Pages

Showing posts with label Dunia Dylla. Show all posts
Showing posts with label Dunia Dylla. Show all posts

Saturday, 16 January 2021

Penulisan Dan Perkongsian Di Media Sosial

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammulaikum wbt. Bila bercakap tentang penulisan dan perkongsian di media sosial ni, aku dah jumpa bermacam jenis kerenah manusia. Dan bermacam jenis perkongsian. Daripada yang positif, hinggalah kepada perkara yang negatif.




Ada orang, dia suka  berkongsi tentang family.
Ada orang, dia suka berkongsi tentang anak-anak.
Ada orang, dia suka berkongsi tentang travelogue.
Ada orang, dia suka berkongsi tentang bisnes.

Macam-macam.

Dan yang macam-macam inilah yang memeriahkan wall kita kan. Yang macam-macam inilah juga yang kadang-kadang membahagiakan kita. Jadi, janganlah cepat sangat nak judge bila nampak kawan post macam-macam. Niat dia nak berkongsi je. Kita ni yang kena jaga hati. Husnuzon.

Janganlah kita asyik nak bersangka buruk je. Tak baik tau banyak sangat berburuk sangka. Letih sebenarnya hati tu nanti.

Aku pun ada masanya suka juga berkongsi tentang kehidupan aku. Tentang apa saja pengalaman hidup yang pernah aku lalui. Kongsilah apapun, asalkan jangan melampaui batas pula.



Loves,
Dylla Dalila

Sunday, 3 January 2021

My Skincare Routine - Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum wbt. Bila bercakap soal skincare ni, aku rasa agak gerun juga. Yelah, masalah kulit muka breakout ni memang dah lama menghantui hidup aku. Haa, kemain!

Aku mula menghadapi masalah kulit muka bila umur dah masuk 14 tahun. Umur tu pula aku baru pertama kalinya datang bulan. Jadi, mungkin disebabkan perubahan hormon, maka kesannya pada kulit muka memang terlihat serta-merta.

Gila tak sedih bila pandang cermin, tengok muka yang bermasalah tu. Aku sampai tahap pernah cuti sekolah selama sebulan, punyalah gerun nak pergi sekolah dengan muka breakout.

Masa tu memang tak pandai nak menjaga kulit muka ni sangat. Jadinya, bila ayah bawa ke satu klinik pakar kulit ni, dan aku hanya dibekalkan dengan sebiji sabun, maka itulah saja rutin penjagaan kulit muka aku. Sadis kan.

Tapi, sabun tu elok. Memang elok. Walaupun kesan penggunaan sabun tu meninggalkan parut-parut hitam pada muka, tapi kulit muka masa tu rasa smooth je. Jangan tanya aku apa nama sabun tu, sebab memang dah lupa. Cerita 24 tahun yang lepas kot. Manalah nak ingat sangat.

Bila sabun tu dah habis, ayah pun dah malas nak bawa aku ke klinik tu lagi. Sebab kebetulan pula kami berpindah. Jadi, lokasi klinik tu agak jauh. Mak pula masa tu memang bersimpati sangatlah dengan aku. Jadi, dia cuba bertanya pada kawan-kawannya. Dan, di situlah bermulanya aku mengamalkan petua tradisional. Yes, tak salah baca, petua tradisional!

Not bad sebenarnya. Dan aku masa tu, memang rajin gila. Setiap hari aku apply petua tu, sampailah parut-parut hitam tu memudar. Petuanya mudah je, kisarkan daun sireh dan bancuh bersama bedak sejuk. Aku amalkan setiap malam sebelum tidur.

Oh, masa tu aku memang tak guna apa-apa pencuci muka. Hanya basuh muka dengan air biasa je. Jadinya, memang takde chemical la atas muka aku masa tu.

Then, bila dah habis sekolah, masa hari pendaftaran di UiTM, kebetulan mak aku sempat berbual dengan mak salah seorang student yang mendaftar juga. So, borak punya borak, mak student tu rekomen produk Safi pada aku. Katanya, krim Safi yang warna hijau tu elok. Berkesan untuk hilangkan parut-parut akibat jerawat pada muka.

Semester pertama ye, memanglah aku naif. Muda sangat masa tu nak fikir pasal produk-produk muka ni. Jadi, nasihat pasal krim Safi tu aku biarkan ia berlalu pergi. Dah masuk semester 2, baru aku tekad nak cuba, tu pun selepas hampir tertekan dengan ejekan-ejekan orang sekeliling pasal muka aku yang berparut tu.

Ya. Aku memang lalui fasa-fasa diejek sebab memiliki kulit muka yang tak cantik. Dari seusia 14 tahun, membawa ke alam universiti. Sedih juga rasa. Masa tu tak faham sangat konsep body-shaming ni kan. So, redha jelah.

6 bulan aku mencuba krim Safi yang berwarna hijau tu untuk dapatkan hasilnya. 6 bulan tu bukan tempoh yang sekejap la untuk orang yang kurang sabar macam aku ni. Nak pula, aku apply sekali je dalam sehari. Memang lambatlah kesannya kan.

Tapi, sebenarnya aku sendiri pun tak perasan perubahan kulit muka aku masa tu. Aku tak perasan parut-parut hitam pada muka memang totally hilang! Mungkin sebab dah terbiasa tak belek muka kat cermin, so dia jadi tak perasan.

Yang best-nya, family aku pun tak perasan. Sebab takde siapa pun yang tegur pasal perubahan kulit muka aku tu. Bila dah masuk semester 3, bila makin ramai kawan-kawan yang tegur, barulah aku perasan yang muka aku dah bebas breakout. Yeay!!

Lega weh! Lega sangat rasa. Memang aku bercinta habis-habisan dengan krim Safi hijau tu. Dialah penyelamat aku. Ya, dengan izin Allah of course. Dah tentu dengan izin dari-NYA.

Lepas tu, ramai pula yang minta rahsia perubahan kulit muka aku. Segan rasanya nak berkongsi. Tapi, aku jujur jelah dengan diorang semua. Takde apa yang disorokkan pun. Bukannya parut ni hilang dengan memetik jari kan. Memang ada usahanya. Kena konsisten je.

