Pages

Showing posts with label Workplace. Show all posts
Showing posts with label Workplace. Show all posts

Friday, 13 December 2013

Ya Allah...sibuknya saya!


Baca tajuk pun dah nampak sibuk sangat aku ni kan
Sumpah memang sibuk
Semalam housemate aku dah bersuara
"Sekarang ni susah betul nak jumpa Dila..."

Okay..tu fakta
Memang susah gile nak jumpa housemate sendiri sekarang ni
Balik keje dah lewat
Sampai rumah je..tengok bilik dia dah gelap
Esok paginya..aku dah keluar dulu..dia baru nak bangun
Nampak tak betapa sibuknya aku sekarang ni..??

Agak penat la dengan kerja sekarang
Tapi...sangat bersyukur sebab dapat peluang mencuba sesuatu yg baru
Dan yg paling penting...sangat bersyukur sebab ada rezeki untuk bekerja di sini

 Sebulan dua ni memang aku agak sibuk la
Banyak benda baru yg nak dipelajari
Belum pun sempat nak faham
Tetiba dapat invitation to bid....tender!!
Oh my...1st time buat tender wehhhh...ketaq pala lutu cheq @_@
Makin bertambah la silibus aku
Jadi..makin bertambah juga la tahap sibuk aku ni

Rindunya nak BW macam dulu
Dah lama tak gelak-gelak depan pc baca kisah korang semua


p/s : masih berada di ofis di saat meng'update' entri ni



~ Dylla Abas ~

Tuesday, 3 December 2013

Out-station Oh Out-station


Buat pertama kalinya aku ber'out-station' dalam hidup aku
Kalau la sebelum ni aku teruja tengok orang lain out-station
Yg konon-kononnya pada aku seumpama 'makan angin'
Bila dah lalui sendiri..baru hang tau!
Actually..takde la teruk sangat out-station ni
Yg teruknya part nak kejar flight schedule
Sampai hati diorang arrange first flight untuk aku
Tak pasal-pasal pukul 6.00 pagi aku dah tercongok dalam ERL tu T_T
Dan buat pertama kalinya aku berurusan dengan client tanpa bos di sisi
Muka aku toksah cerita la...memang blur habis!
Nasib baik client ni jenis yg memahami
Tapi...diorang sempat juga la selit-selit
"Lepas sebulan nanti jangan blur macam ni lagi ye"
Chaittt...terpaksa la sengih je
Apapun, mendengarkan yg kemungkinan aku akan dihantar ke projek di Johor ni mungkin selama 3-4 bulan...rasa agak teruja juga
Makan kat area sini murah gile beb!
Enjoy betul aku makan kat sini
Boleh gemok la aku lepas ni...harapan @_@
Disebabkan malam ni malam terakhir aku kat sini
Aku terasa nak meng'free'kan diri dan buat aktiviti yg dah lama aku tak buat
Blogwalking!
Jap lagi aku terjah satu-satu blog korang ek (",)
p/s : kenapa la watak-watak dalam cerita Playboy Itu Suami Aku ni cam tak kenal je..??
~ Dylla Abas ~

Friday, 22 November 2013

Cubaan Menyesuaikan Diri



Alhamdulillah
Dah dua hari aku berada di dunia baru
Dan selama dua hari ni juga aku terasa mengantuk gila-gila
Semua sebab aku takde kerja lagi
Dua hari aku menyibukkan diri dengan membaca QP
Dan study tentang JD aku nanti
Serius bosan
Mata ni asyik nak terlelap je
Dah berapa kali aku keluar masuk toilet..cuci muka!

Apapun, aku masih belum ada kesempatan nak update blog dengan entri baru
Entri ni sekadar nak beritahu kat kawan-kawan semua yg aku masih ada
Cuma dalam cubaan untuk menyesuaikan diri di tempat baru
Bila ada kesempatan nanti, aku akan update ye


p/s : dah lama tak BW..rindunya T_T



~ Dylla Abas ~

Thursday, 7 November 2013

Event Terakhir Bersama UniRazak


Sekarang ni kat tempat kerja aku tengah sibuk dengan persiapan konvokesyen
Dan hari ni, department aku sunyi sepi sebab ada 3 orang je yg tinggal di pejabat
Yg lain semua dah ke PWTC untuk urusan "clearance" dengan student
Event ni adalah event yg terakhir untuk aku bersama UniRazak
Sedih...?? Hmm..adalah rasa sedih sikit
Banyaknya kenangan selama 2 tahun aku kat sini T_T

Ingat tak yg aku pernah cerita tentang interview yg aku pergi baru-baru ni..?
Alhamdulillah..rezeki memang menyebelahi aku
Mungkin itu hikmah yg aku dapat lepas banyak sangat dugaan yg aku dah lalui selama tempoh beberapa bulan ni

 Well..apapun, past is past kan
Tutup buku lama dan buka buku baru
Moga di tempat baru, aku akan lebih berjaya
Dan menjadi lebih baik daripada sekarang
In Shaa Allah


p/s : tak sabar nak pergi vacation minggu depan...excited!



