Pages

Showing posts with label Macam-Macam Hal. Show all posts
Showing posts with label Macam-Macam Hal. Show all posts

Friday, 12 April 2013

Kisah PRU13

Assalammualaikum W.B.T

Sejak pembubaran parlimen beberapa hari yg lepas, macam-macam cerita keluar. Kat FB. Twitter. Berita. Suratkhabar. Kat mana-mana saja la. Kadang-kadang sampai rasa nak termuntah baca. Orang tu kata orang ni. Orang ni kutuk orang tu. Yg pasti, rasa sedih sebab yg kata-mengata tu sebenarnya sebangsa, seagama. Kenapa la nak kata-mengata kan...?

Baru-baru, bendera BN "cantik" je tergantung kat depan rumah aku. What the.....?? Aku bukan la fanatik sangat dengan politik. Dan aku pun tak kata yg aku akan sokong BN atau pembangkang. Cuma, adab nak menggantung bendera tu agak-agak la kan. Takkan la sampai depan rumah orang pun nak gantung juga...? Aku ni dah la duduk "pent-house". Hodoh sungguh rasanya pemandangan dengan bendera tergantung macam tu. Besar pula tu!

Kat ofis pun tak kurang hebatnya. Banyak juga la isu pilihanraya kali ni diperkatakan. Aku..?? Lebih suka mendengar je. Paling tak pun senyum jelah. Takde hati sangat nak berbincang isu pilihanraya. Dah sampai masa untuk pergi mengundi, tunaikan je tanggungjawab tu. Yg lain-lain, terserah pada apa yg telah ditentukan. Bagi aku, siapa pun yg memimpin negara, asalkan dia boleh memimpin dengan adil dan telus, itu dah memadai. Tak perlu menifesto yg hanya berguna untuk meraih undi je. Bila dah menang, menifesto tu semua hilang. Wallahu'alam.


p/s : akhirnya sampai juga masa untuk mengundi...tak perlu nak berteka-teki lagi  (",)




~ Dylla Abas ~

Sunday, 7 April 2013

Entri Ke-700 vs. ABPBH 2012

Assalammualaikum W.B.T

Baru nak merangkak ke angka 700 entri. Sadis gile! Dah bertahun aku jadi blogger. Baru macam ni hasilnya. Huhu..dasar pemalas. Begitulah ye >_< Apapun, kaitannya entri yg ke-700 ni dengan ABPBH 2012 ialah sebab entri ni nak selitkan sikit kisah pasal ABPBH 2012 ni.

Tv memang dok terpasang tu. Tapi mata dok mengadap lappy. Telinga jelah yg dok menangkap butir bicaranya, amboi...bahasa!! Takde niat pun nak tengok. Tapi, sebab dah takde cerita apa...layan juga la. Sebab tambahan, tv aku ni paling clear channel tv3 je...huhu, sedih :( Bila dah melayan rancangan macam ni, faham-faham jelah ye. Mulut kena jaga. Mata kena jaga. Kuikuikui...boleh ke nak jaga?? Adoiiii...

Sebab tu aku mengambil keputusan drastik dengan membloggingkan diri. Sekurang-kurangnya mampu la juga aku menahan diri daripada dok "mengata" artis-artis kita dengan penampilan diorang kan. Siapa yg tengah tengok rancangan ni, pasti faham dengan apa yg aku maksudkan.

Apapun, aku teringat pesanan pakcik aku tak lama dulu, "jangan mengata dia macam kita ni dah cukup baik...mana tahu Allah S.W.T bagi hidayah pada dia, dia akan jadi lebih baik dari kita...doa kan je moga-moga dia diberi hidayah dan sempat bertaubat...in shaa Allah.." pedas juga la kedengarannya. Dah la masa tu aku baru je nak bercakap tentang seorang artis kita ni. Terus terdiam. Insaf kejap. Memang benar apa yg pakcik aku cakap tu. Contoh terbaik, Irma Hasmie, Diana Amir dan Abby Abadi. Alhamdulillah. Mereka dah buktikan yg kata-kata pakcik aku tu tak boleh nak disangkalkan lagi. Dan mereka memang dah jadi lebih baik dari aku. Malu dengan diri sendiri.

Hmm, maaf la ye. Tajuk je ABPBH 2012. Tapi, takde input pun. Esok mesti ada banyak update tentang kemenangan para artis sekalian. Tunggu jelah update tu. Aku nak sambung BW. Sambil-sambil tu rasa terhibur juga la dengan penampilan artis-artis youtube ni ^_^


p/s : paling suka dengan persembahan Ella (nyanyi lagu Pawana-Search)...ayu sungguh gaya rock dia **layan persembahan jelah nampaknya**




~ Dylla Abas ~

Wednesday, 20 March 2013

"Relax la bro..."

Assalammualaikum W.B.T
Hari ni aku tiba agak awal. Sampai di stesen LRT Bandaraya tadi, jam belum pukul 8.00  pagi pun. Tujuan asal datang awal ni sebab nak singgah bank kejap. Nak bayar duit kereta al-kisahnya. Tapi, Cash Deposit machine tu bikin spoil la pagi-pagi ni. Dah la petang semalam pun problem. Pagi ni pun problem juga. Haish, malas gile rasanya nak bayar duit kereta tu kat kaunter. 

Okay. Intro yg tak menepati tajuk entri pun. Nak cerita tentang driver teksi sebenarnya. Lepas je aku keluar dari bank tadi, tetiba ada bunyi kereta yg mem"brek" secara tak tentu hala. Hampir nak melanggar seorang  kakak ni. Aku perasan teksi tu adalah teksi yg sama yg berdesup kat sebelah aku masa aku berjalan keluar dari bank. Laju kemain dia bawa teksi. 

