Pages

Showing posts with label Ramadhan 1432H. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1432H. Show all posts

Saturday, 3 September 2011

Penutup Diari Ramadhan 1432H

Alhamdulillah. Hari ni baru ada kesempatan untuk buat diari penutup ni. Patutnya nak buat masa malam raya. Tapi, diari tu pun dah stop masa Ramadhan ke-26 (",)

Bila aku view balik diari Ramadhan aku tu, macam-macam cerita sebenarnya yg dah berlaku sepanjang bulan Ramadhan yg lepas. Ada suka. Ada duka. Yg pasti, bulan Ramadhan 1432H ni yg buat aku betul-betul aktif sebagai BLOGger. Macam-macam segmen aku join, walaupun tak berkesempatan nak join semua. Dari segmen-segmen tu, aku dapat kenal dengan BLOGgers lain. Dapat ikuti perkembangan dunia blog. Dapat share suka duka BLOGgers lain. Best kot. Dapat experience. Mahal tu.

Lepas ni, aku akan terus menulis. Walaupun dah takde diari Ramadhan tu lagi, tapi blog aku ni sendiri dah macam diari. Bukan diari personal tau. Kalau diari personal susah la pula nak share dengan orang lain. Malu la I..huhu :p


p/s : thanks to all BLOGgers yg support aku untuk terus menulis (",)

Saturday, 27 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 26

Eh, 26 hari dah..?? Betul ke ni..? Betul la Dylla. Memang dah 26 hari kita semua berpuasa. Wahhhh, dah nak raya la!! Hehehe

Tadi, buka puasa dengan kawan ofis lama. Lama dah tak jumpa dia. makin berseri-seri pula kawan aku yg seorang tu. Dari jauh dah nampak dia tersengih-sengih. Sebenarnya jumpa dia sebab nak ambil kuih raya je. Aku terlupa langsung yg aku ada order kuih raya dengan dia. Nasib baik dia ingatkan. Kalau tak, kempunan la aku nak makan tat nenas tu. Makcik dia buat sedap tau (",)

Lepas buka puasa kononnya nak pergi tengok-tengok baju raya. Tapi, tiba-tiba plan bertukar bila sang bf ajak main bowling. Sebenarnya aku yg gedik nak main..hahahaha. Sampai 8 frame seorang kami main. Haa...amik kau!! Nak sangat main bowling. Sakit pinggang aku. Dah lama kot tak main bowling.

Esok dah last day kerja. Barang nak bawa balik kampung belum packing lagi. Petang esok nak singgah rumah mak kat Bukit Beruntung dulu. Alahai, kalau la aku tak tinggalkan kain ela tu kat sana, mesti dah siap baju raya aku tau. Alamatnya, kena rushing la menjahit baju tu. Adesss...

Lepas tu, baru la dapat teruskan perjalanan ke Slim River. Dekat je. Kalau boleh nak sampai sana sebelum berbuka puasa. Bestnya dapat buka puasa dengan family lagi (",)

p/s : Selamat balik kampung untuk semua BLOGgers...!!!

Friday, 26 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 25

Selamat malam semua...!!

Malam ni dapat update 'diari' awal sikit. Sepatutnya memang kena update tiap-tiap malam pun kan. Aku je yg selalu nak lajak sampai pagi baru nak update...ngee :p

Hari ni kat ofis dah terasa sepi. Nak kata ramai yg dah bercuti macam tak juga. Nampak je kereta diorang park kat depan ofis ni. Tapi, orangnya yg tak nampak-nampak. Aku pula hari ni pagi-pagi lagi dah kena 'kejar' dengan PD, tanya pasal subcon punya hal. Adesss...cepat la cuti. Tension dah aku kat ofis ni. Asal datang ofis je, kena 'kejar'. Tak sempat nak ambil oksigen!!

Lagu raya pun dah berkumandang sana sini. Kuih-kuih raya dah berlonggok-longgok tunggu disambar oleh pembeli. Aku tengok harga kuih raya tu masih mahal lagi. Selalu kan dah hujung-hujung macam ni harganya mesti turun sikit. Time tulah baru aku pergi beli..hehehe

Aku sebenarnya nak cerita pasal tarawih. Tapi, malu nak cerita sebab dah banyak hari aku miss. Tarawih kat rumah je. Biasa la kan...dah buat kat rumah, ekspress!! Bukan apa, tiba-tiba teringat kenangan tarawih tahun lepas. Masa tu housemate aku ramai. Ada 5 orang. Selalu kami memang pergi tarawih sama-sama la. Ada sekali tu, lepas tarawih ada moreh. Aku tak pasti makanan apa, sebab aku dah balik awal. Tak tunggu untuk solat witir.

