Pages

Showing posts with label Segmen BLOGger. Show all posts
Showing posts with label Segmen BLOGger. Show all posts

Wednesday, 15 May 2013

Segmen : LUPUS Awareness Month

Assalammualaikum W.B.T

1stly sorry sangat kat adik Deno sebab dah terlewat buat entri ni
But, I keep my promise
Really want to support you, sis (",)


Segmen ini diadakan sempena LUPUS (SLE) Awareness Month pada bulan ini iaitu bulan May. Objektif utama segmen ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang penyakit LUPUS a.k.a SLE yang sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkannya. Ramai di antara kita masih belum mengenali penyakit SLE yang merupakan penyakit kronik yang juga boleh membawa maut.




Kepada sesiapa yg masih belum tahu, jom sama-sama klik Systemic Lupus Erythematosus
Macam-maca info berkenaan dengan S.L.E ada di situ


p/s : tag 3nogr33ny untuk turut sama menyokong adik Deno (",)
yg tak di tag pun boleh join juga...!!



~ Dylla Abas ~

Thursday, 28 June 2012

Sayakah Follower Bertuah Itu

Assalammualaikum W.B.T



Aku dijemput untuk join segmen ni oleh blogger Kancil8349.
Terima kasih ye menjemput ^_^
BTW...segmen ni mudah je
Dan aku memang suka buat benda mudah..hihi

Sukacitanya aku nak tag 3 orang ni :


p/s : selamat bersegmen!!



Photobucket

Tuesday, 12 June 2012

Entri Kita Jiwa Kita


Menarik kan segmen ni...?
Kalau nak join, copy banner kat atas tu ye.
Dan macam biasa buat 1 entri khas.
Syaratnya...? Mudah je :

Tak wajib follow
(dah lama follow blog ni)

Tak wajib LIKE page Cik En
(err...tu belum buat lagi...tapi nanti sy like la ye :p)

Letak banner kat atas dan link ke entri ni
(done!!)


Link kan entri pertama korang (entri pertama masa korang buka blog)
F.A.M.I.L.Y
(entri ni dalam English lagi you...agak poyo la)

Link kan entri terbaik korang (entri yang bukan copy paste tapi buah fikiran korang)
(entri ni PV dia tinggi juga...dan aku memang suka bersukan...dan ini ada kisah sukan dalam hidup aku yg aku tak copy dari mana-mana)

Link kan entri terakhir korang semasa korang join pencarian ni
(agak sengal la entri ni...dalam English juga)

Pastikan ada 3 link dalam entri (done!!)

Tak wajib Tag
(okay...tak tag...tapi nak pelawa semua kawan-kawan blogger yg baca entri ni :p)

Lastly, link kan entri tu ke comment entri ni
(done!!)

Siap!! Senang je kan...?? Apa lagi...jom la join ramai-ramai (",)
Oh ye!
Tarikh tutup : 19/06/2012 jam 11.59pm






 

Thursday, 26 January 2012

Kena Tag Dengan Kancil8349

Segmen berantai ni aku dah pernah buat dulu. Masa tu kena tag dengan Gen2merah. Tapi, aku sangat mengalu-alukan blogger yg sudi tag aku untuk segmen macam ni. At least aku ada idea untuk buat entri kan. Dan kali ni, terima kasih kepada Kancil8349 kerana tag aku. Disebabkan aku pernah senaraikan 11 perkara tentang diri aku kat [SINI], jadi untuk entri ni, aku hanya menjawab soalan-soalan yg di tanya oleh Kancil8349 jelah ye (",)

SOALAN 1
Siapakah idola anda?
- Puan Rahimah a.k.a My Mum!

SOALAN 2
Apa sebabnya anda memilih dia sebagai idola anda?
- Sebab sangat kagum dengan kesabaran dan kerajinan yg dimiliki oleh mak

SOALAN 3
Pandangan anda mengenai negeri Sabah?
- Tak berani nak komen banyak sebab belum pernah sampai ke Sabah. Tapi, hingga sekarang rasa teruja dengan Gunung Kinabalu dan teringin nak menaklukinya satu hari nanti

SOALAN 4
Tempat yg paling cantik yg pernah anda kunjungi?
- Sg.Chiling Waterfall

SOALAN 5
Nama tempat paling pelik yg anda pernah dengar atau lihat?
- Hmm...buat masa ni tak pernah pergi atau dengar tempat yg pelik-pelik..cuma kalau di negeri Perak, nama tempat-tempat yg unik ada lah..contohnya Mambang Diawan, Layang-Layang, Lawan Kuda etc.