Ada beberapa orang lelaki, 2 melayu dan 1 cina yg tetiba berhenti tak jauh dari tempat kejadian. Belum sempat aku dengar kakak yg hampir kena langgar tu bersuara apa-apa, tetiba salah seorang lelaki melayu tu sound sang driver teksi, "dari tadi kau bawa teksi macam orang gile kan...relax la bro, jalan ni bukan kau seorang yg punya..!" Erkkk..??? Tak nak masuk campur. Aku terus jalan je sambil terus pasang telinga...hehehe >_< Sempat la dengan driver teksi tu menjawab dan memaki hamun. 

Driver teksi memang macam tu kan...agak kurang ajar sikit. Patut ke aku mengadili driver teksi macam tu..?? Memang tak patut. Tapi disebabkan segelintir driver teksi yg berperangai macam tulah yg menyebabkan aku tanpa segan-silu judge diorang ni sebagai golongan "tak berhemah". Kadang-kadang aku fikir, driver teksi yg muda-muda je yg perangai tak semenggah ni. Tapi, ada juga driver teksi yg agak tua, tapi berperangai yg macam tu juga. 

Aku pernah jumpa driver teksi yg tersangat la biadapnya. Dah la kita bayar dia, boleh pula dia layan kita ni macam sampah. Memang berbulu juga la masa tu. Tapi, disebabkan masa tu aku tengah nak cepat, so malas nak layan. Lantak kau la pakcik teksi! Hmm, sejak tu...aku rasa aku tak pernah naik teksi lagi. Cukup la dilayan dengan teruk walaupun aku tahu, bukan semua driver teksi macam tu. Wallahu'alam.


p/s : please la driver teksi sekalian...tak rugi pun bersopan di jalan raya




~ Dylla Abas ~

Thursday, 28 February 2013

Sempurna Sangat Ke...???

Assalammualaikum W.B.T

Pagi-pagi dah cakap bab sempurna. Bukan apa. Bila setiap hari, setiap pagi la terutamanya kan, dalam perjalanan ke tempat kerja ni, macam-macam orang yg aku jumpa. Pelbagai gaya. Pelbagai ragam. Ada yg macam tu. Ada yg macam ni. Pendek kata, macam-macam ada la. 

Bila mata ni mula meliar tengok orang sana-sini, mula la hati ni terdetik macam-macam kan. Nampak orang tu pakai ketat sangat, mula la nak mengata. Bila tengok orang ni pakai yg singkat-singkat, mula la nak mengutuk. Dan bila tengok orang yg bertudung tapi nampak leher ke, nampak dada ke...mula la rasa nak tepuk dahi. Padahal diri sendiri tak la sempurna mana pun. Masih banyak kelemahan yg perlu diperbaiki. Tapi, tulah...konon macam best sangat la nak mengata orang dalam hati...huhu >_<

Tapi, alhamdulillah...buat masa ni, aku tak pernah lagi la pakai baju lengan pendek dan bertudung. Pelik benar rasanya. Sakit mata ni kalau nampak ada orang yg berpakaian macam tu. Kalau lengan tu pendek paras siku, macam okay la sikit ** walaupun hakikatnya tak okay langsung! **. Tapi kalau jenis yg pendek sampai nampak lengan, nampak ketiak pun ada...lepas tu pakai tudung. Na'uzubillah. Janganlah aku tergolong dalam orang-orang macam ni. Kalau mak dan adik perempuan aku pakai baju lengan pendek dan bertudung pun, memang laju je mulut aku ni bebel kat diorang. Macam ada yg tak kena. 

Apapun, semua tu memang pengajaran yg baik untuk diri aku la. Bila aku sendiri "tak suka" tengok orang-orang berpakaian macam tu, aku akan remind diri sendiri bahawasanya, kalau la aku berpakaian macam tu...mesti ada yg tak suka juga kan. So, dalam masa yg sama aku dapat la memperbaiki kelemahan diri aku. Motivasi tu. Cuma kadang-kadang terdetik la juga dalam hati ni, korang ni faham ke konsep menutup aurat...?


p/s : proses mengemas wardrobe...nak buang mana yg tak patut dipakai lagi ^_^




~ Dylla Abas ~

Sunday, 3 February 2013

BR1M 2 Dipinjam Dari Hasil Saman AES

Assalammualaikum W.B.T

Tengah seronok BW, sambil telinga mendengar berita di TV3, tetiba ada pula berita yg buat aku rasa nak ketawa. Tak pasti ketawa untuk apa. Apa yg pasti, pendengaran aku ni memang jelas menangkap kata-kata yg lebih kurang macam ni la bunyinya :

"Kerajaan difitnah dengan kata-kata bahawa BR1M 2 yg diberikan kepada rakyat dipinjam daripada hasil saman AES. Sedangkan kita belum menerima satu sen pun duit saman AES tersebut. BR1M 2 yg diberi kepada rakyat adalah hasil pendapatan negara."

Bukan nak berpihak kepada mana-mana parti politik, tapi aku rasa releven dengan kenyataan di atas. Aku macam pernah terbaca berita tentang saman AES yg perlu dikaji semula kerana "bertindih" dengan saman speedtrap yg biasa tu. Well, musim mengundi macam ni memang macam-macam "fitnah" yg akan kita dengar. Tepuk dada, tanya selera. Wallahu'alam.


p/s : layan pula lagu 1M4U ni...huhu ^_^




~ Dylla Abas ~

Wednesday, 28 November 2012

Teruja Melihat Pelamin


Masa BW tadi, terbaca la entri tentang pelamin. Lepas tu rasa teruja pula nak tengok-tengok pelamin kat Mr.Google tu. Tudiaaa...kemain banyak!! Cantik-cantik. Sampai rambang mata. Tapi aku paling berkenan pelamin yg last sekali tu. Rasa cam nak buat tema hitam-silver la..hee >_<
p/s : semua gambar credit to Google
~ Dylla Abas ~

Thursday, 26 July 2012

Mercun Dan Bunga Api

Assalammualaikum W.B.T

Selesai tarawih semua...? Alhamdulillah. Puasa ke-6 dan tarawih ke-7. Cepat je masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak genap seminggu kita semua berpuasa. Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan peluang untuk menikmati hidup dan merebut pahala di bulan Ramadhan.