Jadi, inilah sedikit sebanyak episod pengenalan kepada rutin skincare aku. Aku sekarang sedang melalui fasa kedua kulit muka breakout. Ya, mimpi ngeri itu berulang kembali! Dan apa yang ingin aku kongsikan selepas ini adalah tentang beberapa produk yang aku dah cuba, hasilnya dan juga akibatnya.

Aku akan update di entri lain ya!

Loves,
Dylla Dalila

Tuesday, 29 December 2020

Aku, Tahun 2020 dan Pandemik Covid-19

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum wbt. Salam khas buat diriku sendiri. Pejam celik, pejam celik, tahun 2020 bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Lagi 2 hari kita akan melangkah ke tahun 2021.

Bagi yang berazam tu, so, macam mana? Tercapai tak semua azamnya? Alhamdulillah bagi mereka yang berjaya. Dan, jangan putus asa bagi mereka yang tidak berjaya pada kali ini. Masih ada masa, ruang dan peluang untuk kita raih kejayaan itu.

Bagi diri aku sendiri, tahun 2020 ni merupakan tahun yang agak tough juga. Dengan seluruh dunia dilanda pandemik covid-19, kita masing-masing berperang dengan ekonomi sendiri, kan? Bagi yang bernasib baik masih boleh mencari rezeki, alhamdulillah. Bagi yang kurang bernasib baik, aku doakan moga pintu rezeki semua akan dibuka seluas-luasnya lepas ni. In shaa Allah.

Bagi kami sekeluarga, rezeki yang terduga bila encik suami dipanggil bekerja pada pertengahan bulan Jun yang lepas. Sujud syukur aku. Besarnya rahmat Allah. Baiknya Allah. Sayangnya Allah pada kami.

Walaupun kami terpaksa menjadi weekend husband and wife, tapi demi mencari rezeki yang halal, maka hal seperti itu kami letak ketepi. Yang penting, keselesaan anak-anak. Tambahan pula, si Sulung ni dah mula bersekolah. Maka bertambah-lah perbelanjaan kami.

Buat diri aku sendiri, kini aku sedang berjinak-jinak dalam bidang hartanah. Ya, ini adalah salah satu bidang yang tidak ingin aku ceburi, satu masa dahulu. Kini, aku semakin selesa, suka dan sentiasa mahu belajar ilmu baru. Dan, aku juga bergelar bagmaker bila mana aku semakin aktif mengambil tempahan menjahit bag. Nanti-lah aku kongsikan di entri yang lain ye.

Sekarang ni, sudah hampir 6 bulan aku dan encik suami berstatus PJJ, tapi sedikitpun tidak melunturkan semangat dia untuk terus berjuang mencari rezeki yang halal. Kami sentiasa memandang kesusahan orang lain sebagai peringatan dan muhasabah diri. Sesusah kita, masih ada lagi yang lebih susah.

Pernah aku suarakan kepada encik suami, "Kita ni bila terasa susah, sebenarnya ada lagi yang lebih susah daripada kita. Kita ni, alhamdulillah, tempat tinggal selesa, boleh tidur lena, makan pakai cukup, tak pernah kurang.. bersyukur sangat.."

Yang paling aku bersyukur bila Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kami anak-beranak. Allahu, itulah nikmat yang paling berharga sekali. 

Kawan, memang kita sekarang sedang diuji. Susah atau senang, itu semua ujian dari Allah. Hanya kita saja yang boleh menentukan macam mana kita nak menghadapi ujian tersebut. Sematkan dalam diri, Allah sentiasa ada untuk kita. Walau sesusah mana sekalipun, walau sesenang mana sekalipun, ingatlah, Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Apa yang DIA kurniakan, ada tujuannya. Bukan untuk kita mengeluh, bukan juga untuk kita bermegah.

Semoga, kita semua berjaya menghadapi ujian-ujian ini. Dan semoga, dengan ujian sebegini akan mendekatkan lagi diri kita dengan Yang Maha Esa. In shaa Allah.

Loves,
Dylla Dalila

Adrian Si Anak Sulung

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum ni aku pernah menulis sebuah entri tentang anak sulungku, Adrian. Tapi, tidaklah secara details. Aku nak mencoretkan kisah ini sebagai kenangan buat diriku. Dan semoga, bila anakku terbaca entri ini satu hari nanti, dia akan tahu perjuangan aku untuk membawanya ke dunia ini.

Tanggal 16 Jun, 2015.

6.00 pagi - Seperti biasa, pagi tu aku bangun dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Ketika menggosok gigi, aku terasa ada sesuatu yang hangat meleleh hingga ke buku lali. Pelik, tapi aku tidak menghiraukannya. Kemudian, selesai rutin di bilik mandi, sekali lagi aku terasa ada sesuatu yang tidak kena.

Makanya, aku memberitahu encik suami yang aku ingin berehat saja di rumah. Encik suami juga tidak banyak bertanya. Dia cuma berpesan, sekiranya ada apa-apa, segeralah untuk menghubunginya.

9.30 pagi - Aku sakan ber'wassap' dengan dua orang kakak di tempat kerja lamaku. Salah seorang dari mereka terus menggesa aku ke hospital setelah aku ceritakan kejadian pagi tu. Katanya, masaku untuk melahirkan anak sudah tiba.

Allah. Berderau rasa. Kebetulan pula encik suami ada seminar pada hari tersebut. Dan dia dengan mudah dapat meninggalkan seminar lalu pulang ke rumah.

Sementara menunggu, aku sempatlah menyiapkan keperluan untuk diriki dan bakal anakku. Dalam rasa berdebar-debar tu, terselit juga rasa tidak sabar nak berjumpa dengan penghuni rahimku ini.

10.30 pagi - Tiba di Hospital Azzahra Bangi. Selesai mendaftar, aku menunggu giliran dipanggil hampir setengah jam. Mujur tak ramai orang hari tu. Selesai saja memberitahu tujuan dan sebab kedatangan, terus aku dibawa ke suatu bilik lain. Untuk memeriksa bukaan.

