Pages

Showing posts with label Kerenah Azeem. Show all posts
Showing posts with label Kerenah Azeem. Show all posts

Friday, 14 June 2013

Bila Azeem Rindukan Makngahnya


3 hari yg lepas aku dapat panggilan daripada anak buah aku, Azeem
Tengah sibuk melayan berita, tetiba je handphone berbunyi
Bila tengok nama dia kat skrin, aku dah sengih-sengih dah

Azeem : Makngah buat apa tu...?

Makngah : Tengah tengok tv...kenapa Azeem call makngah ni...?

Azeem : Makngah ni tak rindu kat Azeem ke...?

Makngah : Lorr..baru je jumpa Azeem hari tu...nak rindu buat apa...?
(dengan niat sengaja menyakat)

Azeem : Azeem rindu la kat makngah...bila makngah nak datang rumah Azeem lagi..?
(nada suara dia dah start mendayu-dayu masa ni...pelik pula aku)

Makngah : Iye ke Azeem rindu kat makngah ni...? Acu kan ada...

Azeem : Acu tu asyik cakap telefon je...dia mana nak kawan dengan Azeem..boring la Acu tu makngah...
(mengadu domba tentang perangai Acunya...hahahaha..)

Makngah : Okay...Azeem kira tiga hari, nanti makngah datang ye

Azeem : Kira tiga hari...?? Okay...1..2..3...takde pun makngah datang...

Makngah : ?????????????

Azeem...Azeem...kelakar la kau ni
Kalau ye pun rindu sangat kat makngah...tak payah la nak tipu kira macam tu
So..malam ni terpaksa la aku datang Puchong
Nak jumpa budak kecik yg rindu sangat kat aku tu (>_<)


p/s : macam lama gile aku menyepikan diri kan? kan? kan?



~ Dylla Abas ~

Sunday, 2 June 2013

Cerianya Hidup Dengan Anak Kecil

D

Entri ni memang berkisar tentang dua orang anak buah aku
Azeem dan Adam
Seorang anak abang dan seorang lagi anak adik aku
Anak aku...?? Coming soon...huhu (^_^)

Bila tengok gelagat dan kerenah diorang ni...rasa tenang je
Walaupun suasana terasa meriah sangat..tapi ada rasa bahagia kat situ
Tak mampu nak sembunyikan senyum dan tawa dengan keletah diorang
Ceria hidup dapat tengok diorang ketawa dan bermain bersama




Kadang-kadang aku terfikir juga
Apalah salahnya budak-budak kecil yg didera...??
Ada yg didera sampai mati!!!
Apalah dosa diorang agaknya...??
Aku kalau tengok anak-anak kecil mesti, mesti ada rasa suka
Nak kata aku ni sukakan sangat budak-budak tu...tak la
Anak buah sendiri aku layan la
Kalau anak orang lain aku tak tahu sangat nak layan macam mana
Tak kisah la pasal tu
Apap yg aku nak tekankan kat sini...
bila aku tengok anak-anak kecil ni...
memang tak kan rasa sampai hati la nak mendera diorang
Nak jentik pun dah rasa lain macam
** walaupun kadang-kadang aku jentik je telinga si Azeem tu bila dia degil...huhu **

Jadi, bila ada berita kes penderaan kanak-kanak atau bayi ni
Hanya 1 je yg terdetik dalam hati aku ni
TAKDE HATI PERUT
Anak-anak yg masih suci dan tak berdosa tu pun nak didera
Sedihnya rasa :(



p/s : baru-baru terbaca berita tentang bayi yg ditemui masih hidup dalam saluran najis..na'uzubillah...jauhkanlah kami dari sifat sedemikian dan lindungilah anak-anak kecil yg tak berdosa ni...amin..




~ Dylla Abas ~

Tuesday, 21 May 2013

Alahai...Azeem Demam Pula!

Assalammualaikum W.B.T

Semalam aku terpaksa ambil cuti setengah hari untuk berkejar ke rumah abang yg terletak di Puchong. Anak buah aku yg seorang tu demam la pula. Siapa lagi kalau bukan Azeem. Pagi-pagi dah dapat call dari dia, "makngah...Azeem tak pergi sekolah hari ni...Azeem demam..." sayu je bunyi suara dia. Mula-mula tu aku dapat SMS dari kakak ipar aku. Lepas tu, baru dapat call dari Azeem. 