Okay...bila bercakap tentang bulan puasa, pasti ramai yg dah terbayangkan bazaar Ramadhan, tempahan baju raya dan kuih raya, tak lupa juga mercun serta bunga api. Haa, malam ni aku nak cerita pasal dua benda ni. Mercun dan bunga api. Dua benda yg sangat sinonim dengan musim-musim perayaan.

Bila tiba musim perayaan macam ni, deria dengar kita dah mula rasa terganggu dengan bunyi-bunyi mercun. Bunga api takde bunyi ye. Kalau berbunyi pun tak la sampai tahap mengganggu. Kenapa aku cakap mengganggu..? Yelah, macam tadi...orang tengah sibuk-sibuk tarawih, diorang dok sibuk main mercun. Mengganggu la tu, kan...? Aku rasa tak salah nak main mercun tu. Tapi, biar la kena pada tempat dan masanya.

Kadang-kadang, tengah malam pun berbunyi. Takde kesedaran sivik ke...? Kat sekolah tak belajar subjek tu...? Fikirkan la tentang orang lain yg sedang nyenyak tidur. Tapi, terganggu dengan bunyi mercun tu. Tak selesa sungguh, kan...? Macam aku, memang setiap malam akan dikejutkan dengan bunyi-bunyi mercun ni. Nak buat macam mana. Dah memang budak-budak sini jenis tak faham bahasa agaknya. Hai, nasib la duduk di kawasan kejiranan yg macam ni.

There are still annoying sounds of fireworks or firecrackers or whatsoever things, as I write this entry. Dan bunyi-bunyi tu akan berlarutan hingga ke tengah malam. Hmm, mungkin sebab masa aku kecil-kecil dulu aku tak main mercun, jadi bunyi mercun ni sangat mengganggu deria dengar aku agaknya. Mungkin pada pendengaran orang lain, bunyi macam ni perkara biasa.

Apapun, walau rasa amat terganggu, tapi kadang-kadang aku layankan juga. Dok tepi tingkap bilik tu, pandang ke bawah, cari la port budak-budak ni main mercun. Pastu dok sengih sorang-sorang. Sebab ayah aku garang la aku tak main mercun tau! Kalau tak, mungkin aku pun jadi macam budak-budak ni dulu ^_^

Terasa la juga suasana nak raya bila dengar bunyi mercun kan. Ada la juga kebaikannya bagi aku. Tapi, pada adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak yg sibuk dok main mercun tu, hati-hati la ye. Malang tu tak berbau. Kalau dah terputus jari ke, terbuta sebelah mata ke, tak payah susah-susah nak menangis bagai la. Redha je. Sebab kita yg cari penyakit, kan...? Huhu (",)


p/s : mercun yg pernah sekali seumur hidup aku main pun mercun gasing...hahahaha



Photobucket

Thursday, 21 June 2012

Gila-Gila Remaja

Assalammualaikum W.B.T

Baru-baru ni aku teringat dekat 1 cerita lama. Cerita tahun 80-an. Tapi, bagi aku cerita ni memang evergreen la. Sampai sekarang pun masih ada yg menonton cerita ni.

Cerita yg aku maksudkan tu ialah Gila-Gila Remaja. Ingat tak para pelakonnya...? Yg pasti hero cerita ni memang tak akan dilupakan la. Faizal Hussein. Siapa tak kenal dia..? Dalam cerita ni, Faizal Hussein memegang watak seorang remaja nakal tapi mempunyai hati yg sangat baik. Walaupun dia nakal, dia bijak dalam pelajarannya hingga dapat jadi pelajar terbaik.

Adik aku pernah cakap dulu, "gila hebat Azroy ni...belajar tepi highway pun boleh jadi best student!" Bila aku fikir balik, betul juga tu...hahahaha (",)


Ada Rosyam Nor juga dalam cerita ni...tapi muka dia masa remaja memang lucu la ^_^

Tak kisah la apa pun. Bagi aku, cerita ni memang banyak pengajarannya. Walaupun para pelakonnya melakonkan watak dengan mengikut skrip seratus-peratus **skema gile bahasa diorang dalam cerita ni** tapi cerita ni tetap yg terbaik bagi diri aku.


p/s : terasa nak tengok cerita Marah-Marah Sayang la lepas ni...huhu :p


Photobucket

Monday, 11 June 2012

Si Awang Hitam

Assalammualaikum W.B.T

Bila aku tulis perkataan "Awang Hitam", pasti ada yg terus faham apa cuba aku sampaikan. Dan pasti ada juga yg tertanya-tanya, "Siapa Awang ni...? Kenapa dia digelar hitam...?"

Si Awang Hitam atau Blackman atau dengan bahasa yg lebih mudah difahami, African, sering dikaitkan dengan gadis-gadis di Malaysia. Kenapa begitu...? Pasti ada ramai yg pernah tahu atau terbaca di mana-mana tentang kes-kes yg melibatkan "percintaan" gadis melayu dengan si Awang Hitam ni.

Benar, cinta itu buta. Tapi, buta sangatkah hingga sanggup mengenepikan hukum agama demi si Awang Hitam ni...? Janganlah begitu. Islam itu mudah. Islam tidak pernah melarang umatnya untuk mencintai dan menyayangi sesama manusia. Dengan syarat, syariatnya terpelihara. Bukan tidak ada si Awang Hitam yg baik dan benar-benar ikhlas. Tapi peratusnya rendah. Kebanyakannya hanyalah kerana kepentingan nafsu semata-mata. Pandai-pandailah kita menilainya.