SOALAN 6
Kereta impian anda?
- Malu nak cakap...angan-angan tinggi sangat ni...Ferrari...hehe

SOALAN 7
Rumah impian anda?
- Rumah banglo semi-D yg ada badminton court (",)

SOALAN 8
Negara yg ingin anda lawati?
- Teringin sgt nak pergi KOREA..!!

SOALAN 9
Kenalkan Kancil8349 pada satu blog yg baik?
- Hmm..kebanyakan kawan-kwan blog ni adalah kawan-kawan Kancil8349 juga...jadi confuse nak kenalkan blog yg mana. Mungkin blog Kisah Marina Fazli amat sesuai utk diterjah

SOALAN 10
Mengapa pilih blog tersebut?
- Selain dari entri-entri yg punya mesej yg menarik disampaikan kepada pembaca, blog Kisah Marina Fadzil ada banyak tutorial :)

SOALAN 11
Jika ada 5 bintang, kamu bagi blog Kancil8349 berapa bintang?
- nak bagi 3.5 bintang...boleh kan? hehehe...

Okay...siap sudah! Ini jawapan yg terlintas di fikiran aku masa aku tulis entri ni. Kepada cikgu Kancil8349, harap-harap berpuas hati ye..!!



Friday, 11 November 2011

Segmen Simple : Nasz Ajak Baca Post Pertama Saya

Klik banner atas ni untuk join (",)

Assalammualaikum W.B.T

Selamat Pagi semua...!!

Rasanya ini kali pertama aku join segmen Nasz. Segmen-segmen yg sebelum ni bukanlah tak nak join. Tapi, masa yg kadang-kadang tidak mengizinkan.

Segmen ni memang tersangat simple. Tentang post pertama aku. Haa, untuk sesiapa yg masih belum baca post pertama aku untuk blog ni, hari ni la peluangnya korang nak baca. FAMILY. Itulah topik pertama yg terlintas dalam kepala otak aku masa mula-mula aku nak rasmikan penulisan aku dalam blog ni.

Family atau keluarga. Semua orang ada keluarga kan. Ada mak, ayah, abang, kakak dan adik-adik. Yg berbezanya adalah hubungan kekeluargaan tu. Bagi aku, dalam situasi apa pun...family come first. Jadi, sebab tu aku memilih untuk menulis tentang keluarga aku sebelum aku mengorak langkah menulis isu-isu lain pula.


Sesiapa yg 'berkenalan' dengan family aku, boleh la klik link kat atas ni ye (",)

Siap!!

Tuesday, 8 November 2011

3nogr33ny Kenakan Hamba!!

Hari ni baru ada kesempatan nak menjawab soalan yg di tag oleh 3nogr33ny. Sorry ye..lambat pula nak buat entri ni. Selain dari ketandusan idea, rasa teruja bercuti 3 hari yg lepas membuatkan proses-proses peng'update'an blog menjadi agak perlahan (",)

Okay. Di bawah ni tersedia 11 soalan yg patut aku jawab.

Soalan 1
1. Tuan hamba terdengar orang mengumpat diri tuan hamba.. tindakan tuan hamba..??
Hmm, pernah dengar orang mengumpat...berkali-kali. Tapi, masa tu buat tak tahu je. Pasang telinga. Lepas tu, ambil semua point yg diorang umpatkan, sindir balik diorang bila ada peluang..huhu

Soalan 2
2. Sejujurnya tuan hamba pernah mengumpat tak..?? Kalau pernah, apa yg diumpatkan..??
Err..kantoi di sini! Sejujurnya memang pernah. Mengumpat artis-artis jelah pun. Kawan-kawan..?? Hmm, kalau kategori bercerita tentang diorang dianggap mengumpat, maka mengumpatlah jadinya

