Assalammualaikum W.B.T
Kalut menyiapkan kerja untuk audit minggu depan menyebabkan aku tak sempat nak update entri baru. Hanya sempat BW je. Tu pun tak sempat nak komen semua. Dunia blog ni macam terasa agak jauh la dari hidup aku sekarang ni. Rindunya nak membebel-bebel dalam blog sendiri macam dulu..huhu >_<
2-3 hari ni, aku rajin pula tengok Tanyalah Ustaz di tv9 jam 7.00 pagi tu. Selalunya, pukul 7.00 pagi tu aku tengok MHI je. Sebab "rajin" sangat tengok berita dan baca suratkhabar, pengetahuan am aku ni rasa macam tak berapa nak ada. Tapi, baru-baru ni terasa nak tengok rancangan Tanyalah Ustaz pula. Yg aku rasa lebih menarik info nya berbanding dengan rancangan MHI (",)
Semalam topik Zikir. Dan hari ni pula topik Menghadapi Tekanan. Aku dengan senang hatinya nak gabungkan kedua-dua topik tu menjadi 1 topik ringkas yg aku boleh share dengan korang semua. Menurut kata ustaz tu, pentingnya zikir dalam kehidupan seharian kita bukan saja mampu menenangkan hati. Malah, zikir juga mampu untuk mendekatkan kita dengan Yang Maha Esa. Zikir itu tanda kita ingat kepada Allah S.W.T. Bila kita ingat kepada Allah S.W.T, maka DIA juga akan mengingati kita kembali. Best, kan...?
Kesan yg mungkin berlaku jika kita tidak berzikir ni mampu membuatkan hati kita menjadi hanyut. Jika kita tidak mengingati Allah S.W.T, akan datang syaitan yg akan selalu mendampingi hati kita. Hal ini akan membuatkan kita sentiasa berasa was-was, tidak tenang dan kosong. Bila itu terjadi, kita pasti akan mudah mendapat tekanan. Tidak kira la apa jua bentuk tekanan sekalipun.
Perkaitannya antara zikir dan tekanan itu adalah apabila dengan mengamalkan zikir, yakni sentiasa mengingati Allah S.W.T, pasti tiada dugaan hidup yg membuatkan kita tertekan. Dan sudah tentu kita akan menghadapi dugaan itu dengan penuh rasa tabah, sabar dan redha. Apa yg pasti, kita akan terasa mudah untuk menangani setiap tekanan hidup yg ada.
Zikir paling mudah untuk kita amalkan adalah dengan menyebut nama Allah S.W.T. Jika tidak berzikir, sekiranya kita memulakan sesuatu dengan menyebut Bismillah, itu sudah cukup untuk menunjukkan yg kita sentiasa mengingati Allah S.W.T. Setiap pekerjaan yg dimulai dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah, pasti ada keberkatan di dalamnya. Wallahu'alam.
p/s : Zikir hari Rabu : Astaghfirullah Al'Adzim
~ Dylla Abas ~
8 comments:
sama2 lah kita berzikir yer...
Memang byk kebaikan bila kita berzikir..
*Lamanya akak tak singgah sini.. dah makin cntik blog :-)
skrg ni ms utk akak bw, sgt2lah terbatas.. buat entry pun curi2.. hihii
zikir memang salah satu dari terapi jiwa yang menenagkan..salah satunya zikir2 terapi oleh hafiz hamidun
@Deq's Qienz : sharing is caring :)
@QueeN TerataI : in shaa Allah (",)
@IntaNBerliaN : mmg sgt bnyk kebaikan b'zikir tu :)
take ur time kak..sy pun selalu je sempat nak BW >_<
@3no gr33ny : yup..zikir terapi hafiz tulah jd hiburan telinga sy skrg ni :)
zikir ni banyak manfaatnya..jom sama2 berzikir
Post a Comment