Pages

Showing posts with label A Life. Show all posts
Showing posts with label A Life. Show all posts

Monday, 7 October 2013

Memahami Lebih Mudah Dari Difahami


Pernah tak korang melalui situasi di mana korang rasa orang sekeliling tak memahami keadaan korang..?
Kalau tanya aku...bukan setakat pernah...tapi selalu!
Selalu je rasa orang tak faham aku
Selalu je rasa orang tak nak faham dan ambil tahu keadaan aku
Sounds a bit emotional kan..??
Okay..relax..breath
Tak nak emosi pun petang-petang macam ni
Perut tengah kenyang..baik fikir macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ni
Kuikuikui ^_^

 Back to the topic
Sebenarnya..bila dalam fikiran kita dah terlintas perkara macam ni
Lebih baik kita ubah sikit minda kita tu
Kalau kita rasa orang sekeliling tak memahami kita...
1st thing..kita yg perlu fahami diri kita dulu
Then...kita fahami keadaan orang di sekeliling
Lebih mudah dari meminta diri kita untuk difahami

Walaupun tak semudah seperti yg disebut
Tapi, sekurang-kurangnya boleh mengurangkan sikit beban otak kita la
Tak perlu nak fikir kenapa orang tak faham kita
Sebaliknya...kita akan rasa lebih tenang bila kita dapat memahami orang lain

Tak adil..??
Hellooooo...has anyone told you that life IS fair..??
Jadi..itulah hakikat kehidupan
Suka ke tak suka ke..itulah yg perlu kita hadapi (",)


p/s : payah sebenarnya nak belajar memahami orang lain ni...arghhh!!



~ Dylla Abas ~

Tiada Apa Yg Terlewat Dengan Perancangan Allah S.W.T


Jodoh tak sampai lagi..?
Kahwin lambat..?
Hmm..isu yg tersangat klise
Aku dah lali sangat dengan isu ni
Bukan takde yg bertanya
Yg menyindir apatah lagi
Tapi aku...??
Jawab je dengan jawapan yg terlintas kat kepala
Marah...??
Tak marah la
Cuma kadang-kadang tu terasa juga la
Apapun..aku berterima kasih pada yg bertanya tu
Sangat mengambil berat okay ^_^

Kalau dulu dapat soalan macam tu aku sentap la juga
Tapi sekarang ni dah boleh tersenyum
Takde la nak menyentap lagi
Bagi aku...takde isu kahwin lambat sebenarnya
Semua yg berlaku dalam hidup ni..
semuanya telah ditentukan oleh-Nya
Dan DIA adalah sebaik-baik perancang

Kalau dulu aku selalu rasa yg nasib aku sangat tak baik berbanding nasib orang lain
Tapi..semakin hari meniti usia
Aku rasa aku la yg paling bertuah sekali walaupun belum kahwin lagi
Sebab...??
Aku ada banyak masa untuk mak dan ayah
Bukan semua orang dapat peluang macam tu
Itu adalah salah satu hikmah terbesar yg aku dapat melalui perancangan-Nya

Jadi, Dylla...tiada apa yg terlewat sebenarnya
Sentiasa bersangka baik dengan setiap ketentuan-Nya
DIA telah menjanjikan ada kebahagiaan di sebalik setiap kesulitan
Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengasih tehadap sekalian hamba-Nya


p/s : positif sangat di pagi Isnin ni..ngee (",)



~ Dylla Abas ~
 

Tuesday, 1 October 2013

Rezeki Itu Tanggungjawab


Rezeki yg diberikan kepada kita bergantung kepada berapa banyak tanggungjawab yg telah dipertanggungjawabkan ke atas diri kita
Lagi banyak tanggungjawab yg kita laksanakan
Akan bertambahlah rezeki kita...in shaa Allah

Jadi, janganlah mengeluh bila kita diuji dengan begitu banyak tanggungjawab
Kerana itu semua rezeki
Dan rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T


p/s : perkongsian dari kakak tersayang..mekasih kak Ila (",)



~ Dylla Abas ~

Friday, 27 September 2013

Antara Duit Dan Kesihatan


Alhamdulillah
Allah S.W.T masih memberi kesihatan yg baik untuk aku meneruskan hidup
Mencari rezeki yg halal
Dan yg paling penting...dapat beribadah kepada-Nya

Jika diberi pilihan
Antara duit dan kesihatan
Korang pilih yg mana...?