~ Dylla Abas ~
 

Monday, 3 June 2013

Kami Dah Ada Bos Baru


 Pagi ni masuk ofis lewat 4 minit
Gara-gara main "tarik tali" dengan bantal dan selimut pagi tadi..huhu (^_^)
Apapun, memang tak berniat nak masuk lewat
Cuma hari ni perjalanan dari rumah abang di Puchong
Jadi,  tak sempat nak kejar tren yg awal sikit

Okay..cukup pasal hal masuk kerja lewat tu
Sekarang nak cerita tentang bos baru
Ye...kitaorang dah dapat bos baru!
Lepas Bursar (En.Azrell) resign bulan Nov 2012, keadaan agak huru-hara
Kitaorang kat Finance Department ni paling terkesan la
Mengharapkan Finance Manager yg freshie tu...macam tak boleh nak diharapkan sangat
Masing-masing kena sangat independant
Sedih rasanya bila takde bos yg boleh back-up kitaorang

Sekarang, hari ni...3 June 2013...bos baru yg menggantikan tempat En.Azrell dah masuk
Tu...tengah dengar briefing dari Finance Manager
Oh, dengarnya bos a.k.a Bursar baru ni mixblood
Aku tak perasan pula muka dia macam mix ke apa ke
Yg pasti...dia memang speaking jelah dari tadi!
Uish...pasni kitaorang semua memang dok speaking jelah ek...oh, my english (>_<)


p/s : all the best to our new Bursar



~ Dylla Abas ~

Wednesday, 29 May 2013

Coklat Langkawi Dan Ole-Ole Australia

 

Masuk je ofis hari ni...dah nampak coklat Daim dan coklat Tiramisu atas meja
Okay...dah boleh agak pemberian siapa
Salah seorang kawan se-department ada pergi Langkawi cuti yg baru lepas ni
Merasa la makan Daim kan
Nak beli kat sini...harganya agak mahal..tak berbaloi..huhu
** alasan orang kedekut **

Lepas tu jalan-jalan ke department lain...dapat pula coklat NOUGAT 
Dan keychain serta Fridge Magnet dari Australia
Paling happy dapat Fridge Magnet
Dan banyak gile aku kumpul
Tunggu ada peti ais sendiri baru boleh guna (^_^)

Pemberian tu walaupun tak banyak tetap buat akurasa berterima kasih sangat
** kena share ramai-ramai...sebab tu tak dapat banyak **
Apapun yg orang bagi..kena bersyukur okay
Jangan banyak bunyi..!!



p/s : tqvm to kak Ila and pak encik for the souvenir



~ Dylla Abas ~

Monday, 22 April 2013

Unirazak's Tenpin Bowling Tournament 2013

Assalammualaikum W.B.T

Isnin. Ofis agak lengang pagi-pagi tadi. Mana ntah pergi semua orang. Aku sampai tadi pun agak lewat dari kebiasaannya. Tren buat hal. Asyik berhenti je. "Harap bersabar, tren ini menunggu isyarat dari pusat kawalan.." muak aku dengar announcement tu tadi. Berapa kali nak ulang pun tak tahu la. Eh, bukan nak cerita pasal tren sebenarnya. Nak cerita pasal bowling tournament yg telah berlangsung hari Sabtu yg lepas. 

Aktiviti ni telah diuruskan oleh Unirazak SSRC (Staff Sport & Recreational Club) dan telah berlangsung di Perangsang Templer  Golf Club (PTGC) berhampiran dengan Rawang. Aku selaku Committee Member tak nak ketinggalan. Mesti la kena ambil bahagian. Kata gile bowling. Eh, gile la sangat kan..huhu >_<

Kami bertolak dari kampus jam 1.20 pm dan sampai sana lebih kurang pukul 2.15 pm. Okay la. Perjalanan agak lancar. Trafik pun tak teruk sangat. Sampai je sana, perkara pertama yg aku tengok adalah lane dia. Dalam hati masa tu, "alamak...lane dia pendek la..sure bola swing je nanti ni.." konon!! Cam terel je main kan. Swing la. Itu la. Ini la. Sebelum game bermula, kitaorang sempat solat Zohor dulu la. Enjoy tu enjoy juga. Tanggungjawab yg satu tu tak boleh la nak diabaikan (",)

Game bermula jam 3.00 pm. Ada 8 kumpulan secara keseluruhannya. Setiap kumpulan diwakili oleh 4 orang staff. Kumpulan aku, hanya aku je perempuan. Sama macam kumpulan lain jugak. Tak ramai staff perempuan yg main. Ada 8-10 orang je staff perempuan yg join aktiviti ni. Tu pun ada juga yg import orang luar. Nak cukupkan group-member. Yg paling kelakar ialah part nama kumpulan. Macam-macam nama ada. Nama kumpulan aku pun dah mengarut, "Champak Jer". Kumpulan-kumpulan lain tu ada yg nama "Ronggeng Rokiah", "Tuyut", "Copy Paste"...adoiiii, lantak korang la. Yg pasti, semua orang happy. Semua enjoy dengan game tu.