Dan disebabkan dah lama tak jumpa dia, aku tak fikir panjang, terus ambil cuti setengah hari. Balik rumah je, ambil kunci kereta, terus pecut ke Puchong. Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar da aku selamat sampai di rumah abang tepat jam 3.00 petang.

Masa aku sampai tu, kakak ipar dan anak buah aku tengah tidur. Tapi, terus terbangun sebaik saja aku bagi salam. Tengok muka Azeem, memang nampak pucat juga la. Macam nampak lebam. Tak tahu la istilah yg tepat. Mungkin sebab badan dia terlalu panas. Sampai nampak kesan panas tu kat muka dia. Masuk je rumah, mula la dia mengadu itu ini. Tak lalu nak makan la. Nak tidur pun susah. nak buat itu tak boleh. Nak buat ini tak kena. Kesian la pula. Nasib baik la Azeem tu pandai bercakap. Sekurang-kurangnya kita tahu la nak buat apa kat dia. Teringat pula masa dia kecil-kecil dulu, kalau demam, tak boleh diusik langsung. Dia mengadu apa pun kita tak faham. Lagi kesian...huhu >_<

Pagi tadi, aku rasa badan dia dah tak panas sangat. Alhamdulillah. Lega sikit bila tengok muka dia yg agak ceria. Dah boleh senyum dan yg paling tak boleh tahan bila dia tanya, "eh...bila makngah sampai...?" Aku rasa nak gigit je budak kecik tu! Punya la moodynya dia masa demam semalam, sampai tak perasan aku ada depan mata dia kan.


p/s : "Ibu..makngah cakap kalau demam boleh makan aiskrim...aiskrim tu ubat demam..." hoho (^_^)



~ Dylla Abas ~

Monday, 29 April 2013

Azeem Dah Mula Belajar Solat

Assalammualaikum W.B.T

Semalam, aku habiskan masa di kampung ** kampung la sangat..padahal Bukit Beruntung tu je..mana la ada kampung kat situ ** Dah lama rasanya tak balik jumpa mak dan ayah. Rindu sangat-sangat kat diorang. Aku sampai sana dah tengah malam Ahad. Sabtu siang tu, aku sempat pergi kerja dulu. Balik kerja pergi makan-makan kejap. Then, baru bertolak balik ke Bukit Beruntung. Alhamdulillah, perjalan sangat lancar dan dipermudahkan-Nya.

Kebetulan, abang aku pun balik juga. Okay, terubat la juga rindu nak bertemu dengan si mulut becok tu, siapa lagi kalau bukan Azeem. Jadi, hari Ahad tu seharian aku habiskan masa dengan melayan kerenah Azeem. Kebetulan lagi, ayah aku tengah mengerjakan "sesuatu" di laman rumah. Nanti aku cerita dalam entri lain. Mak pula sibuk dengan aktiviti memasak dia. Azeem je yg free...huhu (>_<)




Masa aku nak solat Zohor, dia ikut sekali aku masuk bilik. Aku pun malas nak cakap banyak. Biarkan je dia ikut aku. "Duduk diam, jangan kacau makngah tau!" Dia pun angguk jelah bila kena warning dengan makngah dia yg garang ni kan. Pasrah je dia duduk atas katil tu sambil belek-belek handphone aku. Habis je aku solat, dia memang dah tak sabar-sabar lagi nak bercakap dengan aku.

"Kenapa makngah sembahyang lama sangat...?"

"Kenapa makngah macam cakap bisik-bisik masa sembahyang...?"

"Kenapa makngah baca doa panjang-panjang...?"

Dan pelbagai kenapa lagi la. Satu soalan pun aku tak jawab. Aku sengih je tengok dia. Lepas tu aku terus tanya, "Azeem tak nak sembahyang ke...?" Terus dia angguk! Terharu aku rasa masa tu. Walaupun dia memang tak tahu langsung macam mana nak bersolat, tapi niat dan keinginan dia nak bersolat tu buat aku rasa bersyukur sangat.