Aku sampai rumah, terus lepak-lepak depan tv. Layan cerita apa yg patut, balik la housemate aku yg lain-lain tu. Sekali si Puspa bawa roti jala sekali dengan pinggan surau daa...!! Aku punya gelak, tak cover dah. Yg lain-lain pun gelak sekali. Diorang siap cerita kat aku macam mana si Puspa tu boleh berniat nak bawa sekali pinggan surau.

Adesss...yg bestnya, aku rasa pinggan surau tu sampai sekarang ada lagi kat rumah aku. Tak tahu la bila nak pulangkan balik :)

Hmmm..dah 25 Ramadhan pun hari ni. Alhamdulillah. Kalau panjang umur, esok kita akan teruskan dengan Ramadhan yg ke-26 pula. InsyaAllah. Makin lama makin cepat masa berlalu. Bila masa tu berlalu terlalu cepat, maksudnya aku pun menua dengan cepat sekali la ye..?? Erkk..??

p/s : Selamat menghabiskan puasa BLOGgers...!!

Wednesday, 24 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 24

Assalammualaikum dan selamat malam BLOGgers...!!

Tak sangka dah 24 hari kita semua berpuasa kan. Cepatnya. Tak sampai seminggu je hari kemenangan akan menjelang tiba. Ada juga rasa sedih dan sayu mengenangkan Ramadhan yg bakal berakhir ni.

Sepanjang Ramadhan ni, macam-macam yg aku belajar. Di alam nyata dan juga di alam maya ni. Macam-macam kerenah manusia. Yg baik tu memanglah aku jadikan idol. Yg buruk tu..?? Ish, aku pun tak la baik sangat. Tak payah dok mengata buruk orang lain.

Yg pasti, rezeki Ramadhan tahun ni, alhamdulillah, tak mengecewakan (",) Rezeki apa tu..?? Hehehe.. macam-macam la. Bonus. Makan-makan free. Hmm.. macam-macam lagi la.

Contoh terbaik, hari ni la. Buka puasa tadi, bos belanja makan seafood lak. Wow..best!! Memang sedap walaupun aku tak nafikan ada rasa kecewa sikit dengan menu ketam. Padahal aku yg order ketam tu. Cheezy Crab. Tapi, aku yg tak boleh makan. Rasa muak pula makan ketam dengan cheese. Tapi, tengok kawan-kawan makan okay je. Adessss...

p/s : apa pun, thanks to Mr.Ooi. Lainkali boleh belanja kami lagi :)

Diari Ramadhan Dylla : Day 23

'Diari' lambat update lagi
Ni semua gara-gara buka puasa kat luar
Menyebabkan perut jadi sangat penuh
Mata pun jadi sangat berat
Dan dapat lena dengan cepat


Alhamdulillah...rezeki semalam..pizza hut
Tak pernah aku dan kawan2 dapat makan habis
Selalu makan pizza mesti ada balance untuk tapau balik
Tapi semalam..habis LICIN...!!!
Perghhhh..semalam mesti lapar gila ni
Siap order side dish lagi...pun habis gak
Tu pasal la senang tidur
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati..huhu :p

p/s : bosan je tengok kawan shopping baju raya...aku tak shopping pun :(

Monday, 22 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 22

Okay. Tutup cerita pasal birthday. Dah ada banyak entri hari ni asyik tulis pasal birthday je. Aku sendiri muak nak baca. Apatah lagi orang lain. Sori la ye kawan-kawan. Kadang-kadang aku ni suka tersyok sendiri. Kalau tak nak baca, takpe je. Tapi, tak payah la nak kutuk-kutuk ye...peace!!



Hari ni berbuka puasa di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. Dah lama gile aku tak datang sini. Cheh, macam selalu sangat makan kat hotel. Maksud aku, dulu masa aku kerja kat Shah Alam, selalu juga la makan kat hotel ni atas belas ihsan supplier mengeluarkan duit poket mereka demi menampung keperluan perut aku yang kadang-kadang agak melampau seleranya...hehehe

Aku tak ingat la hotel ni berapa bintang. Rasa bukan 5 star. Tapi, sekarang tak tahu la kalau dah upgrade jadi 5 star kan. Tapi, aku suka makan kat sini. Makanannya memang best la. Macam-macam ada. Rasanya hampir 95% tak menghampakan.

Menu favourite aku setiap kali makan kat sini...sushi!!

Alhamdulillah. Rezeki hari ni memang mengenyangkan. Berani kau cakap tak kenyang, Dylla!! Berapa banyak subcon tu bayar tadi. Hehehe, sorry Tuan Syed...memang kenyang. Kenyang sangat sampai rasa nak terlelap dah kat table tadi :p

Dan Alhamdulillah juga sebab kita semua dah berjaya menyempurnakan puasa untuk hari yang ke-22. Bagi yang tak sempurna tu, sila cari masa lain untuk qada' semula, okay (",)

p/s : cont with new entri tomorrow...