Semua kumpulan telah bermain sebanyak 3 frame. Dan tambahan 1 frame bagi 4 kumpulan dengan markah teratas untuk pusingan final. Tak sangka pula kumpulan aku boleh pergi final. Aku masa tu mood agak spoiled juga. Lane dia sumpah tak best. Mungkin sebab tak biasa kot main kat situ. Jadi, bola aku memang banyak swing. Tak best langsung rasanya. Dok berharap dekat 3 orang lagi ahli kumpulan aku tu. Tapi, masa final tu paling best rasanya. Sengit gile! Masing-masing nak menang. Dah sampai final, siapa yg tak nak menang kan...? Akhirnya, kumpulan aku berjaya mendapat tempat ketiga. Alhamdulillah. Tak jangka langsung. Tapi, memang rezeki kitaorang la kan. Dan aku?? Lebih tak jangka dapat "Best Player" kategori perempuan. Adoiiii, memang gelak besar la aku.

Dan majlis penyampaian hadiah menjadi lebih bermakna bila Unirazak's Precedent & Vice Chancellor, Prof. Dato' Dr. Md Zabid bin Abdul Rahsid sudi datang untuk memeriahkan lagi aktiviti petang tersebut. Sempat la Dato' Zabid main bowling tu 2-3 kali. Dan mood dia memang sangat bagus petang tu. Ceria sangat aku tengok. Berbeza la bila tengok dia kat tempat kerja...huhu (^_^)

Aktiviti tamat hampir jam 6.30 pm. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Lepas ni boleh buat aktiviti macam ni lagi. Unirazak's SSRC, jumpa next month untuk paintball tournament pula!

Layan gambar jom (^_^)




Before the match


Candid camera!!


My team - purple okay!!


Dato' Zabid tengah khusyuk memilih bola - nak test main katanya >_<


Champion


Sakura


1st Runner-up


Ronggeng Rokiah


2nd Runner-up


Champak Jer


Err...Best Player - kategori Lelaki & Wanita


Group photo


Dengan team "Triple Strike" - sangat sengit bersaing dengan diorang (",)



Wednesday, 10 April 2013

Bulan Cinta Rasul

Assalammualaikum W.B.T

Bersempena dengan Bulan Cinta Rasul, kumpulan Usrah Muslimin Universiti Tun Abdul Razak (UMU) telah mengadakan beberapa program untuk melahirkan rasa cinta terhadap Rasulullah S.A.W khususnya. Pelancaran Bulan Cinta Rasul ini telah diadakan pagi tadi, dan dirasmikan oleh YBhg Tn Haji Mamat bin Said, timbalan mufti Masjid Wilayah Persektuan Kuala Lumpur. Pelancaran turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Al-Mawlid (yg terdiri daripada bekas anggota kumpulan Ruffedge). Dan yg paling istimewa, UMU telah menjemput Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.




Majlis bermula sekitar jam 9.00 pagi. Dimulakan dengan bacaan doa oleh salah seorang ahli kumpulan Al-Mawlid. Ucapan alu-aluan daripada pengerusia majlis, Encik Hisham bin Karim (H.O.D Student Affairs Dept). Kemudian diteruskan pula dengan majlis perasmian dan ucapan ringkas oleh YBhg Tn Haji Mamat bin Said.


Kumpulan Al-Mawlid



Al-Habib Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid

Agenda yg paling dinanti, ceramah daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid ** aku dengar dia ni keturunan Rasulullah S.A.W....siapa pernah tahu tentang dia, share please ** Dan tentunya input ceramah beliau adalah tentang Rasulullah S.A.W. Ceramah hampir 2 jam tu tak terasa pun. Seronoknya rasa bila telinga ni mendengar kisah-kisah Rasulullah S.A.W. Tenang rasanya. Dan yg paling penting, betapa beruntungnya kita semua dilahirkan sebagai umat Baginda. Umat yg paling bertuah yg Allah S.W.T ciptakan. jadi, apa tunggu lagi?? Jom la kita bersyukur kepada Allah S.W.T...alhamdulillah (",)


Nak juga selitkan gambar yg ada muka aku (>_<)

Majlis diakhiri dengan berqasidah bersama kumpulan nasyid Al-Mauwlid. Ada la juga rasa sebak tadi bila mengenangkan betapa bertuahnya sesiapa yg pernah hidup di zaman Rasulullah S.A.W. Beruntungnya dapat melihat Baginda. Moga-moga kita semua berpeluang untuk bertemu dengan baginda di sana kelak. Amin.


p/s : lepas ni ada pertandingan hafazan pula...all de best kepada semua student yg terlibat :)



~ Dylla Abas ~

Monday, 8 April 2013

Huru-Hara Di Pejabat

Assalammualaikum W.B.T

Pagi ni aku sampai di pejabat agak awal. Semangat bekerja katanya. Dah bercuti 4 hari kan. Takkan tak semangat lagi. Jadi, hari ni takde la istilah Monday Blues untuk aku. Tapi, semangat tu merudum jatuh kedebuk bila tengok keadaan huru-hara di meja aku. Sambil cuba menahan rasa marah yg hampir-hampir nak mendidih ni, aku beristighfar la berkali-kali. Astaghfirullahal'azim.

