Pages

Showing posts with label Kahwin Punya Cerita. Show all posts
Showing posts with label Kahwin Punya Cerita. Show all posts

Wednesday, 6 March 2013

Majlis Kahwin n Big Bad Wolf

Assalammualaikum W.B.T

Tak tahu la kenapa 2-3 hari ni macam malas pula nak buat entri baru. Mungkin sebab keadaan kesihatan yg tak mengizinkan aku dok mengadap lappy lama sangat kot...huhu, alasan! Tapi yelah...2-3 hari ni memang rasa tak berapa nak sihat. Tekak dah sakit-sakit ni. Badan pula rasa seram sejuk je ^_^





Ahad lepas, aku ke majlis kahwin bekas teman sekerja di Sungai Ramal, Kajang. Dengan cuaca yg panas terik tapi tetiba turun hujan dengan lebatnya, so agak lama juga la kami di rumah pengantin tu. Sesi bergambar dengan pengantin je yg tak lama sangat. Sebabnya, masing-masing macam kehilangan mood. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab tak sempat nak jumpa kawan-kawan yg lain. So, mood nak "membuli" pengantin seperti kebiasaannya tak berapa nak menjadi. Apapun, pengantin sangat sweet dengan busana hijau. Dah ala-ala Scha Al-Yahya dah bajunya.






Lepas je balik dari kenduri kahwin tu, kami terus ke Big Bad Wolf. Alang-alang dah lalu kan, singgah jelah terus. Aku ni pula, memang la pantang ada jualan buku macam tu. Tak lepas peluang okay! Dengan berbaju kendurinya, kami memang yakin gile la melangkah masuk ke dalam MIECC tu..hoho!! Sempat la grab 3 buah thriller novel. Nasib baik masa nak bayar tu "Q" tak panjang sangat. Kalau tak meraung juga la nak letak balik buku-buku yg dah dipilih tu.




Begitu la al-kisahnya yg berlaku pada diri aku 2-3 hari ni. Oh, sebelum tu ** hari Sabtu ** aku ke rumah abang di Puchong. Ada sambutan harijadi anak buah aku, Azeem. Tu masuk dalam entri lain la ye. Nak cerita kat sini macam "packed" sangat dah rasanya (",)


p/s : serius rasa nak demam wehhh..!!!




~ Dylla Abas ~

Friday, 1 February 2013

Lagi Gambar Perkahwinan Azua & Haris


Special dedicated to Ed Shahir
** yg tak dapat hadirkan diri ke majlis ini **


















































p/s : tak best la photography tanpa Ed...gambar pun tak berapa nak cantik...next time tolong join ek (",)




Thursday, 31 January 2013

Percutian Ke Negeri Jelapang Padi

Assalammualaikum W.B.T

Haish...lama sungguh la tak jenguk blog ni. Apatah lagi nak jenguk blog kawan-kawan yg lain. Cuti lama, blog pun terabai la sikit. Entri ni pun ambil masa juga nak disiapkan sebab kesibukan yg melampau di ofis ketika ini. Last week, satu kerja pun tak boleh buat sebab system down. So, minggu ni dah sistem dah okay....aku plak yg tak okay...rushing nak siapkan semua outstanding ni.

Okay...tutup kisah luahan perasaan tu. Nak cerita tentang percutian aku baru-baru ni. Cuti 5 hari ni aku ke Kedah. Tujuan asalnya sebab nak menghadiri majlis perkahwinan anak makcik aku. Hmm, takde la bercuti sangat pun. Spend masa kat rumah pengantin jelah. Tapi, majlis kali ni agak unik sikit sebab agenda di sebelah malam tu kami raikan dengan acara Family Day. Memang meriah!

DAY 1
Kami bertolak dari rumah (Bukit Beruntung) tepat jam 11.00 pagi. Adik aku yg drive hari tu. Aku jadi co-pilot je. Mak ayah jadi boss kat seat belakang...hee :p Sempat singgah kejap di RnR Jejantas Sg.Buloh. Ayah nak makan Dunkin' Donut katanya. Kami teruskan perjalanan dan keadaan hiway masa tu sangat lancar. Cuma, keadaan jadi sedikit sesak bila kami menghampiri Terowong Menora di kawasan Ipoh-Jelapang. Lepas je terowong tu, keadaan hiway lancar balik.

Cuaca masa tu sangat panas. Terik. Kami dalam kereta yg berhawa dingin tu pun berpeluh-peluh. Ayah sampai tukar baju. Pakai t-shirt yg lebih nipis. Akhirnya kami singgah di RnR Sungai Perak. Makan dan cari "angin". Selesa rasanya dapat menghirup udara segar selepas berjam-jam terkurung dalam kereta. Kami teruskan lagi perjalanan dan akhirnya sampai di Kuala Nerang, Kedah hampir jam 6.30 petang. Aku tak pasti kenapa lewat sangat kami sampai. Tapi, apa yg pasti...kami memang kepenatan. Rasa nak terus masuk cari bantal je. Tapi, memandangkan masa kami sampai tu majlis akad nikah baru je selesai dan pengantin sedang b'gambar, terpaksa la aku batalkan niat nak membuta tu.

