Pages

Showing posts with label Dunia Artis. Show all posts
Showing posts with label Dunia Artis. Show all posts

Friday, 12 August 2011

Mamat Sepah & Fida - "Kami Semakin Rapat"

Fida, bekas juara program "Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007", dah buat pengakuan yang hubungannya dengan Mamat Sepah semakit erat. Hmm..baguslah macam tu kan. Takde la nak main aci sembunyi macam artis lain. Ada affair kata takde affair. Nak jaga saham kot..?

Mamat Sepah pun dah mengakui tentang hubungan mereka dan merancang nak membawa Fida berjumpa dengan keluarganya. Alhamdulillah.

Pasangan bahagia Mamat & Fida
Source - OhBulan
Mereka yang bertemu di lakosi pengambaran 6 bulan lepas, tidak menyangka akan terus berhubung sehingga ke hari ini (ish..macam ayat majalah je ni :p) Walaupun masing-masing tidak berani mengatakan mereka sedang hangat bercinta, tapi kedua-duanya mengakui amat senang dengan diri masing-masing.

Okay la tu. kalau dah berniat nak berjumpa family, memang hubungan tu boleh dikatakan serius la kan. Okay la. Aku bukan peminat Fida mahupun Sepah. Tapi, berita baik macam ni buat aku rasa happy (",)

p/s : doakan kebahagiaan mereka berdua..amin


Wednesday, 3 August 2011

"Saya buat macam-macam atas katil"

Wahhhh..tajuk panas nih!!! Hehehehe..bukan AKU tau. Tu apa yang terbaca kat page gosip artis tadi. Adeiii..bulan puasa pun nak bergosip. Tapi, nak buat macam mana. Aku ni suka sangat dengan FAZURA tu. Banyak kontroversi, tapi dia tetap hebat. Maksud aku hebat dari segi lakonan dia la.

Oh, my Gucci!! Statement panas Fazura dalam majalah Cosmopolitan ni memang akan buat peminat ternanti-nanti la. Apa yang dia buat kat atas katil dia tu..??? Tapi beb, bulan puasa kan. Jangan ambil tahu lebih-lebih sangat. Hehehe..


p/s : sangat jatuh cinta dengan lakonan Fazura dalam Pisau Cukur


Sunday, 31 July 2011

isu Norman - Memey tetap hangat selepas 3 tahun..!!


Manusia ni memang tak boleh buat silap kot..? Macam kata pepatah, gajah depan mata kita tak nampak...tapi kuman di seberang nampak sejelas-jelasnya. Eh, lain macam je bunyi pepatah ni. Err..aku buat ayat sendiri la. Lupa ayat sebenar pepatah tu macam mana. Tak kisah la, yang penting maksud yang aku cuba nak sampaikan tu difahami (",)

Manusia yang paling cepat akan dikata, dicaci dan dihina adalah golongan artis. Public figure. Nak buat macam mana, kan..? Tapi, kita sebagai peminat janganlah tahu nak hentam je. Kat sini, aku nak cerita pasal Norman Hakim dan Memey. Aku bukanlah peminat 2 pelakon ni. Tapi, aku suka juga tengok lakonan diorang. Bagi aku, diorang ni berbakat. Tak perlu la kita nak menghukum diorang atas apa yang diorang dah buat. Kita pun tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Biarlah diorang nak hidup bahagia. Diorang pun manusia, macam kita juga. Ada hati. Ada perasaan.

Bak kata pakcik aku dulu, "kakak, kalau la artis-artis ni bertaubat, berdosa kita kalau tak minta maaf dari diorang.." Haa..fikir sendiri la ye. Dosa dengan Allah, kita boleh dapat lagi keampunan-Nya. Dosa dengan manusia..? Mampu ke kita nak cari diorang hingga kita dapat keampunan tu...? Wallahu'alam...