"Dah buka 3cm ye Puan. Saya akan daftarkan Puan untuk masuk ke wad dulu ye. In shaa Allah, hari ni Puan boleh bersalin.."

Ya. Suara tu macam terngiang-ngiang je. Betul ke dah sampai masa..? Allah. Tiba-tiba rasa berdebar-debar semula. Aku pandang encik suami. Dia angguk, meyakinkan aku. Makanya, aku dan encik suami naik ke tingkat 2 untuk menunggu giliran masuk wad.

Sementara tu, sempat pula aku ber'wassap' dengan salah seorang kawan sepejabat, sekadar memberitahu keadaan diriku, disamping meminta jasa baiknya utuk mendoakan keselamatanku. Nervous betul rasanya masa tu!

11.20 pagi - Aku ditempatkan di wad kelas 2. Berjiran dengan seorang ibu yang telah selamat melahirkan anak. Tapi, tak sempat nak beramah mesra sebab aku di dalam fasa menenangkan diri dan bertawakkal mengenangkan nasib yang bakal menimpa diriku nanti.

12.00 tengahari - Hidangan makanan tengahari disediakan. Selera makanku seperti biasa. Habis licin pula tu. Encik suami pula sibuk berhubung dengan bosnya, sekadar untuk memberitahu bahawa dia berada di hospital menemaniku.

"Kalau sampai pukul 3 nanti Puan masih belum terasa sakit, Puan tekan loceng ni ye. Nanti saya datang semula.." kata Nurse ketika mengemas tray makananku. Aku angguk je.

2.00 petang - Selesai tunaikan solat Zuhur, aku segera mencapai henfon, membuka apps al-Quran dan mulai membacanya. Perasaan berdebar-debar hilang sekejap masa tu. Rasa macam biasa dan ketika tulah baru aku perasan yang aku sebenarnya tak rasa sakit langsung.

Mulalah rasa serba tak kena. Kalau tak rasa sakit, betul ke dah sampai masa nak bersalin? Aduh, naif betul pemikiran kan. Maklumlah, takde pengalaman. Anak sulung kan, memang macam-macam benda la yang terlintas dalam kepala.

3.00 petang - Belum sempat aku nak tekan loceng memanggil Nurse, dia dah sampai dulu. Efisyen betul. Lepas brief beberapa perkara, aku pun redha jelah bila nak ditolak masuk ke labour room. Encik suami pula masa tu sibuk ke kaunter pendaftaran untuk menukar wad. Katanya, segan nak teman aku tidur kalau aku berkongsi wad dengan orang lain. Hmm.. yelah tu..

3.30 petang - Doktor datang bersama bidan. Doktor yang amat disenangi. Dr.Mashitah namanya. Memang aku berharap Dr.Mashitah yang akan menyambut kelahiran anakku nanti. Proses seluk pun bermula. Bukaan baru terbuka sebanyak 4cm. Disebabkan masa tu aku masih tidak lagi berasa sakit, maka Doktor mencadangkan untuk induce.

Aduh, apa pula la induce ni? Aku memang tak sempat nak buat pembacaan. Sebabnya, kalau ikutkan due, aku masih ada 3 minggu lagi. Maknanya, anakku ni memang bakal menjadi bayi pra-matang. Mujurlah, masa minggu ke-34 sebelum ni, aku dah mengambil suntikan dexa.

4.30 petang - Sakit yang aku tunggu-tunggu tu akhirnya tiba. Allah, macam ni rupanya sakit contraction ye. Rasa nak berguling-guling. Tapi sebab katil dalam labour room tu tak berapa nak besar, makanya aku mampu pusing ke kiri dan ke kanan jelah. 

5.30 petang - Dr.Mashitah datang lagi untuk check bukaan. Masa ni memang rasa nak telan air liur pun payah. Tengah sakit macam tu, nak check bukaan lagi.. aduyai, seram betul rasa. Tapi bila doktor bagitau yang bukaan dah terbuka sebanyak 6cm dan dia dapat merasa kepala anakku, aku rasa lega sikit. Sikit je lagi aku kena bertahan sementara nak tunggu bukaan jadi 9cm atau 10cm.

"Lebat betul rambut baby.." kata Dr.Mashitah, cuba menghiburkan aku, mungkin.

Sebelum pergi, Dr.Mashitah sempat berpesan supaya aku terus berzikir untuk mengurangkan rasa sakit. Bila bukaan dah buka melebihi 5cm, aku tak digalakkan untuk mengambil ubat tahan sakit. Makanya berhuhu la aku. Encik suami yang duduk di sebelah pun tak henti-henti berzikir. Katanya, tak pernah nampak aku berkerut-kerut dahi sampai berpeluh-peluh menahan sakit.

Masa ni, 2 orang Nurse masuk untuk proses memasangkan beg dan tiub. Makin nervous rasanya. Aduh, dah sampai masa ke ni..?

6.30 petang - Bidan datang tanpa ada Dr.Mashitah disisnya. Dan proses untuk check bukaan diteruskan oleh bidan tersebut. Masa tu, sakit bertambah kuat. Aku macam tak rela diseluk lagi. Hahaha.. tapi apakan daya. Dah procedure-nya memang begitu kan.

"Alhamdulillah. Dah buka 7cm ni Puan. Sikit je lagi ni.." 

Aku angguk je. Tak larat nak menjawab sebab sakitnya dah semakin kerap. Aku rasa memang takde rasa lega dah. Sakit tu macam berterusan je. Sampai naik kebas tangan aku menggenggam tangan encik suami. Akhirnya, aku lepaskan jelah tangan dia. Genggam tangan sendiri mungkin lebih selesa.

7.30 malam - Dr.Mashitah datang lagi. Kali ni dia bersendirian. Terus memberitahuku untuk proses check bukaan. Aku angguk, rela dalam terpaksa T_T

"Eh, Dah buka 8cm. Memang tak lama dah ni.." ceria je bunyinya. Tapi aku pula yang berdebar-debar.