Malam hari pertama kami tiba di sana, diadakan kenduri tahlil. Majlis tamat je, aku pun sibuk menyelit di bilik pengantin tu untuk 2 tujuan. 1 - Pengantin request nak pakai selendang masa bersanding keesokan harinya. Jadi, malam tu aku pun try macam-macam kaedah lilitan selendang yg sesuai. Kemain! 2 - Nak tidur dengan pengantin. Memang dah jadi tradisi, aku ni orang yg akan tidur dengan pengantin pada malam terakhir dia sebelum dia tidur dengan suaminya...huhu >_<





DAY 2
Tersedar dari lena seawal jam 6.00 pagi. Pengantin masa tu tengah sibuk mandi. Aku pun dok golek sini, golek sana...akhirnya pukul 6.30 pagi baru betul-betul bangun. Mak andam nak datang pukul 7.00 pagi. Terpaksa akur dengan jadual mak andam sebab dia sudi make-up kan di rumah. Kalau kat belah sana, pengantin kena datang butik mak andam untuk make up. Jadi, pengantin memang lega sikit la sebab tak payah keluar rumah. Tak kisah la siap awal sikit. Lagipun, bilik tidur pengantin tu berhawa dingin. Tak la cair make-up nya tu.




Lepas tu tugas aku la pula nak siapkan pengantin dengan selendang dia tu. Proses melilit selendang tu tak makan masa sangat. Nasib baik malam tu dah buat tutorial dulu...hehehe. Aku ni dalam tak pernah siapkan pengantin, tiba-tiba jadi tahu je nak pakaikan veil dan crown. Berangan jadi mak andam kejap. Nasib baik aku tak pandai make-up kan orang je. Kalau tak, aku suruh pengantin tu upah aku jelah. Tak payah susah-susah panggil mak andam lain. Amboi kau, Dylla!






Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan aku yg secara tiba-tiba terpaksa menjadi pengapit. Aduhai...adik sedara punya pasal. Aku turutkan jelah. Bukan susah sangat jadi pengapit ni. Tayang muka je. Eh...?? Hahahaha (",)

Kebetulan, photographer (sepupu pengantin) diorang masa tu tak dapat datang. Tak dapat cuti dengarnya. Nasib baik la ada 3 DSLR masa tu (termasuk aku punya la). Kami la photographernya. Haa..kemain banyak job aku masa tu ye. Aku la pengapit. Aku la photographer. Tapi takpe. Aku suka. Kerja menangkap gambar ni memang dah sebati dalam diri...chewahhh. Dan outdoor petang tu pun kami juga la photographernya. Mesti nak buat juga. Nanti ada la kenangan untuk disimpan kan. Kebetulan, masa outdoor petang tu, ada 4 lagi pasangan pengantin baru. Meriah betul Alor Star petang tu. Masing-masing beraksi dengan pasangan masing-masing. Walaupun cuaca panas terik, muka para pengantin masa tu berseri-seri je (",)








Malamnya, kami ada acara Family Day. Memang dah diberitahu awal-awal lagi. Sebab tu aku teruja nak bercuti ke sana. Sebab ni pertama kali aku join Family Day keluarga sebelah mak. Memang sangat meriah. Macam-macam ragam. Makcik-pakcik semua sporting belaka. Malam tu, aku memang sangat bertuah rasanya. Macam-macam hadiah aku dapat. Ayah sampai perli aku, "balik-balik muka budak sorang ni yg dapat hadiah..." Hahaha...jeles ler tu! Majlis berakhir hampir jam 12.30 malam. Sengaja tunggu lepas pukul 12.00 malam sebab nak potong kek. Ada pula adik sedara aku yg sambut birthday. Lagi la meriah jadinya. Nasib baik rumah makcik aku tu jenis kat tengah-tengah bendang dan jauh dari jiran-jiran. Kalau tak mau kena ketuk pintu ni...kecoh!


