Pages

Showing posts with label Keluarga Kecilku. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Kecilku. Show all posts

Tuesday, 15 December 2020

'Dylla On The Blog' Kembali

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada diriku sendiri, selaku tuan tanah, dan juga buat semua Follower yang masih sudi meluangkan masa untuk membaca di blog ini.

Lama betul aku menyepi dari dunia blog. Setiap hari terasa nak buat comeback. Tapi, alasan utama yang menghalang adalah masa. Sejak berkahwin dan memiliki zuriat sendiri, masa yang ada terasa begitu terhad. Aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan rutin harian hidupku.

Lama kan nak ambil masa untuk suaikan diri ni..?

Sebenarnya, proses penyesuaian diri ni bukan boleh dibuat dalam seminggu dua. Bagi aku, ia memerlukan tempoh yang panjang. Masakan tidak, setiap kali rasa dah boleh suaikan diri, setiap kali itulah akan ada rutin baru yang bertandang.

Makanya, terpaksalah aku menyusun semula rutin tersebut. Bagi aku, cabaran untuk menyesuaikan diri inilah yang mematangkan aku. Aku bahagia dengan kehidupan sekarang.

Pahit, manis, suka dan duka sepanjang tempoh bergelar seorang isteri dan ibu, menjadikan aku wanita terbahagia. Alhamdulillah, semakin panjang tempoh perkahwinanku dan encik suami, semakin aku mengenali dirinya.

Benarlah, Allah SWT. akan memberikan kita jodoh yang amat melengkapi. Aku, di saat badai datang melanda, encik suamiku-lah penyelamatnya. Peribadinya yang tenang, berhemah dan lemah lembut, mendidik aku untuk menjadi seseorang yang lebih sabar.

Jika menilai sendiri perubahan yang ada pada diriku, benar, memang banyak sekali perubahannya. Terima kasih Allah. Terima kasih encik suami. Aku tidak berbangga dengan apa yang aku ada, tapi aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan untukku. Amat bersyukur.

Banyak lagi perkongsian tentang keluarga kecilku yang ingin aku coretkan. Semoga perkongsian itu nanti akan memberi manfaat buat kita semua. Mudah-mudahan.

Six years and forever, in shaa Allah.


Loves,
Dylla Abas

  

Tuesday, 31 July 2018

Si Kecil Pelengkap Hidup

Assalammualaikum wbt.

Sebelum wujudnya hubungan aku dan suami, si kecil kami ni memang selalu muncul dalam bayangan aku.
Tiap kali menjelang waktu tidur, bayangan kanak-kanak comel pasti muncul dalam kepala.
Aku sampai pernah terdetik nak ambil anak angkat.
Tapi, niat tu tak dipersetujui langsung oleh mak dan ayah. 

"Kakak kahwinlah. Dapat anak sendiri kan lagi seronok.."

Hahahaha. Ayat keramat yang selalunya aku balas dengan jelingan je.
Masa tu, topik kahwin bukanlah satu topik yang sangat menarik.
31 tahun hidup membujang, bebas dengan kehidupan sendiri, tup-tup disuruh kahwin.
Alahai, down sekejap rasanya.

Tak. Aku bukan membenci sunnah Rasulullah S.A.W.
Tidak sama sekali.
Cumanya, dengan peningkatan usia masa tu, aku rasa lebih bahagia habiskan masa dengan mak dan ayah.
No pressure.

Tapi. Allah tu Maha Pengasih. Maha Penyayang.
DIA datangkan jodoh aku dengan keadaan yang tak pernah aku sangka.
Dengan keadaan aku tak terfikir langsung akan menamatkan zaman bujang.
Tempoh perkenalan cuma 4 bulan, dan kami diijabkabulkan sebagai suami dan isteri.
Bercinta lepas kahwin gituuuu..

Sweet ke? 
Boleh la.

Tapi, banyak sangat suka dan duka sebab baru nak kenal hati budi masing-masing kan.
Bergaduh tu tak payah cakaplah.
Sedangkan lidah lagi tergigit.
Cumanya, kenalah banyak mengalah. Aku ni kalau nak ikut kepala sendiri, maka tamatlah riwayat kesan degil!
Kematangan pun seiring dengan usia kan.
So, takde la nak ikutkan sangat kepala sendiri ni.
Belajar redha dan terima baik buruk seadanya.
Kalau suami boleh terima baik buruk aku, kenapa aku tak boleh.
Alhamdulillah, hubungan yang sejuk-panas ni la yang masih kekal hingga kini.
Syukur.

Kemudian, sekali lagi tanda kebesaran Illahi pada diri aku ni, tanda DIA benar-benar sayangkan aku,
aku disahkan mengandung selepas 3 bulan bernikah.
Allahu, bahagia tak terkata!
Bayangan kanak-kanak yang comel dulu tu sekarang betul-betul muncul dalam rahim.
Tipulah kalau tak teruja kan.

Menghitung waktu tu memang aktivit feveret tau.
Lepas tu bila ada movement dalam perut ni, nikmat dia, Ya Allah, syukur sebab aku diberi peluang untuk merasai.
Bila saat dia hadir, he's totally complete a part of me.

Lahir macam anak Jepun!
Dengan mata sepetnya. Kulit putih kemerah-merahan.
Tak puas rasa bergomol dan cium bau baby.
Masih rindu dengan suasana tu.



p/s : aku sentiasa mendoakan semoga setiap pasangan yang berkahwin akan dikurniakan zuriat oleh-Nya



~ Dylla Abas ~


4 Tahun Menyepi, Tup-Tup Dah Ada Anak

Assalammualaikum wbt.

Sepanjang tempoh mencari "inner peace" ni, aku sebenarnya busy dengan kehidupan seharian.
Ditambah pula dalam tempoh 4 tahun ni, aku bekerja di syarikat yang berkaitan dengan 
industri Oil and Gas, jadi masa yang ada tu amat la terhad untuk aku jadikan blog ni sebagai
medium luahan perasaan aku.

Selama menyepi ni, banyak fasa-fasa yang aku dah lalui.
Fasa menjadi seorang isteri.
Fasa menjadi seorang ibu.
Alhamdulillah.
Walaupun agak kelam-kabut, tapi berkat doa dari mak dan ayah, aku mampu teruskan
hidup dan uruskan semuanya dengan baik.

Ada juga kawan-kawan blogger yang menjadi kawan di Facebook.
Jadi, mereka ni pasti la tahu perkembangan hidup aku (badan je tak mengembang).
Terima kasih kerana masih sudi berkawan denganku.. lappppp uolls la!

Eh, lupa pula nak cerita perihal anak.
Ya, anak aku yang seorang tu dah berusia 3 tahun. Alhamdulillah.
Sihat tubuh badan. Sihat semuanya.
Dia anak lelaki yang membesar bagai juara gituuuuu..

Tapi, manjanya ya ampunnnnnnn.. terlampau sangat!
Sebenarnya, dia sama je macam aku.
Cepat panas, cepat sejuk.
Cepat merajuk, cepat pula terpujuk.
Alhamdulillah, menjaganya tak pernah terasa bagaikan beban.
Jarang sekali menimbulkan masalah.
Sehinggakan pengasuh di taska teramat sayangkannya.

Kini, di usia 3 tahun, dia baru saja memulakan fasa bercakap.
Setiap hari ada je perkataan baru yang menghiburkan.
Allahu, bila bercakap perihal anak ni memang takkan habis kan.
Mungkin kena sambung di entri yang lain.


~ Dylla Abas ~