Walaupun labour room tu ber-aircond, tapi aku rasa panas. Badan melekit-lekit disebakan peluh melampau. Encik suami juga dah mula kelihatan tak begitu selesa. Aku cuba bertenang. Cuba meyakinkan diri sendiri bahawa semua ini akan berakhir tak lama lagi. Sikit je lagi, Dylla. Sikit je lagi.

8.30 malam - Dr.Mashitah datang bersama bidan. Omaigodddd, nak check lagi ke ni..? Dah larat rasanya kena seluk ni. Tapi, apakan daya, terpaksa jualah aku relakan. Rasa sakit tu pun memang tak pergi-pergi dah.

"Botak licin baby ni.." kata Dr.Mashitah selepas selsai proses check bukaan. 

Aku pelik. Tadi dia cakap rambut anak aku lebat. Sekarang botak pula. Mana satu yang betul ni..? Perasaan masa tu memang tak tentu arah dah. Setelah selesai Dr.Mashitah berbual dengan Bidan, dia memberitahuku bahawa dia memberiku masa sehinnga jam 10.30 malam. Jika bukaan masih lagi sama 8cm, maka aku tiada pilihan lain selain dari terpaksa melakukan pembedahan c-sect.

Allah. Seram sejuk terus. Pembedahan? Betul ke apa yang aku dengar ni. Tapi disebabkan rasa sakit tu semakin kuat, aku hanya mengiakan saja. Encik suami pun hanya menggangguk kosong. Dia pun mungkin tak tahu nak cakap apa.

10.30 malam - Sekali lagi Dr.Mashitah datang. ali ni dia memeriksa dahulu bacaan jantung anakku. Kemudian, dia meminta izin untuk membuat pemeriksaan bukaan. Buat seketika, aku terpandang raut wajahnya yang agak berkerut.

"Kenapa Doktor?" tanyaku.

"Puan, saya rasa baby ni bukan botak. Tapi yang saya pegang ni mungkin punggung atau lutut dia. Baby puan melintang ni. Bacaan jantung dia pun makin drop. Kalau puan setuju, kami siapkan bilik bedah. Kita buat c-sect ye, puan..?"

Aku pandang encik suami. Jelas, dia pun risau. Tapi, andai itu saja pilihan yang aku ada, aku bersetuju demi nak menyelamatkan nyawa anakku ini.

10.55 malam - Aku ditolak masuk ke bilik bedah tanpa ditemani encik suami. Aku masa tu tak boleh nak fikir apa dah. Yang penting anak aku selamat. Selesai je semua proses melahirkan, nurse membawa seorang bayi lelaki yang seiras raut wajah ayahnya, di hadapanku.

"Assalammualaikum baby.." itu saja yang mampu aku ucapkan sebelum nurse membawanya keluar untuk diazankan oleh encik suami.

Alhamdulillah. Proses pembedahan selesai jam 11.18 malam. Hampir jam 11.40 malam, aku sudah pun berada di wad kelas pertama. Encik suami berjaya juga dapatkan bilik ni untuk aku. Dan buat pertama kalinya, aku menikmati tidur yang nyenyak, mungin kesan bius masih ada. Aku serahkan semua urusan lain kepada encik suami. Rasa lelah masih tersisa.

Buat anakku, Adrian, Mommy bersyukur sangat dengan kehadiran Adrian dalam hidup Mommy dan ayah. Memang Adrian yang Mommy tunggu selama ini. Terima kasih sebab sudi jadi penghuni di rahim Mommy selama 36 minggu 2 hari, tanpa banyak kerenah, tanpa banyak masalah.

Mommy dan ayah sayang Adrian, dunia akhirat. Semoga Adrian menjadi anak soleh yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, terutamanya kepada mommy dan ayah.

Loves,
Dylla Dalila







Tuesday, 15 December 2020

'Dylla On The Blog' Kembali

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada diriku sendiri, selaku tuan tanah, dan juga buat semua Follower yang masih sudi meluangkan masa untuk membaca di blog ini.

Lama betul aku menyepi dari dunia blog. Setiap hari terasa nak buat comeback. Tapi, alasan utama yang menghalang adalah masa. Sejak berkahwin dan memiliki zuriat sendiri, masa yang ada terasa begitu terhad. Aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan rutin harian hidupku.

Lama kan nak ambil masa untuk suaikan diri ni..?

Sebenarnya, proses penyesuaian diri ni bukan boleh dibuat dalam seminggu dua. Bagi aku, ia memerlukan tempoh yang panjang. Masakan tidak, setiap kali rasa dah boleh suaikan diri, setiap kali itulah akan ada rutin baru yang bertandang.

Makanya, terpaksalah aku menyusun semula rutin tersebut. Bagi aku, cabaran untuk menyesuaikan diri inilah yang mematangkan aku. Aku bahagia dengan kehidupan sekarang.

Pahit, manis, suka dan duka sepanjang tempoh bergelar seorang isteri dan ibu, menjadikan aku wanita terbahagia. Alhamdulillah, semakin panjang tempoh perkahwinanku dan encik suami, semakin aku mengenali dirinya.

Benarlah, Allah SWT. akan memberikan kita jodoh yang amat melengkapi. Aku, di saat badai datang melanda, encik suamiku-lah penyelamatnya. Peribadinya yang tenang, berhemah dan lemah lembut, mendidik aku untuk menjadi seseorang yang lebih sabar.

Jika menilai sendiri perubahan yang ada pada diriku, benar, memang banyak sekali perubahannya. Terima kasih Allah. Terima kasih encik suami. Aku tidak berbangga dengan apa yang aku ada, tapi aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan untukku. Amat bersyukur.

Banyak lagi perkongsian tentang keluarga kecilku yang ingin aku coretkan. Semoga perkongsian itu nanti akan memberi manfaat buat kita semua. Mudah-mudahan.

Six years and forever, in shaa Allah.


Loves,
Dylla Abas

  

Tuesday, 31 July 2018

Si Kecil Pelengkap Hidup

Assalammualaikum wbt.

