Pages

Showing posts with label Ramadhan 1434H. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 1434H. Show all posts

Monday, 5 August 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 25


Iftar di Rasa Utara, Berjaya Times Square
Teringin nak makan Laksa Kedah RU...sedap!!
Tapi.....
Aku tak tahu la kalau aku salah tengok ke apa
Aku rasa Times Square tu takde suasana raya kot
Kat tengah-tengah Times Square tu boleh pula diorang pasang
World's Largest Vending Machine
Sungguh tak kena!
Bila waktu Chinese New Year atau Krismas...tau pula diorang decorate macam-macam
Tak adil tau...diskriminasi!
Eh...teremosi pula
Bukan apa..
Aku tengok ramai je orang yg ber"shopping" untuk raya ni
Mesti la sambil shopping sambil layan mata
Tengok dekorasi Raya
Ketupat...Pelita...Kad-kad Raya
Atau mungkin ada..cuma aku yg tak perasan kot
Wallahu'alam


 p/s : apapun tetap rasa kecewa..huhu ^_^



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 24

 

Semangat nak menghias ofis dengan ketupat dan lampu lip-lap tetiba je datang
Dah masuk puasa ke-24 pun
Tu pun sebab dok tengok department lain yg dah sangat cantik dengan hiasan diorang
Baru la terasa kemeriahan raya kan

Tapi...macam tahun-tahun sebelum ni
Mood raya aku macam biasa je
Takde la teruja sangat-sangat
Rasa sedih bila memikirkan lepas ni dah tak bangun sahur lagi
** melainkan kalau nak buat puasa Qada la ye **
Dan rasa sangat sedih bila kemeriahan di surau dan masjid menjadi kurang T_T
Sepatutnya...kena la Istiqamah kan
Bukan bulan Ramadhan je kita patut beribadah
Tapi, bagi aku secara peribadinya...
Beribadah ketika di bulan Ramadhan terasa lain la
Rasa lebih khusyuk daripada masa-masa lain
** mungkin sebab kurangnya gangguan Syaitan **
Hmm..wallahu'alam

p/s : sempat ke Maju Junction waktu lunch..meriah!



~ Dylla Abas ~

Lailatul Qadar Ke Malam Tadi...??


Sesungguhnya Lailatul Qadar itu rahsia Allah S.W.T
Tugas kita adalah untuk mencarinya
Bila dan bagaimana...hanya Allah S.W.T yg mengetahui

Cuma....
Masa terbangun untuk sahur awal pagi tadi
Terasa cuaca agak berbeza
Tak terfikir apa-apa
Terus bangun dan bersahur macam biasa
Tetiba terasa nak tengok kalendar
Malam 27 Ramadhan la malam tadi...!!
Malam ganjil
Sayangnya tak bangun lebih awal untuk buat tahajjud ke apa ke
Terasa sangat rugi T_T

Dan tadi masa on9 FB...banyak status tentang kesyukuran hujan rahmat di pagi hari
Ada juga status tentang cuaca yg terasa berbeza daripada biasa
Aku terlepas Lailatul Qadar ke malam tadi...??
Aaaaaaaaaaaaaa...gile sedih :'(


p/s : masih ada peluang ke nak bertemu dengan Ramadhan lagi...?



~ Dylla Abas ~

Friday, 2 August 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 23

 

Akhirnya...tercapai juga hasrat nak makan home-made Carbonara
Semalam balik kerja terus buat
Gigih tau memasak dengan baju kerja
Wanita berkerjaya sangat...huhu (^_^)
 

Haa..tulah menu aku buka puasa semalam
Macaroni Carbonara, Cendawan Goreng dan Kepak Ayam Blackpepper
Kemain kan (",)
Kalau sesiapa nak resepi macaroni carbonara tu...nanti aku share kat next etri ye
Puas hati dapat makan Carbonara banyak-banyak

p/s :  kuah carbonara tu tak kelihatan putih sebab ada campuran Campbell Soup (>_<)



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 22

 

 Tak sangka dah habis 10 malam ke-2 kan
10 malam pengampunan...sedihnya
Terasa diri tak cukup meminta keampunan dari Yang Maha Esa T_T
Bila dah masuk 10 malam terakhir ni..dalam kepala dah terbayangkan Lailatul Qadar
Selama hidup ni, memang tak pernah dapat lagi merasa malam Lailatul Qadar
Setiap tahun tanam azam nak bertemu dengan "nya"
Tapi tak pernah kesampaian...lagi la sedih
Ya Allah...mungkinkah tahun ni ada peluang aku untuk bertemu dengan "nya"...?