"Macam mana nak ambil air sembahyang makngah...?"

"Kenapa kena basuh 3 kali...?"

"Kenapa kena basuh tangan kanan dulu...?"

Okay. Kali ni aku explain kat dia semua kenapa dia tu. Satu-satu aku cakap. Mula dari niat wudhu' sampai la dia selesai basuh bahagian kaki. "Azeem rasa bersih la. Baru la boleh sembahyang, kan makngah...?" Lagi sekali aku terharu. Budak kecil yg berusia 5 tahun pun berperasaan macam tu. Apatah lagi kita yg dah dewasa ni. Yg dah faham tanggungjawab menunaikan solat dan sebagainya, pasti lebih berperasaan kan (",)

"Azeem nak baca apa masa sembahyang ni makngah...?"

Memandangkan dia lancar membaca Surah Al-Fatihah, maka aku pun suruh la dia baca surah tu. Kemain khusyuk dia bersolat. Bermula dengan mengangkat takbir, rukuk, sujud, duduk di antara 2 sujud...semua pergerakan tu sempurna sangat. Tertib mengikut aturannya. Cukup rakaatnya. Walaupun bacaannya masih belum sempurna. Alhamdulillah. Aku rasa sebak sikit la masa tu. Dah besar rupanya anak buah aku yg seorang ni. 




"Kalau dah habis sembahyang kena baca doa kan, makngah...?"

Aku angguk je. Terus dia tadah tangan. Tak tahu apa yg dia doakan. Kemain kumat-kamit mulut dia berdoa. Geli hati pun ada juga. Sayang betul aku tak record video dia bersolat. Gambar pun sempat snap sekali je. Aku pula yg khsyuk perhatikan dia bersoalat. Habis je berdoa, terus aku tanya, "Azeem doa apa tadi...?"

"Azeem doa untuk ibu, ayah, atuk, opah, makngah, pak uda, untuk Azeem juga..semua-semua orang la yg Azeem kenal. Azeem doa semuanya jadi orang baik. Lepas tu Azeem tak tahu nak cakap apa lagi, Azeem baca 3 Qul..."

Terkedu kejap. Tak sangka dia dah pandai baca 3 Qul! Patut lama betul dia berdoa. Terus aku peluk dia. Sampai dia jadi pelik. Ya Allah...Subhanallah...seronoknya dengar. Budak kecil ni memang mudah nak ingat kalau kita ajar dia apa-apa kan. Betul la kata pepatah, melentur buluh biar la dari rebungnya. Hasilnya pasti tak sia-sia (^_^)


p/s : Azeem dah tak nakal sangat macam dulu, tapi "kepala hangen" dia belum surut lagi..huhu..




~ Dylla Abas ~

Thursday, 21 March 2013

Pengaruh Ultraman






p/s : tudiaaaa..perangai Muhammad Azeem Rusyaidi...tengok cerita Ultraman siap tiru gaya sekali..!!





~ Dylla Abas ~

Monday, 18 March 2013

"Satip" Mulut Tu Nanti

Assalammualaikum W.B.T

Perjalanan dari Putrajaya ke rumah abang malam selepas majlis kahwin pakcik aku pada hari Sabtu yg lepas, benar-benar terasa jauh. Padahal, perjalanan tu tak sampai setengah jam pun. Puncanya, anak buah aku, Azeem, tak henti-henti bercakap. Aku yg agak kepenatan masa tu memang malas gile nak layan dia bercakap. Akhirnya, hanya opah dia je yg setia melayan. 

Tengah dok melayan perasaan sendiri, tiba-tiba Azeem kuatkan suara dia. Makin rancak pula dia berborak dengan opahnya. Aku cuit bahu dia, pandang dia dengan muka yg sangat serius, sambil aku letakkan jari pada mulut. Tanda aku menyuruh dia diam. Memang la dia diam kejap. Lepas tu potpetpotpet balik. Haish...budak ni memang la!

Tiba-tiba aku menangkap salah satu perbualan dia dengan opahnya yg buat aku ketawa tak henti-henti :


Opah : Azeem, dah la tu...makngah tu sakit kepala tu. Diam sikit...