Lepas je "Clock In", aku terus buat housekeeping. Macam-macam benda berterabur atas meja ni. Dokumen yg perlu dan tak perlu. Semua ada. Pagi-pagi dah memerah otak nak fikirkan mana satu dokumen yg perlu disimpan dan mana satu yg nak kena masuk dalam tong sampah! Al-kisahnya cuti lama sangat, macam ni la kan. Niat di hati bila dah sampai awal, teringin la nak bersantai dulu. Cari benda makan untuk breakfast. Chit-chat. Lepas tu baru mulakan kerja. Isnin kan...kena la cari mood dulu sebelum mulakan kerja.

Hampir sejam juga aku ambil masa nak settle kan semua huru-hara ni. Diorang ni pun satu hal juga. Atas meja aku ni rasanya ada tray. Tak boleh ke tinggalkan dokumen tu atas tray...?? Susah sangat ke nak letak elok-elok atas tray instead of campak je atas meja yg buat aku rasa nak koyak-koyak je semua dokumen ni...?? Adoiiii...okay, Dylla....breath! Pagi-pagi tak elok mengamuk. Jauh rezeki nanti. Eh, ye ke?? Huhu >_<

Apapun, rasa happy sebab dah kembali bekerja. Seronok dapat jumpa dengan kawan-kawan pejabat yg dah 4 hari tak jumpa. Banyak hal pejabat yg nak kena update ni. Okay semua, happy working!!


p/s : tak tahu nak mulakan kerja yg mana ni ^_^





~ Dylla Abas ~

Tuesday, 19 February 2013

Pengaruh Majikan dan Kawan-Kawan Di Tempat Kerja

Assalammualaikum W.B.T
Ramai antara kawan-kawan blogger yg dah bekerja rasanya, kan? Bagi yg belum bekerja tu pun sangat dialu-alukan untuk membaca entri ni. Bagi yg dah dan sedang bekerja macam aku ni, mood bekerja tu mesti pasang-surut, kan? Ada masa lemau je nak pergi kerja. Ada masanya pula semangat gile nak bekerja, sampai kerja lebih masa! Walau apapun alasannya, bagi diri aku, pengaruh majikan dan kawan-kawan di tempat bekerja tu sangat penting, selain dari rasa tanggungjawab terhadap kerja la ye ^_^
Kalau kita ada majikan yg sporting, kawan-kawan sekerja yg best, tentu semangat nak bekerja tu sentiasa ada, kan? Mood nak buat kerja pun mesti tak merudum. Besar sangat ke pengaruh majikan dan kawan-kawan di tempat kerja ni...?
Hmm, memang berpengaruh. Tapi, janganlah pula perkara ni dijadikan alasan untuk kita malas bekerja. Macam yg aku dah tulis mula-mula tadi, tanggungjawab terhadap kerja tu yg paling penting. Hal-hal lain tu menjadi faktor penyumbang je. Kalau dah memang dapat bos jenis tak sporting...? Dan kawan-kawan pula memang tak sebulu...? Cari kerja lain jelah jawabnya! Huhuhu...jangannnn!! Tak elok cepat sangat patah semangat.
Cuba la cari sesuatu yg boleh dijadikan pembakar semangat kita di kala bekerja. Contohnya, bela ikan kat pejabat ke. Mungkin dengan cara tu, rasa ingin bekerja akan membuak-buak. Yelah, kalau dah bela ikan, mesti asyik terfikir, "ikan aku okay ke?" "ikan aku kelaparan ke?" Secara tak langsung, ia akan memotivasikan kita supaya menjadi lebih rajin untuk ke tempat kerja kerana ada 'tanggungjawab" lain yg perlu dilaksanakan.
Apapun, kepada semua majikan dan kawan-kawan di luar sana, jadi la teman sekerja yg best, yg memahami dan saling membantu. Jangan la menyebarkan virus yg tidak elok di kalangan kawan-kawan lain. Kan seronok kalau kita semua dapat bekerja dengan hati yg senang di bawah satu bumbung...?
p/s : so far...bos dan kawan-kawan kat sini tak memeningkan kepala lagi >_<
~ Dylla Abas ~

Monday, 4 February 2013

Pilih Boss

Assalammualaikum W.B.T
 
Dalam tengah busy buat kerja hari ni, ada la perbualan-perbualan sumbang yg berebut-rebut masuk dalam telinga aku ni. Salah satunya topik Boss. Si Y tu ada la buat silap baru-baru ni. Dan kesilapan tu ada la melibatkan ex-boss aku. Tapi, si Y ni selamat la lepas di"cover" oleh ex-boss aku yg sangat berdedikasi tu ^_^
 
"Seronok la kalau dapat keje dgn Boss S tu...dah la baik, tak berkira, lepas tu jenis backing staff, buat kerja pun cekap, tau je dia macam mana nak selesaikan masalah..."
 
