Pages

Showing posts with label Cerita Raya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Raya. Show all posts

Saturday, 10 August 2013

Terkenang Zaman Kanak-Kanak


Bila melihat adik-adik sedara yg seronok berkumpul dan berborak sesama sendiri
Teringat pula masa aku umur-umur mcam diorang
Memang excited sangat bila tiba waktu Raya
Sebab waktu tu jelah yg aku ada peluang untuk berjumpa dengan sedara-mara semua
Happy sangat sampai tak tidur malam
Masa tulah macam-macam topik yg akan keluar
Daripada topik artis lelaki pujaan
Hingga la ke topik lelaki yg menjadi pujaan di sekolah!
Aduhaiiii...rasa nak sengih sorang-sorang pula >_<
Teringat lagi masa arwah opah ketuk dinding bilik suruh kitaorang tidur
Punya la excited berborak sampai tak ingat nak tidur
Rindunya kenangan tu semua
Sekarang masing-masing dah besar
Dah ada komitmen masing-masing
Dah ada family sendiri
Susah nak berkumpul macam dulu lagi T_T


p/s : inilah realiti yg harus ditempuhi bila kita semakin meniti usia





~ Dylla Abas ~

Thursday, 8 August 2013

Salam 1 Syawal 1434H


Subhanallah...Alhamdulillah...Lailahaillallah...Allahuakbar
1 Syawal 1434H
Sekali lagi diberi kesempatan untuk meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa
Tahun ni kami semua masih ada mood nak beraya di Slim River
Walaupun arwah atuk dan opah dah lama pergi meninggalkan kami semua
Hanya kami berlima je yg ada pagi raya tadi
Walaupun tak semeriah mana...tapi aku bersyukur kerana masih dapat beraya dengan mak dan ayah
Sempat la singgah di kubur arwah atuk dan opah sebelum ke Tg.Malim untuk beraya di rumah makcik aku
Aktiviti wajib okay beraya di rumah makcik aku tu!
Aku kan anak buah kesayangan dia...huhu (",)

Apapun, raya pertama untuk tahun ni kami sambut dengan bersederhana je
Yg penting..mensyukuri nikmat yg telah Allah S.W.T kurniakan

p/s : tak sabar tunggu 2 orang anak buah aku tu balik >_<




~ Dylla Abas ~

Tuesday, 4 September 2012

Rumah Terbuka di Putrajaya dan Sg.Ramal

Assalammulaikum W.B.T

Jumaat yg lepas, aktiviti aku agak padat juga. Cuma awal pagi tu aku di rumah jelah. Kemas-kemas rumah dan kemas la segala apa yg patut. Lepas je Solat Jumaat, baru aktiviti aku bermula. Tempat pertama yg kitaorang pergi ialah Putrajaya, rumah makcik housemate aku. Masuk je dalam rumah tu, aku dah terpandang laksa. Oh, my feveret!! Terus muka macam tak berapa nak malu, duduk cari port dan bangun balik untuk ambil makanan..hee >_<

Tapi, itu bukan kali pertama aku ke sana. Dah masuk kali kedua. Jadi, konon-kononnya buat macam rumah sendiri la. Plus, makcik dan pakcik housemate aku tu pula jenis yg ramah dan tak kisah. Aku pun apa lagi. Entah berapa round aku makan. Dengan lontong nya. Dengan kek nya. Dengan segala macam lagi la. Alhamdulillah. Memang kenyang ya amat.





Dah siap makan, lepak-lepak kejap sambil plan apa program seterusnya, kami sempat la layan drama Indonesia yg menjadi santapan mata tetamu yg hadir pada masa tu. Aku agak emosi juga bila tengok drama tu. Tapi, tahap emosi aku tak sama macam seorang adik tu yg tetiba je menjerit, "jahatnya dia!" Hahaha...menghayati jalan cerita sangat adik tu tau (",)

Sempatlah kitaorang bergambar kat luar rumah makcik tu. Agak teruja juga la dengan pemandangan kat sana. Maklum la, aku takde sedara-mara yg duduk di Putrajaya tu. Jadi, pemandangan macam ni bukan pemandangan biasa la bagi aku...huhu. Hmm, entah superbike siapa la yg jadi mangsa "model bersama" kitaorang hari tu ^_^



Lepas tu, kami decide untuk ke Summit USJ. Niatnya nak main boling je. Tapi, lepas main boling, pusing-pusing kejap shopping mall tu, ada pula benda yg diorang beli. Aku juga yg cuci mata..hee >_<





Main boling dengan budak 2 orang ni memang enjoy gile! Masing-masing nak tunjuk terel. Padahal masing-masing main macam hampeh je. Score la juga kan. Cuma tak la sampai boleh wakil Malaysia...hahahaha!!








