Pages

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

Petua Senang Hati

 

Bismillahirrahmanirrahim


p/s : jom kita praktikkan..!!



~ Dylla Abas ~

Tuesday, 17 April 2012

Tips Membuat Pilihan

Dalam hidup ni, kita seringkali berada di dalam dilema apabila terpaksa berdepan dengan masalah untuk membuat pilihan. Pilihan yg tepat bakal menentukan hala tuju hidup kita menjadi lebih baik. Tapi, adakah kita tahu bahawa pilihan itu benar-benar tepat, atau sekurang-kurangnya pilihan itu betul...?

Agak sukar untuk memilih jika kita mempunyai beberapa pilihan yg baik. Jadi, pilihlah yg terbaik. Bagaimana caranya nak memilih yg terbaik..? Mungkin beberapa tips ini boleh membantu (",)

1. Bertenang
Tidak kira apa pun pilihan kamu - tentang kerjaya, tentang jodoh atau tentang apa saja - pertama sekali kamu harus bertenang. Jika kamu membuat pilihan dalam keadaan hati yg berkecamuk atau fikiran yg tidak menentu, pasti pilihan itu bakal mengundang masalah di kemudian hari.

2. Mengikut Naluri
Kebiasaannya, naluri kita cenderung untuk memilih pilihan yg tepat. Jika pilihan telah dibuat mengikut naluri, yakinlah bahawa apa yg kamu pilih itu tepat untuk kamu.

3. Mempertimbangkan Akibatnya
Sebelum benar-benar membuat pilihan, fikirkan dulu akan kesannya. Tidak kira kesan jangka panjang atau kesan jangka pendek. Pilihan yg kurang tepat bakal menimbulkan kesan yg kurang baik untuk masa hadapan.

4. Faktor Luaran
Sekiranya kamu ingin membuat pilihan, beberapa faktor luaran perlu diambil kira. Contohnya, nasihat dan pandangan dari kedua orang tua kamu. Ataupun, pengalaman orang lain. Kedua-dua faktor ini merupakan salah satu elemen penting di dalam membuat pilihan yg tepat.

5. Istikharah
Cara terbaik bagi umat Islam untuk membuat pilihan ialah dengan melakukan solat sunat Istikharah. Mohonlah petunjuk Illahi dengan seikhlas-ikhlasnya. Moga-moga kamu dikurniakan jalan untuk membuat pilihan yg tepat dan terbaik di dalam hidup.

Wallahu'alam.






Wednesday, 11 January 2012

Orang Berbohong

Semalam dah bagi tips mengenali lelaki psiko. Hari ni aku nak bagi tips untuk mengenalpasti orang yg berbohong pula. Ada beberapa tanda yg boleh menunjukkan seseorang itu sedang berbohong atau sebaliknya.


1. Tangan
Orang yg berbohong akan menggunakan tangannya sebagai medium untuk menutup sikapnya itu. Jika tangannya kelihatan banyak bergerak memegang sesuatu seperti menggosok kedua-dua tangan, menggaru hidung atau menutup mulut, maknanya dia sedang berbohong.

2. Nada Suara
Jika nada suaranya kerap berubah-ubah, sekejap bernada tinggi, sekejap bernada rendah, ketahuilah mereka sedang berbohong.

3. Tubuh
Kebanyakan orang yg berbohong akan kelihatan berpeluh walaupun berada di tempat yg tidak terlalu panas. nafasnya juga kelihatan berat dan kelihatan sedikit mengelabah bila berbicara.