Diari Ramadhan Dylla : Day 21

Lagi 4 minit je nak pukul 3.00 pagi. Mata aku segar bugar ni. Siang tadi nak kata banyak tidur macam tak juga. Tapi, tak tahu la kenapa mata ni tak boleh nak lelap.

Anjing jiran kat belakang ni asyik menyalak je. Tension betul aku!! Tak pernah senyap. Asal tengah malam je mula la buat konsert amal. Gilo punya anjing!! Anjing-anjing lain kat sekitar taman ni takde la gila sangat macam anjing jiran aku ni. Apalah nasib. Dulu, dah pernah sound kat jiran, "uncle,you punya anjing sangat bising lor..saya tak boleh tidur maaa.." Seminggu je anjing dia senyap. Lepas tu memekak balik. Ada gak niat di hati nak beli senapang patah. Tapi kang jadi pembunuh lak aku :p

Dah masuk 22 Ramadhan 1432H, 22 Ogos 2011. Maksudnya usia aku bertambah lagi. Wahhh, makin pendek umur aku ni (",) Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang kat aku untuk bernafas dengan sangat selesa sehingga ke hari ini. Entah bila pula nafas aku akan terhenti. Erkkk..??

Eh, tetiba senyap lak anjing ni. Macam tahu-tahu aku tengah tension. Hahahaha..bagus..!!

p/s : Nite BLOGgers...!!

Saturday, 20 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 20

Masa semakin pantas berlalu. Dah selamat 20 hari kita berpuasa. Alhamdulillah. 10 malam terakhir ni kata orang malam yang dinantikan. Ye ke..?? Malam Lailatul Qadar...?? Bertuah kepada sesiapa yang pernah menemuinya.

Hari ni memandangkan aku tak berapa sihat, jadi aku terpaksa buat entri awal sikit. Lepas ni nak makan ubat dan pergi tidur. Siang tadi doktor ada tanya larat ke nak puasa..? Alhamdulillah. Habis juga puasa aku hari ni (",)

Siang tadi mak call. Dia tanya aku balik tak minggu ni. Jawabnya memanglah tak. Bukan tak nak balik.

1. Sebab aku tak sihat. Tak larat nak drive jauh.

2. Sebab minggu depan dah nak balik.

3. Sebab kesian kat housemate tinggal seorang. Yang lain semua dah balik.

4. Sebab memang takde plan nak balik pun :p

Tapi, mak tak kisah pun. Dia tahu kalau aku nak balik kampung tak payah disuruh-suruh. Kalau aku tak balik, ada hal lain la maksudnya tu. Bagus la mak ni...understanding..love u mom!!

p/s : jari dah tak dapat menari atas keyboard lagi ni....nite BLOggers..!!

Diari Ramadhan Dylla : Day 19

Alahai...semalam tak sempat nak update blog. Tak sempat nak buat entri. Tak sempat nak tulis 'diari' harian ni. Sebab...?? Sebab aku tak sihat la. Tidur awal gila semalam. Lepas solat terus lena. Sedar-sedar dah pukul 5.00 pagi. Bangun minum air, lepas tu tidur balik.

Beratnya rasa nak bangun pergi kerja. Adesss..rasa macam nak kena pergi klinik la. Badan rasa lemah semacam je ni. Dah lama ke aku tak demam ek..??

Semalam dah masuk hari ke-19 kita semua berpuasa. Alhamdulillah. Tak lama lagi dah menyambut hari kemenangan. Tapi, bila fikir balik, rasa sedih pula bila bulan Ramadhan ni dah nak sampai di penghujungnya. Sejak IRM meng'isu'kan tentang rakyat Somalia tu, aku rasa bulan Ramadhan kali ni betul-betul mengajar aku erti kelaparan.

Kat sana, bukan bulan Ramadhan pun mereka terpaksa berlapar juga. Kesian :( Pagi tadi, masa bangun pergi kerja, aku terpandang kat bawah tudung saji masih ada lebihan makanan berbuka puasa. Terus aku rasa lain macam. Membazir. Tu je yang boleh aku fikirkan. Kalau la aku tak tidur awal semalam, mesti makanan tu aku dah habiskan.

p/s : Dylla...lainkali jangan membazir lagi...!!


Thursday, 18 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 18

18 hari. Hari ke-18. Hmm...sekejap sangat rasanya. Tak sampai 2 minggu lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Rasa sayu pula. Ibadah aku dalam bulan Ramadhan tahun ni tak boleh nak dibanggakan langsung. Aish...apa nak jadi ni Dylla..??

Tadi, lepas kerja aku dan budak-budak rumah keluar ke Bandar Baru Sg Buloh. Buka puasa kat luar la hari ni. Si Zanx tu teringin pula nak makan KFC. Bak kata Mira, "Zanx tu time nak resign ni macam-macam pula dia mengidam.."