DAY 3
Masing-masing dah sibuk berkemas mahu pulang. Keluarga aku pun tak terkecuali la. Mulanya, mak nak singgah di Alor Star. Nak cari asam jawa katanya. Lepas tu bila ayah cakap nanti nak singgah jumpa adik aku di Seri Iskandar, terus mak tak jadi nak cari asam jawa dia tu. "Terus singgah tempat Ekin la..." Haaa...dah rindu la tu! Sampai tak sabar-sabar nak jumpa "penawar jantung" dia tu. Adik bongsu aku tu masa kecil, mak selalu panggil dia penawar jantung. Dulu-dulu jeles gak aku. Tapi, sekarang tak lagi. Aku pula yg kadang-kadang panggil Ekin macam tu. Saja menyakat. Sebab Ekin marah gile bila dengar orang panggil dia macam tu...huhu :p

Alhamdulillah. Akhirnya kami selamat tiba di rumah jam 8.30 malam. Memang letih. Tapi, dek kerana semangat nak tengok hadiah-hadiah kemenangan aku masa Family Day tu, mak ayah pun terus jadi tak letih. Diorang pula yg teruja nak tahu apa yg aku dapat. Best gile hadiahnya! Banyaknya dapat makanan la. Kenyang la perut aku sebulan ni dengan stok makanan. Alhamdulillah, rezeki (",)

Begitulah al-kisahnya percutian aku. Dan sebab-sebab kenapa aku menyepi 4-5 hari ni....hee >_< Apapun, lepas ni aku akan kembali berblog seperti biasa. Walaupun tak buat entri baru, aku akan BW macam selalu (",)





p/s : semalam tak sempat nak BW sangat...busy!





~ Dylla Abas ~

Wednesday, 28 November 2012

Teruja Melihat Pelamin


Masa BW tadi, terbaca la entri tentang pelamin. Lepas tu rasa teruja pula nak tengok-tengok pelamin kat Mr.Google tu. Tudiaaa...kemain banyak!! Cantik-cantik. Sampai rambang mata. Tapi aku paling berkenan pelamin yg last sekali tu. Rasa cam nak buat tema hitam-silver la..hee >_<
p/s : semua gambar credit to Google
~ Dylla Abas ~

Wednesday, 5 September 2012

Tahniah Buat Cham dan Isteri

Assalammualaikum W.B.T

Entri ni dah terperam selama 3 hari. Dan hari ni baru ada kesempatan nak update balik, sambil masukkan gambar-gambar yg comel lagi jelita...hoho >_< Sabtu yg lepas, kami berkonvoi ke Felda Chini, Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan teman sepejabat aku, Cham atau nama sebenarnya Syamsul Azhar.
Kami bertolak seawal jam 9.00 pagi dari kawasan rumah aku. Sempat singgah di Petronas Kunang-Kunang kat MRR2 tu untuk bertemu dengan seorang lagi kawan sepejabat yg dah janji nak konvoi sekali. Kebetulan, sang bf setuju nak follow. Jadi, kami berkonvoi sebanyak 3 kereta je. Yg lain-lain tu aku tak tahu la macam mana. Dengarnya nak bertolak dari ofis. Tak kisah la. Yg penting, 3 kereta yg patut ada ni pun dah cukup punctual.


View masa perjalanan sebelum sampai Felda Chini

Disebabkan perjalanan ke sana memakan masa hampir 4 jam, kami agak selesa berkonvoi dengan 3 buah kereta je. Kalau lebih banyak kereta, lebih lama la masa perjalanan tu diambil kan. Dan perjalanannya cukup menguji kesabaran. Keluar je tol Gambang tu, kami dah nampak suasana "takde apa-apa" seperti yg orang cakap. Hanya ada ladang kelapa sawit. Dan kawasan bukit-bukau. Banyak lori pula. Dah la ada 1 lane yg ada. Terpaksa la memandu dengan hati yg sangat-sangat penat menahan sabar...hehehe :p
  
Kami tiba hampir jam 1.00 tengahari. Alhamdulillah. Sampai juga di Felda Chini ni. Punya la jauh aku rasa. Dalam kereta berdua je. Bosan juga asyik bercakap dengan sang bf je. Dapat bercakap ramai-ramai kan best...hahaha. Dia setuju nak ikut pun dah cukup bagus la...amboi, tak bersyukur ye Dylla!!

Sampai sana, kami duduk-duduk dulu...usha-usha lauk kenduri yg ada. Sang bf dengan muka yg tak berapa nak malu, selamba je terus ambil makanan. Ish, sabar jelah tengok kerenah dia! Sampai balik kat meja, dia cakap bisik-bisik, "aku tak tahu nak makan apa la..." Bila aku pandang pinggan dia...eh, takde lauk pun?? Dia hanya ambil nasi putih, gulai lemak nenas dan sedikit kuah. Makan ke apa tu..? Lepas tu, seorang lagi kawan, Ezwan, bangun untuk ambil makanan. Kejap je dia dah patah balik..."a'ah la..tak tahu nak makan apa..."

Aku dah rasa pelik. Biar betul diorang ni...??? Sekali aku pula yg pergi ambil makanan, oh....bukan takde lauk sampai diorang tak tahu nak makan apa. Tapi, semuanya masakan kampung. Mungkin tak kena dengan tekak diorang. Masa tu aku ternampak ada mihun sup. Jadi, aku makan mihun sup jelah. Nak makan lauk lain, takut tergugat pula perut aku nanti. Aku pun lebih kurang macam diorang la. Tak biasa dengan masakan asing. Takut perut meragam. Apapun, sup dia memang terbaik la...sedap gile!