4. Mata
Sekiranya bola matanya bergerak ke arah kiri, kemungkinan orang itu jujur dengan korang. Jika bola matanya bergerak ke arah kanan, kemungkinan besar dia sedang berbohong! Ini kerana bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, manakala otak kanan pula untuk kreativiti. Jadi, jika bola matanya ke kanan, dia akan menggunakan kreativitinya untuk mencipta pembohongan.


p/s : lepas ni boleh la perhati orang-orang yg sedang bercakap dengan kita kan..tengok dia sedang berbohong atau sebaliknya (",)

Tuesday, 10 January 2012

Mengenali Lelaki Psiko

Bercinta dengan lelaki psiko...?? Aduhai...kesian! Percintaan korang mesti sentiasa diselubungi misteri kan. Sanggup ke korang nak teruskan hubungan sebegitu sedangkan korang tahu apa akibatnya..?? Okay...jom kita kenali dulu ciri-ciri lelaki psiko.

1. Tidak menunjukkan sikap sebenar
Kebanyakan lelaki psiko tidak akan menunjukkan sikap sebenarnya di awal perkenalan. Mereka akan berhabis daya untuk menjadi teman lelaki yg paling mengambil berat dan memahami. Dan bila korang dah terpedaya dengan sikap 'baik'nya itu, barulah diorang menunjukkan belang.

2. Manis mulut
Lelaki psiko memang bersikap manis mulut. Apa saja yg diungkapkannya, bak kata pepatah, lembut gigi dari lidah! Diorang ni memang akan sentiasa bermanis mulut untuk memikat hati korang. Setiap tutur katanya bukanlah lahir dari hati. Jadi, berhati-hati dengan lelaki jenis ini. Selidik dahulu latar belakangnya sebelum mempercayai setiap butir bicaranya.

3. Pandai berlakon
Best actor in the world!!! Lelaki psiko kebanyakannya memiliki dua personaliti. Diorang boleh berubah menjadi individu yg sangat penyayang kepada seseorang yg amat agresif. Kalau korang dah nampak tanda-tanda begini, berhati-hati la. Jangan ikutkan sangat perasaan sayang kalau diri sendiri yg merana.

4. Setiap pergaduhan membawa kecederaan
Hah...ini lagi satu sikap yg tak boleh nak dimaafkan! Walaupun setelah lama berkawan, tapi sikap cemburu buta dan tidak mempercayai korang sentiasa menjadi punca pergaduhan. Dan pergaduhan tu pula pasti akan mencederakan korang. Lelaki jenis apa macam ni..?? Lelaki yg memukul perempuan ni dayus namanya. Sepatutnya lelaki harus melindungi perempuan. Bukan mencederakannya.

Jadi, 4 ciri-ciri lelaki psiko ini boleh kenalpasti dengan jelas. Kalau korang dah nampak ciri-ciri ni, tak perlu nak fikir panjang dah kot. Tinggalkan je. Semua orang mengimpikan hubungan yg bahagia kan. Tiada siapa pun yg mahukan sengsara. Cuma, Allah saja yg berhak memilih untuk menentukan siapakah di antara hamba-Nya yg terpilih untuk diuji. Jangan pula kita berputus asa. Terima ujian itu dengan redha. Selebihnya, berserahlah kepada Allah. DIA Maha Mengetahui.

p/s : sebab aku blogger wanita, jadi topik ni aku buat khusus untuk wanita la ye (",)

Tuesday, 4 October 2011

Mind Your Own Bussiness



Sumber : Shutterstock (Google)


Pernah dengar ayat di atas..?? Mind your own bussiness, ataupun di dalam bahasa melayunya, Jaga Tepi Kain Sendiri. Mesti ada di antara kita yg pernah melalui detik-detik orang luar yg cuba menyibuk di dalam urusan hidup kita, kan..? Melainkan ibu bapa dan keluarga, kita memang tidak suka apabila ada orang luar yg cuba menyibuk dan mengata sesuatu yg tidak baik yg melibatkan hal peribadi diri kita.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan diri dari merasa sakit hati apabila ada orang luar yg cuba bersikap sebegini dengan kita..??