Aku pernah ada akaun TAGGED sebelum ini. Tapi sekarang dah takde lagi. Salah satu sebab kenapa aku tutup akaun tu ialah kedatangan private message yg tak putus-putus dari Awang Hitam. Bukan sekali dua. Tapi, berkali-kali. Pernah la juga aku membalasnya. Itu pun ala kadar je. Sekadar ucapan terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku di alam maya ni. Tapi, bila dia dah masuk bab body figure, bab rupa, bab CINTA yg sangat karut tu, aku give up. Bukan aku tak pandang si Awang Hitam ni, tapi aku percaya, mereka ni mencari teman bukan pada hati. Tapi, pada nafsu.

Sebelum terjerat, lebih baik aku undur diri. Bila melihat ada yg berdampingan dengan si Awang Hitam ni, aku mampu tersenyum je. Kalau yg bukan Islam tu, aku tak kisah sangat la. Tapi, kalau yg Islam, aku mesti terfikir, hubungan mereka ni di atas dasar apa...? Maaflah, tapi kepala otak aku ni tak dapat nak elak dari memikirkan yg bukan-bukan. 

Bukan ke bagus kalau siapa yg berpasangan dengan si Awang Hitam ni membimbing mereka ke jalan yg lebih baik...? Untung-untung, bertambahlah umat Nabi Muhammad S.A.W. 

Apapun, aku percaya, ramai yg akan berkata, "my your own business". Baiklah, aku tak akan ganggu urusan orang lain. Terutamanya bila urusan itu bersangkutan dengan hati. Tepuk dada tanyalah selera. Jangan kerana cinta, maruah diri tergadai. Wallahu'alam.


p/s : pesanan untuk diri sendiri juga (",)







Friday, 8 June 2012

Tulang Rusuk

Perbualan sengal ini berlaku di antara seorang lelaki dan seorang perempuan mengenai hal kahwin :

GF : Kawan-kawan saya majoriti dah kahwin...tinggal saya je yg belum kahwin lagi =(

BF : Takpelah, ada jodoh pasti kita akan kahwin. Kita kan dah plan. Awak sabarlah...

GF : Hmmm....

BF : (Sambil tersenyum memandang GFnye) Apa yg saya nak cakap, kita ni boleh plan je. Yg menentukan semuanya nanti Allah juga, kan? Kita usaha dan berdoa ye. Saya pun tak tahu kat mana "tulang rusuk" saya tu berada. Pada awak ke, pada perempuan lain ke...

GF : Oh, aritu saya dah pergi scan, ada nama awak kat tulang rusuk saya (memberitahu dengan muka yg penuh confident)

BF : Eh...??

GF & BF : Hahahahaha...


p/s : Hawa dijadikan daripada rusuk Adam...jadi, kaum Adam sekalian, carilah "tulang rusuk" anda berada di mana...peace (",)






Wednesday, 30 May 2012

Kita Semua Pasti Mati

Assalammualaikum W.B.T

Apasal la pagi-pagi dah buat entri pasal mati ni, Dylla..?? Hehehe...takde la...ni semua bos aku punya pasal. Masuk je ofis pagi tadi, aku nampak dia dah sibuk bergaduh dengan mesin fotokopi tu. Lepas tu sempatlah dengar dia membebel seorang diri.

"Saya ni lagi 20 tahun matilah kot. Korang yg tinggal ni kalau tak buat sesuatu, memang rosak la bumi ni nanti.."

Pulak..?? Kenapalah bos ni cakap pasal mati...? Al-kisahnya, dia merungut banyak sangat recycle paper kat tempat fotokopi tu. Bagusla kan. Jimat. Guna semula tu. Tapi, yg tak bagusnya menurut kata bos, benda tu seharusnya dikitar semula mengikut proses yg sepatutnya la. Alahai, apa nak susah bos...nanti ada kertas-kertas yg kita dah tak nak pakai, kita jual la kat "old news paper" tu (",)

Sekali aku gatal-gatal la menyampuk :

"Semua orang akan mati bos. Cuma tak tahu la bila. Kalau bos yg tinggal, bos la buat sesuatu nanti..."

Hahahaha...pagi-pagi nak cari pasal dengan bos kan. Bos sengih jelah. Angguk-angguk je. Mungkin setuju. Mungkin fikirkan sesuatu untuk balas balik. Wallahu'alam.

p/s : entri mengarut tak boleh tulis panjang-panjang (",)






Tuesday, 29 May 2012

Himpunan Jutaan Belia vs. Jom Heboh

Assalammualaikum W.B.T

Tak sempat nak update entri semalam. Banyak pula kerja kat ofis. Kepala dah serabut...huhu (",)
Ahad lepas, aku sempat ke Putrajaya untuk acara Himpunan Jutaan Belia 2012 tu. Kebetulan, karnival Jom Heboh pun turut sama diadakan. Sambil menyelam minum air la kata orang kan. Cuci-cuci mata tengok apa yg ada kat Himpunan Jutaan Belia 2012 tu. Agak-agak bosan, hala la kejap ke tapak Jom Heboh tu. Sebelah-menyebelah je pun. Tapi, disebabkan keadaan cuaca yg agak panas, ditambah pula dengan manusia yg sangat ramai memenuhi kawasan tu, aku jadi tak boleh fokus.

Dapat capture gambar belon ni pun jadi la..nak capai memang tak tercapai la (",)
Banyak sebenarnya acara yg ada. Tapi, satu pun aku tak dapat nak cerna. Himpunan Jutaan Belia ke ni..?? Yg aku nampak setiap canopy yg ada kat situ ada pentas dengan kategori muzik masing-masing. Sempat la menjengah ke persembahan Fabulous Cat. Masa tu pun aku tengok jam dah pukul 7.00 lebih. So, angkat kaki la. Idak ler rasa nak berhibur di waktu Maghrib, kan...?