Azeem : Ye ke makngah sakit kepala...?? (sambil matanya memandang aku yg buat tak tahu je...)

Opah : Iye...diam sikit. Nanti makngah marah nanti, opah tak tahu...

Azeem : (dengan muka yg sangat tak puas hati..) Yelah...yelah...Azeem satip la mulut Azeem ni...


Aku terus pandang dia. Satip...???? Amende la pula tu...? Sekali ibu dia jelaskan, satip tu sebenarnya ialah cellophane tape. Tapi si becok ni tak reti nak menyebutnya. Jadi la satip. Terus aku gelak besar. Hai la Azeem...ada je benda yg dia buat yg bila aku fikir balik, memang aku gelak sorang-sorang >_<




p/s : Azeem sangat bengang bila aku bahan dia dengan perkataan "satip" tu (",)




~ Dylla Abas ~

Friday, 1 March 2013

Happy Birthday Azeem Buchuk

Assalammualaikum W.B.T

1 Mac 2013. Genap dah usia anak buah sulungku yg ke-5. Dah besar pun dia. Kejap je rasanya masa berlalu. Teringat lagi hari ke-2 dia dilahirkan, aku beria-ia nak datang rumah abang. Nak tengok sendiri anak buah yg abang cakap copy habis muka dia. Nak sangat pegang dia. Nak sangat dukung dia. Dan yg paling penting, nak sangat-sangat bertemu dengan pewaris kelurga Abas tu ^_^






Muhammad Azeem Rusyaidi bin Fakhrur Razi. Kemain panjang namanya. Nasib baik panggil Azeem je. Senang nak sebut, senang nak ingat. Yg pasti, pertama kali aku tengok muka dia...memang terus terdetik dalam hati, "macam abang la..." Copycat sungguh!




Tapi, bila usia makin meningkat, Azeem lebih ke arah ibunya. Muka pun dah lebih kurang muka ibu dia je. Cakap pun dah macam ibu dia juga. Kemain pekat loghat Kedah budak tu. Hari ni aku makin pening nak mencari hadiah untuk dia. Apa nak bagi kat dia ni...??? Ayah dia dah tak bagi aku belikan barang permainan. Penuh rumah katanya. Dah tu nak bagi apa pula..???




Apapun Azeem, makngah ucapkan Selamat Hari Lahir yg ke-5. Jadilah anak yg baik dan soleh. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu ye. Lagi satu, mulut tu jangan becok sangat. Penat makngah nak melayan...huhu >_<




p/s : sayang Azeem...!!




~ Dylla Abas ~

Sunday, 9 December 2012

3 Things That Happened on Sunday 09/12/2012

Assalammualaikum W.B.T

Happy Sunday everyone..!! Wow...it's been so long I didn't update my blog. Just checked my draft-box...err...there's a few entries waiting to be published. But I can't publish them yet. Need to alter first, add up some photos and then I can share them with all of you. Hmm...lazy Sunday I guess. Laying on bed, surf the net...oh, what the heaven >_< Well, even though I just spend my time at home today, but still something happened. And there're 3 things happening today...

1 - Today's my parents anniversary..!! Happy 33rd Anniversary mom and dad. I wish that you two always being together, forever until Jannah...insyaa Allah. May Allah S.W.T bless you two. Love you mom. Love you dad.




2- I supposed to bring my parents to Fraser Hill today. But have to cancel the plan due to some issues. Plus, my dad's not feeling well. So, let him rest first. I promised to bring them once we are ready to spend our time there.

3 - My nephew, Azeem, did his 1st call to my mom using his own phone number!! Wow..he's just 4 years old. And he has his own mobile phone. Lawan tokey!! But..is this weird...?? Or maybe he's too advance...?? Hmm, well...hope my brother did the right thing to teach his son own some gadgets in his stage of age **he's too young!!!**




p/s : need to start my "project" now..I'll BW later..see you guys..!!



~ Dylla Abas ~

Sunday, 28 October 2012

Alahai Azeem

Al-kisah Azeem, Makngah dan Acu di suatu petang yg nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa :


Azeem : Acu nak pergi mana tu...?

