Pages

Showing posts with label Kesihatan dan Anda. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan dan Anda. Show all posts

Thursday, 8 September 2011

8 Aktiviti Yg Boleh Mengakibatkan Penyakit Jantung

Gangguan kitaran darah ke atas jantung boleh menyebabkan kematian sel jantung itu sendiri. Proses inilah yang menyebabkan berlakunya sakit jantung. Manakala penyakit jantung koronari yang berterusan juga boleh mengakibatkan sakit jantung.

Apa pula penyakit jantung koronari ni?

Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung. Kesannya, anda akan mengalami sakit dada yang teruk dan ketidakselesaan yang dipanggil angina.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang boleh mengakibatkan penyakit jantung :

1. Kekurangan vitamin B6 dan B12, anti-oksidan dan asik folik yang menyebabkan paras homosistein yang tinggi dalam darah.

2. Melakukan kerja-kerja berat yang berterusan.

3. Waktu tidur yang tak mencukupi. Biasanya waktu tidur yang cukup adalah 5-8 jam mengikut peringkat umur anda.

4. Selalu mandi di tengah malam. Elakkan mandi selepas jam 10 malam.

5. Melakukan hubungan seks di dalam air atau ketika cuaca (udara) yang terlalu sejuk.

6. Selalu berada di dalam keadaan kemurungan terutamanya untuk wanita.

7. Bagi lelaki pula, elakkan daripada emosi marah menguasai diri anda. Mengikut kajian University College London, mereka yang panas baran dan mudah meradang lebih mudah diserang penyakit jantung koronari.

8. Anda yang merokok secara berterusan.

p/s : sayangi JANTUNG anda (",)


Sunday, 14 August 2011

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama sebenarnya nak share entri ni sejak aku terbaca kat 1 artikel beberapa minggu yang lepas. Tapi, hari ni baru ada masa nak tulis. Sesiapa yang tak pernah baca, dialu-alukan untuk membacanya. Bagi yang dah pernah baca, tak salah kot baca lagi sekali (",)

Rasulullah S.A.W, seperti yang kita semua tahu, utusan Allah S.W.T yang terakhir untuk umat Islam di atas muka bumi ini. Baginda memikul tanggungjawab dan tugas yang amat berat dan mencabar dalam kehidupan sehariannya. Tapi, Baginda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Ada beberapa tips dan panduan yang Baginda selalu amalkan untuk dikongsi dengan umatnya :

1. Bangun awal sebelum Subuh
Baginda mengesyorkan umatnya untuk bangun sebelum subuh dan melakukan beberapa solat sunat dan solat fardhu secara berjemaah ** dapat buat sendiri pun alhamdulillah ** Hal ini sangat berkait rapat dengan akal kita. Kesegaran udara di waktu subuh akan menyegarkan dan mempertajamkan akal.

2. Aktif menjaga kebersihan
Baginda akan sentiasa memastikan dirinya bersih dan rapi. Baginda akan memotong kuku, membersihkan rambut halus di tepi pipi (jambang) pada setiap hari Khamis atau Jumaat.

3. Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah, "Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan sebelum lapar dan akan berhenti makan sebelum kenyang."

4. Gemar berjalan kaki
Baginda selalunya lebih selesa berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Aktiviti ini akan membutakan diri kita berpeluh dan sekaligus melancarkan peredaran darah. Amalan ini bagus diamalkan untuk mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan jantung.

5. Tidak pemarah
Menurut Baginda Rasulullah, hakikat kesihatan dan kekuatan umat Islam terletak pada kebersihan jiwa. Sentiasalah beristighfar apabila diri kita dikuasai perasaan marah. Tenangkan diri. Ambil wudu' dan lakukan slat sunat untuk menghilangkan perasaan marah itu.

6. Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberi kesan emosi yang bagi melapangkan jiwa. Orang yang berjiwa lapang kebanyakkan tidak cepat merasa putus asa.

7. Tidak pernah iri hati
"Ya Allah, berishkanlah hatiku dari segala sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat mahmudah."

8. Pemaaf
Sifat sentiasa memafkan kesalahan orang lain akan membutakan hati dan jiwa kita sentiasa berasa lapang dan tenang. Sentiasalah memaafkan kesalahan orang lain serta kesilapan diri sendiri agar roh dan jasad kita berada dalam keadaan yang stabil dan sihat tentunya.

p/s : selamat beramal..!!

Sunday, 31 July 2011

Mengekang Tabiat Merokok

Bulan Ramadhan datang lagi..!! Sebahagian dari kita menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh kesyukuran. Tapi, ada juga yang menganggapnya sebagai berita buruk. Siapakah mereka..? Mereka ni terdiri dari golongan PEROKOK TEGAR...!!


Mereka terpaksa menahan rasa gian dan ketagihan mereka selepas tamatnya waktu sahur sehinggalah saat berbuka puasa. Bayangkan selama hampir 14 jam mereka ni terpaksa 'berpuasa' dari merokok. Ini adalah sesuatu yang amat perit bagi mereka. Perokok-perokok tegar ni sanggup menghisap rokok sebaik saja minum segelas air ketika waktu berbuka puasa. Itu sudah cukup puas bagi mereka.

Tapi, bagi mereka yang memang mempunyai keinginan atau berazam untuk berhenti merokok, maka bulan Ramadhan adalah waktu yang paling sesuai untuk melaksanakan impian tu. Jadi, ambil peluang ini. Fokus pada menu lazat untuk berbuka puasa nanti. Jangan fikirkan tentang rokok lagi.

p/s : katakan TIDAK pada rokok (",)