengan dua kategori. Pertama, yg kita gelarkan ia sebagai dugaan atau ujian. Kedua, yg kita gelarkan ia sebagai balasan di atas setiap perbuatan kita. Walau apapun jenis musibah yg datang, kita harus cekalkan hati untuk menghadapinya. Biar sakit, biar perit, sentiasalah bersyukur kerana musibah itu datang ketika kita masih hidup di dunia ini. Bersyukurlah kerana musibah itu datang tatkala kita masih berpeluang untuk kembali ke jalan yg diredhai-Nya. Jika musibah itu datang ketika di akhirat kelak, memang sudah terlambat untuk bertaubat. Sudah terlambat untuk kembali ke pangkuan-Nya. Dan balasan di sana kelak, pasti akan berganda-ganda sakitnya berbanding di dunia ini. Wallahu'alam.
Ada 3 jenis manusia yg diberi balasan serta-merta di dunia ini di atas setiap perbuatan yg mereka lakukan :
1) Manusia yg derhaka terhadap kedua ibu bapa mereka
2) Manusia yg menzalimi atau menganiaya hidup manusia lain
3) Manusia yg menghalalkan hak manusia lain
Sekiranya kita yg dipilih untuk diuji, maka segeralah kembali kepada Allah S.W.T. sementara masih ada masa. Tidak kiralah bagaimana ujian itu datang, hadapilah ia dengan penuh rasa redha. Percayalah, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Yg pasti, hikmah itu tidak pernah terjangkau dek akal fikiran kita untuk memikirkannya.
Janganlah sesekali kita melupakan-Nya ketika kita senang, agar Allah S.W.T tidak melupakan kita ketika kita susah. Lillahita'ala.
p/s : pesanan untuk diri sendiri (",)
~ Dylla Abas ~
8 comments:
tq very gd one ni!
berusaha agar kita semua...sentiasa bersederhana...... jgn lari dari landasan dan fitrah.....
semoga kita dijauhakan daripada ketiga-tiganya
kadang2 x bleh terime takdir yg kite ade, myalahkn ape yg dah terjadi.. tp kite x tau pun ade hikmah yg tggu, x kt dunia.. ade kt akhirat..
Semoga kita tabah menghadapi ujian dari Allah...Apa-apa musibah pun mohon pertolongan dari Nya...
dugaan yg paling hebat adalah kemewahan..renungilah
nice sharing my dear!!
semoga kita semua sentiasa berusaha utk menjadi hamba-Nya yg lebih baik..
semoga kita tidak menjadi ketiga2 manusia tu
Post a Comment