Acu : Acu nak pergi jogging kejap..

Azeem : Nak ikut!!!

Makngah : Azeem tau ke jogging tu apa...??

Azeem : Tau la (sambil buat aksi berlari-lari anak...)

Makngah : Okay...boleh ikut. Tapi pergi jumpa atuk dulu...tadi tak salam atuk lagi kan.?

Acu : Haa...pergi jumpa atuk dulu!

Azeem : Tak nak la jumpa atuk...

Makngah : Jangan bawa dia pergi jogging Acu..

Azeem : Ish..yelah..asal balik kampung je kena salam!

Acu & Makngah : $^%^#!!@)*&^%^%


p/s : bertuah punya budak..kecil-kecil dah pandai menjawab!!




~ Dylla Abas ~





Friday, 8 June 2012

Azeem vs. Dalila

Assalammualaikum W.B.T

Lagi entri tentang anak buah kesayangan aku, Azeem. Dulu, masa dia tak pandai berjalan, bersungguh-sungguh aku ajar dia berdiri dan berjalan. Dulu, bila dia tak pandai bercakap, bersungguh-sungguh juga aku berborak dengan dia. Sekarang..?? Kalau boleh aku selalu je nak suruh dia duduk diam-diam dan jangan bercakap apa-apa...hahahaha

Azeem ni selalu buat aku tersenyum seorang diri mengenangkan telatahnya yg mencuit hati tu. Kadang-kadang, nak marah dia pun tak jadi marah bila tengok muka dia yg tersenyum senang hati dapat mengenakan aku. Hai, budak kecik ni...tiba-tiba rindu pula kat dia.

Baru-baru ni, balik dari Kedah, dia asyik sebut nama "Dalila" je. Jangan salah faham pula. Dalila tu tak merujuk kepada aku langsung. Dan Azeem sebenarnya tak tahu pun nama makngah dia ni Dalila. Masa kenduri kat Kedah tu, dia kenal dengan seorang budak perempuan yg sangat comel bernama Dalila. Apala kebetulan ni...bikin Azeem confuse je.

Mana tak confuse nye, setiap kali dia buka cerita tentang Dalila tu, pasti yg mendengar akan menyangkakan aku la orang yg diceritakan oleh Azeem. Penat budak kecik tu explain. Bersungguh-sungguh dia menafikan Dalila tu bukan aku. Hahaha...kecoh la Azeem ni!!




Haa...inilah Dalila nye. Comel, kan...?? Actually, tak faham konsep permainan diorang ni. Seorang duduk atas kerusi, seorang tukang tolak. Tapi, diorang memang happy gile dengan permainan tu. Apa pun, Azeem memang tak putus-putus bercerita tentang Dalila yg kebetulan sebaya dengannya. Azeem...Azeem...kecik-kecik dah tunjuk bakat "peramah" dengan perempuan ye...!


p/s : seronok sebenarnya bila tengok Azeem pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan mudah dapat kawan (",)





Thursday, 24 May 2012

Bantal Busuk

Assalammualaikum W.B.T

Bila sebut pasal bantal busuk, mesti ada antara kita yg dah terbayang-bayang bantal busuk kat rumah, kan? Ada orang bantal busuknya tu memang busuk gile la **kes tak benarkan mak basuh..hoho :p** Ada orang pula bantal busuknya tu berganti-ganti sarung. Dan ada orang bantal busuknya ialah teddy bear atau yg seumpama dengannya.

Aku..?? Aku tak pernah ada bantal busuk. Teddy bear yg aku pernah ada dari zaman kanak-kanak dulu tu pun dah hilang entah kemana. Adik aku yg bongsu tu, memang gile sangat dengan bantal busuk dia. Tak boleh orang lain pinjam. Mula la buat muka. Bantal busuk dia tu, ya ampun...memang busuk bangat!!

Kenapa pula nak cerita pasal bantal busuk ni Dylla..?? Takde la...aku tengah buat kerja, tiba-tiba teringat kat anak buah aku, Azeem. Dia tu pun lagi 1 manusia yg gilakan bantal busuk. Bantal busuk dia lagi la...bau susu masam! Adoii...macam mana la dia boleh tahan dengan bau busuk tu ye..?? Aku yg terbau dari jauh ni pun rasa nak termuntah. Apatah lagi dia yg dok bergomol-gomol dengan bantal tu.