Fabulous Cat
Tapi, on the way balik tu aku terfikir sesuatu la. Apa motifnya buat Himpunan Jutaan Belia ni, ye...? Aku tengok tak jauh beza pun dengan karnival Jom Heboh tu. Ada pusat jualan. Ada pusat informasi. Tak tahu la kalau masa aku sampai tu aktiviti yg melibatkan belia memang dah tamat. Hmm...entah la. Tapi, apa yg aku dapat, apa yg aku nampak, memang ramai la manusia yg berkunjung ke situ. Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa, semua ada. Berkumpul, melambangkan negara yg penuh harmoni **eh, Malaysia tak cukup harmoni ke...?**

Sibuk dok belek-belek jubah maxi ni..cantik la...

Dalam rasa tak faham dan tak puas hati tu, hampir 2 jam juga la aku berada di sana...hahaha. Seronok sebenarnya memerhati gelagat manusia ni. Macam-macam ragam. Aku dah jadi macam apa je bila mata ni sibuk nak memandang ke merata hala. Bagi aku, secara peribadinya, aktiviti ni tak mendatangkan manfaat pada diri aku. Mungkin ada manfaat pada orang lain. Mungkin ada yg aku dah terlepas pandang. Mesti ada agenda yg menarik. Kalau tak, masakan kerajaan boleh buat acara ni berkali-kali, kan? Well, apapun, aku enjoy je melihat gelagat manusia lain (",)


p/s : dengar cerita tahun depan nak buat lagi acara ni...





Thursday, 24 May 2012

Bantal Busuk

Assalammualaikum W.B.T

Bila sebut pasal bantal busuk, mesti ada antara kita yg dah terbayang-bayang bantal busuk kat rumah, kan? Ada orang bantal busuknya tu memang busuk gile la **kes tak benarkan mak basuh..hoho :p** Ada orang pula bantal busuknya tu berganti-ganti sarung. Dan ada orang bantal busuknya ialah teddy bear atau yg seumpama dengannya.

Aku..?? Aku tak pernah ada bantal busuk. Teddy bear yg aku pernah ada dari zaman kanak-kanak dulu tu pun dah hilang entah kemana. Adik aku yg bongsu tu, memang gile sangat dengan bantal busuk dia. Tak boleh orang lain pinjam. Mula la buat muka. Bantal busuk dia tu, ya ampun...memang busuk bangat!!

Kenapa pula nak cerita pasal bantal busuk ni Dylla..?? Takde la...aku tengah buat kerja, tiba-tiba teringat kat anak buah aku, Azeem. Dia tu pun lagi 1 manusia yg gilakan bantal busuk. Bantal busuk dia lagi la...bau susu masam! Adoii...macam mana la dia boleh tahan dengan bau busuk tu ye..?? Aku yg terbau dari jauh ni pun rasa nak termuntah. Apatah lagi dia yg dok bergomol-gomol dengan bantal tu.

Al-kisahnya, budak Azeem ni lagi extreme. Pantang orang cuit sikit bantal busuk dia, terus mengamuk. Kalau makngah dia yg seorang ni nak menumpang letak kepala sekejap pun, cepat-cepat ditolaknya sejauh yg mungkin. Punyalah bakhil anak buah aku yg seorang tu.

Kalau ibu dia tukarkan sarung bantal busuk dia tu, dan susun dengan bantal-bantal yg lain...dia pasti boleh cam juga bantal busuk dia tu. Walaupun sarung bantal busuk dia dengan bantal-bantal lain adalah sama, dia tetap boleh mencari di mana bantal busuknya. Bukan melalui bau ye. Tapi, dengan melihat bucu bantal. Aku pun tak faham. Tapi, itulah kaedah dia mencari bantal busuknya.

p/s : Hai...macam-macam la Azeem ni. Tiba-tiba je makngah teringat kat Azeem tau. Terus buat entri (",)



Wednesday, 23 May 2012

Perasaan ke Perasan..??

Assalammualaikum W.B.T

Sebelum aku terus mengarut panjang, terlebih dahulu aku nak ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Rejab. Alhamdulillah, dah masuk bulan Rejab pun. Cepat betul masa berlalu ye. Lepas Rejab, Syaaban pula. Lepas tu, seluruh umat Islam dah kembali berpuasa di bulan Ramadhan. Moga-moga kita semua masih diberi peluang dan kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini..amin.

Okay...berbalik kepada tajuk entri : Perasaan ke Perasan..?? Apala Dylla ni...suka sangat buat tajuk entri yg berunsur soalan. Ampun ya...itulah tajuk yg melintas kat kepala otak aku ni haa (",)


Google

Perasaan dan perasan ni kalau mengikut kamus aku, bermaksud perbuatan yg melibatkan hati. Walaupun kedua-duanya mempunyai unsur yg sama iaitu RASA, tapi maksud sebenar kedua-dua perkataan ini jauh benar bezanya.

Mengikut pengalaman aku sendiri, perasaan tu bila aku mula menyukai atau membenci sesuatu perkara atau seseorang. Dan perasan itu pula, bila aku rasa sesuatu perkara atau seseorang tu menyukai atau membenci aku...hahaha **kes syok sendiri la kot** Siapa pernah lalui keadaan macam ni...sila angkat tangan (",)

Tak kisah la perasaan atau perasan sekalipun, kedua-duanya bila melibatkan hati, akan membuatkan emosi kita menjadi aktif. Emosi yg aktif ini akan membuatkan diri kita menjadi lebih sensitif. Di ketika ini, terpulang la kepada diri kita sendiri untuk menentukan hala tuju yg seterusnya. Janganlah sampai terbawa-bawa hinggakan semua perkara jadi tak menentu. Susah kot nanti.