Oh ye..puasa ke-22 merupakan ulangtahun kelahiran anak buah aku yg ke-2 tu, Adam
Ulangtahun yg ke-2
Masih belum petah bercakap
Tapi sangat lincah dan lasak
Adam, makngah ucapkan selamat hari jadi yg ke-2
Walaupun makngah tahu Adam takkan baca entri ni
Makngah tetap nak tulis sesuatu untuk Adam
Jadi la anak yg soleh
Jangan nakal-nakal
Moga jadi anak yg dibanggakan oleh Ummi dan Ayah ye (",)


p/s : tengah fikir nak bagi hadiah apa kat budak kecik tu



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 21

 

Cubaan mencari mood nak jahit baju raya sendiri tak berjaya nampaknya
Lepas je waktu berbuka puasa..mood nak tidur je yg membuak-buak
Okay...disebabkan nak menjahit baju tu memerlukan mood yg sangat bagus
Jadi, aku pun dengan suka hatinya simpan balik semua peralatan menjahit tu
Kang nak jahit baju kurung jadi baju apa pula nanti

Apapun, menu buka puasa di hari ke-21 tu memang sangat best
Laksa yg dimasak oleh housemate
Perghhhh...pekat gile kuah dia...terbaekkk la
Dah lama tak dapat makan laksa yg sedap selama dok KL ni
Sadis kan...?

p/s : payah juga nak buat kerja yg perlukan mood ni kan (>_<)



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 20

 

Kemalasan melanda di hari berpuasa yg ke-20
 Dah bangun awal dah untuk sahur
Tapi dok golek sana...golek sini...sekali terlelap!
Sedar-sedar je dah pukul 6.30 pagi...!
Turun bawah kejap jenguk mak
Sempat la dengar dia bebel-bebel kat aku pasal tak turun sahur
Naik atas balik...settle apa-apa yg patut...terus sambung tidur
Lepas tu tersedar balik sebab dengar mak bising-bising kat bawah
"Tak kerja ke hari ni...?? Bangun la..dah pukul 9.00 ni..."

Oh...dah pukul 9.00 pagi..??
Macam mamai gile rasa...capai handphone terus text my boss
"Morning bos, sy EL hari ni...ada hal sikit..."
Hahahahaha...gile buruk perangai!
Tapi memang kebetulan ada hal pun kat kampung
So...takde la rasa bersalah sangat kan (^_^)


p/s : bulan puasa macam ni nak buat perangai kan...tak senonoh!



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 19

 

Ramadhan ke-19 di Jalan TAR
Tak berniat langsung nak ke sana sebenarnya
Pagi tu rasa nak bawa mak dan ayah ke AEON Rawang je
Tapi ayah tak nak ikut...tak larat katanya
So..bila dah berdua dengan mak memang la sangat suka buat perkara yg tak dirancang kan
Akhirnya kami ke Jalan TAR gara-gara terdengar mak cakap...
"Jalan TAR tu macam mana rupanya, kakak...?"

Haaa...punya la mak teringin nak merasa suasana Jalan TAR tu macam mana kan
Jadi aku bawa jelah...boleh la cari baju raya dia terus
Sepanjang berjalan di celah-celah kesesakan manusia kat Jalan TAR tu...
aku tak putus-putus tanya "mak ok ke...?"
Risau pula aku bila dia diam je...pandang kiri pandang kanan
Tapi mak steady je..siap boleh ajak aku pusing 2 kali..!!
Amboiiii...memang tak la nak pusing sampai 2 kali
Kang aku yg pengsan

Akhirnya, dapat cari baju yg betul-betul mak berkenan kat butik First Lady
Punyalah bersesak bagai...akhirnya First Lady yg jadi pilihan
Terbaekkkkk la mak!


p/s : sampai rumah tepat jam 6.45pm...siap kena perli dengan ayah..."ingat korang buka puasa kat luar arini..?" huhu...mesti dia bengang kena tinggal lama-lama (",)



~ Dylla Abas ~

Thursday, 1 August 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 18

 

Sekali lagi berpeluang buka puasa dengan mak dan ayah
Seronok sangat rasanya..!!
Sampai je rumah terus ajak mak pergi bazar Ramadhan
Padahal masa tu baru je pukul 2.00 petang...huhu (^_^)
Mak pun malas nak layan

Hmm..petang tu memang ke bazar juga la al-kisahnya
Ayah aku teringin nak makan nasi dagang
Entah mimpi apa la sampai dia teringin sangat-sangat
Jadi...demi rasa kasih yg tidak terhingga kepada ayah...
aku gigih la juga mencari nasi dagang tu...poyo!!
Alhamdulillah...ada rezeki ayah petang tu
Jejak je kaki kat tapak bazar tu...terus terpandang gerai yg jual nasi dagang
 Puas hati tengok ayah tersenyum masa nak buka puasa tu (",)


p/s : ayah kata dia teringat menantu dia masak nasi dagang...tu yg tetiba teringin tu...alahai (>_<)



~ Dylla Abas ~
 

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 17

 

Puasa ke-17 dengan Program Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kg. Baru
Disebabkan semalamnya dah mc..mood nak berbubur lambuk tu agak kureng sikit la
Tapi, tetap semangat nak join juga program ni
Alhamdulillah...lepas je aktiviti ni, terus rasa sihat
Makin sihat bila dapat bawa balik bubur lambuk tu (^_^)

Sampai di Kg. Baru tepat jam  9.00 pagi



Cubaan mengacau bubur dalam periuk besar...perghhhhh, panas gile!!