Sebelum wujudnya hubungan aku dan suami, si kecil kami ni memang selalu muncul dalam bayangan aku.
Tiap kali menjelang waktu tidur, bayangan kanak-kanak comel pasti muncul dalam kepala.
Aku sampai pernah terdetik nak ambil anak angkat.
Tapi, niat tu tak dipersetujui langsung oleh mak dan ayah. 

"Kakak kahwinlah. Dapat anak sendiri kan lagi seronok.."

Hahahaha. Ayat keramat yang selalunya aku balas dengan jelingan je.
Masa tu, topik kahwin bukanlah satu topik yang sangat menarik.
31 tahun hidup membujang, bebas dengan kehidupan sendiri, tup-tup disuruh kahwin.
Alahai, down sekejap rasanya.

Tak. Aku bukan membenci sunnah Rasulullah S.A.W.
Tidak sama sekali.
Cumanya, dengan peningkatan usia masa tu, aku rasa lebih bahagia habiskan masa dengan mak dan ayah.
No pressure.

Tapi. Allah tu Maha Pengasih. Maha Penyayang.
DIA datangkan jodoh aku dengan keadaan yang tak pernah aku sangka.
Dengan keadaan aku tak terfikir langsung akan menamatkan zaman bujang.
Tempoh perkenalan cuma 4 bulan, dan kami diijabkabulkan sebagai suami dan isteri.
Bercinta lepas kahwin gituuuu..

Sweet ke? 
Boleh la.

Tapi, banyak sangat suka dan duka sebab baru nak kenal hati budi masing-masing kan.
Bergaduh tu tak payah cakaplah.
Sedangkan lidah lagi tergigit.
Cumanya, kenalah banyak mengalah. Aku ni kalau nak ikut kepala sendiri, maka tamatlah riwayat kesan degil!
Kematangan pun seiring dengan usia kan.
So, takde la nak ikutkan sangat kepala sendiri ni.
Belajar redha dan terima baik buruk seadanya.
Kalau suami boleh terima baik buruk aku, kenapa aku tak boleh.
Alhamdulillah, hubungan yang sejuk-panas ni la yang masih kekal hingga kini.
Syukur.

Kemudian, sekali lagi tanda kebesaran Illahi pada diri aku ni, tanda DIA benar-benar sayangkan aku,
aku disahkan mengandung selepas 3 bulan bernikah.
Allahu, bahagia tak terkata!
Bayangan kanak-kanak yang comel dulu tu sekarang betul-betul muncul dalam rahim.
Tipulah kalau tak teruja kan.

Menghitung waktu tu memang aktivit feveret tau.
Lepas tu bila ada movement dalam perut ni, nikmat dia, Ya Allah, syukur sebab aku diberi peluang untuk merasai.
Bila saat dia hadir, he's totally complete a part of me.

Lahir macam anak Jepun!
Dengan mata sepetnya. Kulit putih kemerah-merahan.
Tak puas rasa bergomol dan cium bau baby.
Masih rindu dengan suasana tu.



p/s : aku sentiasa mendoakan semoga setiap pasangan yang berkahwin akan dikurniakan zuriat oleh-Nya



~ Dylla Abas ~


4 Tahun Menyepi, Tup-Tup Dah Ada Anak

Assalammualaikum wbt.

Sepanjang tempoh mencari "inner peace" ni, aku sebenarnya busy dengan kehidupan seharian.
Ditambah pula dalam tempoh 4 tahun ni, aku bekerja di syarikat yang berkaitan dengan 
industri Oil and Gas, jadi masa yang ada tu amat la terhad untuk aku jadikan blog ni sebagai
medium luahan perasaan aku.

Selama menyepi ni, banyak fasa-fasa yang aku dah lalui.
Fasa menjadi seorang isteri.
Fasa menjadi seorang ibu.
Alhamdulillah.
Walaupun agak kelam-kabut, tapi berkat doa dari mak dan ayah, aku mampu teruskan
hidup dan uruskan semuanya dengan baik.

Ada juga kawan-kawan blogger yang menjadi kawan di Facebook.
Jadi, mereka ni pasti la tahu perkembangan hidup aku (badan je tak mengembang).
Terima kasih kerana masih sudi berkawan denganku.. lappppp uolls la!

Eh, lupa pula nak cerita perihal anak.
Ya, anak aku yang seorang tu dah berusia 3 tahun. Alhamdulillah.
Sihat tubuh badan. Sihat semuanya.
Dia anak lelaki yang membesar bagai juara gituuuuu..

Tapi, manjanya ya ampunnnnnnn.. terlampau sangat!
Sebenarnya, dia sama je macam aku.
Cepat panas, cepat sejuk.
Cepat merajuk, cepat pula terpujuk.
Alhamdulillah, menjaganya tak pernah terasa bagaikan beban.
Jarang sekali menimbulkan masalah.
Sehinggakan pengasuh di taska teramat sayangkannya.

Kini, di usia 3 tahun, dia baru saja memulakan fasa bercakap.
Setiap hari ada je perkataan baru yang menghiburkan.
Allahu, bila bercakap perihal anak ni memang takkan habis kan.
Mungkin kena sambung di entri yang lain.


~ Dylla Abas ~


Wednesday, 26 March 2014

Di Persimpangan Dilema


Dah la jarang update blog
Bila update je mula la nak buat luahan perasaan
Aduyaiii..Dylla, blog ni bukan diari peribadi okay!
Ah, tak kisah la..bukan diari peribadi ke apa ke
Kalau bukan blog..kat mana lagi aku nak luahkan..?
Kihkihkih
Saja je nak buat havoc kan

Hmm..ini la yg berlaku bila diri dalam dilema
Semua benda tak kena
Buat itu salah...Buat ini salah
Pendek kata...takde benda yg tak salah
Susah juga bila berada dalam dilema ni kan
Yg kanan pun bagus..yg kiri pun okay juga
Tak tahu macam mana nak buat pilihan

Mungkin dah tiba masanya untuk melakukan sesuatu
Istikharah...??
Iye..mungkin itu yg terbaik
Menjadikan Allah S.W.T sebagai rujukan utama
Tiada yg lebih baik dari meminta jawapan dari-Nya

Sebenarnya nak balik kerja dah
Tetiba teringat kat blog yg terbiar ni
Kesian dia...asyik ditinggalkan je
Okay la..ada masa boleh update cerita lain pula ye

p/s : masih terkejut dengan berita tentang MH370 dan spekulasi yg sangat banyak melanda..hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui T_T


~ Dylla Abas ~

Friday, 28 February 2014

Eh..Sempat Curi Masa Laa!