Malam tu pula, kami menuju ke Sg.Ramal untuk majlis makan-makan di rumah salah seorang ex-staff UniRazak dulu. Err...katanya bukan rumah terbuka. Buat makan-makan sempena birthday mak dia je. Okay la tu. Janji ada makan. Kali ni kami dapat la jumpa dengan beberapa lagi orang kawan-kawan sepejabat. Makan-makan nye agak meriah juga. Banyak betul menu. Ada juga laksa disediakan. Tapi, aku tak ambil. Sebab mata dah tertumpu pada nasi ayam. Dan sebelum makan nasi ayam tu, aku sempat jamah Spaghetti Carbonara dulu. Adoiii...banyak betul makan hari tu. Apapun, alhamdulillah. Syukur dengan rezeki yg ada...hehehe >_<


Photobucket

Thursday, 23 August 2012

Kisah Raya Keluarga Kami


Assalammualaikum W.B.T
Tudiaaa...raya punya pasal, mood nak update entri tentang kisah hari raya pun delay sampai 3-4 hari. Nak buat macam mana. Bukan selalu dapat berkumpul dengan sanak saudara kan. Bila sesekali dapat berkumpul dalam suasana yg meriah begini, memang lupa la pada hal lain. Tapi, seronok tu seronok juga la. Tanggungjawab pada Yang Satu jangan dilupakan juga (",)

Tahun ni, kami sekeluarga mengenakan baju raya berwarna turqoise. Tapi, tulah...bila dah tak duduk sekali, memang susah juga sebenarnya nak dapat pakai baju yg sama. Family adik aku yg menetap kat Kemaman tu contoh terbaik la. Aku tak tahu la dia tak faham maksud turqoise ataupun memang dia tak dapat nak cari kaler baju macam tu. Diorang je yg lari terus dari kaler tema. Takpela, nak buat macam mana. Family abang juga yg sporting. Walaupun turqoise dia gelap sikit, tapi tetap match dengan kami yg lain-lain ni.

Pagi raya pertama, hanya keluarga kami je yg berada di kampung. Adik-beradik ayah mahupun adik-beradik mak belum berkunjung lagi. Diorang datang lepas tengahari. Masa tu kami masing-masing tengah layan mata. Nak keluar beraya ke rumah saudara-mara pun masing-masing takde kat rumah. Jadi, kitaorang hanya bersantai di rumah jelah. Tunggu orang datang beraya. Alih-alih terlelap semuanya. Adoi, kelakar juga raya pertama tu kitaorang boleh tidur kat rumah.

Bila ada sanak-saudara yg dah mula datang menjengah kami, barulah terasa meriah sikit. Baru dapat rasa suasana hari raya tu. Kalau tak, kau pandang aku...aku pandang kau...hehehe >_< Ramai juga adik-beradik mak dan ayah yg datang. Masing-masing berkonvoi menziarai sanak-saudara yg ada di sekitar Slim River ni. Kitaorang nak join, tapi takde kesempatan. Makin lama makin ramai pula yg datang. Bagusla kan, habis juga makanan kat rumah ni. Kalau nak harap kitaorang je yg makan, mahu seminggu tak payah makan dah (",)

Malam raya pertama tu baru la kitaorang dapat peluang menziarahi makcik aku yg tinggal di Tanjung Malim. Dia tu adik kepada mak aku. Memang tiap-tiap tahun kitaorang akan beraya di rumahnya. Tak pernah missed. Aku lagi la tak boleh missed. Makcik aku tu dah macam mak aku sendiri. Dia yg jaga aku masa mak dalam dalam pantang melahirkan aku. Besar jasanya tu ^_^

Okay la. Dah malas nak tulis lagi. Layan gambar jelah. Kualiti gambar pun agak kurang baik. Masing-masing lupa bawa kamera. Harapkan kamera handphone jelah. Apa punya turr!!


Kami je yg memang betul-betul sedondon
Anak-anak mak n ayah yg masih single >_<

Mak n ayah tercinta (",)

Mak n anak kesayangannya

Muhammad Azeem Rusyaidi

Adam Zulqarnain

Aksi comel Azeem menyuap sumi ke mulut Adam >_<

Abang n family

Mak yg tersenyum lebar lepas dapat duit raya dari anak-anaknya ^_^

Terselit pula si Azeem tu kat sebelah acunya

>_<

My Happy Family

Ragam si Debab Adam n si Bucuk Azeem


p/s : tak sabar nak pergi open-house...ada sesiapa nak jemput aku tak..?? hee :p

Photobucket