KFC...?? Alhamdulillah. Rezeki kami hari ni. Tapi, tengah makan tadi agak sentap kejap la. Teringat kat entri tentang rakyat Somalia yang aku buat siang tadi. Kalau diorang dapat makan KFC juga, mesti best kan..??

Ni aku punya - penggemar KFC original (",)

Ya Allah, betapa murahnya rezeki aku yang kau berikan. Aku bersyukur kepada-Mu. Dengan limpah kurnia dan rahmat-Mu, aku dapat hidup dengan selesa dan tenang di muka bumi-Mu ini. Kau kurniakan la nikmat yang serupa untuk seluruh hamba-Mu yang lain. Kasihanilah mereka seperti mana kau mengasihani diriku. Sesungguhnya, mereka di sana lebih memerlukan nikmat dari-Mu, Ya Allah. Amin.

Sebelum buka puasa tadi, kami ambil keputusan untuk solat Maghrib terlebih dahulu. Takut takde tempat untuk kami kat restoran KFC tu, sebab kami sampai sana pukul 7.00pm lebih. Aku tak pernah solat di surau bangunan The Store tu. Kira 1st time la ni. Masuk-masuk je, aku rasa teruja. Bukan sebab surau dia cantik. Bukan juga sebab surau dia unik. Dan sama sekali bukan sebab suraunya dipenuhi oleh muslimah lain.

Sebabnya, pertama kali aku masuk surau, dah siap terbentang sejadah di dalamnya. Impress. Mungkin korang pernah tengok la. Tapi, bagi aku, ini memang pertama kali dalam hidup aku melihat pemandangan begini. Rasa kagum. Hahahaha..mesti ada yang kata aku ni entah apa-apa. Hal macam tu pun nak kagum :p

Mungkin pemandangan biasa bagi korang
Tapi, aku rasa teruja dengan keadaan ni (",)

p/s : muhasabah diri seketika sambil mengenangkan nasib orang-orang yang kurang berkemampuan atau hidup dalam serba kekurangan...

Wednesday, 17 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 17

Eh, dah 17 hari rupa-rupanya kita berpuasa. Wahhh..dah nak raya. Saya suka..saya suka (",) Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan usia kita semua untuk terus menjalani ibadah puasa ni.

Teringat pula zaman kanak-kanak dulu. Waktu-waktu macam ni selalunya mak dah sibuk buat kuih raya. Dan aku pula akan sibuk untuk menyibuk kat dia..huhu :p

Dulu, cakap je kat mak nak kuih raya apa. Mesti mak akan buat. Kalau tak pernah buat pun, mak mesti usaha cari resepi untuk buat kuih tu. Ish, begitulah pengorbanan seorang mak terhadap anak-anaknya. Cheh, syahdu lak!!

Tapi, betul kan. Seorang mak akan sanggup buat apa saja asalkan dapat penuhi permintaan anak-anaknya. Tapi, sepuluh orang anak belum tentu dapat memenuhi permintaan seorang mak. Adess..petang tadi call mak. Rindu gila kat dia. Walaupun mak tengah tidur waktu tu, mak layan juga panggilan aku. Cuba kalau mak yang call tapi aku tengah tidur, kadang-kadang aku jawab, kadang-kadang aku suruh mak call balik. Ish, teruk betul aku ni jadi anak. Mesti mak kecil hati dengan sikap aku yang hampeh tu. Mak, ampunkan kakak ye :(

Bestnya kalau dapat buat kuih raya. Eh, tak habis lagi cerita pasal kuih raya tadi..hehehe :p Sambung balik. Saja je nak cerita. Dulu mak aku selalu buat kuih raya yang bermacam jenis. Dulu, kat dapur rumah kami mesti penuh dengan balang kuih raya. Macam-macam jenis ada. Yang moden. Yang tradisional. Kerepek. Keropok..eh, keropok takde..silap channel :) Masa tu paling best dapat menghadap mak buat kerja. Dia diam je. Fokus. Aku je yang berceloteh itu ini. Mesti mak bosan nak dengar aku bebel kan..? Tapi mak layankan je. Baiknya mak ni..!! Kenapa la aku tak boleh jadi baik macam mak..?? Ish, soalan..!!

Hmm..back to my real life..sigh!! Kat sini takde makna la nak buat kuih raya ye. Kuih tunjuk je. Menu buka puasa pun harapkan makcik-pakcik kat bazaar Ramadhan tolong masakkan. Tapi hari ini aku masak tau. Kan siang tadi dah janji dengan housemate nak masak gulai lemak ayam. Perghhh..sedap kot!! Hahahaha..masuk lif tekan sendiri nampak cik Dylla :p

Ni perut dah lapar balik. Tadi housemate cakap teringin nak makan roti canai. Pekena roti canai, kuah dal sambal dan teh tarik..ish, layan!!

p/s : sebenarnya mata dah ngantuk..tapi, larat ke nak tidur dengan perut berdangdut macam ni..??