Setelah sekian lama tak menjenguk ke sini
Akhirnya hari ni..tanggal 28/02/2014..dapat juga update entri!
Amboi Dylla...kemain lagi busy kau ye sekarang ni
Sampai tak menyempat dah nak berblog macam dulu
Tapi....
Memang busy pun T_T
Dulu sentiasa ada masa nak update blog
Sentiasa ada masa nak BW
Sekarang ni...nak log in pun takde masa
Punya la masa yg ada ni memang cukup-cukup je untuk aku buat kerja dan berehat
Kat rumah memang jangan harap la nak online
Kalau dah balik rumah pun pukul 11.00-12.00 malam!
Apapun..rasa terubat rindu dapat tengok blog sendiri
Dan rasa sangat terharu bila ada kawan Blogger yg komen suruh update blog macam dulu
Rindu kat kite ek..huhu >_<
In shaa Allah..lepas ni kalau diizinkan..memang akan paksa juga diri curi masa untuk berblog
Banyak sangat cerita yg nak dikongsikan
Sedar tak sedar dah 3 bulan aku kat tempat baru ni
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar
Semuanya dipermudahkan
Moga-moga kemudahan ini akan kekal sampai bila-bila..amin




p/s : rindu nak terjah blog kawan-kawan semua


~ Dylla Abas ~


Friday, 13 December 2013

Ya Allah...sibuknya saya!


Baca tajuk pun dah nampak sibuk sangat aku ni kan
Sumpah memang sibuk
Semalam housemate aku dah bersuara
"Sekarang ni susah betul nak jumpa Dila..."

Okay..tu fakta
Memang susah gile nak jumpa housemate sendiri sekarang ni
Balik keje dah lewat
Sampai rumah je..tengok bilik dia dah gelap
Esok paginya..aku dah keluar dulu..dia baru nak bangun
Nampak tak betapa sibuknya aku sekarang ni..??

Agak penat la dengan kerja sekarang
Tapi...sangat bersyukur sebab dapat peluang mencuba sesuatu yg baru
Dan yg paling penting...sangat bersyukur sebab ada rezeki untuk bekerja di sini

 Sebulan dua ni memang aku agak sibuk la
Banyak benda baru yg nak dipelajari
Belum pun sempat nak faham
Tetiba dapat invitation to bid....tender!!
Oh my...1st time buat tender wehhhh...ketaq pala lutu cheq @_@
Makin bertambah la silibus aku
Jadi..makin bertambah juga la tahap sibuk aku ni

Rindunya nak BW macam dulu
Dah lama tak gelak-gelak depan pc baca kisah korang semua


p/s : masih berada di ofis di saat meng'update' entri ni



~ Dylla Abas ~

Tuesday, 3 December 2013

Out-station Oh Out-station


Buat pertama kalinya aku ber'out-station' dalam hidup aku
Kalau la sebelum ni aku teruja tengok orang lain out-station
Yg konon-kononnya pada aku seumpama 'makan angin'
Bila dah lalui sendiri..baru hang tau!
Actually..takde la teruk sangat out-station ni
Yg teruknya part nak kejar flight schedule
Sampai hati diorang arrange first flight untuk aku
Tak pasal-pasal pukul 6.00 pagi aku dah tercongok dalam ERL tu T_T
Dan buat pertama kalinya aku berurusan dengan client tanpa bos di sisi
Muka aku toksah cerita la...memang blur habis!
Nasib baik client ni jenis yg memahami
Tapi...diorang sempat juga la selit-selit
"Lepas sebulan nanti jangan blur macam ni lagi ye"
Chaittt...terpaksa la sengih je
Apapun, mendengarkan yg kemungkinan aku akan dihantar ke projek di Johor ni mungkin selama 3-4 bulan...rasa agak teruja juga
Makan kat area sini murah gile beb!
Enjoy betul aku makan kat sini
Boleh gemok la aku lepas ni...harapan @_@
Disebabkan malam ni malam terakhir aku kat sini
Aku terasa nak meng'free'kan diri dan buat aktiviti yg dah lama aku tak buat
Blogwalking!
Jap lagi aku terjah satu-satu blog korang ek (",)
p/s : kenapa la watak-watak dalam cerita Playboy Itu Suami Aku ni cam tak kenal je..??
~ Dylla Abas ~

Friday, 22 November 2013

Cubaan Menyesuaikan Diri



Alhamdulillah
Dah dua hari aku berada di dunia baru
Dan selama dua hari ni juga aku terasa mengantuk gila-gila
Semua sebab aku takde kerja lagi
Dua hari aku menyibukkan diri dengan membaca QP
Dan study tentang JD aku nanti
Serius bosan
Mata ni asyik nak terlelap je
Dah berapa kali aku keluar masuk toilet..cuci muka!

Apapun, aku masih belum ada kesempatan nak update blog dengan entri baru
Entri ni sekadar nak beritahu kat kawan-kawan semua yg aku masih ada
Cuma dalam cubaan untuk menyesuaikan diri di tempat baru
Bila ada kesempatan nanti, aku akan update ye


p/s : dah lama tak BW..rindunya T_T



~ Dylla Abas ~

Thursday, 7 November 2013

Event Terakhir Bersama UniRazak


Sekarang ni kat tempat kerja aku tengah sibuk dengan persiapan konvokesyen
Dan hari ni, department aku sunyi sepi sebab ada 3 orang je yg tinggal di pejabat
Yg lain semua dah ke PWTC untuk urusan "clearance" dengan student
Event ni adalah event yg terakhir untuk aku bersama UniRazak
Sedih...?? Hmm..adalah rasa sedih sikit
Banyaknya kenangan selama 2 tahun aku kat sini T_T

Ingat tak yg aku pernah cerita tentang interview yg aku pergi baru-baru ni..?
Alhamdulillah..rezeki memang menyebelahi aku
Mungkin itu hikmah yg aku dapat lepas banyak sangat dugaan yg aku dah lalui selama tempoh beberapa bulan ni

 Well..apapun, past is past kan
Tutup buku lama dan buka buku baru
Moga di tempat baru, aku akan lebih berjaya
Dan menjadi lebih baik daripada sekarang
In Shaa Allah


p/s : tak sabar nak pergi vacation minggu depan...excited!