Aku sengih jelah. Diorang dok puji-puji ex-boss aku. Dan aku akui, semua tu betul. Ex-boss aku memang boss terbaik yg pernah aku kenal. Aku enjoy gile masa kerja dengan dia dulu. Tapi, nak buat macam mana kan. "Jodoh" tak lama dengan dia. Sekarang ni kat department baru kena independant. Tak boleh nak berharap dengan boss sekarang. Dia pun baru je join company ni. Banyak benda dia kena belajar. So, I have to do my part alone. Sedih =(
 
 
p/ s : kalau diberi peluang pilih boss...memang aku nak pilih ex-boss aku jadi my boss forever >_<
 
 
 
~ Dylla Abas ~

Tuesday, 15 January 2013

Kerja Sampai Mati

Assalammualaikum W.B.T
 
Ye ke nak kerja sampai mati ni, Dylla..?? Eh, memang tak la. Cuma bila tengok kerja dah menimbun atas meja ni buat aku terfikir macam tu...hee >_< Apapun, selamat bekerja untuk semua kawan-kawan blogger yg sedang bekerja. Kerja rajin-rajin ye!
 
Hari ni merupakan hari busy aku kot. Sebelum aku betul-betul busy, aku update dulu la blog ni. Kang tunggu petang memang nan hado la jawabnya. 1st thing yg aku kena buat kejap lagi - filing! Arghhh...paling tak suka kerja ni. Dok kumpul dokumen tu sampai membukit, lepas tu filing sekaligus. Memang la tak syok kan. Tapi tulah...nak buat filing hari-hari pun tak juga. Muak nak ngadap rak fail tu.
 
Lepas tu, pukul 11.00 pagi nanti ada meeting dengan Presiden. Okay. Part ni pun aku tak suka juga. Jenuh nak dengar dia beliau membebel sat lagi ni. Nama meeting nya New Year Address. Kengkononnya ucapan untuk pembukaan tahun baru. Tapi, memang berani jamin la bukan sekadar ucapan tahun baru. Memang semua benda la nanti beliau akan perdengarkan. Tadah jelah telinga nanti.
 
Mungkin meeting tu sampai lunch hour kot. Lepas lunch nanti, kena sambung update QP dan semua report yg ada. Part ni aku suka. Bukan sebab kerja dia senang ke apa ke. Tapi sebab benda ni memang sentiasa update. So, tak la susah sangat nak buat. Tak la sampai nak pening-pening kepala kan. Hopefully audit esok takde masalah la hendaknya. Walaupun sebenarnya dalam kepala otak ni dah nampak dah bayangan NCR menari-nari depan mata. Haish!
 
 
p/s : breakfast Milk-shake Bun dengan teh o panas...layan gak (",)
 
 
 
 
~ Dylla Abas ~


Monday, 14 January 2013

Rompakan Lagi

Assalammualaikum W.B.T
 
Pagi-pagi masuk ofis, aku dikejutkan dengan berita yg kurang enak. Beberapa department di sini telah dimasuki perompak. Dan hasilnya, beberapa buah laptop telah hilang. Kejadian ni bukan pertama kali berlaku di sini. Sebelum ni pun pernah jadi juga. Dan memang laptop juga yg menjadi sasaran perompak tu.
 
Kali ni, bila Finance Department yg menjadi sasaran, aku macam agak cuak juga. Yelah, bila perompak masuk department ni, mesti diorang selongkar semua kan. Tapi, nasib kitaorang kat sini, hanya 2 buah laptop milik company yg hilang. Lain-lain tu alhamdulillah. Selamat. Walaupun ada seorang staff kat sini yg dengan tak rasa bersalah meninggalkan duit yuran student di dalam drawer yg tidak berkunci! Mujurlah perompak tu "gelap mata". Kalau tak, beribu juga yg hilang tu.
 
Keadaan agak kalut juga pagi tadi. Aku yg tiba agak lewat hanya mampu mendengar jelah. Tak tahu nak menyampuk part mana. Apa yg pasti, tempat aku selamat. Drawer aku pun takde tanda-tanda dipecahkan. Alhamdulillah.
 
Oh ye, part yg paling menarik aku rasa dalam cerita ni ialah apabila diberitahu, perompak tu telah memadam dulu sistem CCTV kat building ni. Hebat, kan?? Pasti perompak tu familiar sangat dengan environment UniRazak ni. Well-planned. Apapun, aku harap kes ni boleh diselesaikan. Takkan la company nak tanggung kerugian je. Walaupun kemungkinan besar nak dapat semula apa yg dah hilan tu amat tipis, sekurang-kurangnya orang yg buat semua ni mendapat balasan yg setimpal.
 
 
p/s : okay...kena sambung buat kerja...Rabu nak kena audit...pengsan!
 
 
 
~ Dylla Abas ~
 


Monday, 5 November 2012

UniRazak's 12th Convocation Day


Assalammualaikum W.B.T
Tajuk macam aku pula yg berkonvo kan. Tapi, aku salah seorang committee yg terlibat dalam konvokesyen kali ini. Tanggal 3 november 2012. Alhamdulillah, majlis tetap berjalan lancar walaupun ada beberapa masalah yg timbul. Tahniah kepada semua para graduasi. Semoga korang semua akan terus berjaya, bukan saja dalam bidang akademik, malah dalam kehidupan seharian juga.