Aksi photographer

I'm on candid camera!!!

Kami dah habis makan pun, pengantin belum sampai lagi. Jadi, sempat la beraksi depan kamera sementara nak tunggu pengantin sampai. Tiba-tiba, satu lagi group UniRazak tiba. Wahhh, baru la meriah! Tak lama lepas tu baru pengantin sampai. Serba ungu. Sweet sangat. Kaler feveret aku kan..huhu >_<


Pengantin baru sampai masa ni

Senyuman ceria dari pengantin...sweet tau!

Lepas pengantin selesai makan beradab, baru la kami ada kesempatan untuk mengajak diorang bergambar. Sangat sporting pengantin baru ni. Panggil je terus datang. Dengan senyuman yg sangat berseri-seri. Tahniah Cham...akhirnya awak kahwin juga...hehehe ^_^


Aku, Meza, Cham n Lina

Group konvoi yg 1st sampai bersama pengantin (",)

Sempat tarik pengantin sebagai final pose

Sweet kan pengantin tu...? Wife dia pun sporting je. Ramah dengan semua kawan-kawan husband dia. Kitaorang pun tak tunggu lama la. Lepas je sesi bergambar, kami decide nak singgah di rumah Khaireez, salah seorang staff UniRazak yg kebetulannya terletak tak jauh dari situ. Err...jauh juga la kot, sebab rumahnya kat Temerloh. Mula-mula tu sang bf tak nak follow sebab dia sangat mengantuk. Nak singgah untuk tidur di RnR Gambang je. Tapi, pujuk punya pujuk, akhirnya dia mengalah juga. ikut juga la ke Temerloh tu...yeay!!

Aku tak ingat waktu kami tiba di Temerloh. Tapi, yg pasti...sampai je rumah Khaireez, masing-masing terus flat. Muka penat je semua orang. Tapi, mak si Khaireez tu memang ramah sangat. Seronok je dapat berborak dengan dia. Dan kawasan rumah Khaireez tu pun best sangat. View dia memang menarik. Aku ni pula pantang dapat pegang kamera. Semua benda nak snap.


Sian dik Wan...penat sangat dah gayanya

Pose manja gitu...hak hak hak >_<


Errr...menung ke cik kak oiii??


Aktiviti memilih pelam telur yg bakal masuk ke dalam mulut...heee :p

Tapi, dalam rasa penat tu, kami tak tolak la bila mak Khaireez pelawa kami makan pelam telur diorang. Perghhh...meleleh air liur. Aku tak makan sangat. Tak suka benda masam ni. Tapi, tak nak lepaskan peluang untuk rasa. Rangup. Tapi memang masam...sangat! Sang bf selamba je boleh makan macam tu tanpa cicah dengan gula kicap. Gile kebal deria masam kat lidah dia. Sekarang ni pun aku dah rasa cam dah meleleh air liur...hahaha.

Kami bertolak balik dari rumah Khaireez jam 6.15 minit petang. masa tu aku tengok sang bf drive dengan mata yg sangat kuyu. Ada la juga offer nak take over. Tapi, dia tak bagi. Biar dia je yg drive katanya. Lagi la aku suka. Tapi, aku tak dibenarkan tidur. Kena teman dia drive, Dan sepanjang perjalanan balik tu, aku dipaksa bercerita tentang apa saja. Adoii... tak pasal-pasal kena jadi penglipur-lara!


Serius suka gambar ni...cantik sangat view dia!!

Sampai je tol Gombak tu, kami terus menghala ke rumah kak ila pula. Salah seorang staff UniRazak yg ada buat open-house hari tu. Kerja makan jelah kitaorang kan. Tapi, bak kata pepatah la, rezeki jangan ditolak...musuh jangan dcari. dan aku pula memang suka dengan rezeki yg macam ni. Apatah lagi free...layan je...huhu >_<


Nak senyum masa ni pun buat syarat je...hehehe

Masa ni memang dah tak larat sangat
So...just dengar jelah kak Ila (baju hijau) tu dok berceloteh

Bila masing-masing dah memang sangat tak larat, baru la kitorang balik. Sampai rumah je aku terus landing atas tilam. Ya Allah...nikmatnya rasa! Sakit pinggang aku dengan aktiviti macam tu. Tapi, alhamdulillah...semua urusan dipermudahkan. Walaupun ada juga la hal yg agak mengganggu mood kitorang hari tu. Tapi, overall...masing-masing enjoy la.


p/s : lepas ni ada konvoi ke pantai timur lagi kena fikir banyak kali nak join ke tak..huhu (",)





Photobucket