Soalan 3
3. Semulusnya...tuan hamba ego tak..??
Yes, I am! Ego bertempatlah. Bukan semua perkara perlukan sikap ego ni. Selalunya ego ni wujud bila berdepan dengan suasana yg memerlukan pertahanan maruah diri..eh, ye ke..?? hahaha...yelah tu

Soalan 4
4. Berapa kali tuan hamba pernah bercinta dan putus cinta..?? Dan sebab putus..??
Tolak yg sekarang ni, baru sekali jelah. Itu yg betul-betul serius bercinta. Yg lain-lain tu sekadar teman tapi mesra (",) Jadi, kiranya baru sekali juga la putus cinta. Putus sebab tentangan keluarga...wallahu'alam

Soalan 5
5. Tuan hamba memilih kahwin pilihan sendiri atau pilihan keluarga..?? Sebabnya..??
Kahwin pilihan sendiri. Sebab nak mengelakkan diri dari menyalahkan orang lain jika berlaku masalah rumahtangga...hehehe

Soalan 6
6. Tuan hamba berubah perwatakan tak dari zaman sekolah hingga sekarang ni...?? Sebab berubah..??
Hmm, tak banyak yg berubah. Masih banyak cakap macam dulu. Masih 'gila-gila' macam dulu. Masih happy go lucky macam dulu. Yg berubah cuma rasa yakin terhadap diri sendiri je. Dulu-dulu selalu rasa tak yakin dengan diri sendiri. Sekarang, alhamdulillah. Perubahan yg positif dan perlu sebab nak menjadi lebih maju dalam hidup :)

Soalan 7
7. Andai keluar berjalan-jalan...tuan hamba memilih untuk keluar dengan keluarga, kawan-kawan atau seorang diri..?? Kenapa..??
Kalau balik kampung, memang lebih suka keluar dengan ahli keluarga. Sebab itu saja masa yg ada untuk spend dengan diorang. Kalau di tempat sendiri, lebih selesa keluar seorang diri. Sebab..?? Dylla Abas is a Lone Ranger!!

Soalan 8
8. Jangan tipu tau...tuan hamba mesti pernah gaduh dengan keluarga...sebab apa ye..??
Hehehe..mestilah pernah. Sedangkan lidah lagi tergigit...chewah, bermadah pula Dylla oii!! Pernah gaduh besar dengan abang sampai berbulan-bulan tak bercakap. Puncanya sebab hal kereta je...

Soalan 9
9. Sekiranya tuan hamba tersedar yg tuan hamab berjalan semasa tidur dan ramai pula yg menyaksikannya...ap yg tuan hamba nak buat..??
Walaupun tak pernah jadi, tapi rasanya kalau jadi, teruskan je berjalan sambil bercakap-cakap tentang sesuatu yg kurang logik. Mesti orang tak ambil kisah sebab yakin yg kita memang berjalan dalam tidur...

Soalan 10
10. Setulusnya...kenapa tuan hamba sudi bersahabat dengan hamba...??
Sebab saya suka hijau!! Hehehe...tak la...sebab memang suka bersahabat dengan sesiapa pun. Dan akan jadi teramat suka bila sahabat tu ada perasaan yg sama dengan kita (",)

Soalan 11
11. Halaman hamba perlu pertambahan tak...apa dia..??
Hmmm, so far sangat suka halaman yg begini. Sejuk mata memandang...hijau je :) Tak perlu penambahan lagi kot buat masa ni. Halaman yg sekarang ni amatlah senang nak loading. Tak ambil masa yg lama dan itu merupakan sebab-sebab kenapa halaman tuan hamba ni suka diterjah oleh hamba (",)

p/s : akhirnya terjawab sudah 11 soalan ni...perghhh!




Thursday, 3 November 2011

Idea Sudah Datang

Okay. Sila klik [SINI] untuk mengetahui kenapa tiba-tiba aku buat entri ni. Sebenarnya, sebelum ni aku telah di tag oleh Gen2Merah untuk menjawab soalan-soalan yg mencabar minda tu. Tapi, syarat segmen tu : the tagged one should tells 11 things about her/himself and answer the tagged question AND create another 11 question to tag another BLOGger.