Aktiviti menyusun tupperware & memasukkan bubur lambuk ke dalamnya




 Sesi mengagihkan bubur lambuk kepada orang-orang kampung & orang yg lalu-lalang

   



p/s : program berjalan dengan sangat lancar walaupun cuaca kurang baik..alhamdulillah (",)



~ Dylla Abas ~


Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 16

 

Puasa di hari ke-16 tapi aku melepek kat rumah...mc!!
Agak lemau juga la bila dalam keadaan tak sihat macam tu
Nak berjalan ke klinik pun rasa gigil je kaki ni
Nasib baik la klinik tak jauh

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)


p/s : alhamdulillah...syukur diberi kesakitan ni (",)



~ Dylla Abas ~

Wednesday, 31 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 15

 

Berbuka puasa di KL International Hotel puasa ke-15...kemain!!!
Oh tak la...aku join pun sebab ada farewell untuk kakak ofis ni
Memeriahkan majlis katanya
Dan menu yg disediakan memang sangat banyak
Tengok kerabu yg ada 30 jenis tu pun dah buat aku rasa tamak haloba
Ambil juga la setiap jenis..nak rasa kononnya
Majoriti menu yg disediakan adalah masakan kampung
Tapi aku memang tak sempat nak ambil semua la
Dengan kerabu yg pelbagai jenis tu...aku tambah ikan bakar 2 jenis
Dan sepotong Mocha Cake
Makan tu je pun dah penuh perut
Bukannya banyak mana pun
Mungkin sebab dah terbiasa berbuka dengan menu yg sedikit
Jadi, perut aku tak boleh nak terima makanan yg banyak
Hopefully...lepas raya nanti perut aku akan back to normal
Kalau tak..memang macam mayat hidup la aku jawabnya!




p/s : takde gambar makanan sebab mental aku "sihat" di hari kejadian..huhu >_<



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 14

 

Masuk hari ke-14 berpuasa...badan makin semakin selesa
Takde la nak mengade-ngade rasa lapar la penat la itu la ini la
Bangun sahur pun cukup sekadar kurma dan air kosong je...alhamdulillah
Menu buka puasa pun semakin sederhana
Cuma...............
Semenjak dapur dah "hidup" kat rumah tu
Si housemate sangat la rajin memasak
Ada je menu yg dia nak cuba
Puasa ke-14 tu, dia buat puding roti
Aku pun tak pasti macam mana dia buat
Siap ada topping bagai
Menarik dan rasanya pun sedap!
Pandai masak rupanya housemate aku ni (^_^)


p/s : dah TERjanji nak masak Carbonara pula dengan housemate...aduiiii




~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 13

 

Diari ni terhenti di hari yg ke-12
Entah apa la yg busy sangat sampai tak sempat nak update blog kan
Apapun, puasa di hari ke-13 tu berjalan seperti biasa
Isnin dan berpuasa pula
Mood pun ala-ala puasa juga la
Cumanya Isnin tu aku agak busy di ofis
Banyak pula kerja yg perlu disiapkan
Dan waktu balik kerja tu...sempat pula singgah di Jalan TAR...again!!!
Hahaha...selagi baju raya belum dibeli...selagi tulah aku akan singgah di Jalan TAR tu
Kemain aku punya survey kan...sampai dah tahu nak beli jenis yg macam mana
Kalau baju sendiri aku tak kisah sangat
Tapi, sebab nak mencari baju mak, ayah dan adik-adik ni yg payah sikit
Seorang nak yg macam ni
Seorang nak yg macam tu
Jenuh!


p/s : suasana kat Jalan TAR tu sangat crowded...tak boleh nak snap gambar



~ Dylla Abas ~

Kad Raya Pertama Ramadhan 1434H/2013M

 

2 hari lepas aku terima kad raya pertama untuk tahun ni
Wahhhh...selepas sekian lama tak dapat kad raya
Akhirnya merasa juga..!!
Kad raya ni datangnya dari kawan blogger...Cik Eintan Nurfuzie
Mekasih Cik EN...kad raya tu walaupun simple..tapi sangat bermakna (>_<)




p/s : malangnya takde alamat...macam mana nak balas balik T_T



~ Dylla Abas ~

Wednesday, 24 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 13

 