Sehari sebelum majlis konvokesyen, kami semua telah datang ke PICC untuk sesi rehearsel. Aku tiba agak lewat dari waktu yg sepatutnya. Sampai di sana, ambil tahu serba sedikit tentang tugas yg bakal dibuat pada hari konvokesyen nanti, makan tengahari dan bersedia untuk check-in di hotel De Palm Garden. Oh ye, committee untuk hari konvokesyen tu dapat tidur di hotel malam sebelum majlis. Layan juga la kan. Walaupun berkongsi 3 orang dalam 1 bilik, tidur aku lena je untuk sepanjang malam tu. Sampaikan handphone berbunyi pun aku tak sedar. Nasib baik alarm pagi tu aku dengar. kalau tak, kelam kabut juga dibuatnya.




Tugas kitaorang bermula seawal jam 7.30 pagi. Kami tiba di PICC lebih kurang pukul 7.00 pagi. Sempat bersarapan sebelum dikerah masuk ke dalam dewan. Masa tu, keadaan di bahagian pintu masuk utama dewan agak kecoh dengan kehadiran ibubapa yg dah bersedia nak masuk ke dalam dewan.




Majlis bermula tepat jam 9.00 pagi, dengan ketibaan para Academician dan Chancellor. Tun Ahmad Sarji, selaku Chancellor baru UniRazak turut hadir untuk menyampaikan sijil kepada para graduasi. Majlis tamat hampir jam 1.00 tengahari. Masa tu, aku dah tak larat nak berdiri. Bayangkan, berdiri sepanjang majlis berjalan. Huish, macam nak cramp kaki ni. Pengalaman sungguh.




Habis je majlis, semua graduasi berkumpul dengan keluarga masing-masing. Ada yg sibuk bergambar. Ada yg sibuk bercerita pengalaman diorang. Ada juga yg mengisi perut. Teringat pula masa aku konvo beberapa tahun yg lepas. Teringat macam mana mak dan ayah peluk aku dengan perasaan bangga, walaupun aku bukanlah graduate kelas pertama. Alahai, touching kejap =(




Lepas tu, kitaorang sempat la lepak-lepak kat PICC tu. Berbual. Bergambar. Cari idea nak habiskan masa sebelum balik ke rumah. Macam-macam perkara la yg kitaorang buat. Akhir sekali, lepas dah penat pusing Putrajaya dan perut mulai berbunyi minta diisi, kitaorang pun decide nak makan Sate Willy. Bagi yg dah pernah makan, korang mesti tahu macam mana rasanya, kan? Bagi aku sendiri, rasanya boleh tahan la. Boleh la lawan Sate Hj Samuri tu...ngeee >_<




Alhamdulillah. Perjalanan aktiviti hari Sabtu tu agak lancar secara keseluruhannya. Ini kali pertama aku melibatkan diri dalam majlis konvokesyen di UniRazak. InsyaAllah, kalau ada kesempatan, tahun depan aku akan terlibat lagi (",)


p/s : nervous tunggu post-mortem esok...apala Dato' Zabid nak cakap nanti



~ Dylla Abas ~

Wednesday, 31 October 2012

Meeting Oh Meeting

Assalammualaikum W.B.T
 
Al-kisahnya, hari ni aku "dipaksa" untuk join satu meeting ni. Meeting untuk membincangkan hal ehwal konvo yg bakal diadakan hari Sabtu ni. Sebelum ni, aku memang tak terlibat langsung dalam meeting konvo ni memandangkan aku bukan di kalangan committee yg menguruskan yuran konvo bagi pelajar-pelajar kat sini. Jadi, masuk ke bilik meeting tadi dengan muka yg sangat tak puas hati. Tapi, bila terpaksa duduk di sebelah Bursar, terus paksa diri dan buat muka manis. Hipokrit!

Dan bila terlalu banyak isu yg nak disumbatkan dalam meeting selama sejam tu, memang la tak cukup masa kan...? Boleh pula Bursar drag meeting tu sampai waktu lunch. Perut aku ni faham-faham jelah. Cukup masa, alarm pun berbunyi! Langsung takde sivik! Tapi, nasib baik la Bursar pun lapar. Sebelum keluar makan tu, Bursar sempat pesan nak sambung meeting di sebelah petang pula. Pukul 5.00 petang. Memang tak mungkin la aku nak join. Tu tak tahu pula pukul berapa nak habisnya kan. Sabar jelah.

Memang kat sini sekarang masing-masing tengah busy. Convocation Day is just around the corner. Semua committee sibuk memainkan peranan masing-masing. Ada juga yg bersikap lepas tangan. Aku hanya mampu menjadi pemerhati bebas. Aku..?? Tugas aku hanya pada hari konvo tu je. Jadi, aku tak la sesibuk orang lain. Cuma backup mana-mana yg patut je. Selebihnya, baik aku buat kerja aku sendiri. Huh, berkira!


p/s : esok kena pergi PICC pula...haish!!
 
 
 
 
 
~ Dylla Abas ~

 
 

Tuesday, 2 October 2012

Datang Dan Pergi Lumrah Hidup

Assalammualaikum W.B.T
 
Lama tak menjenguk blog ni. Lama juga tak buat aktiviti BW. Kenapa...?? Hmm...entah la. Semenjak duduk kat department baru ni, idea untuk update entri langsung takde! Mati kutu terus. Otak semakin tepu...hehe >_< Bukan takde perkara yg nak dikongsi. Tapi, bila nak mula menaip je, mula la rasa tak senang duduk. Macam ada je mata-mata yg memandang. Padahal takde siapa pun yg pandang. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Aku je yg sempat nak curi-curi online FB la...YM la..BLOG la...itu la...ini la...bosan wehhh kalau asyik menghadap kerja je. Mata ni sesekali nak juga berhibur. Tengok benda-benda lain selain dari angka-angka yg memeningkan kepala ni.
 