Aku dah jawab 11 soalan tu. Jadi, hari ni aku nak beritahu 11 perkara tentang diri aku (",)

1. Tengah drive - rela menyanyi dan layan suara sendiri dari mendengar lagu-lagu dari radio

2. Tengah makan - mesti nak cari sesuatu sebagai bahan bacaan walaupun selalu kena marah dengan mak, tak elok membaca sambil makan

3. Tengah marah - minum air kosong banyak-banyak untuk mengurangkan rasa marah tu

4. Tengah lapar - sanggup keluar tengah-tengah malam cari sesuatu untuk dimakan, tak sanggup tidur dengan perut yg berkonsert

5. Tengah tidur - cepat tersedar kalau ada gangguan...tapi takkan marah dengan gangguan tu (",)

6. Tengah fokus - mengamuk bila ada yg cuba nak menyibuk!

7. Tengah membaca - abaikan semua perkara dan akan cuba habiskan bacaan dalam satu hari

8. Tengah bersedih - istighfar dan selawat banyak-banyak (dalam hati) agar perasaan sedih tu berkurangan...tak pun ambil wudhu' dan mengaji

9. Tengah runsing - layan gambar-gambar yg ada dalam handphone

10. Tengah berbual - lebih suka mendengar dari bercakap, sebab bila dah dapat bercakap susah nak berhenti..hoho :p

11. TengahHARI - suka TIDUR...hahaha!!


Siap! Okay...kat bawah ni pula disediakan 11 soalan dan bakal mengTAG sesiapa yg berkenaan. Siapa yg nak kena tag tu..?? Tungguuuuuuuu (",)

Soalan 1
Kamu sedang lapar, tapi duit ada rm1 je...kamu??

Soalan 2
Kamu tengah memandu kereta/menunggang motor di kawasan perkuburan di tengah malam, tiba-tiba kenderaan kamu terasa berat...kamu??

Soalan 3
Kamu masuk bank yg ada 2 kaunter. Kaunter 1, seorang gadis/jejaka awal 20-an. Kaunter 2, seorang wanita/lelaki awal 40-an...kamu??

Soalan 4
Kamu dikehendaki untuk menjadi saksi bagi sesuatu kes, tapi kamu tidak mempunyai sebarang bukti....kamu??

Soalan 5
Kamu tengah nyenyak tidur, tiba-tiba bunyi panggilan telefon pula mengganggu...kamu??

Soalan 6
Kamu sedang menukul penyangkut baju di belakang pintu dalam bilik, tiba-tiba ada orang menolak pintu itu dari luar...kamu??

Soalan 7
Kuasa yg kamu idam-idamkan ada pada diri kamu...kenapa??

Soalan 8
Kamu tengah sibuk berBLOGging, tiba-tiba bos lalu di belakang dan nampak perbuatan kamu...kamu??

Soalan 9
Siapa yg kamu impikan untuk menjadi teman wanita/lelaki kamu...kenapa??

Soalan 10
Kamu dapat sebuah kereta yg menjadi idaman kamu selama ini...kamu??

Soalan 11
Sikap kamu yg paling kamu tak suka dan bagaimana kamu nak perbaikinya...??

Soalan-soalan ni tak la susah sangat kot. Rasanya takde soalan yg nak mengenakan orang walaupun niat asal tu memang nak kenakan orang..huhu. Okay, nama-nama yg di bawah ni sila la jawab soalan-soalan kat atas ni ye...Good Luck!!

**walaupun tak boleh tag balik, tapi tetap nak tag cikgu gen2merah ni..hoho..

Monday, 31 October 2011

I've been TAGGED by Gen2Merah

Malam Sabtu hari tu, sebelum aku keluar makan bersama 2 orang teman serumah ** kira teman serumah la sebab aku menumpang rumah dia kan..huhu.. sempatlah buka blog kejap. Tiba-tiba mata terpandang di ruangan komen oleh Gen2Merah yg aku telah di tag oleh dia untuk menjawab soalan-soalan yg bakal mencabar minda.

Malam tu tak sempat buat. Hari ni baru ada kesempatan nak menjawab. Segmen ni datangnya dari BLOGger Jue n Hani yg bernaung di bawah blog Berdua Lebih Baik. Terus terang cakap, tadi baru pertama kali aku masuk blog mereka. Menarik (",)

So, sekarang ni bersiap sedia la dengan jawapan super hebat dari aku..hoho :p ** erk, hebat ke???