Diari Ramadhan Dylla : Day 16

Pejam celik pejam celik..dah 16 hari kita berpuasa. InsyaAllah, 2 minggu lagi kita akan menyambut hari raya. Banyak perkara dalam kepala ni yang nak kena buat. Persediaan menyambut raya. Huh..

1. Servis kereta - wajib..!!

2. Beli baju raya - err..dah ada, cuma tak siap jahit lagi :p

3. Kuih raya - dah tempah 2 jenis..tapi macam nak tambah lagi. tamak tak..??

4. Duit raya - nasib baik anak buah ada 2 orang je..selamat :)

Ohh...4 perkara je yang memang betul-betul nak kena stand-by ni. Perkara yang tak boleh nak miss masa hari raya nanti. Perkara lain-lain yang tak berapa penting tu tolak tepi dulu.

Hmmm...siang tadi kat ofis agak sibuk la. Walaupun sempat buat 1-2 entri, tapi rasa tak senang duduk sebab kerja sangat-sangat banyak. Rimas pula aku rasa nak stay sini sampai hujung projek. Hahahaha...

Kat FB, banyak komen yang aku baca mengucapkan takziah untuk Mira di atas kehilangan ayahnya. Sempat la berbual dengan Mira dalam telefon lepas majlis pengebumian ayah dia pagi tadi. Suara dia macam dah okay. Tapi, dia mengadu hidup terasa kosong. Dia nak balik sini cepat. Aku tak bagi dia balik lagi. Aku minta dia temankan mak dia yang sedang bersedih hati tu. Dia pun tengah sedih. Jadi, sama-sama teman la kan. Aku tak boleh la nak datang sana selalu untuk temankan dia. Family dia yang lain-lain semua ada. Apa pula diorang cakap nanti.

Apa pun, hidup mesti diteruskan. Yang dah pergi tetap pergi. Kita yang hidup ni, tak boleh nak menoleh ke belakang lagi. Itu pesan aku pada Mira. Arwah ayah dia tentu tak mahu melihat mereka sekeluarga terus bersedih.

p/s : Ya Allah, kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah pakcik Jamal..aminn

Tuesday, 16 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 15

Assalammualaikum BLOGgers..

Rasa macam dah lama tak buat entri. Siang tadi agak sibuk la. Bos kecik dah pergi Manjung. Tinggal aku seorang nak arrange semua hal-hal kat site yang masih ada outstanding.

Tiba-tiba, seawal pukul 9.30 pagi, aku dapat call dari housemate aku (Mira) mengatakan ayahnya sakit kuat dan dimasukkan ke ICU Hospital Kuala Lumpur. Aku terus down. Aku yang down..?? Kenapa..?? Sebab, Mira ni baru je putus cinta. Sekali ayah dia sakit kuat pula. Aku dah takde mood nak buat kerja. Asyik terfikirkan dia. Dia tersedu-sedan dalam phone tadi. Aku terus buat keputusan nak pergi hospital.

Ditemani oleh kawan sepejabat (Fir), aku terus ke sana sambil memberitahu kepada beberapa orang kawan supaya berdoa untuk keselamatan ayah Mira. Sampai je, Mira dah tunggu kami kat depan pintu masuk Jabatan Kecemasan dan Trauma. Dia terus bawa kami tengok keadaan ayahnya. Aku tengok dari jauh je. Masa tu ada beberapa orang di sekeliling ayah dia. Aku nampak mak Mira. Mata dia merah :(

"Ayah sakit perut lepas sahur tadi. Masa Mira nak siapkan dia tadi, dia meracau. Mira takut kak Dila. Ayah cakap dia rasa dia dah nak pergi.."

Aku terus terdiam. Ya Allah, Kau tabahkan la hati kawanku ini. Aku temankan dia sampai pukul 3.00 ptg. Elok je aku sampai ofis, tiba-tiba Mira sms : "kak dila, doktor cakap ayah Mira ada masa sejam atau kurang.." Aku terus call dia. Bertalu-talu aku call. Tapi dia tak jawab. Aku dah risau. Terus aku decide akan ke hospital lagi lepas waktu kerja.

Aku cuba lagi, kali ini berjawab. "Kak Dila, ayah Mira dah takde..." Innalillahiwainnailaihiraji'un.

Ya Allah, berat dugaan yang Kau berikan kepada kawanku ini. Semoga dia akan terus tabah dan dapat kuatkan semangat. Bantulah dia untuk menemui kekuatan agar dia boleh teruskan hidup seperti sediakala.

p/s : puasa ke-15..hari yang muram untuk Mira..jangan bersedih ye, Mira...banyakkan sabar 

Sunday, 14 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 14

Selamat malam semua..!!