Apa yg penting, perasaan suka atau benci tu sebenarnya sesuatu yg tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata. Penyebab untuk suka atau benci hanyalah sekadar cara untuk memuaskan hati sendiri. Well, tepuk dada tanyalah hati. Dimanakah kedudukan hati kita yg sebenarnya. Pada perasaan suka, atau pada perasaan benci..?

p/s : dan jangan lupa tanya pada hati, berapa kali kita perasan ada orang suka atau bencikan kita dalam sehari (",)




Thursday, 17 May 2012

Kuat Sentap...Masalah Ke...??

Assalammualaikum W.B.T

Agak-agak nak bagi alasan apa lagi bila aku lambat update blog hari ni...? Sibuk...? **alasan biasa** Internet slow...? **rasa ok je** Dah tu...apa lagi...?? Malas kot...? **hahahaha...paling tepat!!**

Okay..tak nak malas-malas. Hari ni nak bercerita tentang perilaku manusia yg paling selalu berlaku di mana-mana je...KUAT SENTAP **amboi Dylla...huruf besar sangat kau letak ye...siap bold kan pula tu** Menurut kamus aku sendiri, kuat sentap ni adalah orang yg cepat terasa bila diri disindir atau dipermainkan. Apa maksud kamus korang pula..? Share details, please (",)

Senang cakap macam ni la, orang yg kuat sentap ni sebenarnya terlalu banyak bermain dengan emosi. Bila terlalu banyak bermain dengan emosi, emosi akan menjadi kurang stabil. Jadi, bila dah emosi kurang stabil, mula la nak sensitif, kan? Orang usik-usik sikit pun nak terasa. Masalah ke orang macam ni...?

Bagi aku, memang bermasalah sebenarnya nak berurusan dengan orang yg macam ni. Aku tak nafikan, ada masa aku pun boleh jadi kuat sentap juga. Disebabkan aku ni jenis yg malas nak fikir hal remeh-temeh, jadi aku biarkan je. Tapi, tengok kes juga la. Bukan semua kes aku nak menyentap la. Agak-agak kes berat, baru la aku boleh menyentap dengan jayanya...hoyeah!!

Macam mana nak berhadapan dengan orang yg macam ni...? Mengikut pengalaman aku sendiri la ye, orang-orang yg macam ni tak perlu nak dipujuk-pujuk dah. Dia nak sentap...? Biarkan je. Sebab, selalunya dia akan kembali seperti biasa bila emosi dia dah pulih. Itulah, main lagi emosi. Kan dah susah. Orang bergurau pun nak ambil hati, stress, tension, bla bla bla.

Jadi, kepada orang-orang yg kuat sentap ni, please behave yourselves. Jangan sampai orang lain memandang anda dengan perasaan yg menjengkelkan. Ada masa kita boleh la merajuk. Bukan tak boleh langsung. Cuma, fikir dulu la..."releven ke aku merajuk untuk hal sekecil ini...?" Kalau rasa tak releven langsung, buang terus je niat nak menyentap tu. Tak payah nak merajuk bagai la. Tarik muka 14. Annoying la beb...!!


Google

p/s : kadang-kadang aku layan juga perangai manusia yg kuat sentap ni...but most of the time...boleh jalan la..malas nak fikir...hahaha...gila jahat aku (",)


Monday, 16 April 2012

Terbaik Ke..??

Assalammualaikum W.B.T

Lepas cuti panjang sebab kematian atuk minggu lepas, aku bersambung cuti pula sebab tak sihat. Penangan rasa rindu pada arwah atuk la ni. Alhamdulillah, aku dah sihat pun. Dah kembali seperti sediakala. Memulakan rutin harian seperti biasa.

Beberapa peristiwa yg berlaku baru-baru ni, buat aku terfikirkan sesuatu. Yg paling utama ialah perasaan kehilangan la. Bila atuk dah takde, baru la terasa rindu. Mujurlah aku ni jenis yg rajin balik kampung. Hujung minggu kalau takde program, memang kampung la destinasi aku. Jadi, bila sesekali aku tak balik tu, arwah atuk mesti tanya, "kakak tak balik ke minggu ni..?" Okay..sekarang dah takde orang nak tanya soalan tu. Terasa sangat kehilangan :(

Entri ni takde niat nak mengaibkan sesiapa. Cuma, aku terfikir, lepas kita kehilangan seseorang ** terutamanya ibubapa la kan ** pernah tak terdetik di hati kita yg kita dah buat yg terbaik untuk mereka..?

Terbaik ke kalau nak balik kampung jumpa ibubapa sendiri pun kena tunggu diorang call dulu baru nak balik..? Terbaik ke kalau balik kampung jumpa ibubapa sendiri tapi bila dah sampai kampung buat hal sendiri..? Terbaik ke kalau balik kampung jumpa ibubapa sendiri tapi tak nak berbaik dengan adik beradik sendiri..?

Hmm..tepuk dada tanya selera la kan. Apa pun, aku memang sedang mencuba untuk jadi anak yg terbaik dan buat yg terbaik untuk mak dan ayah aku. Sesungguhnya, walau sebaik mana yg cuba aku lakukan, belum cukup lagi untuk menandingi kebaikan mereka berdua.

p/s : kita bukan yg terbaik kalau pernah terdetik rasa kecewa di hati ibubapa kita..wallahu'alam



Monday, 26 March 2012

Jangan Terlalu Taksub

Rata-rata dunia hari ini, kita didedahkan dengan perkembangan pelbagai jenis hiburan, fesyen dan komunikasi. Mungkin di zaman kanak-kanak dan remaja aku dulu dunia tidak sehebat hari ini. 