Al-kisahnya, budak Azeem ni lagi extreme. Pantang orang cuit sikit bantal busuk dia, terus mengamuk. Kalau makngah dia yg seorang ni nak menumpang letak kepala sekejap pun, cepat-cepat ditolaknya sejauh yg mungkin. Punyalah bakhil anak buah aku yg seorang tu.

Kalau ibu dia tukarkan sarung bantal busuk dia tu, dan susun dengan bantal-bantal yg lain...dia pasti boleh cam juga bantal busuk dia tu. Walaupun sarung bantal busuk dia dengan bantal-bantal lain adalah sama, dia tetap boleh mencari di mana bantal busuknya. Bukan melalui bau ye. Tapi, dengan melihat bucu bantal. Aku pun tak faham. Tapi, itulah kaedah dia mencari bantal busuknya.

p/s : Hai...macam-macam la Azeem ni. Tiba-tiba je makngah teringat kat Azeem tau. Terus buat entri (",)



Wednesday, 14 March 2012

My 4 Years Old Son

Kahwin pun belum ada hati nak mengaku ada anak. Yelah..yelah...ni nak cerita pasal anak buah aku. Anak abang aku. Kiranya anak aku la juga kan (",)

Azeem dah pun mencecah usia 4 tahun pada 1 Mac yg lalu. Tapi, minta maaf la ye...peram lama sangat entri ni. Actually tunggu kakak ipar email gambar Azeem potong kek. Baru dapat tadi. Sebab tu baru tulis entri ni hari ni ** alasan sgt!!! **

Aku pun sebenarnya tak sempat nak ke rumah abang aku untuk raikan harijadi Azeem. Jadi, hanya sekadar telefon dan bertanya khabar jelah. Tapi, minggu lepas aku sempat jumpa Azeem. Tu pun sebab kebetulan kat rumah diorang ada kenduri kahwin, dan aku dijemput sekali untuk hadirkan diri.

Aku : Azeem dah umur berapa tahun sekarang...?

Azeem : 4 tahun la makngah!

Aku : Betul ke 4...bukan 3...?

Azeem : Bukan....

Aku : Kenapa cakap bukan...??

Azeem : Yelah...Azeem punya kek hari tu ada 4 je lilinnya...

Aku : Oh, dah pandai mengira anak makngah ni. Bagusnya! Ni berapa...?? (sambil tunjuk 7 jari kat depan Azeem)

Azeem : Ish...makngah kira sendiri la. Dulu makngah tak belajar ke masa kat sekolah...??




Bertuah punya anak buah...!! Dia boleh sound aku macam tu pula kan. Sabor jelah. Memang mulut Azeem ni becok sangat. Cakap macam orang tua. Tak pelat langsung. Tapi, longhat more to Kedah. Nak buat macam mana...dijaga oleh kakak kepada kakak ipar aku. Memang 'Kedah' la hasilnya...huhu :p


p/s : tapi kalau balik kg perak...Azeem ni reti lak tukar loghat kan..bodek opah sgt tau!!






Tuesday, 8 November 2011

Kerenah Azeem di Pagi Aidiladha 2011

Assalammualaikum W.B.T

Sebab dah 2 hari cuti berBLOG, so hari ni masih takde idea nak update apa. Cuma, sekejap lagi nak buat entri yg di tag oleh sahabat BLOGger si 3nogr33ny tu (",)

Entri ni entri bergambar jelah ye. So, kita layan gambar jelah. Kerenah anak buahku, Azeem bersama kami, menyambut hari raya korban untuk kali ke-3 dalam hidupnya.

Muhammad Azeem Rusyaidi

Azeem dan Pak Uda

Azeem dan Ayah

Azeem dan Makngah...eh, aku la..hoho (",)


Azeem dan Acu

Azeem dan Opah

Azeem dan Ibu

p/s : takde pun gambar Azeem dan Atuk..nak buat macam mana, atuk dia tak nak ikut kami beraya..huhu

Tuesday, 20 September 2011

Part 6 - Goyang pun goyanglah!!