Pagi tadi, pertama kali aku terlibat dalam department meeting untuk department baru ni. Takde isu yg aku ketengahkan walaupun dalam kepala dah list kan semua benda yg aku tak puas hati. Tak puas hati kenapa pula ni Dylla...?? Err...takde la tak puas hati sangat. Cuma nak clarify tentang tugas aku kat department ni je. Tengah dok fikir nak cakap atau sebaliknya, tetiba je Bursar ** bos besar department ni ** buat announcement yg mengejutkan.
 
"To be fair to everybody here...yes, I'll resign and my last day should be the end of this month."
 
Walaupun pada awalnya aku mengharapkan Bursar akan remain sebagai Bursar di sini, tapi aku menerimanya dengan hati yg terbuka. Kecewa?? Sikit la. Dia la satu-satunya harapan yg menguatkan semangat aku untuk cuba menyesuaikan diri di department baru ni. Dan bila dia takde nanti...? Apa yg boleh aku buat...? Takkan la merayu supaya dia tak payah berhenti. Hmm, bak kata en.Hisham ** one of the H.O.D here ** "people come, people go..this is life..." Dan aku terpaksa bersetuju kerana memang itulah kenyataannya. Semua orang akan pergi. Pergi dengan pelbagai cara dan sebab.
 
Apapun, aku doakan semoga Bursar akan sentiasa berjaya di dalam kehidupannya walau apa jua yg dia lakukan. Banyak nasihat yg dia tinggalkan kat aku. InsyaAllah, aku akan pegang kata-katanya selagi aku masih di sini.
 
 
p/s : harus lebih kuatkan semangat untuk bekerja tanpa Bursar. Alaaaa...nanti nak mengadu kat siapa pula..???
 




~Dylla Abas ~ 

Wednesday, 26 September 2012

Belum Cuba Belum Tahu

Assalammualaikum W.B.T
Ni namanya entri pembakar semangat.
Sebelum ni asyik dok risau kena tukar department.
Tapi, bila dah masuk department baru ni...walaupun memang tak best, tapi ada kebaikannya.
Kebaikannya of course la dari segi keberkesanan bekerja..amboi!!!
Tapi tulah...bak kata orang-orang tua...belum cuba belum tahu.
Sekarang, baru 3 hari di sini, walaupun tak berapa selesa...tapi, keadaan masih terkawal.
Masih mampu meneruskan kerja-kerja walau dengan hati yg memberontak.
Tapi, aku rasa semuanya akan kembali normal tak lama lagi.
Cuma kena kuatkan semangat jelah.
Menghadapi cabaran yg tak sebesar mana pun.
Ya Allah...moga dipemudahkan segala urusanku...amin.
 
 
 
~ Dylla Abas ~

Tuesday, 25 September 2012

Invisible kah aku..??

Assalammualaikum W.B.T
 
Macam dah lama tak buka blog. Nak BW pun tak sempat. Apatah lagi nak update entri baru. Ketenangan jiwa agak terganggu seketika memandangkan aku dah mula berada di department baru. Kawan-kawan...?? So far okay la ** tu jawapan ikut akal...kalau ikut hati "diorang memang terrible!! ** Aku malas nak ambil port sangat hal diorang. Aku buat kerja aku sudah. Agak-agak bosan tahap tepu, aku pergi la membawa diri ke department lama aku. Mengadu nasib..huhu >_<
 
Petang semalam, tengah sibuk siapkan kerja, tetiba diorang ni dok borak-borak tentang makan. Aku dengar jelah. Memang takkan menyampuk. Kedengarannya macam nak buat potluck. Riuh la dok borak-borak, bincang-bincang dan yg seangkatan dengannya. Aku bukan tak nak menyampuk. Tapi, aku masih belum rasa yg aku sebahagian dari mereka. Jadi, malas la nak cakap banyak-banyak. Diam jelah. Buat cara "orang baru" walaupun aku dah lama kenal diorang since kerja di sini.
 
The most fabulous part was, aku macam di "invisible" kan. Diorang bercakap macam aku tak wujud kat sini. Takde la nak ambil hati sangat sebab aku pun tak la berminat nak join pun. Cuma, bila bercakap bab adab, aku rasa macam kurang adab kot diorang buat aku macam ni. Tunggulkah aku di sini...??
 
Dylla, breath....baru first day. Esok lusa okay la tu. Mungkin diorang belum biasa ada staff baru. Ataupun mungkin diorang fikir aku yg tak nak layan memandangkan aku tak banyak bunyi kat sini.
 
 
p/s : merungut...???
 