1. Jika selipar kamu hilang sebelah semasa berjalan di bandar...kamu..??
Hilangkan yg lagi sebelah...fashionista..huhu :)

2. Jika kawan anda terjatuh dalam longkang...anda..??
Ketawa dulu. Lepas tu baru pura-pura tanya apa yg jadi. Lepas tu baru tolong...hahaha

3. Kamu tengah makan, tiba-tiba orang di meja sebelah termuntah di makanan kamu...kamu..??
Biarkan dia muntah sampai habis. Lepas tu tanya keadaan dia okay atau sebaliknya. Kalau dia dah okay, suruh dia ganti balik makanan tu. Kalau dia masih tak okay, paksa dia habiskan makanan yg dia dah muntahkan tu..biar dia terus muntah dan muntah lagi...yarkk!!

4. Sedang membeli-belah di pasar, seorang peminta sedekah meminta duit sambil menarik baju kamu...kamu..??
Sedekahkan duit kepada dia sambil berpesan dengan suara yg amat lemah-lembut, "bang/kak...lepas ni kalau minta sedekah jangan tarik-tarik baju orang macam ni...orang tak suka tau..."

5. Tengah syiok duduk-duduk minum teh, tiba-tiba adik kamu datang nak korekkan hidung kamu...kamu..??
Layankan aje...hahaha

6. Seluar kamu terkoyak ketika kamu membuat ucapan di khalayak ramai...kamu..??
Buat ayat cover malu, "tuan puan sekalian, janganlah beli barangan tiruan seperti seluar saya ini. Tengok hasilnya..mulut saya yg bercakap, seluar pula yg terkoyak. Sungguh tidak berkualiti!!"

7. Tiba-tiba ada orang nak tahu warna seluar dalam kamu...kamu..??
In-return, tanya seluar dalam dia warna apa dulu. Lepas dia jawab, tinggalkan je dia sorang-sorang...gilo, warna seluar dalam pun nak tahu!

8. Anda termakan cacing yg disangkakan mee goreng...anda..??
Sedapnya...maveles!! hahaha...

9. Kamu tak tahan nak buang air besar ketika jalan sesak...kamu..??
Err...kena bagi tahan juga walaupun tak tahan. Dulu-dulu ada makcik pernah bagi petua, kalau tak tahan nak buang air besar sebut "kepala bontot, kepala bontot" sambil tangan memegang bontot ketika sebut kepala dan pegang kepala ketika sebut bontot... ** pernah cuba petua ni...TAK JADI pun!!

10. Bf/Gf kamu tiba-tiba menengking kamu di depan pasaraya...kamu..??
Buat-buat tak dengar dan minta dia ulang berkali-kali. Mungkin ada yg sangka kita pekak. So, takde la malu sangat kena tengking ** hakikat sebenar rasa nak tengking balik je...

11. Kamu dikejar anjing ketika sedang bersiar-siar di taman permainan...kamu..??
Masa ini la nak test masa untuk lari pecut 100m...tengok, boleh lawan Watson Nyambek tak..huhu

Siap!! Tapi, takde idea la nak sediakan 11 soalan untuk tag blogger lain pula. Nanti bila dah ada idea baru buat la ye. Maklumlah, Isnin...otak tengah tepu lagi ni akibat bercuti 2 hari (",)

p/s : Good Morning BLOGgers!!






Monday, 24 October 2011

Segmen Kancil 8349 : Kartun Animasi Yg Paling Korang Suka

Segmen lagi...!!!

Rasa macam dah lama tak join segmen ni. Kali ni nak join segmen yg dibuat oleh cikgu Kancil 8349 pula. Pertama kali join segmen anjuran cikgu ni (",)

Nak join sila klik SINI

Dulu, masa kecil-kecil la, aku sangat sukakan kartun animasi DORAEMON. Alah, mesti ramai juga yg suka kartun animasi ni kan..?? Bagi aku kartun ni selain dari menghiburkan, terselit juga beberapa pengajaran yg boleh diguna-pakai. Aku mula sukakan kartun Doraemon ni sejak umur aku 11 tahun. Wahhh, lama juga tu!! Tak puas dengan menonton kartunnya, aku beli juga majalah Doraemon yg masih aku simpan hingga ke hari ni. Watak dalam kartun animasi ni yg paling aku suka dah tentulah si Doraemon tu. Benda bulat berwarna biru yg sangat takutkan tikus.