~ Dylla Abas ~
 

Friday, 1 November 2013

November..Please Be Nice To Me


Permulaan yg baik untuk hari pertama bulan November ni
 Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi
Mendapat berita baik setelah melalui beberapa dugaan hidup merupakan sesuatu yg amatlah disyukuri
Besarnya rahmat Allah S.W.T pada aku
Manisnya hikmah yg telah KAU beri Tuhan



p/s : moga hari-hari yg mendatang akan lebih dirahmati-Nya...in shaa Allah



~ Dylla Abas ~

Thursday, 31 October 2013

Interview Punya Cerita


Baru-baru aku ada menghadiri satu interview di sekitar Bangsar
Dah lama tak di"interview"kan
Ada la rasa lain macam sikit...nervous kemain
Tapi, bila dah sampai sana
Sempat pula berbual dengan beberapa candidates lain
Terus rasa okay
Confident naik mendadak..cheh!

Ada 3 orang je candidates masa tu..termasuk la aku
Hari sebelum tu dah ada 6 candidates lain
Ramai juga la candidates yg nak merebut satu post ni
So..peluang tu tak la setinggi mana kan
Apapun, rezeki tu Allah S.W.T dah tentukan
Kalau ada rezeki aku kat situ...maka ada la jawabnya
Kalau takde..redha jelah
Cari rezeki kat tempat lain (",)

Candidate yg pertama tu di"interview" selama hampir 20 minit
Aku lega juga la dengan keadaan tu
Tak lama untuk di"interview" tu adalah perkara yg baik
Hoho >_<

Tapi..........
Tak sangka bila tiba giliran aku
Terpaksa mengambil masa selama 1 jam 15 minit!
Tudiaaaa..kemain lama aku kat dalam bilik interview tu
Aku pun pelik kenapa lama sangat
Banyak benda yg aku tanya agaknya
Aku pula yg jadi tukang interview.. kah!

Isnin lepas, aku terima call dari company tu
Mengatakan aku telah disenarai-pendekkan
Tapi, kemungkinan aku tak dapat la post tu
Sebab ada candidate lain yg lebih baik dari aku
Baru je nak rasa kecewa..tetiba dia suruh aku datang keesokan harinya untuk 2nd interview
Aku rasa pelik gile masa tu...berjaya ke tak sebenarnya ni..?
Bila dia explain..baru aku faham
Ada special request dari department lain yg memerlukan staff baru
Dan aku telah direkomenkan untuk mengisi "special request" tu

Jadi...kiranya aku dapat la kerja kat sana..?
Wallahu'alam
Tak berani nak cakap berjaya atau tak
Cuma, aku rasa bertuah juga la sebab dipilih untuk direkomenkan
Tunggu jelah call dari diorang sehari dua ni
Kalau ada..alhamdulillah
Kalau takde..aku takkan berputus asa
Rezeki tak datang bergolek kawan!


p/s : tetiba je rasa nak tukar angin (",)



~ Dylla Abas ~

 

Thursday, 10 October 2013

Nostalgia Kantin Sekolah


Bila sebut tentang kantin sekolah..apa perkara pertama yg terlintas kat kepala korang..??
Kalau tanya aku..dah tentu perkara pertama ialah nasi lemak
Boleh..??
Huhuhu >_<

Disebabkan aku pernah bersekolah di 6 buah sekolah yg berlainan
Jadi pengalaman tu memang berbeza la di setiap kantin sekolah yg pernah aku terokai
Amboiiii...terokai sangat!!

Masa sekolah rendah...kantin sekolah memang bertindak sebagai sebuah kantin jelah
Datang kantin hanya pada waktu rehat
Dan dengan satu tujuan je...makan!
Bila dah masuk sekolah menengah...baru la kantin tu jadi multi-function
Kat kantin la tempat aku makan
Kat kantin la tempat aku buat study-group
** tak boleh buat study group kat library sebab group aku tersangat la bisingnya **
Dan kat kantin tulah tempat aku melepak

Yg pasti menu kat kantin sekolah tu
Walaupun di 6 buah sekolah yg berlainan
Nasi lemak juga yg jadi pilihan
Padahal bukan suka sangat makan nasi lemak
Cuma keyakinan untuk mencuba menu lain tu agak terbatas
Jadi...nasi lemak la pilihan selamat

Bila datang kantin dengan tujuan melepak
Masa tulah aku suka cuci mata
Ramainya "couple of the year" dok bercengkarama kan
Kuikuikui
Lepas tu dok gelak sorang-sorang bila membayangkan...
kalau la ayah aku tahu aku buat perangai macam tu juga..sumpah kena sembelih!