Kalau tanya aku...secara jujurnya aku lebih pentingkan kesihatan
Duit tu bila-bila masa boleh cari
Kalau diri tak sihat...duit melayang juga kan

Ada orang yg memilih duit lebih dari kesihatan
Baginya..kesihatan tu perkara kedua yg perlu dititikberatkan selepas mencari duit
Hmm...wallahu'alam
Aku rasa kerja sia-sia je kalau dah penat cari duit tapi kena bayar bil hospital/klinik sebab kesihatan yg tak berapa nak bagus

Apapun, tepuk dada tanyalah selera
Diri kita tanggungjawab kita
Janganlah buat sesuatu yg boleh memudaratkan


p/s : lebih baik kena potong gaji dari terlantar tak bermaya

Thursday, 26 September 2013

Bila Hati Dah Sayang


Tajuk tak boleh blah!
Suka sangat la nak bercakap pasal hati kan
Padahal kerja tengah menimbun ni Dylla oii..!!
 November ni ada konvokesyen yg ke-13 untuk Unirazak
Jadi, banyak benda yg nak kena settle
Tugas aku tak la sesusah mana pun
Exhibition & Sponsorship
Cuma...kadang-kadang merungut juga bila kena buat semua ni
Hey...tak baik la buat kerja merungut, Dylla!!

Okay...back to the topic
Bila hati dah sayang
Apa yg akan jadi...??
Huish...jangan ditanya!
Bila hati dah sayang..macam-macam benda boleh jadi tau

Ada yg sanggup buat apa saja untuk yg disayangi
Yg pasti
Bila rasa sayang tu dah mula wujud dalam hati
Seseorang tu pasti akan jadi lebih sensitif
Semua perkara pun akan menjadi lebih serius

Kalau dulu..tak kisah pun diri tak diutamakan
Tapi...bila hati dah sayang
Mula la nak rasa merajuk bagai
Mula la nak buat perangai
Ish..ish..ish..

Walau apapun
Maruah diri harus dijaga
Jangan disebabkan rasa sayang
Semua benda pun tak dipedulikan lagi
Peace ^_^


p/s : peringatan buat diri sendiri (",)


Tuesday, 24 September 2013

Dengar Apa Yg Perlu


"Jangan bazirkan masa anda untuk memberi penjelasan
Kerana manusia hanya akan mendengar apa yg mereka mahu dengar"

Hmm..mendalam betul maksud kata-kata ni bagi diri aku
Bila difikirkan balik, memang betul pun
Kadang-kadang...kita je yg rasa perlu untuk jelaskan tentang sesuatu perkara
Tapi, orang yg mendengar tu..nak ke diorang dengar semua yg kita nak jelaskan..??
Mungkin ada yg nak dengar sebahagian je
Atau mungkin ada yg nak dengar semua
Tapi yg banyaknya...TAKDE yg nak mendengar!!
Biasalah..bila dah melibatkan "penjelasan"..mestilah ada sedikit bebelan kan
Siapa yg suka kena bebel..??

Yg lebih teruk lagi bila orang yg mendengar penjelasan tu tak ambil peduli pun
Dalam erti kata lain
Masuk telinga kiri...keluar telinga kanan
Masa tu terasa juga la "sia-sia je aku explain kat dia ni.."