Masuk bulan ke-9, Azeem dah mula belajar berdiri. Dia dah pandai merangkak ke kerusi, katil atau apa jua benda yg boleh menampung dia untuk berdiri. Kadang-kadang, selamba je dia berpaut kat kaki aku ni. Sengih jelah tengok perangai anak buah aku yg satu ni.

Bila dia dah boleh bangun dan berdiri, mula la rasa nak buat lebih dari itu kan. Tahu dia buat apa..?? Dia dengan rasa yg teramat konfiden, melepaskan tangan sambil mendepakannya, dengan harapan akan mendapat keseimbangan untuk terus berdiri. Memang la goyang!!

Kadang-kadang aku saja je datang belakang dia senyap-senyap. Bila dia dah mula lepaskan tangan tu, aku pun cuit la badan dia dari belakang. Memang la tahap goyang dia makin maksima. Hahaha...jahat sungguh makngah mu ini, Azeem (",)


Tapi, alhamdulillah...Azeem ni memang bersemangat waja. Dia tak cepat putus asa. Walaupun banyak kali jatuh, dia tetap nak belajar berdiri. Bagus anak makngah ni.

p/s : Part 7 - Jalan?? Lari pun boleh la makngah!!

Part 5 - Raya Pertama Azeem


Azeem menyambut Hari Raya pertama dalam hidupnya ketika berusia 7 bulan. Dan apa yg lebih menggembirakan bagi aku, raya pertama Azeem adalah bersama kami. Tiada baju melayu untuk Azeem memandangkan badannya terlalu kecil untuk saiz yg baju yg paling kecil.

Azeem mungkin tak faham apa-apa. Azeem mungkin tak tahu yg hari itu adalah sambutan Hari Raya yg pertama dalam hidupnya. Tapi, keceriaannya menggembirakan semua. Kehadirannya dalam keluarga kami menambahkan lagi kemesraan yg sedia terjalin.




p/s : Part 6 - Goyang pun goyanglah!!


Wednesday, 17 August 2011

Part 4 - Azeem Demam..!!

Selepas beberapa bulan aku tinggal dengan abang dan melihat sendiri tumbesaran Azeem, aku jadi semakin sayang kepada si kecil itu. Sehinggakan nak ke tempat kerja pun aku sanggup singgah di rumah kakak yang menjaganya dulu. Dah puas tengok muka dia, dah puas peluk-peluk dia, baru aku rasa senang hati nak bekerja.


Masa dia demam ** sebab nak tumbuh gigi ** aku rasa tak best sangat. Dia tak nak main dengan aku. Dia tak nak senyum. Dia tak nak ketawa. Dia tak nak buat apa-apa melainkan berkepit dengan ibu dia je. Ish..geram betul aku rasa..!!

Walaupun dia tak nak layan aku, tapi aku tetap menyibuk dalam hidup dia. Hahahaha..sorry ye Azeem, makngah risau kat Azeem tau. Aku tetap cari dia sebaik saja aku balik dari kerja dan sampai di rumah. 2-3 hari juga dia demam. Kesian Azeem, sampai takde mood nak buat apa-apa. Terpaksa la aku bersabar tunggu dia sihat kembali.

p/s : Part 5 - Raya pertama Azeem

Friday, 12 August 2011

Part 3 - Merangkaklah Anak Buahku

Merangkak..?? Best sangat masa dapat tengok Azeem dah pandai merangkak. Surprise sebenarnya. Tiba-tiba je. Masa tu kalau tak silap umur Azeem baru beberapa bulan je kot. Rasa macam cepat sangat dia punya progress.


tak dapat cari gambar dia merangkak la
terpaksa upload gambar ni

Tengok dia merangkak dengan sangat laju, teringat pula kat adik bongsu aku. Masa adik aku kecil-kecil dulu kami yang paksa dia untuk cepat meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Memang kejam. Tapi, hasilnya..memberangsangkan!!