 
 
 
 
~ Dylla Abas ~
 
 

 

Thursday, 20 September 2012

Kaki Ngadu

Assalammualaikum W.B.T
 
Selamat pagi semua. Alhamdulillah. Bertambah sehari lagi usia kita. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk terus memperbaiki diri dan beribadah kepada-Nya. Dah lama tak update entri awal pagi macam ni. Terasa pelik dengan diri sendiri...hee >_<
 
Sebenarnya nak bercerita tentang si kaki ngadu. Pasti korang tahu kan apa itu kaki ngadu. Masa kecil dulu, aku suka panggil adik bongsu aku tu kaki ngadu. Sikit-sikit nak mengadu. Pantang jadi hal, cepat je dia cari mak atau ayah untuk mengadu. Tak sporting langsung. Tapi, kisah budak-budak ni bila dikenang semula memang la rasa nak ketawa sorang-sorang kan. Tapi, apa halnya pula jika kaki ngadu ni melibatkan orang dewasa...? Di kalangan kawan sekerja...? Menjengkelkan.
 
Pagi ni, bos aku ** dah jadi ex-boss pun...sedih =( ** bagitau tentang hal dirinya didatangi oleh "mak tiri universiti" petang semalam ** mak tiri tu merujuk kepada HR Manager di sini...huhu ** Al-kisahnya, bos baru aku mengadu kepada HR Manager  tu akan perihal aku yg masih tak datang lapor diri. Sepatutnya aku dah berpindah ke department baru hari Selasa lepas. Tapi, hari Jumaat sebelumnya aku ada datang berjumpa dengan dia untuk meminta tempoh seminggu sebelum aku bawa segala harta benda aku ke department tu. Ada beberapa outstanding yg nak diselesaikan, termasuk la perkara "hand-over" kerja. Dan dia pada masa tu okay je. Katanya, dia akan feedback aku sekiranya HR tak setuju. Makanya aku kena pindah cepat la. Tapi, takde apa-apa feedback. No news is a good news la kan. Jadi, aku ada la masa nak mengemas apa-apa yg patut.
 
Tapi, bila ex-boss dah cakap macam tu, aku jadi musykil sekejap. Kaki ngadu ke bos baru aku tu...? Mengadu kat HR Manager lak tu. Adoiii...macam budak kecil la. Malas nak layan la orang yg main ngadu-ngadu ni. Letih. Tapi, takpe la. Nanti aku pergi jumpa dia. Kalau betul dia tak puas hati sebab aku tak pindah barang lagi, aku akan pindah la secepat yg boleh. By the way, tinggal sehari je lagi untuk minggu ni. Apa la nak berkira sangat.
 
 
p/s : kesian tengok ex-boss yg semakin sibuk dengan task barunya...bos, sori sangat tak dapat nak tolong =(




~ Dylla Abas ~ 

Thursday, 13 September 2012

Minggu Makan-Makan : Part 2

Assalammualaikum W.B.T
Semalam dah makan banyak. Dan pagi ni perut terasa amat lapar. Tengah menaip entri ni pun dia dok bunyi-bunyi minta diisi. Nak kena cari sesuatu ni. Kang tak boleh fokus pula nak buat kerja..hehe >_<
Sepanjang minggu ni memang penuh dengan aktiviti makan-makan. "Openhouse Department" sana-sini. Pelbagai menu. Pelbagai ragam. Kemeriahan Raya masih terasa bila lagu-lagu raya berkumandang di corong-corong speaker...huhu (",) Apapun, mood raya sebenarnya dah lama berlalu. Cuma bila melihat masih ada hidangan lemang dan rendang, mood tu tetiba je datang balik.
Apa yg menariknya tentang openhouse ni ialah konsep potluck. Masing-masing bawa menu masing-masing. Best la kan dapat rasa masakan kawan-kawan ofis. Aku...??? Bawa perut je...hahaha


Bermula dengan jamuan raya di Registrar's Office yg diadakan pada hari Jumaat lepas. Jamuan ni sebenarnya diadakan di kalangan kitaorang je. Tapi, sebab makanan terlebih, jadi kami pun panggil la beberapa department yg berdekatan. Jiran-jiran kena diutamakan, ye tak..? Hee ^_^



Kemudian, hari Isnin tu ada openhouse department di Fakulti TARSOG (Tun Abdul Razak School Of Government) dan juga openhouse department kolaborasi antara CLMS (Centre for Language & Malasian Studies) & CEL (Centre of English Language). Banyak menu yg disediakan. Terlalu banyak sampai aku tak tahu nak makan apa.


Selasa pula openhouse department di ICT. Boleh tahan juga orang-orang ICT ni punya menu. Siap ada nama-nama khas untuk setiap menu lagi. Macam-macam la diorang. Tapi memang kreatif la. Yg penting, makanannya sedap!
















Dan semalam, giliran kami pula yg buat openhouse department ni. Kolaborasi beberapa department di seluruh blok B@capsquare ni. Memang meriah. Banyak gile gambar yg aku ambil. Setiap sudut, setiap gaya, setiap acara, asalkan aku boleh snap...aku snap je. Sampai diorang cakap aku gile kamera. Tak kisah...gile kamera ke apa ke..asalkan aku happy dapat buat apa yg aku suka.

Okay...aku nak bersiap-siap untuk ke satu lagi openhouse hari ni. Gile murah rezeki minggu ni. Hari-hari dapat makan free. Alhamdulillah.


Photobucket