1 - Buang yg keruh, ambil yg jernih
Apa saja yg keluar dari mulut orang luar tentang urusan peribadi kita, jangan kita ambil mudah. Mungkin ada antara kata-kata tersebut yg boleh dipakai. Maksudnya, ada sifat positif di dalam kata-kata tersebut. Jadi, janganlah kita buang semuanya. Yg mana positif kita simpan untuk diri kita. Yg mana negatif tu, sendiri mau ingatlah ye!

2 - Elakkan dari bercakap hal peribadi
Ada orang yg kita suka untuk bercerita dan berbual dengannya. Tapi, sebelum bercerita tentang apa jua topik sekalipun, elakkan dari bercerita hal yg terlalu peribadi, walaupun terhadap kawan baik yg kita percaya sekalipun. Kita sendiri tidak dapat meramal masa depan. Ada kawan baik yg boleh bertukar menjadi musuh. Bila hal ini berlaku, pasti kita jadi tak senang duduk jika kawan itu telah tahu terlalu banyak hal peribadi kita. Masa tu nanti, bersedia jelah nak berdepan dengan gosip-gosip liar tentang diri kita.

3 - Jangan terlalu emosi
Bila kita bercerita tentang sesuatu perkara kepada seseorang (termasuk hal peribadi), jangan jadi terlalu emosional bila mereka berkata sesuatu tentangnya. Mungkin ada antara mereka yg jenis suka menghentam. Mungkin ada juga yg jenis 'No Comment'. Mungkin ada juga yg jenis tak ambil peduli. Dan mungkin ada juga yg jenis 'Mulut Tempayan'. Bercerita tentang sesuatu hal kepada seseorang, ada risikonya, tak kira positif atau negatif. Bersikap tidak terlalu emosi akan menyelamatkan diri kita. Memang kita tidak suka orang yg terlalu menyibuk dalam urusan peribadi diri kita, atau orang yg suka menjaja cerita tentang hal diri kita, tapi cuba bersikap profesional dengan menganggap hal begini sebagai satu cabaran untuk kita menjadi orang yg lebih sabar.

4 - Jujur
Jika kita tidak boleh bertahan dengan sikap-sikap orang yg macam ni, jujur dengan mereka. Cuba berterus-terang dengan mengatakan bahawa kita tidak selesa dengan cara mereka menghentam dan menyibuk dalam urusan peribadi kita. Jika mereka menafikannya, gunakan kaedah psikologi seperti, "Aku ceritakan pada kau sebab aku percayakan kau. Kalau kau menjaja cerita aku, pada siapa lagi aku nak percaya..?" ataupun, "Aku tahu kau memang jenis yg suka menghentam. Tapi, kalau kau gunakan bahasa yg lebih baik mungkin aku takkan sia-siakan nasihat kau.." ataupun, "Aku faham kau sayangkan aku sebagai seorang kawan. Mungkin lebih baik kau doakan sesuatu yg lebih baik dari kau terus-terusan memburukkan dia dan merosakkan hubungan kami. Kan dapat pahala tu.." atau banyak lagi la contoh lain.

5 - Tak payah layan
Senang cerita. Orang-orang yg macam ni tak payah kita nak layan sangat. Tak sakit kepala. Tak sakit hati. Kita pun tak perlu nak tambah dosa mengutuk orang-orang macam ni, kan..??

p/s : tepuk dada tanya selera

Tuesday, 13 September 2011

Menata Kamar Tidur


Sekadar gambar hiasan

Bilik tidur merupakan tempat yg paling peribadi. Setuju..?? Bagi sesiapa yg berkongsi bilik tidur mesti la tak setuju, kan..? Okay.. bagi yg mempunyai bilik tidur sendiri, boleh la baca entri ni sebab aku nak share beberapa tips untuk menata atau dengan kata mudah menyusun-atur bilik korang agar menjadi 1 ruang yg lebih selesa. Maklumlah, kat situ la kita nak buat apa pun tanpa gangguan orang lain, ye tak??