Google

Selain dari kartun animasi Doraemon, aku juga sukakan kartun Transformer (yg sekarang ni dah diadaptasikan menjadi filem sebenar..!!) Dan seharusnya watak Optimus Prime itu menjadi pujaan hatiku..hoho :p Aku dah lupa berapa usiaku ketika itu. Tapi, aku tak lupa, rancangan kartun Transformer tu menjadi kegilaan aku dan adik-beradikku yg lain ketika kami masih lagi bersekolah rendah. Aku pernah juga berangan, kalau la aku ni lori betina ** eh, ada ke..??? dah tentu aku akan memilih Optimus Prime menjadi pasangan aku...hahahaha, gila!! Bagi aku, watak Optimus Prime tu sangat macho la!!

Google

Ada satu lagi kartun animasi yg aku suka...Dash Yankuro!!! Sesiapa yg pernah gila main kereta kontrol Tamiya tu, pasti tahu kartun animasi ni (",) Aku dan adik-beradikku memang sukakan kartun ni sehingga kami sanggup menghabiskan duit belanja sekolah untuk membeli permainannya. Aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengan kartun ni, tapi setiap kali aku menyaksikan kartun animasi ni, pasti aku akan rasa berdebar-debar. Macam aku pula yg berada di situasi tu...hehehe

Google

Hehehe..jadi, inilah kartun animasi yg paling aku suka masa zaman dulu kala. Sampai pernah bergaduh dengan abang dan adik-adik lelakiku kerana kartun-kartun ini (",)

p/s : kenangan mengusik jiwa...!!




Wednesday, 28 September 2011

Lulu Caldina's Segment : Jom Tambah Follower



Selalu nampak nama Lulu Caldina ni di mana-mana page BLOGger
Selalu jadi silent-reader je kat blog dia
Hari ni terasa nak join segmen dia la
Sesiapa yg nak join sila klik banner cute kat atas tu ek
Peminat-peminat The Blues harus la join kot :p
Tapi..maaf, aku peminat Red Devil (hahahaha...)

Thursday, 18 August 2011

GA : Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com

Klik banner untuk join ye (",)
Pagi-pagi on9 dah nampak tag message dari cikgu Abby (",)
BTW, thanks Abby sebab tag saya
Tak pernah join GA punya segmen..best gak ni

Okay, nak tag 4 orang ni la :

Kalau rasa-rasa berminat join la :)

Wednesday, 17 August 2011

Segmen : Jom Kenal dan Tambah Rakan BLOGger

Aktiviti yang paling disukai kalau dah takde idea nak buat entri apa..huhu :p Tadi, masa BW, ternampak segmen ni kat blog NASZ. So, saja la join. Isi masa lapang dan boleh tambah kenalan dari kalangan BLOGger kan..?

Okay BLOGger..kepada sesiapa yang nak join, sila klik banner kat bawah ni :


Dah buat tajuk entri macam kat atas tu, dah letak header Skytech Belog ni, buat la rumusan sikit mengenai blog sendiri. Macam kat bawah ni :

Nama panggilan BLOGger : DyLLa
Tarikh mula berBLOG : 22 Oktober 2010
Rakan BLOGger terkini : 46 (je..)
Target tambah rakan BLOGger : 15 (lagi banyak lagi bagus :p)

Tu je. Senang kan..? Cepat, mudah dan berkesan. Eh, berkesan ke..? InsyaAllah berkesan kalau korang rajin BW. Cepat-cepat join. Sebab due sampai malam ni je pukul 11.00pm..!!

p/s : jangan lupa tinggalkan link kat ruangan komen Skytech Belog..okay..??


Tuesday, 9 August 2011

ISTANA BIRU nak berkenalan

Assalammualaikum BLOGgers..!!