Dah pukul 11.15 minit malam ni. Memang sah mata aku masih segar lagi. Adesss..tau tahu pukul berapa lak boleh lelap mata jap lagi ** kena ada bahan bacaan tambahan jap lagi ni..nak layan mata..hehehe **

Semalam kes tak boleh tidur. Bukan tak boleh tidur sebenarnya. Semalam lepas balik dari buka puasa, aku terus dapat panggilan telefon dari sang bf. Dia nak jumpa. So, hantar housemate balik, aku terus pergi jumpa si dia. Nasib baik tak jauh sangat. Dari rumah aku dalam 15 minit perjalanan la.

Sampai sana je, dia terus buka cerita pasal majlis buka puasa yang dia attend sebelum tu. Bercerita tentang gelak-tawa kawan-kawan sepejabat dia la. Aku dengar je. Senyum sorang-sorang. Cheh..!!

Tiba-tiba dia tanya perihal housemate aku yang tengah jiwa kacau tu. Aku cerita sikit-sikit jelah. Malas nak cerita banyak sebab tak nak dikatakan penyibuk.

"Kalau kau boleh tolong nasihatkan dia, kau tolonglah nasihat. Aku dengan Izan dah mati kutu. Tak tahu nak nasihat macam mana lagi. Degil la dia.." aku cuba mengadu.

"Kau kena faham. Dia baru putus cinta. Mesti la mood tengah tak stabil. Kau suruh la dia buat apa pun. Dia takkan buat. Yang dia tahu sekarang ni, dia nak buat apa yang dia rasa. Kau teman la dia. Jangan biar dia sorang-sorang. Nanti makin teruk pula budak tu.." sang bf menasihat. Aku minta tolong dia nasihatkan housemate. Tapi, aku pula yang kena nasihat.

"Aku faham la. Aku dulu pun pernah putus cinta. Tapi, kena tahu la macam mana nak handle. Aku tak kata aku hebat sangat. Aku pun frust menonggeng juga Tapi, aku kuatkan semangat. So, dia pun kena buat macam tu juga la. Baru la cepat pulih.."

"Bukan semua orang ada jiwa yang kuat macam kau, Dylla. Aku masa frust dulu, 9 bulan ambil masa nak pulih. Bukan senang.."

"Ye..aku tahu. Aku tak kata jiwa aku kuat. Aku pun paksa diri. Lama-lama okay la. Mula-mula memang la sakit sikit. Lumrah alam kan. Semua orang akan melalui benda yang serupa.." aku masih tak puas hati, terus tegakkan pendirian aku.

"Kau ajak la dia datang sini. Nanti aku cakap dengan dia..." tiba-tiba sang bf meng'offer'kan diri nak tolong. Yes..!! Ini yang aku tunggu sebenarnya.

So, aku pun terus la call housemate yang terganggu jiwa dan raganya itu. Dia setuju nak berbual dengan sang bf aku. Borak punya borak tak sedar dah nak masuk waktu imsak. Kami terus bersahur. Lepas tu baru balik rumah ** sampai rumah dah azan subuh **

Haa..itulah al-kisahnya kenapa aku tak boleh tidur. Bukan tak nak tidur kan. Tapi, demi nak membantu teman yang sedang menderita putus cinta.

p/s : Mira, u'll survive..trust me..u can do it..!!

Diari Ramadhan Dylla : Day 13

** Sepatutnya entri ni ditulis malam tadi (",)

Hari ke-13 umat Islam berpuasa. Sedar tak sedar dah masuk 2 minggu pun. Alhamdulillah. Aku dah mula merancang nak pergi usya baju raya (eh,kata nak jahit baju raya sendiri tahun ni :p) Kuih raya pun dah tempah (mak dah pesan tempah beberapa jenis..adess..)

Nak cerita lagi tentang hal bos kecik aku. Last day dia kat sini, dia menangis. Kad yang kami buat untuk dia, kejap tu juga dia baca. Dia senyum-senyum je. Tapi, sampai kat part yang aku tulis, dia diam. Lama dia tenung kad tu. Aku nampak lama dia tengok dan berulang-ulang baca apa yang aku tulis. Tiba-tiba masa kami bising cakap nak tangkap gambar dengan dia, dia terus menangis. Aku terkejut. Alamak..!!

Memanglah aku pun sedih juga. Sebab lepas ni tak tentu lagi kami akan jumpa balik atau tak. Dia tinggalkan aku dengan beban yang sangat sedikit. Dia dah banyak settlekan outstanding yang ada. Aku takkan terbeban la dengan kerja-kerja kat sini bila dia tiada nanti. Lepas tu, 2-3 orang lagi turut menangis. Sedih dengan perpisahan ini :(

Ms.Kong, walau kat mana pun kita berada lepas ni, saya akan tetap kenang you sebagai boss yang paling best, yang paling sporting, yang pernah saya ada. Take care and keep in touch.

p/s : nanti aku cerita kenapa aku lambat update blog aku :)


Saturday, 13 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 12

Hmm..12 hari dah rupanya. 12 hari apa..?? 12 hari dah kita semua berpuasa. Selama 12 hari berpuasa ni, macam-macam juadah berbuka puasa yang aku dah makan. Macam-macam menu. Kebanyakannya menu dari tukang masak di bazar Ramadhan la (",)

Tapi, hari ni aku dah merancang nak masak asam pedas. Secara tak sengaja terjanji dengan housemate nak masak asam pedas tu masa kitaorang sama-sama pageview MAT GEBU. Tapi, hasilnya memang best la!! Aku ikut sebijik-sebijik bahan dan caranya. Jadi!!