1. Letakkan katil di tempat yg tidak dapat dilihat dari pintu masuk rumah. Langkah selamat agar tetamu yg datang tak boleh terjenguk-jenguk kita dari arah masuk ke rumah. Manalah tahu kalau waktu kita tengah tukar baju dan pintu bilik kebetulan terbuka, waktu tu pula ada orang masuk rumah kan. Tak ke free show namanya tu..?

2. Sekiranya ada meja belajar atau meja kerja, letakkan ia menghadap ke tingkap agar mendapat cahaya yg cukup dan jangan membelakangi lampu.

3. Susun buku-buku (kalau dalam bilik ada buku la) dengan rapi di dalam rak atau di atas meja. Buku-buku yg dah tak digunakan, sila simpan dalam kotak. Jangan biar ia menyemakkan ruang daam bilik.

4. Simpan barang-barang yg sudah tidak diperlukan agar tidak mengganggu ketenangan semasa berada di dalam bilik tidur.

5. Buang atau keluarkan barang-barang yg tidak penting dari bilik.

6. Kemas tempat tidur dan juga bilik tidur setiap hari. Jangan sesekali membiarkannya bersepah.

7. Pastikan langsir, cadar dan sarung bantal dicuci sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

8. Bagi yg ada karpet dalam bilik, pastikan kamu vacuum karpet itu seminggu sekali bagi mencegah habuk. Kepada yg ada resdung, tolong praktikkan langkah 8 ini dengan sempurna (",)

9. Biarkan tingkap terbuka bagi menyegarkan udara di dalam bilik tidur.

Haaa...senang je kan. Bukan susah sangat nak jaga bilik tidur ni. Selamat menata kamar tidur anda..!!

p/s : tak larat nk basuh langsir 2 kali seminggu..hehehe :)

Wednesday, 17 August 2011

Bina Keyakinan Diri

Tips ni aku dapat dari majalah Remaja kalau tak silap. Tapi, keluaran bila tu aku tak ingat la. Memang dah lama sangat rasanya. Kat sini ada 5 tips macam mana kita nak tingkatkan keyakinan diri :


1. Jangan sesekali memandang rendah pada diri sendiri
Setiap dari kita memang pernah melakukan kesilapan. Jika kita sedar akan kesilapan itu, belajarlah untuk mengubahnya. Memaafkan kesilapan diri amat penting untuk kembali yakin. Tak perlu memperbesarkan kesilapan yang telah dilakukan. Hal itu hanya akan membuatkan kamu berasa rendah diri.

2. Tingkatkan pencapaian diri
Kadangkala kita tak sedar sama ada diri kita ni jenis yang berkualiti atau sebaliknya. Pernah tak terlintas di fikiran apa yang kita sedang lakukan tidak mendatangkan faedah..? Apa kata lepas ni, senaraikan semua perkara yang telah kamu buat setiap hari. Sebelum tidur, baca balik aktiviti harian kamu tu. Jika banyak kebaikan, maka diri kamu memang berkualiti. Jika sebaliknya, maka berusahalah untuk mempertingkatkan diri kamu.

3. Beri hadiah kepada diri sendiri
Tak ramai orang terfikir nak lakukannya. Sekiranya kamu berjaya melakukan sesuatu perkara, apa kata kamu beri hadiah kepada diri kamu sendiri. Hal ini akan membantu kamu untuk berasa lebih yakin terhadap diri sendiri, sekaligus kamu akan lebih menghargai diri sendiri.

4. Kaji kekuatan diri
Cuba luangkan masa beberapa minit setiap hari untuk berfikir apakah kebaikan dan kekuatan yang ada pada diri kamu. Lebih baik kamu tuliskannya dan tampal dimana-mana. Ini akan membantu kamu untuk berasa bahawa diri kamu tidaklah seteruk yang disangkakan.

5. Jaga diri sendiri
Ini penting..!! Pastikan kamu menjaga diri kamu dari segi kesihatan dan keselamatan. Bukan sepanjang masa ada orang yang boleh melindungi kamu. Jadi, jagalah pemakanan kamu. Ambil makanan yang seimbang. Dan berusahalah untuk melindungi diri kamu dari ditimpa kecelakaan.