Klik Banner kat atas bagi sesiapa yg nak tambah kenalan (",)

Al-kisahnya, pagi tadi blogwalking Permata Biru, ternampak la segmen ni
Hari tu memang ada terbaca entri segmen yg cik PERMATA BIRU dah janji nak buat
So, bila dia dah buat ni terasa la nak join
Nak tambah kenalan, selain dari nak mengaktifkan diri dalam dunia BLOGging ni

Untuk sesiapa yg tak pernah pageview aku sebelum ni :
Nama aku yg sepenuhnya adalah NOR DALILA ABAS
Tapi, korang boleh panggil Dylla je
Ada juga budak-budak kat ofis ni panggil kak Dil (untuk adik-adik je tau..)
Asalnya, mak aku nak letak nama aku Farah
Tapi, entah macam mana masa sampai tempat pendaftaran tu lain yg jadi
Ayah aku tiba-tiba terasa nak letak nama lain
Dalam kepala otak dia, terlintas nama Nor Dalila
Yang Bermaksud : Cahaya Petunjuk
Aku suka sangat nama ni (sebab masa kecik tak boleh komplen apa-apa)
Ada maksud yang sangat baik
Walaupun aku ni tak la baik sangat
Sedang dalam proses untuk memperbaiki kelemahan diri..insyaAllah

Sifat-sifat baik yang ada dalam diri..??
Periang - selalu hepi kan diri sendiri untuk bagi org lain hepi
Penyabar - kadang2 tak sabar juga
Pemaaf - walaupun ada kalanya dah maaf tapi tak lupa
Berdikari - mesti la..SINGA!!
Pendengar yang baik - selalu jadi tempat meluahkan perasaan (",)
Setia - urghhh..statement!! hehehehe..

Sifat yang sebaliknya pula :
Panas baran - sebab tu kat atas aku tulis kadang2 tak sabar
Degil - selalu tak nak dengar cakap orang
Sensitif - cepat terasa hati..kuat merajuk..hoho :p
Selalu ada rasa syak wasangka - susah kan..??

"Kita adalah manusia yang tak sempurna. Walau apapun kelebihan dan kekurangan kita, kita akan saling melengkapi sesama sendiri"

p/s : jom la kita kenal-kenal (",)


Monday, 8 August 2011

Contest Baby Cute With Baju Melayu/Kurung

Klik Banner utk join (",)

Aku tak tahu la kenapa, tapi setiap kali aku blogwalking Cik Firah, mesti ada contest yang buat aku terasa nak join. Kali ni contest utk baby cute berbaju melayu/kurung. Tapi, aku hanya dapat attach gambar anak buah aku memandangkan aku takde anak sendiri (belum kawen daa..huhu :p)

Muhammad Azeem Rusyaidi
Gambar ni diambil pada Hari Raya pertama tahun lepas. Macam-macam pose yang dia buat. Tapi, aku rasa ni paling best kot. Harap-harap juri suka la ya. Kalah menang tak penting. Aku cuma nak memeriahkan majlis je (",)

Nama : Muhammad Azeem Rusyaidi bin Fakhrur Razi
Umur : 3 tahun
Nama ibu : Sazida binti Hj Isa

p/s : Pinky Momma dan Puan Azlina (Moglie's Page), sila la join contest ni ye..!!!

Wednesday, 3 August 2011

SEGMEN : Jom Join Blogger Sempoi..!!

Klik banner kat atas ni kalau nak join (",)
1. Buat tajuk entri “ Segmen : Jom Serbu Blogger Sempoi “.
2. Letak gambar di atas.
3. Nyatakan dari blog mana anda menemui entri ini.
4. Senaraikan juga semua blog di bawah pada entri anda.
5. Sertakan syarat-syarat ini di blog anda.
6. Dah siap, tinggalkan link entri pada ruang komen.
7. Blogwalking ke blog-blog di bawah dan tinggalkan komen beserta pautan entri anda.
8. Tarikh tutup segmen :- 8 OGOS 2011
Blogger Sempoi :-
Okay..1st time nak join group ni. Aku sempat jengah cik permata biru tadi. Ternampak lak entri ni. Terasa nak join dan kenal-kenal dengan BLOGgers sempoi ni (",)
p/s : jom kita BLOGWALKING..!!