Walau apapun
Dylla...bercakap benda yg perlu dan dengar apa yg perlu saja
Tak payah nak pening-pening kepala dengan kerenah orang lain
Lain orang memang lain la ragamnya
Lumrah manusia, rambut sama hitam...tapi hati lain-lain (",)


p/s : hati kering
 

 


Tuesday, 20 August 2013

Masa Semakin Singkat


Sejak akhir-akhir terasa masa tu semakin cepat berlalu
Tiba-tiba je dah masuk bulan August
Rasanya macam baru je masuk tahun 2013 ni
Yg pastinya bila dah masuk bulan August...usia aku pun bertambah setahun lagi
Dah tua...dah tua...dah tua..!!

Teringat kata-kata ayah sebelum ni
Kata ayah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg bermaksud :
"Di antara tanda-tanda kiamat semakin hampir ialah apabila kita terasa masa semakin singkat (cepat berlalu)"

Kiamat semakin hampir
Okay..sangat gerun mendengarnya
Banyak benda lagi yg perlu diperbaiki
Moga-moga kita semua diberi kesempatan untuk memperbaiki diri
Dan kembali bertemu-Nya dengan persediaan penuh (",)


p/s : 24 jam sehari macam dah tak cukup bagi aku



~ Dylla Abas ~

Monday, 5 August 2013

Ada, Beri, Dapat

 

Memberi apa yg ada
Dapat apa yg diberi

Mungkin ada yg pernah dengar ungkapan tu
Atau tahu apa maksud tersiratnya

Lumrah hidup...kita memberi dengan apa yg kita miliki
Berkongsi sesuatu yg berharga dengan seseorang yg lain besar hikmahnya
Dan lumrah hidup itu tidak terhenti di situ
Ungkapan "what you give, you get back" bukan sekadar ayat penyedap hati
Itulah janji Allah S.W.T
Dan setiap janji-Nya itu pasti

Apa yg penting di sini
Berilah dengan seikhlas hati
Lillahita'ala
Dan moga yg datang di kemudian hari itu akan lebih barakah
Wallahu'alam



~ Dylla Abas ~

Wednesday, 24 July 2013

Jangan Pertikaikan Hak Allah S.W.T

 

Pernah tak terdetik di hati kita macam ni :
 "Aku ni berdoa hari-hari...tapi Allah dengar ke doa aku...?"
 Kalau pernah, maka cepat-cepat la beristighfar
Sesungguhnya kita berdoa kepada Yang Maha Mendengar
Pasti DIA mendengar doa kita
Pasti DIA tahu keikhlasan dan kesungguhan kita di dalam berdoa
memohon sesuatu daripada-Nya

Jadi, jangan la kita pertikaikan hak Allah S.W.T
Hak kita adalah untuk meminta dan berusaha
Hak Allah S.W.T adalah untuk menunaikannya
Sama ada doa kita ditunaikan atau sebaliknya...itu hak DIA
Jika tidak ditunaikan, pasti DIA akan menggantikan dengan sesuatu yg lebih baik
Wallahu'alam


p/s : jangan putus asa dalam berdoa (",)



~ Dylla Abas ~
 

Tuesday, 25 June 2013

Cinta Pada Dunia

 

Seronok menonton rancangan Tanyalah Ustaz sehari dua ni
Semalam dan arini tajuknya berkaitan dengan cinta
Mesti ramai yg suka bila sebut pasal cinta kan

Disebabkan menonton sambil bersiap-siap nak pergi kerja...
jadi aku kurang fokus sangat
Apa yg menarik perhatian aku ialah bila ustaz menjawab persoalan tentang cintakan dunia

Antara tanda-tanda orang yg cintakan dunia :

1) Bila tiba waktu solat - dia mendengar azan tapi buat endah tak endah...sempat pula online FB dulu atau buat kerja lain terlebih dahulu
Ada orang yg suka melengah-lengahkan waktu solatnya..contohnya, solat Zuhur tu dibawa sekali ke solat Asar...solat di hujung waktu la senang cakap...tak boleh macam ni...Sabda Baginda Rasulullah S.A.W :

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) 
2) Bila hendak bersedekah - asyik terfikir "cukup ke duit aku kalau aku sedekah rm50.00 ni..? ahh...sedekah rm1 sudah..janji dapat pahala..."
Rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T..jangan takut untuk memberi (bersedekah) kerana pulangannya lebih daripada apa yg telah kita keluarkan...itu janji Allah S.W.T dan janji Allah S.W.T itu pasti. Seperti firman-Nya di dalam Surah al-Hadid ayat 18 yg bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."