Apa yang lebih penting, belajarlah untuk tidak bersikap terlalu 'demand' terhadap diri sendiri. Aku pernah praktikkan semua tips ni, memang berkesan. Alhamdulillah, sekarang aku jadi lebih yakin terhadap diri sendiri. Walau apa pun pandangan orang lain terhadap aku, aku akan menghargainya. Tapi, apa yang penting aku tahu siapa diri aku sebenarnya (",)

p/s : sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain..

Sunday, 14 August 2011

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama sebenarnya nak share entri ni sejak aku terbaca kat 1 artikel beberapa minggu yang lepas. Tapi, hari ni baru ada masa nak tulis. Sesiapa yang tak pernah baca, dialu-alukan untuk membacanya. Bagi yang dah pernah baca, tak salah kot baca lagi sekali (",)

Rasulullah S.A.W, seperti yang kita semua tahu, utusan Allah S.W.T yang terakhir untuk umat Islam di atas muka bumi ini. Baginda memikul tanggungjawab dan tugas yang amat berat dan mencabar dalam kehidupan sehariannya. Tapi, Baginda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Ada beberapa tips dan panduan yang Baginda selalu amalkan untuk dikongsi dengan umatnya :

1. Bangun awal sebelum Subuh
Baginda mengesyorkan umatnya untuk bangun sebelum subuh dan melakukan beberapa solat sunat dan solat fardhu secara berjemaah ** dapat buat sendiri pun alhamdulillah ** Hal ini sangat berkait rapat dengan akal kita. Kesegaran udara di waktu subuh akan menyegarkan dan mempertajamkan akal.

2. Aktif menjaga kebersihan
Baginda akan sentiasa memastikan dirinya bersih dan rapi. Baginda akan memotong kuku, membersihkan rambut halus di tepi pipi (jambang) pada setiap hari Khamis atau Jumaat.

3. Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah, "Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan sebelum lapar dan akan berhenti makan sebelum kenyang."

4. Gemar berjalan kaki
Baginda selalunya lebih selesa berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Aktiviti ini akan membutakan diri kita berpeluh dan sekaligus melancarkan peredaran darah. Amalan ini bagus diamalkan untuk mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan jantung.

5. Tidak pemarah
Menurut Baginda Rasulullah, hakikat kesihatan dan kekuatan umat Islam terletak pada kebersihan jiwa. Sentiasalah beristighfar apabila diri kita dikuasai perasaan marah. Tenangkan diri. Ambil wudu' dan lakukan slat sunat untuk menghilangkan perasaan marah itu.

6. Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberi kesan emosi yang bagi melapangkan jiwa. Orang yang berjiwa lapang kebanyakkan tidak cepat merasa putus asa.

7. Tidak pernah iri hati
"Ya Allah, berishkanlah hatiku dari segala sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat mahmudah."

8. Pemaaf
Sifat sentiasa memafkan kesalahan orang lain akan membutakan hati dan jiwa kita sentiasa berasa lapang dan tenang. Sentiasalah memaafkan kesalahan orang lain serta kesilapan diri sendiri agar roh dan jasad kita berada dalam keadaan yang stabil dan sihat tentunya.

p/s : selamat beramal..!!

Saturday, 30 July 2011

macam mana nak ubati hati yang duka..???

Semua orang pernah berduka, kan..?? Jangan tipulah cakap tak pernah. Dari sekecil-kecil anak hingga ke sebesar-besar mak/bapak...semua pasti pernah berduka. Tak kira la macam mana rupa bentuk duka tu sekalipun. Kat sini aku nak share beberapa tips yang mungkin boleh diguna-pakai sekiranya anda mengalami saat-saat berduka. Tips ni aku dapat dari pengalaman orang lain dan pengalaman sendiri :



1. Jangan banyak fikir
Gila apa..??? Macam mana tak nak fikir..? Kalau tak fikir pun mesti perkara tu akan melintas juga. So, automatik dah kena fikir, kan..? Hehehe..ni respon yang selalu aku dengar bila cakap jangan fikir. Betul. Aku dulu pun macam tu. Tapi, bila dah makin matang ni (eh, matang ke..??) baru aku tahu betapa besarnya effect kalau kita tak fikir. Memang berkesan cara ni. Kita akan rasa sedikit tenang. Otak pun macam fresh je.