Zaman aku dulu, kalau dah ada handphone Nokia 3310 dah cukup gah.
Hari ini...? Budak sekolah rendah pun pakai Blackberry.

Zaman aku dulu, pergi sekolah pun naik bas tambang...dah cukup hebat la dapat naik bas sekolah.
Hari ini...? Driver hantar sampai depan pintu kot.

Zaman aku dulu, dapat spend sejam dua kat CC (Cyber Cafe) pun dah cukup baik.
Hari ini...? Majoriti orang dah memiliki iPad sendiri.

Begitulah perbezaan 'dunia' yg aku nampak. Betapa mewahnya manusia pada masa kini. Walaupun handphone aku dah bertukar rupa ** tak la canggih sangat...tapi boleh la layan FB..hoho :p ** kadang-kadang aku sentap juga melihat budak-budak sekolah main campak-campak je Blackberry diorang. Gila la! Banyak betul duit dia kan.

Tu baru cakap pasal gadget. Belum lagi cakap pasal dunia fesyen dan hiburan. Yg Islam pun tak nak ketinggalan berfesyen. Kononnya, Islam itu sukakan kecantikan dan keindahan. Betul. Aku setuju. Tapi, kecantikan itu tidak la pula sampai melamapui syariatnya.

Kadang-kadang aku perasan, majoriti yg beragama Islam ni yg terlampau taksub dengan perkembangan dunia. Baik dari segi apa sekalipun la. Kononnya tak nak dikatakan ketinggalan. Kita masih boleh terus maju meskipun kita mengikut syariat yg telah dtetapkan ** aku sedang berusaha ke arah itu..insyaAllah ** Asalkan niat kita itu ikhlas kerana Allah, insyaAllah.

Janganlah kita menjadi terlampau taksub akan sesuatu yg tidak kekal. Tak salah melayari FB. Tapi, jangan sampai melalaikan hingga lupa solat dan hal sekeliling. Tak salah mahu kelihatan cantik, tapi biarlah kesopanan dan kemuliaan Islam itu dikekalkan. Tak salah meminati seseorang artis kerana bakatnya, tapi janganlah sehingga memujanya.Wallahu'alam.


p/s : entri hari ni berunsur nasihat je kot...baik sungguh aku...hoho (",)







Thursday, 22 March 2012

"Kau tak pernah rasa...boleh la cakap banyak..!"

Tadi aku di 'sound' dengan kata-kata di atas. Adess...amekaw!! Punca..?? Adalah seorang makhluk Allah S.W.T ni, mengadu domba tentang masalah dia dengan GF dia. Aku pun dengar jelah. Sekali dia kata, GF dia pinjam duit dari dia. Tapi lepas tu, GF dia terus tak pedulikan dia. Bila tanya pasal duit tu, GF dia mengamuk. Macam tak nak bayar balik

Aku pun nasihat la serba-sedikit yg aku tahu. Manusia ni memang macam tu kan. Pinjam pandai. Tapi bila nak pulangkan balik, mulalah buat hal. Jadi, aku cakap la, "kalau awak tak kisah, awak halalkan la duit tu. Awak minta dia bayar pun dia boleh buat hal macam ni, kan? InsyaAllah, ada la rezeki lain untuk awak..."

Tu yg aku kena sedas tu. Adoi. Bukan masalah aku pernah kena tipu macam dia atau tak. Cuma aku rasa, dia tak patut la cakap macam tu. Dia dah mengadu. Aku cuba bagi pendapat. Sekali dia sound aku pula. Kang kalau aku cakap aku pernah kena tipu lebih banyak daripada tu kang, dia kata aku nak cover line pula. Hmm...biar jelah.

Cuma yg aku terdetik untuk tulis entri macam ni adalah disebabkan mentaliti manusia. Orang-orang yg bermasalah selalu cakap macam tu bila ada orang lain cuba nasihatkan dia, kan? Weii, grow up la...memang la bukan semua manusia ada masalah yg sama. Jangan la nak samakan masalah kita dengan orang lain pula. Allah S.W.T menduga hamba-Nya dengan cara yg berbeza-beza, kan?

Jadi, tak perlu la nak keluarkan ayat macam tu. Ada orang yg prihatin terhadap kita, tapi kita balas macam tu pula. Tak baik la macam tu. Cuba positifkan minda kita ni. Pandang setiap nasihat itu dari sudut yg lebih baik. Jangan la sesedap rasa nak tempelak orang macam tu. Apa yg penting, kita kena redha dengan qada' dan qadar hidup kita. Bukan setiap hari nasib kita baik, kan?

Ambil kejadian yg buruk itu sebagai pengajaran. Aku akui, dulu pun aku macam tu juga. Cuma aku rasa penggunaan bahasa aku bagus sikit la. Takde la sampai menyebabkan orang yg dengar tu kecil hati ke apa ke. Rasanya la...huhu (",) Tapi, aku lakukan perubahan demi kebaikan. Alhamdulillah, sekarang dah ok. Semua nasihat aku boleh terima. Takde la umpama mencurah air ke daun keladi, kan?

p/s : moga kita semua tabah hadapi ujian Allah S.W.T

Wednesday, 21 March 2012

Lelaki Terdesak

** Maaf...ini bukan entri menghina, mengutuk or whatsoever (",)

Aku terfikir nak tulis entri ni setelah beberapa hari melalui beberapa kejadian la. Bagi aku kejadian ni bukan la isu besar sangat pun. Tapi, bila sebut pasal terdesak, mesti kita semua dah fikir macam-macam, kan?

Lelaki terdesak. Disebabkan aku perempuan, jadi tajuk ini la yg jadi pilihan hati. Aku pernah kenal beberapa orang lelaki yg semuanya berlainan karektor. Tapi, aku terpaksa letakkan mereka dalam kategori yg sama - terdesak.