Siang tadi kat ofis, bos kecik aku sakit gigi pula. Masa dia mengadu kata sakit gigi tu sampai rasa sakit kepala, aku senyum je. Dulu, masa aku sakit gigi sampai terpaksa m.c, dia hentam aku kot. Cakap aku sengaja ngada-ngada. Sekarang dia rasa pula. Haa, baru kau tahu macam mana heaven nya sakit gigi tu!!

Hehehe..tapi, aku tak la hentam dia balik. Aku siap risau lagi. Aku tahu sangat rasa sakit gigi tu macam mana. Macam-macam petua aku bagi. Tapi, dia tak nak buat. Adess..biarla orang degil..huhu :p

Sabtu (esok je..!!) dah last day dia kat sini. Alahai, sedih kot rasa. Sebelum ni, kalau dia bercuti seminggu dua balik Sarawak, aku tak rasa apa. Sebab aku tahu dia akan balik sini. Tapi, kali ni rasa lain. Sebab aku sendiri belum pasti akan ke Manjung atau tak. Walaupun dia cakap, "saya pergi sana dulu maa..later you'll follow la.." aku diam je. Senyum. Tak nak cakap apa-apa.

Ms.Kong, all the best to you. Thanks for everything, sorry for nothing. Good luck. May you have a great life there. Gonna miss you..!!

p/s : sebenarnya aku risau stay seorang kat sini nanti kerja banyak..hoho :p

Friday, 12 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 11

Dah masuk 11 hari dah kita berpuasa. Hmm..cepat betul masa berlalu. Hari ni kat ofis memang agak sibuk la. Banyak kerja yang masih nak kena siapkan walaupun projek dah nak siap. Paling tensen bila mengenangkan hiway dah launch..tapi kerja masih banyak!!

Tapi, takpe la. Bulan puasa kan. Bos kecik aku pun takde nak chase aku sangat. Banyak perkara yang dia tolong. Paling terharu bila dia sekarang sedang menghabiskan kerja-kerja yang akan di'hand-over'kan kat aku sabtu ni. Dia tak nak aku terbeban dengan kerja-kerja tu sebab kerja aku pun masih banyak. Rasa sedih la bila terpaksa dengan bos kecik aku ni. Walaupun dia agak cerewet (untuk kebaikan aku jugak la..) tapi dia seorang bos yang sangat sporting.

Sebagai teman, dia merupakan teman yang paling baik. Sentiasa ada masa aku susah dan senang. Bila aku ada masalah dia selalu bagi nasihat. Walaupun dia cina, tapi hati dia sangat baik. Mesti aku akan rindukan ketiadaan dia nanti. Ms.Kong..gonna miss you :(

Sebenarnya, hari ni aku banyak merayap juga. Tapi, pagi-pagi aku dah siapkan kerja. Lepas tu sempat buat 1-2 entri. Lepas tu aku dah ada di mana-mana. Hahaha. Berborak. Bergosip...oppsss, bulan puasa la Dylla!! Tengok katalog fesyen baju kurung terkini. Tengok sample kuih raya. Ish, banyak juga aktiviti aku hari ni. Patut la tak rasa bosan kat ofis (",)

Tadi, sang housemate yang masak untuk menu buka puasa. Esok dah turn aku. Diorang nak makan asam pedas lak. Dah la aku tak pernah masak asam pedas. Terpaksa la search kat google tu. Tak pun usya kat Mat Gebu jelah. Ada kot.

p/s : kena buat reminder untuk jadi 'chef' esok..huhu :p

Thursday, 11 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 10

Hari ni perut sangat penuh la. Burppp...hehehe..buruk perangai!! Alhamdulillah (",) Rezeki hari ni memang betul-betul mengenyangkan aku. Banyak sangat aku makan. Nasib baik tak mengantuk masa tarawih tadi.

Sambil-sambil FB, sempat la blogwalking jap tadi. Tapi, tak sempat nak komen apa-apa, tak sempat nak join BLOGgers. Bengang!! Bukan tak sempat la. Tapi tak boleh. Sebab internet malam ni sangatlah berkawan baik dengan sang siput tu!! Sabar jelah. Takpe. Malam ni update entri dulu. Esok aku terjah balik BLOGgers yang dah datang terjah aku tadi. Anyway, thanks korang :)


Tadi tak dapat nak dengar tazkirah. Keadaan perut yang penuh melampau memaksa diri balik sebelum ustaz sempat memulakan ucapannya. Sekali budak-budak rumah semua ikut balik. Hahaha..