2. Sibukkan diri
Cara ni mungkin ramai yang dah dengar. Tapi, aku letak cara ni yang ke-2 ada sebabnya. Bila kita sibukkan diri, so secara automatik kita akan lupa untuk fikirkan hal yang menyebabkan kita berduka. Jadi, perkara 1 dan perkara 2 sangat berkait, kan..? Sibukkan diri anda dengan macam-macam hal. Kalau dah takde apa sangat yang nak dibuat, pergi tidur. Haaa...tidur ni memang boleh buat kita lupa segala masalah. Tapi, sebelum tidur tu niatlah dalam hati, 'lepas bangun dari tidur ni, aku harap aku takkan berduka lagi....' motivasi..motivasi...

3. Luahkan
Ini penting. Ada orang yang bila berdepan dengan masalah dan sering berduka, sangat suka untuk pendamkan masalah tu. JANGAN. Kalau kita jenis yang kuat semangat, takpe. Tapi, kalau sebaliknya, jangan sesekali cuba pendam. Cari sumber yang boleh dipercayai untuk kita luahkan segala macam hal yang terbuku di hati. Bahaya kalau kita pendam. Nanti depressed, terus ke Hospital Sakit Jiwa la jawabnya..!!

4. SABAR
Huh..perkataan yang dinanti-nanti telah tiba!! Ramai yang tak suka dengar perkataan ni bila ditimpa musibah, kan..?? Tapi, percayalah, hanya dengan bersabar je hati anda akan kembali pulih seperti sediakala. Aku tak suruh korang jadi sangat-sangat bersabar la. Sabar ikut mana yang termampu. Selebihnya, tawakkal je. Allah takkan menguji kita melebihi dari apa yang kita mampu.

5. Banyakkan Zikrullah & Mengaji
Kepada yang beragama Islam, cara ini amatlah disarankan. Dulu, masa aku tengah down dengan macam-macam dugaan yang datang menimpa, aku banyak mengaji dan berzikir (alhamdulillah, sekarang pun masih meneruskan lagi walaupun hati dah sedikit tenang...) Semakin banyak kita mengaji dan berzikir, semakin khusyuk hati kita jadinya. Bila dah khusyuk tu, memang kita akan rasa something melanda kat hati. Rasa berdebar-debar. Rasa sebak. Rasa tenang. Masa tu, ambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah, minta supaya Dia mengampunkan dosa-dosa kita dan tenangkan hati kita. InsyaAllah, diperkenankan. Allah suka hamba-Nya meminta daripada-Nya.

6. Solat
Okay..ini cara terakhir yang selalu aku buat bila aku tengah berduka. SOLAT. Hmm..aku tak cakap pasal solat 5 waktu tau (tu memang WAJIB..!!) Aku bercakap tentang Solat Sunat. Banyakkan solat sunat seperti solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, solat sunat Istikharah atau solat sunat Tahajjud. Dengan cara ini, kita akan semakin dekat dengan Pencipta kita. Bila kita dekat dengan-Nya, hati kita pasti akan tenang. Dijamin!! Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.  Wallahu'alam...

Tuesday, 26 July 2011

Cara Menangani Stress


Stress atau tekanan..?? Hampir semua orang di dunia ni pernah mengalami keadaan ini. Pelbagai jenis tekanan yang melanda akan menyebabkan diri menjadi tidak tenteram, kusut dan buntu. Tidak kiralah dia tu golongan professional, penganggur, pelajar atau sesiapa sekalipun..pasti pernah mengalami stress dengan sesuatu atau dengan seseorang. 