Ada banyak lagi tanda-tanda lain
Tapi, bagi aku cukup la dua ni sebagai pengajaran yg berguna
Moga aku akan lebih bermuhasabah diri lepas ni
Tak salah kita cintakan dunia
Asalkan kecintaan pada Akhirat itu melebihi segalanya
Wallahu'alam.


p/s : pentingkan tidur dari bagun solat pun dah masuk kategori cintakan dunia tu...astaghfirullahal'adzim



~ Dylla Abas ~

Friday, 31 May 2013

Bila Teman Ambil Kesempatan

 

 Semalam..aku sempat menonton rancangan Celik Hati Prof.Muhaya
Siapa tengok rancangan tu...??
Bagi sesiapa yg tengok..pasti korang tahu topik perbincangan semalam
Teman Opportunist
Apakah yg dimaksudkan dengan Teman Opportunist ni...??
Meh sini nak cerita >_<

Teman Opportunist ni adalah sejenis teman yg suka mengambil kesempatan terhadap diri kita
Setiap kali dia mendapat peluang...dia takkan lepaskan
Semalam...Prof.Muhaya berkongsi tips
Bagaimana nak meredakan "sakit" hati selepas diambil kesempatan

Pertama
Tanamkan dalam diri bahawa setiap kali diri kita diambil kesempatan...
bukanlah sesuatu yg buruk

Kedua
Yakinkan diri bahawa perkara itu sebenarnya merupakan satu peluang
Yg Allah S.W.T berikan kepada kita
Supaya kita boleh menjadi manusia yg lebih baik
Bagaimana....??
Contoh : si A meminta kita melakukan sesuatu kerana tahu kita expert di dalam perkara tersebut dan perkara itu sentiasa berulang-ulang
Di dalam situasi ini, jelas si A cuba mengambil kesempatan TETAPI
dengan perkara yg kita lakukan itu
sebenarnya merupakan bantuan kita untuk si A dan peluang kita untuk menambah pahala
Kan setiap amal perbuatan yg baik itu adalah ibadah...?

Ketiga
errr...yg ketiga ni khas untuk suami-isteri
Memandangakn aku belum kahwin lagi..aku tak tahu nak susun ayat tu macam mana
Tapi aku bagi satu lagi contoh :
Si suami berkali-kali menegur si isteri supaya menutup aurat
tapi si isteri ni macam engkar la...tak nak ikut cakap si suami
Jadi, si suami ni terasa si isteri mengambil kesempatan kerana dia terlalu berlembut dengan isterinya
nasihat Prof.Muhaya - fikirkan kembali sebelum berkahwin dengan si isteri
adakah pilihan lelaki itu merupakan perempuan yg menutup aurat atau sebaliknya...?
Jika sebaliknya, maka terimalah dugaan yg bakal berlaku
Jangan sesekali menganggap itu sebagai "mengambil kesempatan"
Malah..anggap ia sebagai dugaan dan perbaikilah diri supaya menjadi yg lebih baik
dan bimbinglah keluarga untuk menjadi yg lebih baik juga

Okay..sebenarnya banyak lagi point
Tapi, aku ingat-ingat lupa
Menonton sambil menjahit...macam tu la hasilnya
Tak berapa nak fokus!
Tapi, apapun...yg aku boleh rumuskan di sini
Anggaplah semua yg datang dalam hidup kita ni sebagai dugaan dari Allah S.W.T
Janganlah bebani hati kita dengan segala anggapan buruk
Wallahu'alam


p/s : sorry tak sempat nak BW lagi...banyak kerja pula hari ni


~ Dylla Abas ~

Tuesday, 28 May 2013

Monday, 27 May 2013

The ABCs of Life

Assalammualaikum W.B.T

Self-motivation di hari Isnin (",)