Apapun...nostalgia kantin sekolah tu antara nostalgia yg aku tak boleh nak lupakan
Banyak juga kenangan dengan pakcik dan makcik kantin
Bila kamceng dengan diorang..mesti la dapat habuannya kan..??
Itulah aku...hoho ^_^


p/s : teringin nak terjah balik semua kantin sekolah aku dulu



~ Dylla Abas ~

Monday, 7 October 2013

Tiada Apa Yg Terlewat Dengan Perancangan Allah S.W.T


Jodoh tak sampai lagi..?
Kahwin lambat..?
Hmm..isu yg tersangat klise
Aku dah lali sangat dengan isu ni
Bukan takde yg bertanya
Yg menyindir apatah lagi
Tapi aku...??
Jawab je dengan jawapan yg terlintas kat kepala
Marah...??
Tak marah la
Cuma kadang-kadang tu terasa juga la
Apapun..aku berterima kasih pada yg bertanya tu
Sangat mengambil berat okay ^_^

Kalau dulu dapat soalan macam tu aku sentap la juga
Tapi sekarang ni dah boleh tersenyum
Takde la nak menyentap lagi
Bagi aku...takde isu kahwin lambat sebenarnya
Semua yg berlaku dalam hidup ni..
semuanya telah ditentukan oleh-Nya
Dan DIA adalah sebaik-baik perancang

Kalau dulu aku selalu rasa yg nasib aku sangat tak baik berbanding nasib orang lain
Tapi..semakin hari meniti usia
Aku rasa aku la yg paling bertuah sekali walaupun belum kahwin lagi
Sebab...??
Aku ada banyak masa untuk mak dan ayah
Bukan semua orang dapat peluang macam tu
Itu adalah salah satu hikmah terbesar yg aku dapat melalui perancangan-Nya

Jadi, Dylla...tiada apa yg terlewat sebenarnya
Sentiasa bersangka baik dengan setiap ketentuan-Nya
DIA telah menjanjikan ada kebahagiaan di sebalik setiap kesulitan
Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengasih tehadap sekalian hamba-Nya


p/s : positif sangat di pagi Isnin ni..ngee (",)



~ Dylla Abas ~
 

Friday, 4 October 2013

Penangan Bermain Badminton


Semalam aku terasa nak join game badminton dengan kawan-kawan ofis
Sebab dah sangat lama meninggalkan game ni...
terasa was-was juga la nak bermain
Tapi, layankan je...kesian pula kat reket tu
Kalau berkarat nanti tak ke sia-sia

Dan malam tadi, masa sampai kat Pusat Komuniti Sentul Perdana tu
aku dah teruja gile
Excited tengok court badminton dan orang-orang yg tengah bermain
Dan adalah perasaan tak sabar bila kawan-kawan belum sampai lagi masa tu ^_^

Ramai juga la kawan-kawan ofis yg join game ni
Sebenarnya diorang memang dah lama involve
Aku ni je yg baru terasa nak join..huhu (",)
Dan hasil setelah bermain sebanyak 4 game..
tangan aku ni dah mula terasa lenguh-lenguh
Nasib baik takde injured apa kat bahagian kaki

Maklumlah, sebelum game tu sempat warm up ala kadar je
Pusing-pusing sikit bahangian pergelangan kaki dan tangan
Terus main
Inilah akibatnya..!

Tapi serius rasa sangat enjoy
Rindu sangat kenangan bermain badminton dengan kawan-kawan ofis lama
Lepas ni mungkin boleh aktif balik kot
Bestnya dapat bersukan!!


p/s : ada pula yg ajak join tournament..haish




~ Dylla Abas ~

Thursday, 3 October 2013

Nostalgia Handmade Card


Sebelum ni aku pernah buat entri tentang nostalgia surat
Hari ni aku nak share nostalgia tentang kad ucapan yg aku buat sendiri
Dulu..masa zamam belajar la
Aku suka gile dan rajin gile buat kad ucapan
Tak pernah lagi la aku beli kad ucapan untuk diberi pada kawan-kawan
Memang aku buat sendiri je
Jadinya..bila dah rajin sangat buat sendiri
Memang dulu port lepak aku kedai stationaries la jawabnya
Lepak-lepak..cari idea..cari barang-barang craft
Aku kalau dapat lepak kat kedai-kedai macam tu
Sehari suntuk pun sanggup!

Semalam, salah seorang kawan lama ketika aku belajar di UiTM Arau
telah mengupload gambar tentang sesuatu yg pernah aku beri pada dia
Dan semua kenangan terus melintas kat kepala
Macam tengok wayang..playback!
Thanks kak Eyna..tak sangka kau masih simpan plaque ni
Bila diingatkan balik..asalnya aku nak buat kad
Tapi..ternampak plaque lama kat rumah aku
Jadinya...aku transform plaque tu sampai la jadi macam gambar kat bawah ni

Rindunya zaman belajar dulu!!
Bila la agaknya dapat melalui detik-detik manis macam ni lagi..?

Sekarang ni..aku masih aktif buat kad ucapan sendiri
Memang sangat jarang la aku beli kad ucapan
Melainkan kad raya
Tu memang aku tak tahu nak buat
Sebab selalu takde idea nak tulis apa ^_^


p/s : rasa puas hati bila tengok hasil kerja tangan sendiri dihargai



~ Dylla Abas ~

 

Tuesday, 1 October 2013

Nostalgia Surat


Semalam, sewaktu dalam perjalanan dari rumah abang ke rumah aku
Topik pagi kat Hot.fm tu berkisar tentang nostalgia surat
Bila dengar macam-macam cerita dari pemanggil
Buat aku teringat tentang diri aku dan nostalgia surat

Aku ni memang la suka sangat menulis surat
Pantang ada sepupu atau kawan yg menghantar surat kat aku
Cepat gile aku balas!

Kalau nak ikutkan..kotak surat aku tu lebih 5 kotak
** kotak kasut jelah pun **
Tapi...setelah berlakunya proses tapisan
Hanya 2 kotak je yg tinggal
Yg lain tu jadi mangsa api la

Aku rasa sampai ke hari ni..masih ada 1 kotak yg tinggal
Tu memang kategori surat kesayangan la
Nak buang memang terasa sayang sangat
Jadi...simpan jelah selagi terdaya
Kadang-kadang bila bosan..aku suka juga baca balik surat-surat tu
Lepas tu dok menyengih sorang-sorang kan
Macam apa je ^_^

Yg pastinya...takde surat cinta okay!
Yg berbau cinta pun takde
Semua surat-surat biasa je
Cerita tentang kehidupan dan kawan-kawan

Bila difikirkan balik
Nasib baik la aku tak pernah ada hati nak menulis surat untuk artis
Maklumlah..dulu gile sangat kat Zamani Slam tu
Hahahaha (",)


p/s : mesti korang pun ada nostalgia surat kan...meh share!



~ Dylla Abas ~