Tips ni aku copy & paste untuk berkongsi dengan korang semua macam mana caranya menangani stress. Mungkin korang ada cara lain yang lebih baik lagi. So..boleh kongsi-kongsi la ye!

1. SENYUM - Masa tengah stress mesti korang semua akan tarik muka kan..? Lepas tu mula la nak mengomel seroang diri. Apakata korang cuba senyum. Bila kita senyum, pasti tekanan yang dihadapi tu akan reda.

2. BERSENDIRIAN - Hmm..rasanya kebanyakan orang yang menghadapi tekanan memang suka bersendirian. Memencilkan diri dan menjauhkan diri dari orang sekeliling. Cara ni bagus juga. Tapi, janganlah masa menyendiri tu korang layan perasaan sangat. Nanti bertambah stress lak. Cuba muhasabah diri. Mesti berkesan.

3. BERTENANG - Jangan sesekali cuba serabutkan keadaan yang sedia ada. Cuba tenangkan diri dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Ulang beberapa kali. Elakkan diri dari membuat keputusan dalam keadaan tidak bertenang. Kebiasaannya, keputusan yang berlandaskan emosi akan membawa kekesalan.

4. BERBUAT BAIK PADA INSAN LAIN - Cuba elakkan diri dari melakukan perkara yang boleh menyakiti hati orang lain. Jika korang terpandang seseorang yang akan membuat korang berasa stress, jauhkan diri dari mereka. Sentiasa berbuat baik sesama insan. Pasti hati akan menjadi lebih tenang.

5. PEMAAF - Jadilah seseorang yang berhati luhur dan pemaaf. Ini penting kerana memberi kemaafan itu lebih tinggi darjatnya berbanding dengan orang yang meminta kemaafan. Dengan cara ini saja korang akan berasa lapang dada dan sekaligus boleh mengurangkan tekanan.

6. PELUK - Korang pasti akan berasa lebih lega, nyaman dan tenang jika berada dalam pelukan seseorang, kan? Ataupun, kalau tiada siapa di sisi korang yang boleh memeluk korang untuk melegakan korang, korang carilah teddy bear ke, bantal busuk kesayangan korang ke. Berada dalam pelukan atau memeluk sesuatu akan mengurangkan rasa stress yang ada.

7. LAVENDAR - Pernah dengar nama bunga ni..? Haa..kalau korang nak tahu, haruman Lavendar ni merupakan anti-stress yang sangat-sangat membantu. Jadi, kepada sesiapa yang tengah stress tu, boleh la cuba menghidu haruman Lavendar ni. Aroma terapi ke. Air freshener ke.

8. KASIH SAYANG - Sebenarnya inilah tips yang paling best kot. Masa kita tengah stress tu, cuba kita bayangkan orang-orang yang kita sayang ataupun orang-orang yang menyayangi kita. Kasih sayang mereka itu akan mampu memberi kita kekuatan dan semangat untuk menghadapi segala macam bentuk tekanan.

9. CERIA - Tak perlu bebankan fikiran dengan perkara yang berlaku di sekeliling kita. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan terlalu menekan diri kita untuk menghadapi setiap masalah, beban atau apa saja. Hadapi dengan apa yang termampu. Ceriakan hidup korang selalu. Orang yang ceria ni jarang terkena penyakit stress..hehe :p

10. TUHAN - Walau apapun tips yang aku dah senaraikan kat atas, yang terakhir ini merupakan tips yang paling berkesan. Ikutilah segala perintah-Nya dan jauhi segala larangan-Nya. InsyaAllah hidup kita akan dirahmati selalu. Hati akan menjadi lebih tenang. Kita hidup di dunia ni hanya sekali je kawan-kawan. Jadi, nikmatilah hidup ini dengan seadanya. Wallahu'alam..