Azeem ni nak kena umpan dia dengan sesuatu, baru la dia nak merangkak. Kalau takde apa-apa benda yang menarik kat depan dia, dia memang takkan buat apa-apa. Adess..kecik-kecik dah pandai demand macam tu. Abang dan kakak ipar aku tu layankan je.


p/s : Part 4 - Azeem demam..!!


Thursday, 11 August 2011

Part 2 - Kehidupan Baru

Azeem membesar seperti kanak-kanak lain. Dia punya ibu dan ayah yang amat sayangkannya (maklumlah anak sulung) Dia juga punya atuk dan opah yang sering merinduinya.



Keletahnya yang mencuit hati membuatkan aku sendiri asyik terfikirkannya. Membayangkan anak buah aku tu, memang tak senang duduk jadinya. Tak tahu kenapa, tapi aku terlalu sayangkannya. Mungkin sebab aku memang sukakan budak (eh, ye ke?? hahaha)

Sampai la usia Azeem mencecah 7 bulan, dan kebetulan aku dapat kerja baru di sekitar Petaling Jaya. Terus aku buat keputusan untuk tinggal dengan abang. Dekat sikit dengan anak buah aku tu. Hari-hari boleh tengok dia, boleh bermain dengannya. Dia membesar di depan mata aku. Pelbagai jenis permainan aku belikan untuknya. Abang aku selalu cakap yang aku terlalu manjakan anak dia. Biarlah. Bukan orang lain pun. Darah daging aku juga kan.


Masa tu, aku selalu cakap dengan Azeem walaupun dia tak pernah faham, "Azeem, cepatlah besar. Makngah tak sabar nak borak-borak dengan Azeem ni.." Hahahaha..sampai tahap macam tu. Nak keluar kemana-mana pun aku akan bawa dia sekali. Dan memang la antara semua makcik dan pakcik yang dia ada, dia paling kenal aku :)

p/s : Part 3 - Merangkaklah anak buahku!!


Wednesday, 10 August 2011

Part 1 - Indahnya Kelahiranmu

Masa tengah sibuk-sibuk nak cari menu apa untuk berbuka puasa hari ni, aku teringat kat anak buah aku, Azeem. Rindu kat dia walaupun baru jumpa last weekend. Tiba-tiba dapat idea nak tulis sesuatu tentang Azeem yang akan aku labelkan dalam kategori 'Kerenah Azeem'..ish..best..best :)

Azeem ni anak abang aku. Dia cucu sulung mak dan ayah aku la pendek kata. Sebelum kelahiran dia, aku dah excited gile. Maklumlah, nak naik pangkat jadi makngah. Walaupun tak tahu apa jantina dia (masa tu abang dan kakak ipar aku berkeras tak nak scan baby) aku dah standby dengan baju baby yang comel-comel. Geram je aku tengok baju tu. Aku beli la. Sampai kena marah dengan mak.

Malam kelahiran dia, abang aku dah sms. "Alhamdulillah, anak lelaki. Dua-dua selamat." Aku terus call abang. "Comel tak?" "Muka dia macam siapa?" "Berat anak kau berapa, bang?" Macam-macam soalan la aku tanya. Sampai abang aku malas nak layan. Huh..


Azeem : hari ke-2

Terus aku suruh dia mms gambar anak dia tu. Tapi, "gila apa?? anak aku dalam incubator la..mana boleh tangkap gambar.." Ish, mana la aku nak tahu. Tak pasal-pasal kena marah.

Esoknya, pagi-pagi lagi aku dah siap. Nak pergi rumah abang aku. Lepas je dia hantar sms kata kakak ipar aku dan Azeem dah discharge, terus aku berdesup pergi rumah dia. Bawa kereta mengalahkan Michael Schumacher..hahahaha (",)

Ya Allah, subhanallah..indah sungguh ciptaan-Mu. Comel sangat anak buah aku. Sebijik muka abang aku masa dia kecik dulu. Kawan-kawan abang yang dah datang melawat, memanggil Azeem dengan gelaran Razi Jr. Wahhhh..best!!

Okay. Dah la sikit-sikit untuk entri kali ni. Aku pun tiba-tiba takde idea nak tulis panjang-panjang. Nanti aku sambung lagi ek.
p/s : Part 2 - Kehidupan Baru