Pages

Showing posts with label Zaman Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Zaman Sekolah. Show all posts

Thursday, 10 October 2013

Nostalgia Kantin Sekolah


Bila sebut tentang kantin sekolah..apa perkara pertama yg terlintas kat kepala korang..??
Kalau tanya aku..dah tentu perkara pertama ialah nasi lemak
Boleh..??
Huhuhu >_<

Disebabkan aku pernah bersekolah di 6 buah sekolah yg berlainan
Jadi pengalaman tu memang berbeza la di setiap kantin sekolah yg pernah aku terokai
Amboiiii...terokai sangat!!

Masa sekolah rendah...kantin sekolah memang bertindak sebagai sebuah kantin jelah
Datang kantin hanya pada waktu rehat
Dan dengan satu tujuan je...makan!
Bila dah masuk sekolah menengah...baru la kantin tu jadi multi-function
Kat kantin la tempat aku makan
Kat kantin la tempat aku buat study-group
** tak boleh buat study group kat library sebab group aku tersangat la bisingnya **
Dan kat kantin tulah tempat aku melepak

Yg pasti menu kat kantin sekolah tu
Walaupun di 6 buah sekolah yg berlainan
Nasi lemak juga yg jadi pilihan
Padahal bukan suka sangat makan nasi lemak
Cuma keyakinan untuk mencuba menu lain tu agak terbatas
Jadi...nasi lemak la pilihan selamat

Bila datang kantin dengan tujuan melepak
Masa tulah aku suka cuci mata
Ramainya "couple of the year" dok bercengkarama kan
Kuikuikui
Lepas tu dok gelak sorang-sorang bila membayangkan...
kalau la ayah aku tahu aku buat perangai macam tu juga..sumpah kena sembelih!

Apapun...nostalgia kantin sekolah tu antara nostalgia yg aku tak boleh nak lupakan
Banyak juga kenangan dengan pakcik dan makcik kantin
Bila kamceng dengan diorang..mesti la dapat habuannya kan..??
Itulah aku...hoho ^_^


p/s : teringin nak terjah balik semua kantin sekolah aku dulu



~ Dylla Abas ~

Tuesday, 6 November 2012

SPM Punya Cerita

Assalammualaikum W.B.T
 
Belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat berjaya kepada semua candidates SPM tahun ni. Mesti macam-macam perasaan yg adik-adik rasa kan..? Wahhhh...adik-adik sangat!! Tuanya aku..huhu >_< Apapun, buatlah yg terbaik. SPM ni kan penentu untuk kita nak menentukan hala tuju hidup kita. Kepada yg dah bertungkus-lumus belajar untuk menghadapi peperiksaan ini, moga semuanya dipermudahkan..amin.
 
 
 
 
Bila bercakap tentang SPM, teringat pula aku hari pertama masa aku ambil SPM dulu. Bila diingatkan balik, memang rasa nak ketawa sorang-sorang. Sehari sebelum SPM tu, mak dan ayah datang ke sekolah aku untuk membawa balik barang-barang yg aku tak perlukan lagi. Oh ye, masa tu aku bersekolah di sekolah berasrama. Sekolah teknik je pun. Excited gile nak exam. Lebih excited bila tengok barang-barang kat dorm dah clear.
 
Keesokan harinya, hari pertama SPM, kertas Bahasa Malaysia, aku panik sorang-sorang kat dalam dorm. Ya Allah, slip exam aku!! Mesti dah termasuk sekali dalam salah satu beg yg mak dan ayah bawa balik semalamnya. Mengelabah kejap untuk beberapa minit. Terus berlari keluar cari public phone. Nasib baik mak cepat jawab call aku pagi tu. Dengan kelam-kabutnya aku minta tolong dia carikan slip exam aku. Alhamdulillah...ada. Lega sikit rasanya.
 
Mak cakap, tunggu abang habis sarapan, baru dia tolong hantarkan slip exam tu kat aku. Aku pun iye kan jelah. Orang nak tolong hantar pun dah besar rahmat kan. Semua salah aku. Cuai sangat. Masa kat depan dewan tu, aku asyik pandang pintu masuk sekolah je. Mana abang ni, tak sampai-sampai lagi! Orang dah mula baca doa sebelum masuk dewan. Tapi, bayang abang belum kelihatan. Adoiii...aku dah start panik balik.
 
Bila seorang demi seorang kawan-kawan aku dah mula masuk ke dalam dewan, hati aku jadi lebih berdebar-debar. Panik tak tahu nak cakap. Mengelabah gile aku masa tu! Hampir je aku nak lalu depan pengawas exam tu, aku nampak abang sampai! Alhamdulillah. Syukur. Tapi...........
 
Aku tak sempat nak berkejar kat abang untuk ambil slip exam tu. Jadi, dengan muka yg sangat serba-salah...aku beritahu kat pengawas exam tu yg slip exam aku tertinggal di rumah. Tetiba, suara garau pengawas exam tu mengejutkan aku. Aku rasa dia tak marah pun. Cuma dia tegur kecuaian aku je. Tapi, sebab masa tu rasa mengelabah gile, aku rasa nak nangis dah. Tunggu masa je airmata ni nak jatuh. Tapi, aku sempat beritahu pengawas exam tu yg abang aku baru je sampai untuk hantar slip exam aku. Dia suruh aku masuk dulu. Jangan fikirkan sangat hal slip exam tu. Lega.
 