Hari ni terasa agak bosan la. Pergi kerja pun tak banyak kerja nak buat. Nak update blog sepanjang masa pun takde idea nak tulis apa. Terjah BLOGgers lain pun, ada yang buat pc aku sangkut..!! Adess..serba tak kena la hari ni. Harap-harap esok tak jadi macam hari ni..amin.

p/s : Nite BLOGgers..!! Sweet dream...!!


Wednesday, 10 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 9




SEMBILAN. Ye kawan-kawan semua..dah 9 hari kita berpuasa. Alhamdulillah. Syukur ke atas nikmat-Nya kerana kita berjaya menunaikan ibadah puasa untuk hari ni.

Hari terasa cepat berlalu. Sedar tak sedar kita semakin jauh meninggalkan bulan Ramadhan. Bulan Syawal akan menjelma tidak lama lagi (moga Allah memanjangkan usia kita semua dan merahmati hidup kita..amin)

Pelbagai persiapan akan dilakukan. Pembelian kuih raya (online, tempah dengan orang atau beli di mana-mana) Pembelian baju raya (bagi yang tak sempat nak hantar tempah) Pembelian barang-barang rumah (perhiasan untuk menyambut Hari Raya. Cth : langsir, pinggan mangkuk etc.)

Aku tidak terkecuali untuk berbuat demikian. Cuma, aku belum mulakan lagi. Sekarang ni dalam kepala aku asyik memikirkan tentang masa depan (cheh..poyosss..!!) Kontrak di sini akan tamat tak lama lagi. Sama ada aku mahu ke projek Manjung atau mencari kerja lain, masih belum dapat aku putuskan.

Apapun, aku bersyukur kerana masih ada kerja walaupun bertaraf kontrak. Takpe, rezeki ada di mana-mana. Kalau tiada di tempat sekarang ini, pasti ada di tempat lain. Mana-mana pun sama asalkan rezeki itu halal dan kerjanya diredhai Allah S.W.T.

p/s : Sang BF dapat offer ke projek Manjung. Kalau aku tak pergi, dia pun akan stay di sini. Alahai, macam mana nak pujuk dia suruh pergi je. Aku pun belum tentu akan dapat offer tu. Takkan dia nak tolak rezeki semata-mata sebab aku kot..?? Tak mungkin...

Tuesday, 9 August 2011

Diari Ramadhan Dylla : Day 8

Assalammualaikum W.B.T BLOGgers..

Malam ni terasa agak panas la. Lepas balik dari tarawih tadi, terasa macam nak mandi lagi. Tapi, orang kata tak elok mandi tengah-tengah malam. Nanti badan sakit (padahal malas..huhu :p)

Siang tadi, berita tentang bos kecik aku akan ditukarkan ke projek Manjung memang menjadi kenyataan. Dia akan pergi 15hb nanti. Hmm..sedih la. Walaupun aku dengan dia selalu gaduh, masam-masam muka, selisih faham, tapi dia la bos terbaik yang pernah aku ada. Nanti, bila dia dah pergi, aku tinggal seorang je kat sini. Bosannya :(

Dia cakap, "Saya pergi sana dulu maa. Nanti saya boleh survey tempat makan yang best. Bila projek sini sudah siap, you datang sana, saya boleh bawa you jalan-jalan..." Adeiii..padahal aku orang Perak. Manjung tu dah selalu sangat aku pergi. Orang Sarawak pula nak bawa aku jalan-jalan kat sana. Kelakar.

*   *   *   *   *

Tarawih malam ni, aku rasa macam tak khusyuk je solat. Dengan mata yang teramat beratnya, dengan badan terasa letih, tak tahu la ibadah aku tu diterima atau tak. Tapi, tazkirah lepas tarawih rakaat ke-4 tadi menarik juga. Walaupun mata aku dah lelap, tapi otak aku jelas menangkap setiap butir ucapan ustaz tu.

Sabda Rasulullah S.A.W : "Antara semua manusia di atas muka bumi ini, sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang berilmu. Kerana hanya yang berilmu saja benar-benar faham dan dapat mengamalkan ilmunya di dalam setiap ibadah."

Aku terfikir sejenak. Ibarat kita membaca Al-Quran. Baca memang lancar. Cukup dengan segala tajwidnya. Tapi, kita tidak pernah faham apakah maksud di sebalik setiap ayat. Perbuatan yang amat sia-sia. Alangkah ruginya aku menjadi orang yang rugi.

p/s : Aku mesti bertekad untuk membaca tafsir Al-Quran pula lepas ni. InsyaAllah (",)