Assalammualaikum W.B.T
Aku percaya semua umat Islam tahu apa makna murtad. Murtad boleh didefinasikan sebagai orang yg "keluar" dari agama asal untuk menganuti agama lain atau memilih untuk tidak beragama (free-thinker). Aku tahu, isu murtad ini bukanlah isu baru mahupun isu luarbiasa di kalangan kita. Tapi, isu ini terus menjadi topik perbualan yg tak akan habis.
Semalam, tujuan asal untuk meng"update" blog menjadi tergendala gara-gara tersangkut kat satu page di FB - Murtads In Malaysia And Singapore (MMS). Ye kawan-kawan...page ini dibuat khas untuk golongan murtad. Tapi, ramai juga yg masih ada iman datang menjenguk dan meninggalkan komen serta nasihat untuk golongan ini.
Aku semalam terpanggil juga untuk komen beberapa isu di dalam page ni. Tapi, umpama memetik lighter di depan kipas. Itulah yg aku boleh gambarkan. Sebab golongan ini memang sudah tidak mempercayai akan agama Islam, tidak percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W dan yg paling penting tidak percaya pada kewujudan Allah S.W.T. Allahuakbar...menitis airmata aku bila terbaca isu-isu yg mereka tulis yg jelas menghina Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W. Sebak rasanya. Dan rasa terkilan sebab aku tak mampu nak menulis apa-apa untuk mempertahankan kesucian Islam. Apa yg aku mampu lakukan hanyalah mendoakan agar mereka ini diberi hidayah dan dibukakan hati untuk bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
Aku bukan tak nak tulis apa-apa sebenarnya. Cuma macam yg aku beritahu tadi la, umpama memetik lighter di depan kipas. Sia-sia. Setiap apa yg dinasihatkan, golongan ini akan memutarbelitkan keadaan. Mereka memang tidak mahu menerima langsung akan kebenaran agama yg pernah mereka anuti sebelum menjadi murtad.
Tapi, aku tertanya juga, takkan la mereka ni TAK TAHU LANGSUNG tentang keindahan Islam, sedangkan sebelum ini mereka pernah menjadi sebahagian dari umat Nabi Muhammad S.A.W...?? Ada beberapa komen yg aku baca yg menjelaskan golongan murtad ini sebenarnya pernah diduga dengan dugaan yg hebat dari Allah S.W.T. Namun, disebabkan kelemahan iman, mereka hanyut dan akhirnya menjadi murtad. Mereka lupa yg mereka punya Allah S.W.T, Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Mereka lupa bahawa setiap dugaan yg datang itu adalah sebagai bukti betapa Allah S.W.T menyayangi hamba-Nya.
Tapi, aku tahu...aku tak boleh menilai mereka semudah itu. Pasti ada sebab mengapa mereka semua jadi begini. Aku teringin sekali nak tahu puncanya. Tapi, disebabkan terlalu banyak komen-komen pada setiap post tu, aku rasa mata aku ni berpinar juga. Mungkin aku akan sambung lagi "stalk" page diorang agar aku jelas dengan situasi sebenar. Harap-harap masa tu aku diberi kekuatan untuk menegur dan menasihati. Memang aku tak punya ilmu yg cukup, tapi sebagai seorang umat Islam, aku yakin dengan pengetahuan yg ada ni dah cukup untuk membantu aku jika aku ingin menegur atau menasihati. Bukan nak tunjuk pandai. Cuma ingin berkongsi apa yg aku tahu. Dan moga Allah S.W.T memberi petunjuk dan jalan kepada aku, serta merahmati niat baik aku. In Shaa Allah.
Sumpah aku tak pernah terbaca tentang isu ni - Pak Lah ke yg buat statement begini..?? Aku tak percaya langsung...!! |
"Ya Allah, janganlah Kau sesatkan kami setelah Kau memberi hidayah ini kepadak kami dan semoga Kau mengampuni dosa-dosa kami yg tak pernah surut ini...amin"
p/s : aku bimbang pemahaman orang murtad ini akan mempengaruhi umat Islam yg lain...na'zubillah
~ Dylla Abas ~
6 comments:
diorg langsung xhormat agama Islam.. moga mereka diberi hidayah
Manusia akhir zaman...semoga mereka mendapat hidayah daripada Allah..
nauzubillah..
semoga semuanya dibukakan pintu hati untuk segera bertaubat ke jalan Allah
baru je singgah page tu pagi tadi sebab nampak Kak Fynn Jamal sebut2. kalau tak...memang tak tahu adanya page sebegini. tak tahu wujudnya page yg ghoperrr sebegini la..tapi kalau pasal murtad ni memang tahulah...ramai sangatkan? dari kes dulu2 masuk paper bagai. itu yang tersebar...yg kes2 terpencil yg kita tak tahu?? hmmmm...sangat sedih..kenapa & mengapa semua ini boleh terjadi...jadi persoalan.
salam
Bab aqidah ni tak leh main2.
Post a Comment