Tapi, masa nak jawab soalan tu, jantung aku masih laju. Masih panik. Masih mengelabah. Soalan esei tu aku tak mampu nak jawab. Aku macam blur. Tak faham langsung apa yg dimaksudkan dalam soalan-soalannya. Aku pun jawab ikut apa yg aku rasa. Tangan masih menggigil. Sedih gile keadaan aku masa tu. Tak sampai sejam kemudian, kawan sebelah aku tegur, "Pssst...Dalila, kau okay ke...? Kenapa aku tengok kau semacam je ni...? Tak sihat ke...?" Sungguh mengambil berat. Tapi, pertanyaannya itu membuatkan aku mengalirkan airmata tanpa sengaja. Huk aloh! Sengal. Tetiba je nangis. Dan aku ambil masa hampir setengah jam juga untuk menenangkan diri.
 
Bila dah rasa aku banyak buang masa dan keadaan kembali terkawal, baru aku fokuskan apa yg aku perlu jawab sebenarnya. Panik gile bila masa tinggal 10 minit, aku masih belum siap menjawab. Kelam-kabut dibuatnya. Dan hasilnya, result Bahasa Malaysia aku sangat menghampakan. Dapat 4P je. Sedihnya rasa =(
 
So, adik-adik....moral of the story, jangan cuai. Kalau keadaan panik mula menguasai diri, cubalah bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba fokuskan minda tu terhadap apa yg perlu kita buat. All de best!!
 
 
p/s : Korang pun mesti ada kenangan SPM kan...? Share la (",)
 
 
 
 
 
~ Dylla Abas ~

Wednesday, 23 May 2012

Sport Check

Assalammualaikum W.B.T

Eh, hari ni aku macam rajin pula update blog kan. Dah masuk entri ke-3 untuk hari ni **eleh...baru 3 entri dah nak kecoh...huhu** Tengah lepak-lepak dalam bilik, sambil-sambil BW, layan lagu-lagu lama, tiba-tiba teringat kenangan ketika bersekolah di sekolah berasrama dulu.

Aku pernah bersekolah di asrama tau sebelum ni **alah, sekolah teknik je pun** Macam-macam kenangan ketika belajar di situ. Belajar sekelas dengan kawan-kawan yg sama dorm, ada kebaikan dan keburukannya juga. Tapi, sekarang bukan nak cerita tentang kebaikan dan keburukan tu. Aku nak cerita tentang kenangan sport check. Mesti semua orang tahu apa itu sport check, kan..?

Dulu-dulu, kalau di asrama, sport check ni dijalankan kalau ada kes je. Contohnya, ada kes kecurian ke. Kes pelajar tiba-tiba 'hilang' ke. Macam-macam kes lagi la pendek kata. Jadi, kenangan sport check di bangunan asrama tak sehebat kenangan sport check ketika di bangunan akademik la.

Masa aku baru-baru masuk sekolah tu **waktu aku jadi junior la senang cakap** banyak gile sport check yg pengawas-pengawas sekolah suka buat. Sikit-sikit sport check. Rimas gile aku rasa. Setiap hari Isnin memang tak payah cakap la...hari wajib sport check okay! So, setiap Isnin tu semua pelajar memang proper gile la **termasuk la aku sendiri** Hari-hari lain tu, na'uzubillah...ada juga yg aku tak berapa nak cam, orang ke penyamun ni..?? Hahaha...adoi, gurau je (",)

Al-kisahnya, aku pernah kantoi untuk 1 sport check ni. Sport check yg julung-julung kali dijalankan sebaik saja tamat minggu orientasi. Hampagas betul! Kantoi pada sport check pertama...pecah rekod sungguh!

Kat sekolah tu memang la mewajibkan pelajar-pelajar perempuannya menutup aurat. Aurat di sini bermaksud, memakai tudung, memakai singlet **kaler putih je tau...kaler lain tak boleh** memakai kain dalam dan tidak boleh melipat lengan baju kurung. 

Masa tu, aku kantoi untuk 2 perkara. 1-aku lipat lengan baju kurung. 2-aku tak pakai kain dalam! Adoi laa...kesengalan yg tak boleh dimaafkan. Mungkin sebab dah terbiasa buat kat sekolah lama, jadi benda tu dah sebati dengan aku. Masa tu aku fikir, apa fungsinya kain dalam tu kalau dah kain kurung sekolah yg kaler biru laut tu dah tebal gile..?? Takut sangat yg bukan muhrim nampak kaler kulit kaki kita agaknya. Wallahu'alam. Tapi, untuk 2 kesalahan tu, aku tak dibenarkan masuk ke kelas untuk waktu pertama pembelajaran di hari pertama! Gila tak?? Bukannya kena buat apa-apa pun. Hanya di tahan dari masuk kelas je. Apala...

Masa tu, aku tengok kakak pengawas yg mengantoikan aku macam nak telan dia je. Memang la aku buat salah, tapi bagi la denda yg bernas sikit. Dah tak sempat aku nak berkenalan dengan cikgu pertama yg mengajar aku masa tu. Sedih tau..sob..sob..

Tapi, itu memang pengajaran terbaik buat aku la. Lepas je kantoi tu, aku dah tak lipat lengan baju kurung lagi. Habis-habis pun aku sinsing kejap la. Tu pun masa nak buat kerja. Selebihnya, aku selesa lengan baju kurung tu 'terletak' pada tempat yg sepatutnya. Kain dalam?? Memang terus pakai la sampai sekarang. Baru aku faham rasa 'selesa' memakai kain dalam tu macam mana. 

Kepada kakak pengawas yg mengantoikan aku tu, terima kasih kerana mengajar saya untuk menjadi perempuan yg lebih beretika (",)

p/s : sebenarnya malu gile kantoi sebab tak pakai kain dalam...hahahaha