Terdesak yg macam mana tu...? Terdesak nak ada teman hidup. Okay. Baru-baru ni aku ada tulis entri tentang kahwin. Kalau difikirkan tentang usia aku yg ala-ala nak tua dah ni, memang la aku pun hampir-hampir boleh jadi terdesak. Sambar jelah sesiapa yg nak kahwin dengan aku. Hahaha...alhamdulillah, aku masih waras lagi. Belum cukup terdesak untuk bertindak begitu.

Aku sebenarnya tak kisah sangat sesiapa yg terdesak ni. Tapi, bila yg terdesak ni mendesak aku. Haaa...itu memang aku kisah sangat!

Aku faham la bila si A kata umur dia dah semakin meningkat. Si A ni teringin nak ada teman hidup. Nak ada keluarga sendiri. Tengok kawan-kawan, semua dah beristeri dan beranak-pinak. "Jom la kita kahwin awak. Tak payah la kita berkenalan lama sangat. Kita bercinta lepas kahwin jelah."

Bercinta lepas kahwin tu memang la okay. Tapi, bagi aku yg agak cerewet ni ** tu pasal la hang lambat kawen Dylla oii..!! ** bercinta lepas kahwin tu bukan pilihan yg tepat la. Orang zaman dulu mungkin tidak terlalu terdedah dengan kemodenan dunia. Jadi, bercinta lepas kahwin tak menjadi masalah. Orang zaman sekarang...? Uishh...susah nak cakap beb!

Aku pun tak suka bercinta lama-lama ** agak rimas menghitung hari bila tempoh hubungan aku dengan si dia dah hampir mencecah 2 tahun ** Dalam Islam sendiri tak menggalakkan bercinta macam ni. Tapi, bagi aku, aku perlukan masa untuk kenal hati budi seseorang yg bakal menjadi suami aku nanti. Takkan la nak main tangkap muat je, kan..? Kahwin tu bukan perkara yg berlaku sehari je dalam hidup.

Jadi, kepada sesiapa yg masih belum berkahwin dan tidak punya kekasih hati, janganlah mendesak diri sehingga menjadi terdesak. Yakinlah, jodoh itu pasti akan tiba. Itu janji Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Kita buat kerja kita. Selebihnya, biar Allah yg menentukan (",)

p/s : Jangan fikirkan sangat hal kawan-kawan yg dah kahwin tu...nanti stress...ngeee :p

Tuesday, 20 March 2012

Kahwin...?? Alahai...!!

Assalammualaikum W.B.T

Cuti baru-baru ni aku ke Kedah untuk menghadiri majlis kahwin sepupu sebelah mak. Kami ke sana dengan menaiki kereta abang. Jadi penumpang untuk perjalanan yg agak jauh tu menyebabkan aku sakit pinggang untuk beberapa hari. Al-maklum la...dah tua...huhu (",)

Pertama kali menghadiri majlis kahwin di Kedah, buat aku rasa sedikit teruja. Makcik aku yg membuat keputusan untuk memasak makanan secara gotong-royong dengan orang kampung, ternyata telah membuat 1 keputusan yg tepat. Amboi...macam apa je! Orang-orang kampung memang sangat membantu. Mereka rajin dan kuat bekerja. Takde seorang pun yg kelihatan malas-malas atau curi tulang.


Syah n Fiezah - Moga kekal bahagia selamanya (",)

Kami, kaum keluarga yg datang, dapat la berehat dan menikmati suasana kenduri tu. Aku cuma sibuk dengan pengantin jelah. Temankan dia ke tempat mak andam. Oh ye, kat sana mak andamnya tak datang ke rumah. Pengantin yg kena ke tempat dia. Pelik juga aku. Tapi, mungkin kat sana begitu caranya. Ikutkan jelah.


Merahnya makngah...!!!

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan sangat meriah dan lancar sekali. Ramai sangat tetamu yg hadir. Aku tengok makcik dan pakcik aku dah macam orang tak tidur 5 hari je gayanya. Kesian diorang. Penat sangat agaknya. Majlis anak sulung. Macam tulah kan.

Habis je majlis, semua saudara-mara dah mula berkemas-kemas nak balik. Sempat pula aku berborak dengan beberapa orang makcik aku. Mak aku pun ada juga la masa tu. Ada la 2-3 suara yg bertanya perihal aku. Bila pula giliran aku agaknya...? Hahahaha...tak mampu nak jawab apa-apa. Hanya sekadar senyum dan "insyaAllah...sampai la kad kawen kakak kat rumah korang nanti..."

Alahai...mak aku pun dah tak kisah dah orang tanya-tanya pasal aku. Bagi mak, apa pun keputusan aku, dia terima seadanya. Walaupun jauh di sudut hatinya, aku tahu dia amat berharap untuk meihat aku menjadi isteri buat bakal suamiku. Tapi, mak memang sangat memahami. Sayang mak!!


Adik aku (Haris), my lovely Mom, ME, kakak ipar (Ida) & si becok (Azeem)

Sebelum balik, abang sempat mengajak kami singgah di Pekan Rabu. Mak nak cari belacan pula. Katanya, belacan Kedah sedap sikit. Apa yg sedapnya, wallahu'alam. Aku bukan pandai sangat bab-bab masakan ni. Tapi, bab makan memang la aku juaranya...hehehe

Apa pun, aku bersyukur dikurniakan keluarga yg sangat memahami dan sentiasa ada di waktu susah dan senangku. Walaupun masih tidak punya pasangan hidup, tapi aku tak pernah merasa sunyi. Mak dan ayah la penghibur hati di kala duka.

Mak, ayah...kakak sayang korang berdua...!!



p/s : ayah aku merajuk sebab kena tinggal 3 hari...dia tak dapat join majlis ni sebab terpaksa jaga atuk yg tak berapa nak sihat...sian kat ayah kena tinggal (",)