Makin hari makin kurang menu buka puasa aku
Tak tahu la sama ada selera makan yg makin berkurangan
Atau sebab memang nak berjimat sangat..hoho >_<
Apapun, alhamdulillah sebab masih ada rezeki yg halal untuk aku berbuka puasa
Puasa ke-13 hari tu, menu buka puasa 2 keping roti boom
** dan sepotong ayam panggang yg housemate beli **
Aduhaiiii...makin menipis la aku nampaknya
Konon raya nak cover balik la makan banyak-banyak
Tapi, mampu sangat la nak makan banyak kan

Bila fikirkan yg duit memang tak berapa nak susut dengan cara pemakanan yg begini
Aku rasa seronok la pula...ada extra cash...ada extra shopping!!
Hahahaha
Tak la...aku bukannya kaki shopping sangat pun
Menyimpan kan lagi bagus..untuk masa depan yg gemilang, cemerlang dan terbilang

p/s : kemeriahan Jalan TAR semakin menggamit!



~ Dylla Abas ~
 

Tuesday, 23 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 12

 

Seharian terperuk di rumah di puasa ke-12
Dari awal pagi bermula pukul 7...maka bermula la projek aku
Projek la sangat..!!
Kebetulan kawan ofis aku tempah jubah untuk anak kawan dia
Aku pun buat la...boleh asah bakat
Tak pernah aku menjahit jubah apatah lagi untuk budak-budak
Dan alhamdulillah...projek bermula seawal 7 pagi tu boleh aku siapkan sebelum Zuhur
Terkejut juga dengan kepantasan mesin jahit aku tu
Kagum...kagum...
Apapun, hopefully budak kecik tu suka la dengan jubah yg aku jahit tu
Tak dapat nak share gambar sebab jubah tu dah bertukar tangan
Dan boleh pula aku terlupa nak snap gambar jubah tu...haish!
** sambil tepuk dahi sendiri **

p/s : lepas ni projek baju raya aku pula (>_<)



~ Dylla Abas ~

Monday, 22 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 11

 

Ulser di bulan puasa
Arghhhhhh...!!
Dah la tekak kering...mulut kering
Ulser ni datang menyerang pula
Okay...dugaan...punya la peritnya waktu nak berkumur masa nak ambil wudu'
Sampai mata pun bergenang!

Petua makan aiskrim untuk kurangkan ulser tak boleh nak buat
Bulan puasa tak reti nak makan aiskrim
Lagi selesa makan murtabak atau ayam percik..hoho (^-^)


p/s : ulser menyerang kat hujung lidah yg dekat dengan anak tekak tu T_T



~ Dylla Abas ~

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 10

 

Sangat lewat nampaknya entri ni
Ramadhan ke-10 dah 3 hari berlalu
Takde perkara menarik pun berlaku pada puasa ke-10 tu
Cuma....
Lunch hour tu sempat habiskan masa di Jalan TAR
Survey baju raya untuk mak dan ayah
Tapi tengok harga...pengsannnn!!
Mahal kemain la harga baju raya sekarang ye
Nak kena guna cara tahun lepas agaknya
Shopping di minggu akhir
dan nego gile-gile sampai dapat discount 50% 
Err...jadinya kena tunggu dulu la
Tak boleh la nak beli sekarang


p/s : sabar...ada rezeki tak kemana (",)



~ Dylla Abas ~

Friday, 19 July 2013

Diari Ramadhan Dylla (3) : Day 9

 

Diserang "ceri-beri" ketika sedang berpuasa memang bukan perkara yg baik
Itulah yg berlaku pada aku di puasa hari yg ke-9
Memang la dugaan tu tak berat mana pun
Tapi, terasa juga la lemahnya badan ni
Dehidrated!

Apapun, alhamdulillah sebab aku boleh bertahan hingga ke waktu berbuka
Dan menu buka puasanya sangat-sangat menarik
Bubur Lambuk Kampung Baru
Maveles okay!! 
Kebetulan budak ofis yg bagi...alhamdulillah rezeki (",)

Takde apa yg menarik yg berlaku pada 9 Ramadhan ni
Cuma, terpaksa menahan nafsu mata bila melalui Jalan TAR
Kemain meriah dengan pelbagai jualan baju raya, kuih raya bla bla bla
Takpe la...nanti aku terjah satu-satu gerai kat Jalan TAR tu
Sekarang bukan mood nak membeli-belah
Jarangnya aku nak membeli-belah di awal-awal puasa macam ni
Kalau ikutkan tahun lepas, minggu terakhir puasa baru aku pergi cari baju raya untuk mak dan ayah
Mungkin tahun ni pun macam tu juga kot
Barulah terasa kemeriahan raya (^_^)


p/s : teringin nak makan homemada carbonara la



~ Dylla Abas ~