~ Dylla Abas ~

Thursday, 23 May 2013

Kerepek 3 Peket RM10

Assalammualaikum W.B.T

Teruja nak datang kerja hari ni sebab hari ni last day bekerja untuk minggu ni. Esok cuti...yeay!! Amboi...bila cuti je semangat tu melebih-lebih ye Dylla. Tak senonoh sungguh. Apapun, semangat nak balik kampung jumpa mak ayah yg paling terasa sebenarnya. Rindu. Dah 2 minggu tak jumpa. Hahaha...ini semua poyo!

Tadi masa BW, terbaca la satu entri tentang kisah orang yg menjual atau menjaja keropok/kerepek dari seorang ke seorang yg lain. Dan entri tu membuatkan aku teringat pada seorang makcik ni. Masa tu, aku dan 2 orang lagi kawan pejabat makan Sate Kajang Hj Samuri di Taman Melati, ternampak la seorang makcik ni duduk termenung kat tepi kaki lima di deretan kedai tu. Masa tu aku tak perasan pun yg di depan dia ada 2 bungkusan plastik besar yg di dalamnya ada pelbagai jenis kerepek untuk dijual.

Masa tengah makan tu, tiba-tiba makcik tu masuk ke dalam kedai. Dari satu meja ke satu meja dia jual kerepek yg dibawa. Sayu rasanya bila nampak muka makcik tu. Nampak dia agak keletihan. Bila dia sampai je kat meja aku, aku terus tanya jenis kerepek apa yg dia bawa. 

"Macam-macam ada nak. Pilih la. Ambil la 3 peket, makcik jual RM10 je..." 

Aku pun tak banyak bunyi, pilih je 3 jenis kerepek yg aku suka dan terus bayar. Kawan aku yg seorang lagi pun beli juga kerepek makcik tu. Lepas je makcik tu ucapkan terima kasih dan tinggalkan kitaorang, terus keluar perkataan, "kesian makcik tu..." Serius memang kesian. Terbayang muka mak kat rumah masa tu. Tiba-tiba, salah seorang daripada kawan aku tu berbunyi,

"Nasib baik awk beli...dari tadi saya nampak makcik tu duduk kat luar..."

Dan hingga ke hari ini, kerepek yg aku beli tu, masih lagi berbaki sepeket yg belum dimakan. Bukan tak nak makan. Tak terasa nak makan. Setiap kali aku tengok kerepek tu, aku pasti akan teringat kat makcik yg menjualnya. Dan bila setiap kali aku teringat makcik tu, pasti aku membayangkan betapa susah payahnya dia mencari rezeki. Sedih. Mana la anak-anak dia...? Mana la suami dia...? Semua persoalan tu memang tak mampu aku nak jawab.

Ada yg kata, "sindiket je tu..." Ya, aku akui...memang ada sindiket sebegini. Tapi, pada aku, personally...kalau dah kita simpati tengok dia, berniat membeli dengan tujuan membantu dan bersedekah, jangan diungkit lagi perkara tu. Sindiket ke apa ke...itu urusan dia dengan Allah S.W.T. Yg penting, perbaikilah niat kita agar apa yg kita lakukan tu ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Wallahu'alam.


p/s : moga Allah S.W.T memberkati dan memurahkan rezeki bagi semua pencari rezeki (",)



~ Dylla Abas ~

Wednesday, 8 May 2013

Kepercayaan Yang Dikhianati

Assalammualaikum W.B.T

Melarikan diri dari topik pilihanraya yg makin mencabar minda ni. Tolak ke tepi kejap isu tu. Makin banyak bercakap, makin banyak hal yg keluar nanti. Jadi, kita yg dah jalankan tanggungjawab pergi mengundi ni, dah lepas dah part kita. Kalau ada hal lain yg timbul, itu dah jadi part pemimpin.

Hari ni nak cakap tentang kepercayaan. Kepercayaan tu sesuatu yg bukan mudah untuk diperolehi. Dan jika sudah memperolehinya, jangan pula dikhianati. Sekali kepercayaan itu dikhianati, mungkin selamanya kita tidak akan dapat untuk memperolehinya lagi. Kepercayaan secara amnya, adalah percaya sesama kita. Suami dan isteri haruslah saling mempercayai. Antara kawan juga, kepercayaan itu perlu wujud agar persahabatan boleh terjalin dengan lebih baik.

Disebabkan belum kahwin, jadi aku tak nak la bercakap tentang kepercayaan antara suami dan isteri. Nanti kata aku memandai pula. Cuma, kalau melihatkan pengalaman hidup mak dan ayah, aku memang kagum gile dengan mak yg percayakan ayah tanpa berbelah bahagi. Aku ingat lagi, masa aku kecil dulu, ayah memang suka balik lewat. Lepas waktu kerja, ayah mesti akan keluar dengan kawan-kawan dia. Ayah tu kaki memancing. Selalu juga la dia ikut kawan-kawan dia pergi memancing. Faham-faham jelah kan bila dah pergi memancing, mesti la balik lewat.

Tapi, mak tak pernah argue. Apa je alasan ayah, mesti mak terima dengan hati yg terbuka. Tak pernah pun dalam hati mak terdetik yg ayah akan buat perangai ke apa ke. Alhamdulillah, ayah memang tak pernah buat perangai. Berbaloi sangat mak percayakan ayah. 

Bila aku berdepan dengan situasi di mana aku harus percayakan seseorang, tapi dalam masa yg sama aku berasa sangat was-was, aku mesti teringatkan mak. Betapa tabahnya dia menanam rasa percaya terhadap ayah tanpa perasaan syak wasangka. Bukan aku susah nak percayakan orang, tapi bila kepercayaan itu pernah dikhianati, agak sukar la untuk aku rasa percaya lagi. Dalam erti kata lain, aku lebih berhati-hati la untuk percaya kat seseorang walau sebaik mana pun dia dengan aku.

Kadang-kadang, bila aku pula berada di kedudukan di mana aku ingin diri aku dipercayai, perasaan was-was tu wujud juga. "eh...dia ni percaya ke kat aku...?" Dan bila aku dah dapat kepercayaan seseorang, sebaik mungkin aku akan jaga kepercayaan tu. Bila dalam hati mula rasa nak mengkhianati, cepat-cepat la sedarkan diri. Kalau diri sendiri pun tak suka dikhianati, jangan la mengkhianati yg lain.

Aku pernah terbaca, mungkin di FB atau di mana-mana, "Allah S.W.T memberi sepenuh kepercayaan kepada kita dan kita telah berjanji dengan-Nya sebelum kita dilahirkan. Dengan kepercayaan dan janji itulah, kita dilahirkan ke dunia. Pernahkah kita terfikir, yg kita telah mengkhianati kepercayaan itu dan telah mengingkari janji kita terhadap-Nya...?" Terkesan sungguh ayat tu pada aku. Sungguh aku telah mengkhianati kepercayaan-Nya terhadap aku. Astaghfirullahal'adzim. Ampunilah aku ya Allah :(

p/s : mood sedih kah...???



~ Dylla Abas ~

Monday, 6 May 2013

PRU13 Yg Sudah Berlalu

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Selesai sudah saat-saat genting buat negara kita bila pilihanraya umum kali yg ke-13 telah berlalu semalam. Dan seperti yg kita semua tahu, BN atau yg disebut-sebut sebagai 'Gelombang Biru' mengekalkan kemenangan. Walaupun tipis, tapi BN sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat Malaysia untuk terus memimpin dan menerajui Malaysia bagi tempoh 5 tahun akan datang. 

Di DUN Rawang (N14) seperti yg aku dah jangka, akan dimenangi oleh calon DAP, Gan Pei Nei, menewaskan calon BN, Lee Li Pew, dengan majoriti 9,241 undi. Sebelum ni pun, memang calon DAP ni yg memenangi kerusi DUN Rawang. Apapun, selama aku menjadi warga Selangor, khususnya Rawang, tempat ni memang takde masalah. Pembangunan demi pembangunan dapat disaksikan. Takde la mundur sangat kan. Walaupun hakikatnya, memang bangsa Cina yg memonopoli ekonomi di sekitar Rawang ni.

Memetik kata-kata kawan aku di Twitter nya pagi tadi, "keputusan telah pun diketahui..tahniah kepada yg berjaya, yg tidak berjaya bukan bermakna anda gagal..teruskan berusaha untuk masa PRU yg akan datang..semoga Malaysia akan lebih maju dan makmur tanpa ada perpecahan kaum..in shaa Allah.." Apa yg menariknya tentang Twitter tu bila dia sebut tentang perpecahan kaum. Sedih bila memikirkan bangsa Melayu yg sanggup mengata sesama sendiri sepanjang tempoh PRU13 ni berlangsung.




Bagi aku secara peribadinya, kaum Melayu memang agak emosional. Maaf kalau ada yg terasa. Aku sendiri berbangsa Melayu. Tapi, bila benda-benda macam ni berlaku di kalangan bangsa Melayu, sedih betul rasanya. Aku tak salahkan penyokong-penyokong fanatik Pakatan Pembangkang. Bagi aku, memang takde masalah jika PAS yg memimpin negara kita ni. Tapi, bila bergabung dengan PR dan DAP, aku rasa lain. Tapi, ntah la. Itu pendapat peribadi aku.

Jadi, lepas ni kita boleh teruskan hidup macam biasa. Yg dah dipertanggungjawabkan untuk memimpin negara, harap dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan telus dan saksama. Semoga Malaysia akan terus aman makmur dan sejahtera. Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk hidup dengan tenang di muka bumi-Nya ini. Alhamdulillah.


p/s : pagi tadi naik tren, mata aku asyik dok tengok jari orang je..masih ada kesan dakwat kekal..thumbs up kepada yg telah pergi mengundi (",)



~ Dylla Abas ~

Mengapa Tun Mahathir Sedih

Assalammualaikum W.B.T

**Perkongsian buat semua khususnya buat orang-orang Melayu**
**Hasil tulisan Tun M - Credit to Utusan**

Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.


p/s : sumber - Facebook



~ Dylla Abas ~

Tuesday, 30 April 2013

Friday, 26 April 2013

Wednesday, 24 April 2013

Adab Bersalam

Assalammualaikum W.B.T

Semua orang tahu apakah yg dimaksudkan dengan bersalam. Bersalam adalah apabila 2 orang bertemu lalu mereka berjabat tangan. Namun, bersalam ni ada adabnya. Jangan ambil mudah akan perkara ini. Ada sesetengah daripada kita yg ambil mudah ketika bersalam. Tidak benar-benar erat seperti yg digalakkan di dalam Islam.

Terdapat 4 perkara di dalam adab bersalam. Salam itu dimulai dengan tangan, mata, mulut, lidah dan hati. Bersalam mestilah dengan tangan kanan, genggam erat tangan yg ingin di salam itu. Mata haruslah memandang wajah orang yg disalam. Mulut pula mestilah disulami dengan senyuman. Sementara lidah itu memain peranan ketika kita berselawat semasa bersalam. Sementara hati itu, biarlah ikhlas. Kerana setiap perbuatan yg ikhlas itu, pasti ada ganjaran yg baik dari Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg bermaksud, "Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah." (Hadith Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi & Ibnu Majah)

Sayangnya Allah S.W.T kepada kita. Hanya dengan bersalam saja dosa kita akan diampunkan. Allahuakbar. Moga panduan ini bermanfaat buat semua. Wallahu'alam.





p/s : petikan daripada Rancangan Muqaddimah (tv9)




~ Dylla Abas ~